Monday, March 29, 2010

Pemuda Umno Beaufort Letakkan Tiga Agenda Utama


SERAH SUMBANGAN…Kelihatan Azman sambil diperhatikan oleh Mohd.Ishak turut menyapaikan sumbangan pakaian sukan kepada Ketua Pemuda Umno cawangan Pekan Amir Shah Ahmad di majlis tersebut

BEAUFORT : Pergerakan Pemuda UMNO bahagian ini .meletakkan tiga agenda utama dalam menjayakan gerakan turun padang ke seluruh cawangan di bahagian itu dengan memberikan tumpuan ke arah memperkasakan bidang pendidikan, membasmi gejala sosial dan melibatkan secara total golongan muda dalam sektor yang menjadi tumpuan kerajaan negeri.
Ketua Pemudanya, Mohd.Ishak Haji Ibrahim berkata selain daripada memberi penekanan menambah keahlian dan daftar pemilih, pihaknya melihat ketiga-tiga perkara itu perlu diperkukuhkan dan digerakkan dengan penuh komited bagi melahirkan belia yang berwibawa dan berwawasan.
“Kita akan melakukan pendekatan bagi mendekati masyarakat akar umbi, program yang menjurus ke arah penglibatan golongan belia mesti diberi keutamaan” katanya ketika ditemui selepas menerima borang permohonan ahli baru dari Pergerakan Pemuda Umno cawangan Pekan Kuala Penyu dekat sini.
Selain penerimaan borang permohonan tersebut pergerakan pemuda Umno bahagian Beaufort juga turut menyampaikan sumbangan pakaian sukan dan turut mengadakan perlawanan bola sepak persahabatan bersama dengan pasukan pergerekan Pemuda Umno cawangan Pekan di padang Pekan kuala penyu
Menurut Ishak pendekatan ini akan dilaksanakan secara beterusan dan pergerakan pemuda Umno bahagian Beaufort bersedia turun ke bawah untuk merangka serta melaksanakan apa juga program bagi memastikan golongan muda ini menjadi penyumbang penting dalam menjana kemajuan negeri”, katanya
Beliau berkata pergerakan pemuda Umno bahagian Beaufort juga akan mengadakan beberapa siri perbincangan dengan agensi kerajaan negeri bagi mengenalpasti ruang dan peluang yang boleh dimanfaatkan bersama bagi menjayakan agenda tersebut
“Kita akan wujudkan satu bentuk persefahaman erat dengan agensi kerajaan terbabit. Komunikasi atau perhubungan dua hala ini penting agar kita dapat berjalan seiring dengan perancangan yang akan dilaksanakan oleh agensi kerajaan negeri nanti”, ujarnya.
Semntara itu Naib Ketua Pemuda Umno bahagian Beaufort Azman Datuk Seri Panglima Haji Lajim pula berkata, bagi memperkasakan pendidikan dan membasmi gejala sosial pula, pemuda Umno Beaufort merangka beberapa program khusus antara termasuklah aktiviti sukan da riadah disamping melibatkan kerjasama pihak Badan Bukan Kerajaan (NGO) atau pihak swasta lain untuk turut sama turun padang.
“ Sebagai contoh hari ini kita mengadakan aktiviti sukan bersama pergerakan pemuda di peringkat akar umbi dengan harapan mereka dapat dilibatkan dalam aktiviti riadah yang sudah tentu sebagai satu program yang boleh menangani penglibatan belia dalam aktiviti-aktiviti yang tidak sehat” katanya.

JADIKAN BACA AL QURAN SEBAGAI KEHIDUPAN SETIAP MUSLIM


TAHNIAH...Kelihatan Kamarlin yang mewakili Lajim menyampaikan hadiah kepada johan qari Rahman Majamal di majlis tersebut


BEAUFORT: Budaya membaca,memahami dan menghayati al_Quran patut dimulakan diperingkat awal dan dijadikan sebagai agenda kehidupan setiap muslim.

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin berkata, perkara ini mesti dimulakan dalam institusi kekeluargaan dengan penglibatan seluruh isi rumah di bawah pimpinan ketua keluarga.

''Selepas itu ia disemarakkan pula dalam institusi kemasyarakatan sehingga budaya ini diperluaskan di seluruh negara sebagai satu aktiviti membudayakan al-Quran yang menjadi panduan kehidupan di negeri kita.

''Kesannya, ia mampu meningkatkan kadar celik al-Quran dan memastikan kemuliaan kitab suci ini sentiasa dijaga dan dipelihara," katanya ketika berucap merasmkan majlis Tilawah Al Quran Peringkat Daerah Beaufort di Dewan Masyarakat Janang Gayuh Kampung Kukut Dekat sini malam kemarin

Teks ucapan beliau disampaikan oleh Wakil Rakyat Kawasan Lumadan Kamarlin Haji Ombi yang mewakili Lajim merasmikan majlis tersebut

Turut hadir pegawai takdbir (Jehins) Bahagian Beaufort Abidin Alihassan dan Setiausaha Umno Bahagian Haji Jusih Haji Sarin

Menurut Lajim yang juga Ahli Parlimen Beaufort . al-Quran memiliki posisi yang amat vital dan terhormat dalam masyarakat muslim di seluruh dunia. Di samping sebagai sumber hukum,pedoman moral,bimbingan ibadah rujukan keimanan disamping ,Al-Quran juga merupakan sumber peradaban yang bersifat historis dan universal

” Ilmuwan Islam terdahulu menjadikan al-Quran sebagai sumber berfikir dan mencetuskan anjakan perubahan dalam kehidupan bagi menyelesaikan kemaslahatan ummah. Al-Quran juga membimbing bagaimana memahami definisi kemajuan dan modenisasi serta pedoman kepada kita (mengenai) pengertian sains dan teknologi” katanya

Sementara itu Wakil dari Zon Weston Rahman B. Majamal muncul sebagai Johan dalam bahagian Qari sementara) Naib Johan dimenanagi oleh Abd. Sagap B. Musram yang mewakil zon Klias dan tempat Ketiga Ali Khairudin Hj. Maarif mewakili Zon Limbawang

Johan Qariah pula dimenangi oleh Puan Jalimah Muamat mewakili zon Klias Naib Johan dan tempat ketiga pula masing-masing idsandang oleh Hajah Jubaidah Hj. Moksin mewakil zon Pekan dan Puan Sinam Hj. Sarin mewakili zon Limbawang

Wednesday, March 24, 2010

DEWAN RAKYAT: DENDA RM100 RIBU MENANTI PEMBUANG SISA PEPEJAL



Denda sebanyak RM100 ribu dikenakan bagi pesalah membuang sisa pepejal

KUALA LUMPUR: Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) akan menggunakan sepenuhnya kuasa yang diberikan kepada mereka di bawah Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672) bagi menangani perbuatan membuang sisa pepejal atau sampah di merata tempat di negara ini.

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin berkata ,denda minimun sebanyak RM10,000 sehingga RM100,000 menanti mereka yang degil ini sekiranya larangan terhadap perlonggokan dan pengolahan sisa pepejal tanpa kebenaran tidak dipatuhi.

“ Pesalah ini juga boleh dikenakan penjara selama enam bulan ataun tidak lebih lima tahun penjara” katanya
Beliau berkata demikian ketika menjawap soalan wakil dari Padang Besar Perlis Datuk Seri Azmi Khalid yang ingin tahu sama ada kerajaan atau Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan mempunyai strategi jangka panjang bagi mempastikan Negara bebas dari pencemaran samah yang dibuang di merata rata tempat oleh orang ramai walaupun ia dalam kawasan pihak berkuasa tempatan (PBT)

Disamping itu Lajim berkata, Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (PPSPPA) akan menjalankan penguatkuasaan dengan lebih kemas dan kerap bagi memastikan orang ramai tidak membuang sisa pepejal sesuka hati.

Sehubungana dengan itu menurut Lajim kementerian beliau turut menyediakan kemudahan-kemudahan asas seperti tong-tong sampah yang disalurkan terus kepada PBT untuk di tempatkan di tempat-tempat awam yang strategik bagi memudahkan orang ramai membuang sisa pepejal secara lebih terurus.

Lajim menambah sejumlah RM1,028790.00 telah dibelanjakan bagi tahun 2006 hingga 2008 untuk pembelian tong -tong sampah yang dibekalkan kepada PBT di Negara ini, sementara lebih RM3 bilion siling diperuntukkan untuk pengurusan sisa pepejal dibawah RMK-9.

" Bagi tahun 2010 pula, sejumlah R783,500,010.00 diperuntukkan untuk maksud yang sama," katanya.

Tuesday, March 23, 2010

Dewan Rakyat: Dosh Tidak Dedah Laporan Akhir Siasatan Keruntuhan Jaya Supermarket

DATUK SERI LAJIM….. Dosh Tidak Dedah Laporan Akhir Siasatan Keruntuhan Jaya Supermarket

KUALA LUMPUR: Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Dosh) pada masa ini tidak berhasrat mendedahkan laporan akhir Jawatankuasa Penyiasatan Keruntuhan Bangunan Jaya Supermarket (JPKBJS) kepada umum.

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Lajim Ukin (gambar ) berkata ini kerana Dosh akan menggunakan dokumen rahsia itu untuk tindakan pendakwaan terhadap pihak yang bertanggungjawab dalam kemalangan itu bagi mengelak berlaku sub-judis.

"Laporan hasil siasatan tragedi bangunan Jaya Supermarket runtuh di Seksyen 14, Petaling Jaya pada 28 Mei 2009 disediakan JPKBJS.

"Ia mengandungi maklumat daripada laporan yang disediakan oleh agensi lain iaitu DOSH dan diklasifikasi sebagai rahsia di bawah Akta Rahsia 1972 (Akta 88)," katanya pada sesi soal jawab persidangan Dewan Rakyat di sini

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Hee Loy Sian (PKR-Petaling Jaya Selatan) yang ingin tahu mengenai laporan hasil siasatan tragedi itu dan pihak bertanggungjawab dalam kejadian itu.

Lajim yang juga Ahli Parlimen Beaufort,berkata Dosh kini dalam proses mengambil tindakan pendakwaan terhadap pihak yang bertanggungjawab dalam kemalangan itu dan perkara itu kini di peringkat akhir Jabatan Peguam Negara.

Suntik Keyakinan Dan Semangat Baru Anggota Umno






SERAH SUMBANGAN...Kelihatan Lajim turut menyerahkan sumbangan sejadah kepada pengerusi Masjid selepas menyertai gotong royong membersihkan masjid di kampong tersebut

TUARAN: Ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin tidak mahu umno dilihat sebagai parti yang hanya ghairah memperjuangkan kelompok yang sedikit dan sebagai ' parti mencari sesuatau' oleh mana-mana anggotanya

Katanya, selaku tunjang Barisan Nasional, Umno bersama parti-parti komponen lain sedang mengambil langkah pengukuhan semula dan memulihkan sokongan rakyat terhadap kerajaan

Beliau berkata bagi mempestikan parti sentiasa memperolehi sokogan massa, adalah penting Umno dan Barisan Nasional sentiasa diyakini sebagai parti yang ampuh membela untung nasib rakyat.

"Kita mahu Umno dilihat, dirasai serta diyakini sepenuhnya sebagai parti inklusif yang mendahulukan rakyat dan bukannya mendahulukan diri sendiri," katanya semua ditemui selepas mengetuai rombongan Umno bahagian Beaufort mengadakan program gotong royong di masjid kampong Termonung dekat sini baru baru ini.

Rombongan tersebut terdiri dari peserta kursus memantapkan kepimpinan parti dari Umno bahagian Beaufort yang diadakan di salah sebuah pusat peranginan di sini yang turut disertai oleh Timbalan Ketua Bahagian Isnin Haji Aliasnih,Naib Ketua Umno bahagian Datuk Kimjus Duim dan Ketua Penerangan Umno bahagian Haji Samin Haji Ongki.

Lajim yang juga Ketua Umno bahagian Beaufort turut mengajak anggota Umno di semua peringkat kerap melakukan muhasabah diri untuk melihat kelemahan dan kekhilafan, dan mengambil langkah mengatasi kelemahan dan kekurangan tersebut

"Apa yang penting, ahli-ahli Umno perlu mewajahkan peri laku mulia dan nilai-nilai murni sebagai asas jatidiri dan kekuatan parti," katanya

Lajim turut menyenaraikan perilaku dan budaya politik yang beliau mahu anggota Umno
amalkan bagi memastikan parti itu diterima dan disokong rakyat.

"Antara sifat pemimpin yang paling didambakan dan digemari rakyat adalah sifat merendah diri dan tawadhuk," katanya.

Dalam perkembangan yang sama Lajim juga mahukan barisan pemimpin parti itu supaya sentiasa mendampingi anggota akar umbi dan juga rakyat.

"Rakyat akan membenci pemimpin yang memisahkan diri dari mereka, sukar didekati, apatah lagi pemimpin yang sombong dan bongkak. Rakyat menyanjung pemimpin yang menunjukkan keikhlasan dan merasai keseronokan menabur bakti," katanya

Friday, March 19, 2010

Umat Islam perlu pantas kuasai ilmu era globalisasi






PERARAKAN...Lajim mengetuai lebih dari seribu orang umat Islam berarak dari padang pekan Beaufort menuju ke Dewan masyarakat Pa Musa Beaufort sempana sambutan tersebut

BEAUFORT : Timbalan Yang Dipertua Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin menggesa umat Islam supaya bergerak pantas merebut peluang menguasai ilmu bagi menghadapi cabaran global yang semakin sengit.

Beliau berkata, umat Islam perlu pantas merebut peluang menguasai ilmu dalam era globalisasi yang bercambah dan berkembang dengan amat pantas sekali.

`Sekiranya, umat Islam tidak turut bergerak pantas merebut peluang yang ada bagi menguasai pelbagai ilmu yang tersedia, kita tidak akan mampu mendepani cabaran dunia semasa yang lebih perit dan getir,'' katanya ketika berucap merasmikan sambutan maulidur Rasul SAW Peringkat Daerah Beaufort di Dewan Masyarakat Pa Musa di sini pagi kemarin

Lajim yang juga Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan berkata, cabaran yang menanti umat Islam hari ini bukan sahaja menuntut mereka menyediakan diri agar siap sedia dalam persaingan sesama manusia sejagat tetapi juga untuk memperbetulkan sebarang salah tanggapan yang sering dilontarkan kepada agama Islam

Beliau juga berkata, umat Islam di Malaysia harus berbangga menjadi rakyat negara ini dan mengecapi nikmat hidup dalam aman dan damai secara berkekalan, serta kestabilan dan pertumbuhan ekonomi yang memberansangkan.

Menurut Lajim lagi , rakyat di negara ini mengecapi terlalu banyak nikmat, namun segala nikmat itu hanya akan dapat dilihat dan dirasai sekiranya mereka mengoptimumkan kemampuan akal.

.Beliau berkata, hanya insan yang berilmu serta tahu untuk menggunakan ilmunya di jalan yang benar, akan sentiasa bijak menggunakan dan memanfaatkan nikmat yang ada bukan sahaja untuk kepentingan diri tetapi juga untuk insan-insan di sekelilingnya

``Justeru, umat Islam hari ini tidak boleh alpa dengan segala kesenangan dan keselesaan yang ada, sebaliknya harus sentiasa gigih dan tekun berusaha mengangkat martabat diri sejajar dengan ajaran dan tuntutan agama Islam “ katanya

Sehubungan dengan itu Lajim yang juga Ahli Parlimen Beaufort mahu umat Islam mencontohi serta mengambil teladan empat sifat Nabi Muhammad SAW iaitu sidiq (benar), amanah, tabligh (menyampaikan) dan fatanah (bijaksana) kerana ia merupakan ciri-ciri penting untuk mencapai kecemerlangan.

Katanya empat sifat itu hendaklah dijadikan inspirasi dan diadaptasi bagi memacu meningkatkan ummah yang progresif.

Terdahulu Lajim mengetuai perarakan Maulidur Rasul peringkat daerah Beaufort lebih 1,000 umat Islam bermula dari Perkarangan Masjid Daerah ke Dewan Masyarakat Pa Musa Beaufort

Sementara itu Penyelia Sekolah Agama (Jheins) bahagian Beaufort Haji Jusih Haji Sarin diumumkan sebagai penerima anugreh khas Maulidur Rasul Peringkat Daerah Beaufort semantara dalam acara perarakan Kontenjen Jabatan Kerajaan menangani oleh Kontenjen Mahkamah Anak Negeri dan kontenjen Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) Bahagian Beaufort muncul sebagai johan bagi kontenjan bahagian awam.

Sunday, March 14, 2010

JANGAN SEWAKAN LESEN PERNIAGAAN KEPADA PENIAGA ASING





Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin bersalaman dengan ahli-ahli persatuan sejurus tiba untuk merasmikan mesyuarat agung tersebut

KOTA KINABALU: Para peniaga tempatan di negeri ini diingatkan supaya tidak memindah milik atau menyewakan lesen pernigaan gerai mereka kepada warga asing untuk mendapatkan keuntungan mudah.

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Lajim Ukin berkata, ini kerana kerajaan membantu mereka (peniaga tempatan) untuk mengeluarkan lesen bagi membolehkan rakyat tempatan berdikari dengan menjalankan perniagaan untuk bagi menyerah kehidupan keluarga.

“Kalau mereka (warga asing) bekerja di gerai kita, tidak apa, tetapi jangan sekali-kali lesen pernigaan yang diberikan oleh kerajaan kepada kita dipindah milik kepada rakyat asing,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap meramsikan mesyuarat agung tahunan Persatuan Penjaja Bumiputera Pantai Barat, di Kompleks Tabung Haji di sini, kelmarin.

Katanya, beliau tidak mahu melihat seperti apa yang ber- laku di pasar Chow Kit dan Jalan Masjid India dimana lesen gerai-gerai berkenaan adalah milik peniaga Melayu, tetapi disewa kepada orang asing.

Tegasnya, permit akan dibatalkan sekiranya warganegara Malaysia memindah milik permit perniagaan mereka kepada warga asing atau tidak menjalankan perniagaan yang diluluskan kepada mereka.

Katanya, sebanyak 1,488 lesen dan permit perniagaan kecil telah dikeluarkan oleh 22 buah Pihak Berkausa Tempatan (PBT) di negeri ini bagi tempoh 1 Julai hingga 31 Disember tahun lalu.

“Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan jelas membuktikan perannnya membantu usahawan dan penjaja di negara ini, melalui Jabatan Kerajaan Tempatan yang bertanggungjawab terhadap PBT pelbagai program telah diusahakan,”katanya.

Antaranya, program latihan keusahawan perniagaan oleh PBT melalaui dana kewangan yang disalurkan oleh Jabatan Kerajaan Tempatan, menyediakan peruntukan khas tahunan ahli Parlimen RM30 untuk mengadakan program yang sesuai di kawasan Parlimen termasuk kempen dan program lain.

Beliau juga meminta para peniaga Bumiputera supaya mencontohi cara-cara rakan mereka di kalangan bukan Bumiputera khususnya masyara- kat Cina yang komited dalam menjalankan perniagaan, wa- laupun tanpa mendapat bantuan modal daripada pihak kerajaan dan bergantung kepada pinjaman dari bank-bank dengan feadah yang agak tinggi..

Lajim berkata, kerajaan sentiasa bekerja keras dan ko- mited dalam usaha untuk membangunkan usahawan khususnya Bumiputera supaya lebih dinamik dan berdaya saing.

“Untuk berjaya, para usahawan dan oenjaja perlulah mengubah sikap ke arah yang lebih positif dan dinamik serta berminat untuk menambah ilmu dalam pelbagai aspek pengurusan perniagaan,”kataya.

Dalam pada itu, Lajim juga menyokong cadangan Persatuan Penjaja Pantai Barat supaya diwujudkan bangunan yang men- yediakan ruang niaga untuk me- nempatkan para peniaga khususnya para peniaga Bumiputera menjalankan perniagan mereka.

Sehubungan itu beliau berharap, pihak Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) akan mengambil perhatian terhadap perkara itu dan beliau (Lajim) sendiri akan menulis surat kepada kerajaan negeri mengenai cadangan itu.

Hadir pada majlis itu, Timbalan Ketua Pengarah Korparat DBKK, Bahari Hasan dan Presiden Persatuan Penjaja- Penjara Pantai Barat Sabah, Lipah Haji Mad.

Friday, March 12, 2010

Masyarakat diminta manfaat kemudahan perkhidmatan kesihatan






MENCUBA ...Lajim yang diperhatikan oleh Isteri beliau Normilah, Dr.Tan ,Mohd.Zulkifli dan Addul Rahim mencuba alat senaman yang dipemarkan sempana majlis tersebut

KUALA PENYU: Masyarakat umum diminta memanfaatkan sepenuhnya perkhidmatan kesihatan yang disediakan di kawasan masing-masing.

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Panglima Haji Lajim haji Ukin berkata, langkah tersebut dapat membantu kerajaan mencapai matlamat melahirkan generasi yang sihat dan cergas.

Selain itu katanya, tabiat tidak merokok, selalu bersenam, menjaga pemakanan dan menjauhkan diri daripada tekanan mampu membantu seseorang menjadi sihat.
"Kesihatan yang sempurna merupakan aset berharga kerana tanpanya tidak bermakna hidup seseorang itu walaupun kaya.

"Kerajaan sentiasa mengharapkan rakyatnya hidup dalam keadaan sihat dan cergas, oleh itu jangan sia-siakan kemudahan yang disediakan,'' katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Hari Bertemu Pelanggan Hospital Daerah Kuala Penyu dekat sini pagi kemarin

Hadir sama Pengarah Timbalan Pengarah Kesihatan negeri Dr.Tan Enoch ,Pengarah Hospita Kuala Penyu Mohd.Zulkifli Mohd. Tahir Penolong Pegawai daerah Kuala Penyu Abdul Rahim Yakub dan Isteri Lajim Datin Seri Normilah Siong

Menurut Lajim yang juga Ahli Parlimen Beaufort kerajaan sentiasa peka terhadap keperluan pembangunan yang diperlukan oleh rakyat ini termasuklah menyediakan kemudahan kesihatan yang lebih bermutu dan terbaik untuk rakyat.

Sebagai contoh Lajim berkata Hospital Kuala Penyu yang dibina oleh kerajaan Barisan Nasional pada tahun 2001 dengan kos pembinaan sebanyak RM76 juta merupakan antara komitmen kerajaan untuk mempertingakatkan kemudahan kesihatan di kawasan tersebut.

Menurut beliau kini penduduk Kuala Penyu dan sekitarnya boleh memperolehi rawatan kesihatan tanpa perlu ke lain-lain daerah sebagaimana yang berlaku sebelum ini dimana pesakit terpaksa menerima rawatan di Hospital Beaufort atau Kota Kinabalu.

“ Dengan adanya Hospital di daerah ini, dan kemudahan yang disediakan ianya dapat memberikan kemudahan kesihatan kepada penduduk setempat dan sekitarnya”

Dalam perkembangan lain Lajim berkata selaras degan usaha untuk mempertingkatkan kemudahan kesihatan di Negara ini, kerajaan telah menubuhkan klinik komuniti 1Malaysia yang pada umumnya mendapat reaksi positif daripada masyarakat yang berpendapatan rendah terutamnya di kawasan bandar.

“"Ia juga akan memberi infrastruktur yang diperlukan kepada mereka yang kurang upaya untuk menjalani rawatan yang sewajarnya di klinik yang berdekatan," katanya

Mengulas program tersebut Lajim berkata, bukan sekadar dapat meningkatkan sistem penyampaian kerajaan. Malah, ia memberi peluang kepada masyarakat setempat mengemukakan sebarang masalah kepada pihak berkaitan untuk diselesaikan

Thursday, March 11, 2010

34.5 JUTA DIPERUNTUKAN KEPADA 22 KAWASAN PBT DI SABAH






MESRA…Lajim diiringi oleh Ghulam dan Abidin bersalaman dengan pegawai pegawai kerajaan sejurus tiba ke majlis tersebut


KOTA KINABALU :Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) meluluskan Geran Tahunan 2010 berjumlah 34.5-juta ringgit bagi 22 kawasan PBT di negeri ini.

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Malaysia, Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin berkata, daripada jumlah itu Majlis Daerah Beaufort memperoleh 922-ribu 120.51-sen, Kuala Penyu 402-ribu 723.29-sen dan Sipitang 560-ribu 623.34 sen.

Katanya, tahun ini juga PBT menerima peruntukan kerajaan persekutuan secara purata 1.5-juta ringgit manakala 595-ribu ringgit akan disalurkan kepada Program Kebersihan Awam dan Local Agenda di peringkat PBT di seluruh negeri.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Angkat Sumpah Ahli-Ahli Majlis Daerah Beaufort, Kuala Penyu dan Sipitang di salah sebuah hotel terkemuka di Kota Kinabalu pagi kemarin.

Hadir sama Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Tempatan datuk Ghulam Haidar Khan, Ahli Parlimen Sipitang Datuk Sapawi Haji Ahmad,Ahli Dewan Undangan negeri Lumadan Kamarlin Haji Ombi,Ahli Dewan Undangan negeri Kuala Penyu John Teo Mau Sang,Ahli Dewan Undangan Negeri Sindiuman Ahmad Haji Bujang dan Setiausaha Tetap Kementerian Kerajaan Tempatan dan perumahan Datuk Abidin Mandingkir.

Lajim yang juga Ahli Parlimen Sipitang berkata, peruntukkan itu dilihat mampu memperkasakan perkhidmatan PBT disamping meningkatkan pelbagai prasarana pembangunan di seluruh negeri ini.

Sementara itu beliau sendiri akan memaklumkan peruntukkan yang disalurkan PBT kepada wakil rakyat dan Ahli Parlimen dalam merancang pembangunan di kawasan masing-masing.

“ Sebelum ini, terdapat segilitir wakil rakyat dan ahli parlimen tidak mengetahui projek pembangunan di kawasan masing-masing menyebabkan wujud salah faham dalam kalangan mereka” katanya.

Dalam Perkembangan sama Lajim yang juga Ahli Parlimen Beaufort mengingatkan agar semua PBT memberi kelulusan segera terhadap permohonan lesen perniagaan cepat, mudah, adil dan telus kepada golongan peniaga di negeri ini.

Bagi tujuan itu, kementeriannya memperkenalkan beberapa insentif serta penambahbaikkan termasuk pelaksanaan Pusat Setempat (OSC) dalam cadangan pemajuan dan pengeluaran Certificate Of Completion and Compliance (CCC) kepada golongan profesional di negeri ini.
Datuk Lajim menambah, kementeriannya akan memberi tumpuan terhadap penambahbaikan kepada pengeluaran Lesen perniagaan dan lesen komposit hotel dan Sistem Star Rating PBT (SSR-PBT), di negara ini

Tuesday, March 9, 2010

KOPERSI PBBS AKAN DITUBUHKAN






MEMPENGERUSIKAN
..Lajim (tengah) ketika mempengerusikan mesyuarat tersebut.Turut Kelihatan Setiausaha Agung Awg.Anak dan Naib Naib Presiden Saridah ,Haji Roslan dan Edris Ali

BEAUFORT: Bagi mempertingkatkan lagi penyertaan masyarakat Bisaya khususnya ahli-ahli persatuan dalam bidang ekonomi khususnya keusahwanan Persatuan Bisaya Bersatu Sabah (PBBS) akan menubuhkan sebuah koperasi yang dikenali sebagai kopersi (PBBS)

Presidennya Janang Gayuh Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin berkata, usaha ini membuktikan kesungguhan persatuan tersebut membantu mempertingkatkan ekonomi masyarakat Bisaya di negeri ini melalui penglibatan kopersi dalam pelbagai bidang perniagaan dan keusahawan yang berpotensi untuk diterokai bagi membantu meningkatkan ekonomi masyarakat Bisaya.

“ Satu ahli jawatankuasa penaja akan ditubuhkan dalam tempoh terdekat ini ,dimana saya yakin jika jawatankuasa ini komited dsiamping sokongan ahli-ahli dan masyarakat Bisaya, tidak mustahil kopersi ini dapat diwujudkan dan digerakkan bagi memainkan peranan membantu mempertingkatkan taraf siso ekonomi masyarakat Bisaya dalam pelbagai bidang perniagaan dan keusahwanan” katanya ketika ditemui selepas mempengerusikan mesyuarat Ahli Majlis tertinggi (PBBS) di Bilik mesyuarat Majlis Daerah dekat sini baru-baru ini.

Dalam perkembangan lain Lajim yang juga Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan turun mengingatkan agar setiap biro yang telah diwujudkan dalam persatuan tersebut dapat memainkan peranan aktifnya bagi membantu (PBBS) merealisasikan setiap program yang dirancang dapat memberikan manfaat kepada ahli-ahli khususnya masyarakat Bisaya.

Sehubungan dengan itu menurut Lajim pertubuhan tersebut juga telah mengwujudkan Skud Muda yang akan diperkasakan bagi menarik lebih ramai golongan muda dari masyarakat Bisaya menyertai persatuan tersebut

Menurutnya tenaga muda ini amat diperlukan sebagai pemimpin pelapis yang akan meneruskan agenda perjuangan (PBBS pada masa akan datang.

“ Kita perlu menyediakan pemimpin muda yang berwawasan serta mempunyai jatidiri yang boleh menyumbang sesuatu yang bermanfaat kepada persatuan khususnya kepada masyarakat Bisaya di negeri ini” katanya

Pada mesyuarat tersebut Biro Kebajikan yang dipengerusikan Timbalan Bendahari (PBBS) Jawarin Nasar turut mengumukan sumbangan peribadi sebanyak RM5,000 sebagai dana permulaan untuk mengisi tabung biro berkenaan yang akan digunakan untuk membantu masyarakat Bisaya yang ditimpa musibah seperti kematian dan sebagainya

Sementara itu Naib Presiden (PBBS) Isnin Haji Aliasnih juga turut memulakan dana untuk Biro Kebajikan dengan sumbangan peribadinya sebanyak RM5,000 yang akan digunakan untuk membantu anak-anak Bisaya dalam bidang pendidikan terutamnya bagi mereka yang akan melanjutkan pelajaran ke peringkat pengajian tinggi khususnya dalam bidang perubatan.

MASYARAKAT DIMINTA MANFAATKAN PROGRAM JUARA RAKYAT







Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin diiringi oleh Timbalan Ketua Umno Bahagian Isnin Haji Aliasnih,Ketua Penerangan Umno Bahagian Haji Samin Haji Ongki dan Guru Besar Sk Sangkabok ketika melihat masalah jalanraya ke sekolah berkenaan untuk diperbiki selepas menghadiri program Juara Rakyat di kampung Jagus Menumbok

MENUMBOK: Orang ramai terutama masyarakat kampung disaran memanfaatkan sepenuhnya Program Juara Rakyat untuk menyalur
kan pandangan dan permasalahan kepada wakil rakyat dan jabatan serta agensi kerajaan berkaitan.

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin berkata, melalui program itu, para pemimpin akan bersemuka dengan rakyat untuk mendengar sendiri permasalahan mereka.

Katanya, setiap permasalahan dan pandangan rakyat akan diberi perhatian sewajarnya dimana masalah yang boleh diselasaikan serta merta akan diselasaikan mengikut keaedah dan pendekatan yang sesuai untuk mengatasi sebarang masalah terutamanya yang melibatkan penambahbaikan projek pembangunan termasuk sistem penyampaian jabatan dan agensi kerajaan khususnya di kawasan itu

Beliau berucap demikian dalam Program Juara Rakyat dan Dialog Jabatan serta Agensi Kerajaan bersama rakyat di perkarangan surau Kampung Jagus, Menumbok.

Hadir sama Wakil Rakyat Kuala Penyu John Teo Mau Sing,Penolong Pegawai Daerah Kuala Penyu Abd.Rahim Yakub,Penolong Pegawai Daerah kecil Menumbok Awang Damit Abd.Razak serta ketua ketua Jabatan Kerajaan Negeri dan Persekutuan

“Permasalahan yang tidak dapat diselesaikan segera akan diatasi secara berperingkat-peringkat mengikut keperluan dan keutamaan dimana menjadi dasar kerajaan BN sentiasa mengutamakan kepentingan dan kesejahteraan rakyat” Kata Lajim yang juga Ahli Parlimen Beaufort.

Sehubungan itu, Lajim menasihati Ketua-Ketua Jabatan Kerajaan Negeri dan Persekutuan agar meluangkan masa menyertai Program Juara Rakyat yang diadakan di kampung-kampung pada masa akan datang.

Katanya, langkah itu penting untuk membolehkan mereka menjawab permasalahan rakyat secara terus agar rakyat berpuas hati sekaligus mengurangkan tekanan yang mereka hadapi.

Antara permasalahan yang dibangkitkan oleh penduduk sekitar termasuk kekurangan bekalan air bersih, elektrik, jalan raya, bantuan kebajikan dan kesukaran penduduk berurusan dengan Pihak Bank kerana tiada kemudahan tersebut di Pekan Kuala Penyu dan Menumbok.

“ Kita melihat masalah ini, dan kita yakin akan dapat diselasaikan secara beperingkat-peringkat dimana masalah yang dibangkitkan sememangnya telahpun disediakan tugas kita hanya melakukan penambahbaikan kepada kemudahan asas yang sediaada ini” tambah Lajim

ATASI SEGARA MASALAH KEBOCORAN PAIP AIR KE MENUMBOK





PERMOHONAN BARU. Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin Ketua Umno bahagian Beaufort menerima borang permohonan baru keahlian Umno dari cawangan Kampung Tanjung Aru semasa program tersebut

MENUMBOK: Masalah bekalan air bersih yang dihadapi penduduk sekitar Menumbok khususnya di kawasan luar bandar mendapat perhatian serius Ahli Parlimen Beaufort, Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin.

Beliau yang menghadiri Program Juara Rakyat dan Majlis Dialog Jabatan dan Agensi Kerajaan bersama penduduk setempat di perkarangan Surau Kampung Jagus dekat sini, mahu masalah tersebut diselesaikan segera.

Bercakap kepada pemberita selepas merasmikan majlis tersebut Lajim yang juga Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, menggesa Jabatan Air Negeri mencari jalan mengatasi masalah kebocoran saluran paip yang dikenalpasti menjadi punca bekalan air dari Loji Air Limbawang, Beaufort tidak dapat disalurkan kepada penduduk daerah kecil itu.

Hadir sama di majlis tersebut Wakil Rakyat Kawasan Kuala Penyu John Teo Mau Sing,Penolong Pegawai Daerah Kuala Penyu Abd.Rahim Yakub,Timbalan Ketua Umno Bahagian Isnin Haji Aliasnih,Naib Ketua Umno Bahagian Datuk Kimjus Duim dan Jurutera Air Daerah Jokriee Abdul Narudin.

Menurut Lajim , jika peruntukan tambahan diperlukan bagi pemasangan paip baharu, permohonan wajar dikemukakan segera untuk tindakan lanjut.

“ Jika kerajaan boleh menyediakan peruntukan yang agak besar untuk membina Loji Air, bukanlah satu halangan bagi kerajaan memberikan peruntukan yang lebih rendah untuk membaiki saluran paip yang sudah usang ini” ketanya

Beliau berkata, loji air Limbawang berharga 30-juta ringgit yang menghasilkan 15-juta liter air sehari, sepatutnya berjaya mengatasi sepenuhnya masalah bekalan air di Menumbok.

Bagaimanapun beliau berkata, keadaan saluran paip yang sudah usang dan bocor menyebabkan penduduk terpaksa bersabar menanti bekalan air disalurkan kepada mereka.

Tambah memburukkan keadaan, apabila musim kemarau ini, sehingga memaksa Pejabat Daerah Kuala Penyu menghantar bekalan air kepada penduduk terjejas dengan bantuan Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Jabatan Air.

Antara kampung yang masih berhadapan masalah bekalan air bersih ialah Kampung Tanjung Aru, Jagus, Kilgugus,Melikai , Menumbok dan Mempakul.

MENYELAMI MASALAH DALAM PROGRAM JUARA RAKYAT







Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang juga Ahli Parlimen Beaufort Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin (Tengah Membelakang) ketika mempengerusikan sesi dialog pada Program Juara Rakyat di Kampung Jagus Menumbok

Pendekatan yang dilakukan oleh Umno bahagian Beaufort melaksanakan Program Umno Juara Rakyat dengan membawa Ketua-Ketua Jabatan Kerajaan Persekutuan dan Negeri turun padang bersama rakyat di Kampung Jagus Menumbok pada ahad lepas perlu dilihat sebagai pendekatan positif yang memberikan ruang secara langsung kepada rakyat berinteraksi bersama pemimpin dan juga pegawai-pegawai kerajaan.

Walaupun beberapa isu yang diutarakan oleh penduduk kampung kepada pemimpin dan jabatan jabatan kerajaan yang terlibat dalam sesi dialog ini tidak dapat diselasaikan serta merta namun sebahagiannya dapat diberikan perhatian dan tindakan yang sewajarnya.

Kebijaksanaan Ahli Parlimen Beaufort Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin yang hadir bukan sahaja merasmikan majlis tersebut namun mengemudikan sesi majlis dialog yang ternyata mendapat sambutan yang positif dari kalangan penduduk setempat.

“ Semasa sesi dialog ini kita mendengar isu yang dibangkitkan walaupun semua dapat kita selasaikan serta merta, namun kita dapat menyelami masalah dan pandangan mereka terutamanya yang menyentuh aspek pembangunan dan sistem penyampaian jabatan kerajaan yang terlibat untuk diambil perhatian dan tindakan dalam memenui aspirasi mereka (rakyat) ” kata Lajim yang juga Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan semasa ditemui selepas majlis ini berakhir.

Menurutnya ada isu yang diutarakan boleh diselasaikan serta merta tanpa memerlukan peruntukan yang besar dari kerajaan sementara selebihnya permasalahan yang tidak dapat diselesaikan segera akan diatasi secara berperingkat-peringkat

“ Contohnya masalah kerosakkan jambatan, jalanraya pendawaian rumah balairaya, ianya merupakan kes kes kecil yang boleh diselasaikan segara samaada melalui peruntukan Parlimen mahupun Adun” katanya

Sambil mengakui program ini berjaya dan membawa manafaat kepada rakyat Lajim berkata kerjasama serta sokongan Ketua-Ketua Jabatan dan Agensi kerajaan khususnya di kawasan ini perlu dipuji dan dihargai kerana komitmen serta kesunggupan mereka turun padang bersama pemimpin setempat untuk menjayakan majlis tersebut walaupun dibuat pada hujung minggu

“ Kita amalkan konsep dengar,pandang dan ambil tindakan sewajarnya bagi menangani permasalahan yang mereka hadapi kerana sebagai parti yang menjadi tunjang kepada kerajaan BN, prinsip kita ialah Kerajaan Perlu menjadi Juara kepada rakyat” tegas Lajim

Antara isu yang disentuh semasa sesi dialog ini termasuklah soal penyediaan insfrastruktur bekalan air dan jalanraya ,bantuan kebajikan ,projek PPRT merupakan isu utama yang rata-ratanya mengharapkan kerajaan dapat mengambil perhatian sewajarnya bagi memenuhi keperluan demi kesejahteraan rakyat di negeri ini.

Sehubungan dengan itu Lajim yang juga Ahli Majlis Tertinggi Umno menasihati Ketua-Ketua Jabatan Kerajaan Negeri dan Persekutuan agar meluangkan masa menyertai Program Juara Rakyat yang diadakan di kampung-kampung lain pada masa akan datang

Katanya,Langkah itu penting untuk membolehkan mereka menjawab permasalahan rakyat secara terus agar rakyat berpuas hati sekaligus mengurangkan tekanan yang mereka hadapi.

UNDANG UNDANG SERAGAM BANGUNAN BAKAL DIKUATKUASAKAN





LANCAR Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin turut melancarkan bekalan air graviti sempena program Juara Rakyat Tersebut

MENUMBOK :Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan bercadang menguatkuasakan `Undang-Undang Seragam Bangunan' bagi projek baharu yang bakal dilaksana di seluruh negara.

Timbalan Menterinya Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin berkata, cadangan itu dijangka dibincangkan dalam Mesyuarat Kerajaan Tempatan yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak lama lagi.

Menurut beliau , langkah itu penting bagi mewajibkan pihak pemaju menyediakan kemudahan jalur lebar dalam setiap bangunan yang dibina, sepertimana bekalan air dan elektrik pada masa ini.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Program Umno Juara Rakyat dan Dialog bersama Jabatan serta Agensi Kerajaan bersama Rakyat di perkarangan surau Kampung Jagus, Menumbok dekat sini pagi kemarin

Hadir Sama Wakil Rakyat Kuala Penyu John Teo Mau Sing ,Timbalan Penolong Pegawai Daerah Kuala Penyu Abd.Rahim Yakub,Penolong Pegawai Daerah Kecil Menumbok Awang Damit Abd.Razak Timbalan Ketua Umno Bahagian Isnin Haji Aliasnih,Pengerusi Program Umno Juara Rakyat yang juga Ketua Penerangan Umno Bahagian Haji Samin Haji Ongki serta Ketua-Ketua Jabatan kerajaan.

Menurut Lajim yang juga Ahli Parlimen Beaufort penguatkuasaan Undang-Undang Seragam Bangunan juga merupakan antara usaha kerajaan memastikan sasaran 50-peratus pencapaian jalur lebar dalam kalangan rakyat menjelang hujung tahun ini, tercapai.

Katanya, penduduk negeri ini khususnya di luar bandar masih jauh ketinggalan daripada sasaran tersebut kerana kemudahan jalur lebar sukar diperoleh di kawasan terbabit.

Menurut beliau, masyarakat luar bandar wajar diberi peluang melayari laman sosial `Facebook' yang begitu popular masa kini untuk berkomunikasi secara terus dengan Perdana Menteri.

Katanya, peluang menyampaikan pandangan secara terus kepada Perdana Menteri melalui `Facebook' membolehkan rakyat berasa dihargai.

Di majlis tersebut Lajim turut mempengerusikan sesi dialog antara penduduk kampong bersama jabatan-jabatan kerajaan yang mendapat penyertaan yang menggalakkan dari penduduk kampong setempat terutamanya dalam mengutarakan aspek keperluan pembangunan di kawasan masing-masing.

Saturday, March 6, 2010

PROSES PEMULIHAN UMNO BERJALAN POSITIF




MESRA...Lajim bersalaman dengan ahli jawatankuasa Umno bahagian Beaufort sejurus tiba untuk mempengerusikan mesyuarat tersebut

BEAUFORT: UMNO telah berjaya melakukan pemulihan parti dimana semuanya berjalan dengan lancar dan ianya menjadi pentanda positif parti mendapatkan keyakinan rakyat bagi menghadapi pilihanraya umum akan datang

Ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin berkata,perkembangan ini menunjukkan parti kini sudah kembali ke landasan yang benar dan diyakini mampu menguatkan kembali parti melalui pelbagai pendekatan dan makanisme yang dilakukan oleh parti dan pemimpin termasuklah penganjuran program Umno Juara Rakyat.

" Parti melihat perkembangan positif ini berlaku terutamanya di Semenanjung Malaysia,dan sebagai pemimpin dan anggota parti kita perlu mengekalkan momentum sokongan ini berterusan sehingga pilihraya umum akan datang" katanya ketika ditemui selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa Umno bahagian Beaufort di sini petang kemarin.

Hadir sama Timbalannya Isnin Haji Aliasnih,Naib Ketua bahagian Datuk Kimjus Duim,Ketua Pergerakan Wanita Datuk Hajah Azizah Datuk Mohd.Dun Ketua Pemuda Mohd.Ishak Haji Ibrahim dan Ketua Puteri Saridah Datuk Moh.Dun

Sehubungan dengan itu Lajim yang juga Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan mengharapkan semua pemimpin parti disemua peringkat tidak seharusnya berpuas hati melihat perkembangan ini , sebaliknya terus berusaha mendekati dan menyelasaikan masalah rakyat di peringkat akar umbi.

" Bertetapan dengan program Umno Juara Rakyat yang dilaksanakan di seluruh bahagaian ketika ini kita akan gunakan sepenuhnya program ini untuk melipatgandakan usaha untuk mendekati rakyat " katanya.

Dalam perkembangan yang sama Lajim juga berharap agar pelbagai pihak termasuk badan sukarela ,NGO, serta persatuan persatuan belia perlu dilibatkansama dalam penganjuran program Umno Juara Rakyat agar ianya dapat memberikan impak yang besar terutamanya penyertaan golongan belia dalam setiap program yang dianjurkan.

Ketika diminta mengulas isu Belia Sabah terkandas tanpa perkerjaan di Kuala Lumpur , beliau berkata laporan sebelum ini tidaklah seserius mana yang dilaporkan oleh media, malah katanya Pergerakan Pemuda Umno Sabah telah pun mengambil tindakan susulan untuk menangani isu tersebut.

Beliau menambah isu ini tidak akan timbul sekiranya belia Sabah tidak terlalu memilih pekerjaan dimana menurut beliau peluang pekerjaan dalam pelbagai sektor di Sabah seperti pertanian,perladangan,pembuatan dan pembinaan cukup terbuka luas bagi golongan ini.

" Jika kita terlalu memilih bidang pekerjaan sudah tentu kita akan berhadapan dengan masalah ini, sebaliknya jika kita serius melakukan sesuatu usaha peluang pekerjaan bagi memperolehi pendapatandi negeri ini juga boleh diperolehi" katanya