Saturday, November 27, 2010

30 PERATUS KOUTA UNTUK AHLI AHLI PBTM DUDUKI RUMAH PPR






ANUGREH…Lajim diiringi oleh Naib Presiden PBTM Sharuddin Haji Omar dan Yang Dipertua (PBTM) Bahagian Negeri Sabah Abd.Sanon Haji Sapari menyemat pingat (PSSB) PBTM kepada Haji Jindeh Ansim dari PBTM Cawangan Kota Kinabalu pada majlis tersebut



KOTA KINABALU: Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan memperuntukan kouta sebanyak 30% bagi ahli-ahli Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM) di negeri ini untuk menduduki rumah di program Projek Perumahan Rakyat (PPR)

Timbalan Menterinya Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin berkata, kouta tersebut hanya untuk ahli-ahli PBTM yang berdaftar di negeri ini dan mereka boleh memohon melalui PBTM bagi mendapatkan perumahan dibawah skim tersebut mengikut lokasi daerah di negeri ini yang mempunyai projek (PPR)

“ Sebagai Timbalan Menteri, saya memberikan jaminan kouta ini kepada ahli-ahli PBTM di negeri ini yang sebelum ini terpaksa menyewa rumah pada kadar yang tinggi selepas mereka bersara dari perkhidmatan tentera dan bertugas di lain lain sektor perkerjaan di kawasan bandar ”katanya kepada media selepas merasmikan mesyuarat agung (PBTM) Bahagian Negeri Sabah yang ke-29 di sini pagi kemarin.

Hadir sama Naib Presiden PBTM Kapt.Shahruddin Haji Omar dan Yang Dipertua (PBTM) Bahagian Negeri Sabah Abd.Sanon Haji Sapari.

Menurut Lajim yang juga Ahli Parlimen Beaufort beliau dimaklumkan ada pesara tentera yang menjadi ahli PBTM dan berkerja di beberapa buah syarikat swasta di Bandar Bandar utama di negeri ini terpaksa menyewa rumah pada kadar sewaan yang agak tinggi

“ Dengan memberikan mereka peluang untuk tinggal di PPR ianya boleh meringankan beban kewangan mereka dimana kadar sewaan bulananya jauh lebih murah iaitu sekitar RM124 ke 150 sebulan” katanya

Menurut Lajim Kerajaan amat menghargai sumbangan dan pengorbanan bekas anggota tentera terutamanya dalam menjaga keamanan negara selama ini, justeru peluang ini adalah sebagai membalas jasa baik serta pengorbanan yang mereka lakukan sebelum ini.

Dalam perkembangan berkaitan Ahli Majlis Tertinggi Umno ini juga berharap agar PMBTM mengikis perpapsi yang persatuan tersebut hanya “persatuan berharap kepada sumbangan” sebaliknya menurut beliau PBTM perlu berusaha bagi memperkukuhkan keupayaan serta kemampuan ahli-ahlinya untuk bersaing dengan merebut pelbagai peluang terutamanya dalam sektor ekonomi yang disediakan oleh kerajaan.

Katanya, PBTM perlu bijak merancang serta melaksanakan program yang mampu memperkasakan kedudukan kewangan PBTM termasuk ahli-ahlinya dengan menceburi pelbagai bidang dan peluang terutamanya dalam meningkatkan taraf siso ekonomi ahli-ahlinya di negeri ini.

“ Dalam Bajet 2011 kerajaan mengwujudkan program Latihan 1 Malaysia yang memperuntukan 500 juta untuk program program latihan dan teknikal yang mana ahli-ahli PBTM boleh merebut peluang yang disediakan ini” katanya

Tambahnya dengan adanya perancangan serta perlaksanaan program program yang bermanafaat untuk ahli-ahlinya ianya akan memberikan ransangan kepada bekas-bekas anggota tentera yang belum lagi menjadi ahli untuk mendaftar menjadi ahli PBTM.

Saturday, November 20, 2010

KAJI SEMULA KEBERKESANAN PROGRAM JUARA RAKYAT





MESRA…Lajim bersalaman dengan Zahari sambil diperhatikan Ishak selepas mesyuarat tersebut berakhir


BEAUFORT: Kepimpinan tertinggi parti perlu melihat serta mengkaji semula keberkesanan program Juara Rakyat yang dianjurkan selama ini samaada ianya dilaksanakan mengikut garis panduan yang ditetapkan disamping ianya benar-benar memberikan kesan serta manafaat kepada rakyat

Ahli Majlis Tertinggi Umnio Datuk Seri Panglima Haji Lajim haji Ukin ketika menyarankan perkara ini berkata terdapat beberapa kes (tanpa menyebut bahagian) yang mengadakan progam Juara Rakyat dengan hanya menganjurkan pertandingan badminton ianya diiktiraf sebagai program Juara rakyat sedangkan kesannya tidak sampai ke peringkat sasaran.

“ Jika pertandingan ini sebagai salah satu pengisian program juara rakyat yang dianjurkan kita boleh menerima tapi jika inilah program keseluruhannya memang satu pembaziran dan kesannya tidak akan memberikan manafaat kepada rakyat” katanya ketika ditemui disini selepas mempengerusikan mesyuarat ahli jawatankuasa Umno bahagian di sini pagi kemarin.

Hadir sama Timbalanya Isnin Haji Aliasnih,Ketua Pergerakan Wanita Datuk Hajah Azizah Mohd.Dun, Bendahari Umno Bahagian Mohd.Zahari Zinin dan Ketua Pergerakan Pemuda Umno Mohd.Ishak Haji Ibrahim

Lajim yang juga Ketua Umno bahagian Beaufort berkata antara matlamat program Juara Rakyat ialah mendekati rakyat di peringkat akar umbi bagi membantu serta menyalami permasalahan mereka untuk diambil tindakan disamping sebagai wadah untuk memperkukuhkan perpaduan dikalangan anggota parti.

Menurut beliau apabila pengisian program Juara Rakyat diadakan hanya sekadar melepaskan batuk ditangga sudah tentu matlamatnya tidak akan kesampaian dan rakyat tidak akan menerima manaafat dari program tersebut.

“ Kita kena kaji semula dari segi konsep serta pengisian program Juara Rakyat yang kita anjurkan jika tidak ianya hanya akan menjadi program sia-sia dan tidak akan memberikan kesan jangka panjang untuk rakyat dan parti” tambah Lajim.

Disamping itu Tambah Lajim penyertaan dari parti parti kompenan BN yang lain terhadap program Juara Rakyat setakat ini masih hambar dan disebabkan penyertaan dingin ini ada pihak yang menganggap program Juara Rakyat ini hanya program Umno sahaja

Dalam perkembangan lain Timbalan Menteri Perumahan dan kerajaan Tempatan ini juga turut mengajak pemimpin dan anggota parti disemua peringkat agar mengamalkan budaya kerja berpasukan bukannya berkumpulan

Katanya bila berkumpulan akan wujud perpecahan sebaliknya bila berkerja berpasukan kekuatan parti akan terserlah dan ini lebih memudahakn jentera parti untuk menghadapi cabaran terutamanya cabaran pada pilihanaraya umum akan dating

“ Syukur di bahagian kita wujud budaya berkerja berpasukan dan saya berharap memountum akan berkekalan bagi kita menyusun jentera parti untuk menghadapi pilihraya umum akan datang” katanya

Friday, November 19, 2010

TANDAS JALANAN DIPERKENALKAN DI TEMPAT AWAM








Bersama dengan para penerima dalam anugreh Tandas Bersih dari pelbagai ketegori pada majlis tersebut

KOTA KINABALU: Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan sedang mengkaji kemungkinan memperkenalkan tandas jalanan di tempat-tempat awam yang sibuk bagi kegunaan dan keselesaan orang ramai.

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin berkata, tandas jalanan ini mempunyai reka bentuk yang ringkas dan hanya memerlukan yang kecil untuk didirikan.

“ Bayangkan jika kita tiba-tiba perlu ke tandas di tempat awam yang tandasnya rosak dan kotar atau tiada tandas sama sekali ,saya rasa pada ketika itu kita akan dapat hayati nilai sebenar tandas awam yang bersihnya” katanya ketika melancarkan Kempen Kebersihan Tandas Awan Peringkat Bandar raya di sini petang kemarin.

Hadir sama Ketua Pengarah Dewan Bandar Raya Kota Kinabalu Datuk Yeo Boon Hai,Pengarah Jabatan Kesihatan dan Perkhidmatan Bandaraya DBKK Robert Lipon dan Pegawai Daerah Papar Iman Ali.

Menurut Lajim kerajaan Pusat memandang serius isu kebersihan tandas awam di Negara ini, dan sebab itu kementerian mengambil initiatif mengambil strategi dan melaksanakan usaha bagi mempertingkatkan tahap kebersihan tandas awam ke peringkat kelas dunia.

“ Bagaimanapun usaha ini amat bergantung kepada sikap orang ramai yang menggunakan tandas awam agar memiliki kesedaran serta tanggungjawab bersama untuk menjaga kebersihannya” katanya.

Beliau menambah “Kempen Kebersihan Tandas bersih” merupakan sebahagian daripada strategi bagi mencapai sasaran tersebut yan diharapkan dapat meningkatkan kesedaran orang ramai tentang pentingnya menjaga kebersihan andas, sekali gus meningkatkan imej Negara terutamanya dalam sektor pelancongan.

Sempana kempen tersebut pelbagai anugreh kebersihan tandas turut diberikan dalam beberapa ketegori iaitu ketegori sekolah rendah,menangah,pusat membeli belah dan juga stysen minyak.