Wednesday, August 18, 2010

UMNO TERBUKA UNTUK TERIMA KRITIKAN LAJIM






SUMBANGAN …Lajim ketika menyampaikan sumbangan untuk Masjid kampung Takuli pada majlis tersebut

BEAUFORT: Umno perlu menjadi parti yang sentiasa terbuka dalam menerima sebarang teguran,pandangan dan juga kritikan yang dilontarkan oleh rakan-rakan dari kompenan Barisan Nasional terutamanya isu-isu yang melibatkan kepentingan rakyat dan Negara.

Ahli Majlis tertinggi UMNO Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin berkata, Umno sebagai parti peneraju BN dan dianggap sebagai parti yang terbesar seharusnya bersedia menerima apa juga kirtikan dan pandangan yang dikemukakan oleh pemimpin-pemimpin kompnen BN untuk diambil perhatian serta tindakan sewajarnya.

“ Bagaimanapun apa juga isu dan kritikan yang dilontarkan ianya perlu mempunyai asas yang kukuh untuk dibincangkan dan diambil tindakan dalam konsep keluarga BN tanpa menjejaskan hubungan serta semangat kekeluargaan dalam BN” katanya ketika ditemui selepas menghadiri Majlis Berbuka Puasa bersama masyarakat Islam di Masjid Kampung Rancangan Klias dekat sini malam kemarin,

Lajim yang juga Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan berkata demikian sebagai mengulas beberapa kritikan dari pemimpin pemimpin BN di negeri ini khususnya teguran yang dibuat oleh UPKO mengenai isu pendatang tanpa Izin di Sabah.

Katanya isu PATI bukan sahaja masalah UPKO namun ianya merupakan masalah UMNO termasuk masalah kerajaan negeri dan pusat untuk ditangani bersama.

“ Kita perlu menangangi masalah ini bersama, kerana kita bimbing jika ianya tidak ditangani ianya akan menghakis hak-hak rakyat di negeri ini serta menutup peluang pekerjaan rakyat tempatan malah tidak mustahil satu ketika nanti PATI pula akan menjadi wakil rakyat” katanya.

Lajim juga menambah bukan sahaja isu ini perlu dibangkitkan malah isu perkongsian kuasa juga boleh dibangkitkan oleh parti-parti kompenan BN, malah menurut beliau UMNO juga akan mengemukakan isu tersebut sekiranya sesuatu kawasan itu diwakili oleh wakil rakyat dari parti kompenan BN yang lain,

“ Saya mengambil contoh dalam soal lantikan jawatan politik, soal agihan projek pembangunan sekiranya kawasan tersebut diwakili oleh parti Kompenan BN yang lain dan dalam masa yang sama ada ahli-ahli UMNO di kawasan tersebut mereka juga perlu diberikan peluang dan ruang yang sama” tambah Lajim

Dalam perkembangan lain Ahli Parlimen Beaufort ini juga mengulas isu pembinaan masjid di kampung tersebut dimana kerajaan telah pun meluluskan peruntukan sejumlah RM750 ribu untuk membina masjid baru di kampung tersebut bagaimanapun ketiadaan tapak telah membantutkan perlaksanaan projek tersebut ,

“ Kita kena cari jalan khususnya jawatankuasa masjid dikampung ini bagi mencari tapak yang sesuai dan ini perlu dilakukan segara bagi membolehkan masjid baru di kampung ini boleh dilaksanakan secepat mungkin” katanya.
Dimajlis tersebut selain berbuka puasa ,sembahyang berjemaah maghrib bersama masyarakat Islam setempat Lajim juga turut menyampaikan sumbangan peribadi untuk masjid berupa naskah-naskah Al-Quran dan kewangan untuk tabung masjid juga sumbangan zakat untuk golongan kurang upaya,ibu tunggal dan anak-anak yatim di kampung tersebut,

Turut hadir Timbalan Ketua Umno bahagian Isnin Haji Aliasnih,Setiausaha Umno bahagian Haji Jusih haji Sarin, Bendahari Umno bahagian Zahari Mohd. Zinin dan Ketua Pergerakan Pemuda Umno bahagian Beaufort Mohd.Ishak Haji Ibrahim.

Sunday, August 8, 2010

PBBS TUBUH KOPERSI JAYA MURNI BEAUFORT BERHAD






DIHARGAI..Lajim menerima cendera kenangan dari Haji Roslan selepas merasmikan mesyuarat tersebut.

BEAUFORT: Selaras dengan komitmen Persatuan Bisaya Bersatu Sabah (PBBS) bagi meliatkan masyarakat Bisaya khususnya ahli-ahli persatuan tersebut dalam sektor ekonomi, sebuah koperasi yang dikenali sebagai Koperasi Jaya Murni Beaufort berhad telah ditubuhkan.

Majlis pelancaran dan mesyuarat penaja kopersi tersebut telah dilancarkan oleh Presiden (PBBS) Janang Gayuh Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin di bilik Mesyuarat Majlis Daerah Beaufort baru-baru ini.

Berucap merasmikan mesyuarat penaja penubuhan koperasi tersebut Lajim yang juga Timbalan menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan berharap masyarakat Bisaya khususnya ahli-ahli Persatuan tersebut dapat memberikan sokongan padu terhadap penubuhan kopersi tersebut dimana menurut beliau ianya akan memberikan impak terhadap usaha persatuan melalui koperasi tersebut memperkasakan ekonomi masyarakat Bisaya di negeri ini

Menurut beliau bidang koperasi mempunyai potensi amat besar tetapi ia memerlukan anjakan paradigma dengan hala tuju yang baru untuk merealisasikan potensi itu disamping sokongan kuat dari ahli-ahlinya.

Katanya, bidang koperasi negara ini sedang menuju ke arah yang lebih baik dan berkesan bagaimanapun ianya memerlukan satu pasukan pentadbiran yang efisin dan berwawasan bagi menentukan bidang perniagaan yang diceburi mempunyai prospek jangka panjang khususnya yang dapat memberikan pulangan hasil kepada ahli-ahli koperasi.

"Pengurusan yang kurang mahir dan tidak berpengetahuan telah menyebabkan koperasi tidak berdaya maju," katanya

Katanya pentadbiran koperasi perlu mementingankan kredibiliti dengan mengamalkan pengurusan yang professional tanpa melupakan falsafah penubuhannya iaitu mengimbangi keuntungan dan menentukan kebajikan ahli-ahlinya.

“ Kita perlu memastikan koperasi terus mampu berdaya maju,berdaya saing dan berdaya tahan serta lebih kos efektif supaya mampu memberikan anggota-anggotanya produk dan perkhidmatan terbaik” katanya

Hadir sama di majlis tersebut Pengerusi Penaja Koperasi Jaya Murni Beaufort berhad yang juga Naib Presiden PBBS Haji Roslan Muharam,Naib Naib Presiden (PBBS) Saridah Datuk Mohd Dun,Haji Asmat Japar, Setiausaha Agung (PBBS) Awang Anak Sani,Pengerusi Skuad Muda (PBBS) MatBali Musa

Saturday, August 7, 2010

Hidupkan peranan masjid, dan surau






SUMBANGAN….Lajim turut menerima sumbangan tikar sejadah dari (MUIS) yang disampaikan oleh Pengerusinya Syed Abbas untuk kemudahan masjid Kariah Kampung Manggis sempana majlis tersebut.


KUALA PENYU: Peranan serta fungsi masjid dan surau di negeri ini perlu dihidupkan dalam usaha melahirkan lebih ramai modal insan berkualiti sebagai pelapis pemimpin pada masa hadapan.

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Panglima Haji Lajim Ukin berkata, selain tempat beribadat, masjid dan surau boleh berperanan sebagai institusi pendidikan yang unggul dan menjadi tempat pertemuan di kalangan masyarakat Islam memperkukuhkan perpaduan

Beliau berkata, pada masa sama, peranan ahli jawatankuasa masjid dan surau juga perlu ditingkatkan selari dengan peredaran masa terutama dalam mendidik dan memajukan belia Islam.

" Penguasaan umat Islam dalam pelbagai bidang mampu membentuk masyarakat yang berkualiti serta mampu mencapai kejayaan sebagaimana dikecapi kaum lain dan ia boleh dimulakan di masjid dan surau," katanya ketika berucap merasmikan Masjid Kariah Kampung Manggis dekat sini kemarin.

Hadir sama Pengerusi Majlis Agama Islam Sabah yang juga ADUN Balung Datuk Syed Abbas Syed Ali,Wakil Rakyat Kuala Penyu John Teo Mau Sing,Penolong Pegawai Daerah Kuala Penyu Abdul Rahim Yakub,Pegawai JHEINS Beaufort Abidin Ali Hassan dan Pengerusi Penganjur Sanawi Haji Sapar,

Lajim yang juga Ahli Perlimen Beaufort berpendapat peranan masjid perlu diluaskan yang bukan sahaja merangkumi pusat pengembangan ilmu dan pusat komuniti masyarakat Islam. Juga sebagai pusat penjanaan ekonomi

Katanya, Fungsi masjid seperti ini akan memberikan satu dimensi dan imej yang baru kepada masjid yang boleh dibanggakan.

‘‘Masyarakat Islam kini perlu berfikir secara serius serta mengumpul kekuatan sedia ada dan merancang sesuatu program yang strategik untuk memakmurkan masjid di negara ini,’’ katanya.

Lajim turut berpendapat, masjid yang mempunyai pasukan jawatankuasa yang proaktif, profesional, kreatif dan berpandangan jauh pasti dapat meningkatkan kedudukan institusi masjid.

‘‘Bagi membantu pihak pentadbiran masjid mempunyai sistem dan kaedah pengurusan yang baik satu badan sebagai pakar rujuk dan pengendalian kursus-kursus pengurusan masjid secara berterusan, perlu diwujudka “ katanya
Dalam perkembangan lain Lajim juga turut menyentuh mengenai keadaan fizikal masjid dimana menurut beliau umat Islam dan jawatankuasa masjid perlu menitikberatkan soal keindahan kawasan masjid dengan landskap yang indah lagi menarik, kemudahan asas yang mencukupi dan sempurna serta kebersihan yang mencapai standard yang diakui.

Selama ini, katanya, masyarakat Islam agak malu jika orang lain sering menempelak apakah indahnya Islam itu apabila masjid yang menjadi tempat ibadahnya pun kotor, tandasnya amat menjijikkan, permaidaninya tidak terurus dan kawasan persekitarannya dipenuhi semak samun.

‘‘Inilah yang perlu kita ubah,’’ kata Lajim yang juga Ketua (USIA) Bahagian Beaufort

Lajim: Pemimpin parti semua peringkat perlu berubah







PENUH TRADISI..Lajim diiringi oleh Datuk Rubin Balang dan Datuk Raimee Unggi disambut penuh tradisi sejurus tiba ke majlis tersebut

TENOM: Ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Haji Lajim Haji Ukin menggesa supaya pemimpin parti disemua peringkat berubah dan sentiasa mendampingi rakyat di peringkat akar umbi.
Katanya, pemimpin pada hari ini tidak lagi boleh duduk selesa dan mendengar masalah rakyat dari jarak jauh.
“Pemimpin perlu turun padang dan mendengar sendiri rintihan dan denyutan hati rakyat bahkan melihat sendiri masalah yang dihadapi oleh rakyat,” katanya semasa berucap merasmikan Program Juara Rakyat Tema Bulan Agensi Kerajaan di perkarangan Balai Masyarakat SABAKA Kg. Saga dekat sini kelmarin.
Hadir sama di majlis itu, Ketua Umno Bahagian Tenom Datuk Rubin Balang, Timbalan Ketua Umno Bahagian Tenom Suhaili Guriaman, Ahli Parlimen Tenom Datuk Raime Unggi, Exco Pemuda Umno yang juga Ketua Pemuda Umno Tenom Jamawi Jaafar, Ketua Puteri Umno Tenom Inahwati Jaini, Naib Presiden PBRS Datuk Kadoh Agundong, Penolong Pegawai Daerah Tenom Clarance Puin Pinduru, Ketua Daerah Tenom OKK David Jani, barisan kepimpinan Umno Bahagian, Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri, pemimpin-pemimpin parti komponen dan masyarakat di kawasan ini.
Lajim yang juga Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan Ahli Parlimen Beaufort berkata, rakyat pada hari ini bukan lagi seperti dulu yang tidak tahu menilai kemampuan pemimpin.
Rakyat pada hari ini katanya, adalah bijaksana dan sudah tahu menilai siapakah pemimpin mereka kerana anak-anak mereka sudah berpendidikan tinggi.
Justeru itu katanya, dampingi dan temuilah rakyat sentiasa untuk mendapatkan maklumat dan mengetahui masalah mereka.
Dalam masa yang sama Lajim mengingatkan ahli-ahli Umno dan ahli-ahli parti komponen Barisan Nasional (BN) keseluruhannya supaya jangan terpengaruh dengan proganda parti pembangkang khusus Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang membuat tuduhan-tuduhan liar dan fitnah kepada pemimpin-pemimpin BN.
Katanya, pemimpin pembangkang boleh cakap apa saja kerana mereka bagaikan mimpi disiang hari.
Malahan katanya, mereka boleh berjanji memberikan bulan dan bintang tetapi apa yang mereka katakan adalah pembohongan kepada rakyat dan tidak mereka boleh tunaikan.
Tetapi katanya, kerajaan BN telah terbukti telah memberi pembangunan kepada rakyat sejak ia berkuasa di negeri ini walaupun pembangkang menidakkan pembangunan yang diberikan oleh kerajaan BN kepada rakyat.
“Kita akui masih terdapat kampung-kampung terpencil di Pedalaman Sabah belum dapat dibangunkan sepenuhnya tetapi kita yakin kampung-kampung berkenaan dapat dibangunkan jika BN terus berkuasa di negeri ini,” katanya.
Menyentuh sedikit mengenai Program Juara Rakyat Lajim berkata, ia adalah memberi peluang kepada rakyat mendapatkan info-info terkini tentang dasar-dasar kerajaan.

PBT Ambil tindakan premis enggan kibar bendera






LEPASKAN…Kelihatan Lajim diiringi oleh Raimee ,Rubin ,Jamawi dan Mohd Ishak ketika melepaskan Konvoi kembara merdeka Pergerakan Pemuda Umno Tenom di perkarangan Perkasa Hotel Tenom Kemarin.

TENOM: Pihak berkuasa tempatan (PBT) diminta memestikan agar setiap pemilik premis atau bangunan di kawasan PBT masing-masing dapat mengimbarkan Jalur Gemilang sempena sambutan bulan kemerdekaan tahun ini.

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin berkata, semua pihak termasuk para peniaga tidak seharusnya terkecuali daripada menunaikan tanggungjawab mereka terhadap negara.

''Semangat patriotik patut disemai di jiwa setiap lapisan rakyat terutama generasi muda agar tahu tentang tanggungjawab masing-masing.

''Maka sebab itu, PBT perlu bertindak tegas terhadap mana-mana pemilik premis perniagaan, kilang-kilang atau pejabat yang enggan mengibarkan bendera sepanjang sambutan bulan kemerdekaan ini," katanya di sini kemarin

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas melepaskan peserta Konvoi Pergerakan Pemuda Umno bahagian Tenom yang membawa jalur gemilang ke tapak program Juara Rakyat di Kampung Saga bermula dari Hotel Perkasa Tenom dimana majlis perasmian program tersebut juga disempurnakan oleh Lajim yang juga Ahli Parlimen Beaufort.

Hadir sama Ahli Parlimen Tenom Datuk Raimee Unggi,Ketua Umno Bahagian Tenom Datuk Rubin Balang Exco Pergerakan Pemuda Umno Malaysia Jamawi Jaafar Ketua Pergerakan Pemuda Umno Beaufort Mohd.Ishak Haji Ibrahim dan Naib Ketua Pergerakan Pemuda Umno Beaufort Mohd.Azman Datuk Lajim

Menurut Lajim yang juga Ahli Majlis Tertinggi Umno , masih ada segelintir peniaga tidak mengibarkan Jalur Gemilang walaupun mereka mengetuhai pada bulan Ogos setiap tahun adalah bulan kemerdekaan Negara.

Katanya, rakyat Malaysia amnya dan Sabah khususnya wajar merayakan sambutan Bulan Kemerdekaan kerana ia membawa banyak pengertian tentang sebuah negara.

''Kita beruntung dapat menikmati kemajuan dan kesejahteraan hidup hasil pengorbanan oleh pejuang-pejuang kemerdekaan masa lalu. Sukar untuk kita terus mengekalkan kemerdekaan ini jika tiada semangat cintakan negara," katanya.

Sementara itu Jamawi yang juga Ketua Pergerakan Pemuda Umno bahagian Tenom ketika ditemui selepas majlis ini berkata, penganjuran program tersebut bertujuan untuk membangkitkan semangat patrotik di kalangan genarasi muda agar mereka bukan sahaja menghayati malah perlu menghargai makna sebuah kemerdekaan Negara yang berdaulat.

Katanya,,generasi muda sekarang yang bakal menguruskan masa depan negara perlu mempunyai semangat kenegaraan dan jati diri yang tinggi untuk meningkatkan martabat bangsa di persada antarabangsa.

Malahan, tambahan beliau generasi muda juga perlu bertanggungjawab memelihara dan menjamin kemerdekaan yang berkekalan di samping perlu memperkukuhkan tekad dan azam bagi menghadapi segala rintangan dan cabaran dengan berani dan gigih.

''Kita perlu isi kemerdekaan dengan rancangan yang bermutu dan dengan keupayaan yang lebih besar daripada apa yang kita ada dari dulu” katanya

Bersatu laksana program dakwah





IKATAN UKHWAH…Lajim bersalaman dengan ahli jawatankuasa (USIA) bahagian Beaufort sejurus tiba untuk merasmikan mesyuarat tersebut


BEAUFORT: Semua agensi dakwah termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam di negeri ini perlu mengetepikan kepentingan peribadi dalam melaksanakan program dakwah.

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Lajim Ukin berkata, semua agensi terbabit tidak harus berasa iri hati atau memandang serong mana-mana agensi yang berjaya melaksanakan program dakwah.

"Apabila ada usaha dari mana-mana badan termasuk NGO Islam lain melaksanakan program dakwah yang selari dengan ajaran Islam dan tidak bertentangan dengan undang-undang negara kita perlu menghargai dan menyokongnya.

"Jadi kita tidak perlu gusar dan bimbang jika berlaku persaingan yang sihat antara NGO Islam di negeri ini dalam melaksanakan program dakwah kerana apa yang kita fokuskan adalah program dakwah untuk masyarakat Islam bukannya untuk kepentingan peribadi," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian mesyuarat agung Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) Bahagian Beaufort di sini semalam.
Turut hadir Ahli Majlis Tertinggi USIA, Sadih Nasah dan Naib Ketua USIA Bahagian Beaufort, Abdul Ghafar Rijim.

Menurut Lajim, semua pihak termasuk NGO perlu meningkatkan kerjasama bagi memperkasakan gerakan dakwah di negeri ini yang semakin mencabar.

"Keperluan gerakan dakwah di Sabah pada masa ini amat mendesak dan NGO Islam perlu terus berkongsi kepakaran masing-masing memandangkan setiap NGO ada kelebihan tersendiri.

"Melalui kerjasama yang dijalankan ia saling lengkap melengkapi antara satu sama lain kerana sesuai dengan sifat berdakwah iaitu saling bekerjasama," katanya.
Sementara itu, beliau berkata, USIA perlu terus menggiatkan usaha dakwah secara menyeluruh dan berterusan di negeri ini.

Tambahnya, selain itu USIA juga perlu mencari pelbagai pendekatan baru bagi memastikan setiap program dakwah yang dijalankan berjaya mencapai matlamat.

PANTAU PROJEK PEMBANGUNAN DI KAWASAN PARLIMEN BEAUFORT




TURUN PADANG...Lajim diringi oleh Kimjus dan kontraktor pelaksana ketika meninjau perlaksanaan projek naik taraf Balai Raya kampung Menunggang semasa lawatan tersebut


TURUN PADANG.... Ahli Parlimen Beaufort Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin baru-baru ini melakukan lawatan mengejut bagi mempestikan perlaksanaan projek pembangunan di kawasan beliau dilaksanakan mengikut jadual dan sepekasi kerja yang telah ditetapkan. Antara projek pembangunan yang beliau lawati ialah projek menaik taraf Balai Raya kampung Menunggang yang mendapat peruntukan sebanyak RM50,000.00 dimana sebelum ini bangunan Balai raya tersebut agak kecil dan menimbulkan keadaan yang kurang selesa apabila satu satu majlis diadakan. Menurut Lajim yang juga Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan peruntukan tersebut adalah untuk membesarkan lagi balairaya tersebut agar ianya boleh menampung keperluan penduduk setempat sebagai pusat untuk berkumpul apabila satu satu majlis diaadakan di kampung tersebut. Beliau yang diirngi oleh Naib Ketua Umno bahagian Beaufort Datuk Kimjus Duim semasa lawatan turut berpuas hati kerana kerja-kerja permulaan untuk menaiktaraf balai tersebut sudah pun dimulakan oleh kontraktor yang melaksanakanya dan berharap projek tersebut dapat disiapkan mengikut jadual yang telah ditetap

MENZIARAHI MENDIANG JOSEPHONE





PENGHORMATAN TERAKHIR....Lajim diiringi oleh keluarga mendiang ketika memberikan penghormatan terakhir kepada mendiang Joseohone pada kunjungan tersebut

BERSIMPATI.....Bagi Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan yang juga Ahli Parlimen Beufort Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin,kesibukan beliau dengan jadual kerja yang telah ditetapkan di kawasan yang beliau wakili bukanlah halangan bagi beliau menemuai rakyat di kawasan beliau apalagi mereka yang ditimpa musibah. Pada petang jumaat lepas beliau yang diiringi oleh Naib Ketua Umno bahagian Beaufort Datuk Kimjus Duim telah berkunjung ke rumah keluarga Mendiang Josephone Cheongkiam kampung Menumpang Kuala Penyu. Mendiang Josephone Naib Ketua UPKO Bahagian Beaufort meninggal dunia pada malam Khamis lepas, setetelah kereta pacuan empat roda yang beliau pandu sendiri terbabas di kampung Bingkul dalam perjalanan beliau balik ke rumahnya di Kampung Limbawang dari Pekan Beaufort. Beliau yang meninggalkan seorang balu dan 3 orang anak dikebumikan di kampung Halaman beliau.Lajim yang juga Pengerusi Barisan Nasional Parlimen Beaufort selainkan menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga mendiang juga turut menyampaikan sumbangan peribadi dan berharap keluarga mendiang reda dan sabar menerima dugaan tersebut.

Monday, August 2, 2010

BISAYA BOLEH






DIHARGAI…Bekas Pemangku dan Naib Presiden Hajah Siti Aidah Haji Lokin turut menerima angureh Pingat Seri Janang daripada Lajim sambil disaksikan oleh Kamarlin Haji Roslan dan Pengerusi Anugreh Nadin Haji Salleh sempana majlis tersebut

BEAUFORT: Persatuan Bisaya Bersatu Sabah (PBBS) khususnya suku kamu Bisaya di negeri ini, perlu berbangga kerana ramai di kalangan anak-anak kaum Bisaya telah mencipta kejayaan dalam pelbagai bidang antara pendidikan,ekonomi,budaya,sektor perkhidmatan awam dan tidak terkecuali dalam bidang politik.

Presidennya Janang Gayuh Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin, pencapaian ini merupakan satu kejayaan yang bukan sahaja perlu dipertahankan malah dari masa ke semasa perlu dipertingkatkan bagi mempestikan masyarakat Bisaya mampu bersaing dalam persekitaran global.

“ Sesungguhnya (PBBS) dan masyarakat Bisaya keseluruhnnya perlu bersyukur atas kejayaan ini, dimana kita (masyarakat) Bisaya mampu menyumbang terhadap pembangunan Negara sekali gus mengharumkan nama Negara di peringkat antarabangsa” katanya ketika berucap merasmikan Jamuan Makan Malam Presiden dan Majlis Penyampaian Anugreh semapana sambutan Adau Janang Gayuh ke 7 di Dewan Masyarakat Janang Gayuh Datuk Seri Panglima Haji Mohd.Dun Banir baru-baru ini,

Hadir sama Timbalan Presiden (PBBS) Kamarlin Haji Ombi,Naib-Naib Presiden (PBBS) Saridah Datuk Mohd.Dun, Haji Roslan Muharam,Edris Ali, Tarawi Rukut ,Haji Asmat Japar, Isnin Haji Aliasnih dan Setiausaha Agung (PBBS) Awang Anak Haji Sani.

Menurut Lajim yang juga Timbalan Menteri Perumahan dan kerajaan Tempatan kejayaan terbaru anak bisaya yang mencipta nama di peringkat antarabangsa Razali Bin Abd Rahim yang membawa Irama Kulintangan dalam pertandingan Seni Olimpik Antarabangsa di Hollywood Los Angeles baru-baru ini dengan memperolehi tiga pingat emas merupakan sesuatu yang amat membanggakan bukan sahaja kepada masyarakat bisaya malah turut mengharumkan nama Negara.

“ Sesungguhnya kejayaan beliau (Razali Abd Rahim) boleh dijadikan Ikon kepada generasi muda suku kaum Bisaya dimana tidak ada sesuatu yang mustahil dilakukan jika kita bersungguh-sungguh berusaha” tegas Lajim

Razali merupakan siswa pengajian Diploma Seni Muzik Akademik Seni Muzik Unversiti Aswara Kuala Lumpur yang menwakili Negara dalam acara persembahan solo kulintangan pada pertindangan tersebut


Dalam perkembangan lain Lajim berkata, bagi meningkatkan jati diri agar sentiasa mengetahui asal-usul, budaya, bahasa dan adat resam kaum Bisaya, Skuad Muda Persatuan Bisaya Sabah telah ditubuhkan.

Ianya bertujuan bagi melahirkan belia yang berkemampuan untuk menerap dan memelihara elemen jati diri ke arah memartabatkan budaya bangsa di kalangan belia.

Katanya setakat ini, Skuad Muda tersebut dianggotai 500 belia Persatuan itu bagi membantu persatuan menerapkan nilai-nilai murni bangsa dalam kalangan generasi muda, bagi memastikan adat resam serta budaya berkenaan tidak hilang ditelan zaman.

Sementara itu beberapa Anugreh turut disampaikan kepada invidu masyarakat Bisaya yang telah mencipta nama dalam pelbagai ketegori antara pendidikan, ekonomi,budaya dan individu yang turut memberikan sumbangan kepada (PBBS) sebelum ini-

PBBS KINI MENJADI AHLI GABUNGAN KDCA







WARNA WARNI….Pairin bersama Isteri Puan Seri Ganive diiringi oleh Lajim dan Isteri Datin Normilah dan Timbalan Presiden (PBBS) Kamarlin Ombi bersalaman dengan orang ramai sejurus tiba di majlis tersebut

BEAUFORT: Persatuan Kebudayaan Kadazandusun (KDCA) meluluskan permohonan Persatuan Bisaya Bersatu Sabah (PBBS) untuk menjadi ahli gabungannya.

Presiden KDCA yang juga Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan berkata, gabungan tersebut dapat mewujudkan kerjasama dalam bentuk gabungan antara persatuan-persatuan kaum di negeri ini merupakan langkah penting bagi memelihara budaya masyarakat berbilang kaum di negeri ini disamping dapat menjayakan Gagasan 1 Malaysia

Beliau berucap demikian ketika merasmikan Sambutan Adau Janang Gayuh di Padang S.K. Lupak, Beaufort dekat sini pagi kemarin.

Turut Hadir Presiden (PBBS) Janang Gayuh Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin, Presiden Persatuan SAMA Sabah. Abdullah Sibil,Timbalan Spaker DUN Sabah Datuk Johnny Masitun , Timbalan Presiden (PBBS) yang juga Pengerusi Penganjur Kamarlin Haji Ombi,Ahli Parlimen Sipitang Datuk Sapawi Haji Ahmad serta lebih dari 3,000 orang masyarakat Bisaya bagi memariahkan sambutan Adau Janang Gayuh Kali ke 7 Tahun ini

Menurut Tan Sri Pairin, selain memelihara budaya, usaha menjadikan PBBS sebagai Ahli Gabungan KDCA juga mampu mengeratkan lagi semangat perpaduan yang sedia terjalin dalam kalangan masyarakat pelbagai etnik di Sabah.

Sementara itu, Presiden PBBS, merangkap Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Haji Lajim Haji Ukin berkata, PBBS yang ditubuhkan sejak 33-tahun lalu boleh berbangga kerana mampu bekerjasama dengan suku kaum dan etnik lain yang terdapat di negeri ini.

Katanya, persatuan tersebut akan terus memainkan peranan untuk memelihara hubungan harmoni antara pelbagai kaum di negeri ini.

Katanya, menyedari hakikat budaya merupakan eleman yang amat berharga dan mampu menjadi wadah memperkukuhkan perpaduan kaum ,sambutan Adau Janang Gayuh yang dirayahkan setiap tahun oleh masyarakat tersebut merupakan wadah untuk melestarikan hubungan kaum disamping sebagai usaha untuk mempertahankan warisan budaya masyarakat tersebut agar tidak pupus di telan zaman.

“ Kerana itu bemula pada tahun depan kita akan berkerjasama dengan Lembaga Kebudayaan Sabah bagi menganjurkan program ini dalam skala yang lebih besar dengan pelbagai pengisian program yang dapat menarik penyertaan masyarakat umum khususnya pelancong dari luar Negara” katanya.

Menurut beliau langkah ini bukan sahaja boleh memasyarakatkan budaya yang diwarisi oleh suku kaum Bisaya namun ianya akan turut menjadi pendapatan rakyat dan negeri melalui sektor pelancongan.

Mengulas lanjut usaha persatuan tersebut untuk mempertahankan nilai dan budaya masyarakat Bisaya, Skud Muda (PBBS) telah pun diwujudkan sebagai satu pendekatan jangka panjang agar golongan muda dapat mempertahankan dan memelihara budaya masyarakat .

KOMUNITI BESTARI BERPERANAN SEBAGAI PENGERAK PEMBANGUNAN MINDA MASYARAKAT





. DIHARGAI...Lajim menerima cendera kenangan dari Pengarah Penerangan Sabah Haji Azizan Haji Din selepas merasmikan program tersebut

BEAUFORT : Peranan Komuniti Bestari bukan sahaja menyalurkan maklumat yang tepat berhubung dengan dasar dan program kerajaan namun dalam masa yang sama ianya perlu memainkan peranan sebagai pengerak pembangunan minda masyarakat

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin berkata Komuniti Bestari perlu bersungguh-sungguh menyiapkan masyarakat untuk berhadapan dengan cabaran lebih besar pada masa akan datang sesuai dengan peredaran zaman.

Menurut beliau, ada sesetengah pihak yang menggunakan kecanggihan teknologi maklumat seperti internet menyebarkan maklumat tidak benar mengenai kerajaan yang menyebabkan minda masyarakat mudah dibolosi dengan dakyah yang boleh menjejaskan keharmonian dan mencacatkan usaha kerajaan membawa pembangunan untuk kebaikan dan kesejahteraan rakyat.

“ Komuniti Bestari juga perlu memberi tumpuan kepada usaha meningkatkan ilmu pengetahuan komuniti supaya mereka dapat menggunakan maklumat tersebut dengan bijaksana disamping menangkis usaha-usaha pihak lain yang menyebarkan tohmahan dan fitnah yang boleh menjejaskan keharmonian dan perpaduan rakyat” katanya

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Program Sepakat Bestari Peringkat Daerah Beaufort di Perkarangan Tamu Pekan Beaufort dekat sini pagi kemarin.

Hadir sama di majlis tersebut ,Pengarah Penerangan Sabah Haji Azizan Haji Din, Pegawai Daerah Beaufort Wong Foo Tin Pengarah Jabatan Keselamatan Jalanraya Sabah Herdianshah Abdul Karim , Pegawai Penerangan Bahagian Supian Musa ,dan Pegawai Penerangan Daerah Malina Jamarin

Menurut Lajim yang juga Ahli Parlimen Beaufort ,Komuniti Bestari juga merupakan agen perubahan untuk meningkatkan keberkesanan sistem penyampaian maklumat secara dua hala dalam pembangunan komuniti.

“ Ini dapat dilihat dengan wujudnya saluran komunikasi yang tepat dan jitu, kerajaan dapat menyampai maklumat yang tepat dan pada masa yang sama, menerima maklumat daripada rakyat untuk kepentingan Negara” jelas beliau

Dalam pekembangan yang sama Lajim juga berharap agar pemimpin Komuniti Bestari di negeri ini dapat memberikan penerangan yang jelas mengenai gagasan 1Malaysia kepada masyarakat setempat.

Menurut beliau Ia bertujuan bagi mengelak timbulnya kekeliruan kerana terdapat pihak tertentu yang cuba menafikan keberkesanan konsep yang dilaungkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkenaan dengan membangkitkan isu Malaysian Malaysia.

Katanya, ada pihak terbabit didapati cuba memainkan isu tersebut untuk menimbulkan perpecahan di kalangan rakyat negara ini.

“ “Oleh kerana konsep 1Malaysia masih baru, adalah menjadi tanggungjawab pemimpin atau penggerak Komuniti Bestari untuk menyebarkannya dengan lebih rapi di peringkat akar umbi,” katanya.

Beliau menambah Konsep 1Malaysia yang diperkenalkan Perdana Menteri ini amat bersesuaian kerana ia berpaksikan Perlembagaan Negara malah ianya bukan sahaja mampu memperkukuhkan perpaduan masyarakat majmuk di negara ini, malah berupaya membawa kecemerlangan kepada negara-Jaw