Sunday, May 30, 2010

SYARIKAT SWASTA BERMINAT MELABUR DALAM SEKTOR PELANCONGAN DI KUALA PENYU






DIALU-ALUKAN..Lajim bersama Isteri Datin Seri Normilah dihadiahkan sejambak bunga sejurus tiba ke majlis tersebut

KOTA KINABALU: Dua buah syarikat Swasta telah menunjukkan minat untuk melabur khususnya dalam sektor pelancungan di daerah Kuala Penyu.

Menyatakan perkara ini Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin berkata, dua syarikat swasta tersebut telah menemuai beliau bagi menyatakan hasrat untuk melabur di daerah tersebut dalam sektor pelancungan memandangkan daerah ini berpotenasi besar untuk dimajukan dalam sektor berkenaan.

“ Syarikat berkenaan telah pun meninjau bagi mengenal pesti beberapa lokasi di daerah ini untuk dimajukan dalam sektor pelancungan dan kini mereka di peringkat kajian bagi mencari lokasi yang strategik untuk dimajukan sebagai pusat peranginan” katanya ketika berucap merasmikan Majlis Ramah Mesra bersempana sambutan Pesta Kaamatan bersama warga Kuala Penyu di salah sebuah restoran di jalan Bundusan Penampang malam kemarin.

Hadir sama Wakil Rakyat Kuala Penyu John Teo Mau Sing, Pegawai Daerah Kuala Penyu Edmond Teo, Ketua parti PBS Bahagian Kuala Penyu Sebastian Dirih Anjim ,Naib Ketua Umno bahagian Datuk Kimjus Duim serta pemimpin masyarakat tempatan.

Menurut Lajim yang juga Ahli Parlimen Beaufort daerah Kuala Penyu sememangnya berpotensi besar untuk dimajukan dalam sector pelancungan dan usaha dipergiatkan untuk menarik lebih ramai pemaju dan syarikat sawsta dari luar untuk melabur di daerah ini.

“ Kita yakin dengan segala kemudahan insfrastruktur yang disediakan oleh kerajaan seperti sistem perhubungan jalanraya, bekalan air dan api disamping keadaan ekonomi Negara yang semakin pulih dan juga kestabilan politik akan turut mendorong minat pelabur untuk melabur di daerah ini” katanya

Sehubungan dengan itu Lajim turut meminta masyarakat di daerah ini untuk merebut segala peluang dan potensi yang sediaada bagi menceburi sektor ini terutamanya dalam menghasilkan prodak prodak samaada dari segi budaya, kraftangan dan makanannya untuk diketengahkan sebagai prodak yang boleh mengamit kehadiran pelancong melawat ke daerah ini.

Dalam perkembangan lain Lajim yang juga Pengerusi Barisan Nasional Parlimen Beaufort meminta golongan propesional serta pemimpin masyarakat tempatan dari daerah Kuala Penyu agar tampil memberikan sokongan ,pandangan serta idea untuk memajukan daerah Kuala Penyu terutamnya dalam mempetingkatkan taraf siso ekonomi masyarakat di kawasan ini.

Menurut beliau adunan kerjasama serta idea-idea positif yang dikemukakan boleh membantu pemimpin dan usaha kerajaan untuk terus melaksanakan program program pembangunan demi kesejahteraan dan meningkatkan taraf siso ekonomi rakyat khusuanya dalam menjayakan matlamat Model Ekonomi Baru (MEB)

KOMUNITI BESTARI PERLU BIJAK SAMPAIKAN MAKLUMAT KERAJAAN







PENGADIL…Lajim meniup wesel sebagai permulaan perlawanan tarik tali antara anggota Komuniti Bestari di kampung tersebut

BEAUFORT: Komuniti Bestari di negeri ini diingatkan agar sentiasa berada di barisan hadapan dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawabnya untuk menyampaikan maklumat berhubung dengan dasar dan program kerajaan kepada rakyat khususnya di luar bandar ini termasuklah menangkis segala isu yang cuba diputar balitkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab yang sengaja mengelirukan pemikiran rakyat.

Membuat Ingatan ini Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin berkata, meskipun kerajaan membawa pelbagai dasar dan program pembangunan untuk kebaikan rakyat namun ada pihak pihak tertentu menafikannya dengan memainkan pelbagai isu bagi mengelirukan pemikiran rakyat dengan tujuan meraih sokongan dari rakyat untuk kepentingan peribadi mereka

“ Sebagai mata dan telinga kerajaan disinilah letaknya tugas dan tanggungjawab setiap Komunti Bestari memberikan penjelasan dan menyampaikan maklumat yang tepat,cepat dan efisin kepada rakyat melalui pelbagai kaedah dan pendekatan agar rakyat mendapat maklumat yang terkini dan tepat” katanya ketika berucap merasmikan Program Info Bestari Komuiti Bestari kampung Rancangan Klias dekat sini pagi kemarin.

Hadir sama Urusetia Komuniti Bestari Negeri Sabah Harun Madasa, Pegawai Penerangan Bahagian Beaufort Sufian Musa, ,Setiausaha Politik Kemterian Pembangunan Insfrastrukutr Isnin Haji Aliasnih dan Pengerusi Komuniti Bestari Rancangan Klias Haji Jamadi Abdul Hamid.

Menurut Lajim yang juga Ahli Parlimen Beaufort setiap komuniti Bestari perlu merangka dan melaksanakan pelbagai program dan pedndekatan untuk menyalurkan maklumat berhubung dengan dasar dan program kerajaan samada ada secara lisan melalui program bersama komuniti, mengedarkan risalah dan bahan bercetak termasuklah menggunakan kemudahan enternit yang dibekalkan kepada setiap komuniti bestari di negeri ini.

“ Pihak yang tidak bertanggungjawab yang cuba memainkan pelbagai isu untuk mengelirukan dan meraihkan simpati rakyat telah mempalbagai cara dan pendekatan mereka menaburkan fitnah dan tomahan dimana selain bahan bercetak ,rissalah mereka juga menggunakan kecingahan teknologi maklumat melalui enternit seperti Blog, dan Halaman Sosial (Face Book) “ tambah Lajim.

Sehubungan dengan itu beliau mahukan agar Komuniti Bestari memanafaatkan segala kemudahan yang dibekalkan oleh kerajaan kepada mereka dalam menyampaikan maklumat kepada rakyat khususnya di luar bandar.

Dalam perkembangan berkaitan Ahli Majlis Tertinggi Umno ini juga meminta rakyat agar tidak mudah mempercayai segala maklumat yang dibawa oleh mereka yang tidak bertanggungjawab ini, sebaliknya beliau mahu rakyat memanafaatkan segala maklumat yang disalurkan oleh kerajaan melalui media resmi kerajaan samaada dalam bentuk media cetak dan juga elektronik.

Lajim juga turut menekankan betapa perlunya bagi rakyat untuk terus memberikan sokongan padu kepada pelbagai dasar dan program pembangunan yang disediakan oleh kerajaan dimana menurut beliau setiap dasar dan program yang dibawa oleh kerajaan adalah konsinsten dan menyuruh dimana rakyat tanpa mengira kaum agama dan budaya telah turut menikmatinya selaras dengan gagasan 1 Malaysia yang diperkenalkan oleh kerajaan. Jaafar Abdul Wahid

Monday, May 24, 2010

MANAFAAKAN PROGRAM PEMIMPIN BERSAMA RAKYAT




MESRA…Lajim diiringi oleh John dan Sanawi bersalaman dengan penduduk kampung yang hadir ke majlis tersebut


KUALA PENYU: Rakyat perlu bijak memanafaatkan sepenuhya matlamat penganjuran Pemimpin Bersama Rakyat dengan melihatnya sebagai wadah bagi mereka memperolehi maklumat yang jelas dan tepat berhubung dengan dasar dan program pembangunan yang disediakan oleh kerajaan

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin berkata program Pemimpin bersama rakyat yang disertai pelbagai jabatan dan agensi kerajaan yang dibawa turun padang, bukan sahaja mengenal pesti masalah rakyat namun akan mengambil tindakan susualan dari aduan yang dikemukakan oleh rakyat

“ Malangnya di sebahagian tempat rakyat memperkecilkan skop perbincangan mereka dengan hanya mengemukakan soalan tentang permohonan projek pembangunan di kawasan masing-masing namun jarang bertanya apakah bantuan yang boleh disalurkan oleh jabatan dan agensi kerajaan terbabit untuk mempertingkatkan taraf siso ekonomi mereka” katanya ketika berucap merasmikan program Pemimpin Bersama Rakyat di Balai Raya Kampung Menunggang dekat sini.

Hadir sama Wakil Rakyat Kawasan Kuala Penyu John Teo Mau Sing Penolong Pegawai Daerah Kuala Penyu Lornad Puyung Pengerusi Penganjur yang juga Pegawai Pembangunan Masyarakat Kuala Penyu Sanawi Haji Sapar dan Ketua Daerah Kuala Penyu OKK Raymond Ensi.

Menurut Lajim yang juga Ahli Parlimen Beaufort sepatutnya selain mengemukakan masalah dari aspek keperluan pembangunan rakyat setempat, mereka juga boleh mengemukakan soalan berhubung dengan peluang-peluang dari bantuan dan khidamat yang disediakan oleh beberapa jabatan dan agensi kerajaan yang boleh membantu mereka untuk mempertingkatkan taraf siso ekonomi mereka seharian

Dengan mengambil contoh dalam bidang pertanian, penternekan dan perikanan Lajim berkata, terdapat beberapa jabatan atau agensi kerajaan yang boleh membantu dari segi bantuan pinjaman dan khidmat nasihat bagi membantu rakyat menceburi bidang bidang berkenaan.

Namun menurut beliau dari apa yang diperhatikan rakyat lebih emosi mengemukakan pertanyaan tentang permohonan projek pembangunan yang sebahagiannya lebih bersifat peribadi kepada pemimpin dan pegawai-pegawai kerajaan yang hadir di majlis berkaitan.

Menyentuh dengan projek pembangunan Lajim berkata, kerajaan Barisan Nasional akan terus merancang dan melaksanakan pelbagai projek pembangunan khusus untuk mempertingkatkan kemudahan asas untuk kepentingan rakyat.

“ Bagaimanapun dari segi kelulusanya ianya amat bergantung kepada peruntukan dan keutamaan projek yang dipohon berdasarkan kepentingan semua pihak dan bukannya bersifat untuk kepentingan individu” katanya.

Menurut beliau perlaksanaan segala projek pembangunan dibuat secara berperingkat-peringkat dimana keutamaan akan diberikan kepada projek projek pembangunan yang dianggap benar benar mendesak dan amat diperlukan oleh rakyat di sesebuah kampung.

TANAMAN NENAS BERPOTENSI DI MAJUKAN DI KAMPUNG TAKULI





MANIS…Kelihatan Lajim bersama Azizah dan Nafsin mencuba buah dan jus nenas yang dipemirkan oleh peserta berkelompok projek tanaman nenas kampung Takuli semasa melawat pemaran semasa majlis tersebut

BEAUFORT: Kampung Takuli, kira-kira 10 kilometer dari Pekan Beaufort dekat sini bepotensi besar menjadi salah sebuah penyumbang pengeluar nenas di negeri ini.

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Panglima Lajim Haji Ukin bekata, setakat ini seluas 40 hekter sedang diusahakan oleh 50 peserta terdiri dari kaum wanita yang melibatkan diri dalam tanaman nenas secara berkelompok.

Beliau berkata demikian kepada media selepas merasmikan program Juara Rakyat (Wanita dan Keluarga )anjuran Umno Bahagian Beaufort dan Pergerakan Wanita Umno bahagian Beaufort di Padang SK Takuli, dekat sini pagi kemarin.

Hadir sama Ketua Pergerakan Wanita Umno bahagian Beaufort Datuk Hajah Azizah Datuk Mohd Dun,Timbalan Ketua Umno bahagian Isnin Haji Alisasnih,Naib Ketua Bahagian Datuk Kimjus Duim,Bendahari Umno bahagian Zahari Mohd.Zinin, Ketua Pergerakan Pemuda Mohd.Ishak Haji Ibrahim Ketua Pergerakan Puteri Saridah Datuk Mohd Dun dan Pengerusi Penganjur Nafsin Aliamat

Lajim yang juga Ketua Umno bahagian Beaufort berkata tanah di kawasan tersebut dikenal pasti begitu berpontesi diusahakan tanaman nenas secara berkelompok.

Katanya, projek yang mendapat khidmat Lembaga Pasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) menerusi Kontrat Farming itu merupakan projek di bawah Jabatan Pembangunan Wanita melalui (Agronita)

“ Justeru saya menyeru rakyat setempat agar mengusahakan tanah terbiar bagi menampung permintaan pasaran yang semakin meningkat” katanya

Ketika berucap di majlis tersebut Ahli Parlimen Beaufort ini juga berharap agar kaum wanita di Negara ini dapat memainkan peranan aktif dalam menjana kemajuan dan pembangunan Negara.

Katanya, Kerajaan akan terus merangka dasar dan strategi lebih menyeluruh bagi membolehkan lebih ramai golongan wanita di negeri ini menyertai tenaga kerja sebagai pembuat keputusan.

Katanya, kerajaan komited dalam menyalurkan bantuan supaya golongan itu mampu berdaya saing serta maju terutamanya dalam bidang ekonomi.

Tambah beliau, golongan wanita memberi sumbangan bermakna kepada negara termasuk menyumbang kira-kira 18.7 peratus nilai Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2003 dan angka tersebut semakin meningkat setiap tahun

‘‘Isu pembangunan golongan wanita tetap menjadi antara agenda penting kerajaan memandangkan sumbangan besar mereka kepada ekonomi negara khususnya di peringkat membuat keputusan” tambah Lajim

Mengenai program juara rakyat beliau bekata, ianya bukanlah gimik politik semata-mata tapi sebagai wadah pemimpin turun padang bertemu rakyat melihat sendiri masalah dan keperluan rakyat di samping mengeratkan perpaduan masyarakat pelbagai kaum dan agama di sesuatu kawasan

PENYELANGGARAN RUMAH PPR SABAH DAN SARAWAK DIHARAP TIDAK TERPINGGIR







TUAN PADI…Lajim diiringi oleh Wong ,Kimjus dan Isnin turut memotong padi sebagai simbol perasmian majlis tersebut
BEAUFORT : Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin melahirkan keyakinan Sabah dan Sarawak tidak akan terpinggir dengan Keputusan kerajaan untuk membiayai sebahagian kos penyelenggaraan prasarana dan kemudahan rumah pangsa di bawah Projek Perumahan Rakyat (PPR) sebagaimana yang akan dilaksanakan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Katanya, langkah itu membuktikan kerajaan prihatin terhadap keperluan dan beban yang ditanggung penduduk bandar yang kurang berkemampuan.
“ Kesediaan dan keputusan kerajaan ini selaras gagasan Satu Malaysia yang mendahulukan rakyat di samping mengutamakan pencapaian” katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan sambutan Pesta Kaamatan Peringkat Daerah di Dewan Masyarakat Beaufort
Lajim yang juga Ahli Parlimen Beaufort berkata demikian ketika diminta mengulas perkara itu yang diumumkan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin baru baru ini menyatakan kerajaan mengambil keputusan untuk membiayai kos penyelenggaran prasarana dan kemudahan rumah pangsa di bawah projek (PPR)
Sehubungan dengan itu Lajim berharap bantuan pembiayaan kos penyelenggaraan prasarana itu akan dipanjangkan ke Sabah dan Sarawak. Ini bagi meringankan beban penduduk bandar yang berpendapatan rendah di kedua-dua negeri.
“ Sudah tentu kerajaan juga akan mempertimbangkan kos penyelanggaran dan kemudahan rumah di bawah projek PPR di negeri ini bagi membaiki segala kerosakkan demi keselesan pengguna (penyewa) di kawasan yang terlibat “ katanya
Terdahulu ketika berucap di majlis tersebut beliau mengajak rakyat di negeri ini agar menjadikan sambutan Pesta Kaamatan sebagai wadah untuk menjayakan Gagasan 1 Malaysia yang mengutamakan rakyatnya hidup bersatu padu dan harmoni walaupun terdiri dari pelabagai kaum,bangsa dan agama

Katanya, penghayatan terhadap makna perpaduan dalam setiap perayaan di negeri ini perlu diperkukuhkan walaupun berlainan ideologi, dimana rakyat seharusnya terus menjaga kestabilan dan keharmonian demi kebaikan bersama .

Menurut beliau rakyat di negara ini perlu berbangga kerana dari segi rekod telah membuktikan kepada dunia bahawa Malaysia berjaya membina dan mewujdukan perpaduan keharmonian dan kesejahteraan hidup bermasyarakat dan kesan dari wujudnya perpaduan negara dapat mengecapi dan mengekalkan kesatabilan politik
“Di kebanyakan negara yang komposisi penduduknya bersifat majmuk, termasuk di negara maju, ketegangan dan konflik kaum dan agama sering berlaku dan menghantui kehidupan masyarakat mereka namun ini tidak berlaku di negara ini kita “ katanya
Beliau menambah, apa yang dicapai itu adalah hasil dari pendekatan pemerintahan dan pentadbiran kerajaan Barisan Nasional (BN) yang bersifat demokratik, pragmatik, progresif dan adil terhadap semua kaum
Hadir sama di Majlis tersebut Pegawai Daerah Beaufort Wong Fuu Tin,Pegawai Daerah Kuala Penyu Edmond Teo.Pengerusi Penyelaras KDCA Beaufort Datuk Kimjus Duim dan Setiausaha Politik Kementerian Pembangunan Insfrastruktur Isnin Haji Alasnih.

Friday, May 21, 2010

Pelajar luar bandar Jangan rendah diri - Lajim






TERUS BERUSAHA…Lajim ketika menyampaikan hadiah kepada Pelajar Cemerlang SMK Menumbok pada majlis tersebut


MENUMBOK : Status dan lokasi sebagai pelajar luar bandar tidak seharusnya dijadikan alasan untuk berasa rendah diri dalam mengecapi kecemerlangan di bidang pendidikan.

Itu nasihat Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin kepada pelajar luar bandar di negeri ini supaya bersikap proaktif dan tidak menjadikan status tersebut sebagai penghalang mengejar ilmu.

Menurutnya, ilmu pengetahuan merupakan elemen yang penting bagi memastikan seseorang individu itu tidak tercicir khususnya ketika menghadapi zaman yang serba mencabar ini.

''Kita perlu keluar dari kepompong ini dengan menanamkan sikap yakin boleh untuk mencapai segala halangan dan cabaran” katanya

''Tidak ada ketetapan dalam bidang pendidikan yang mengatakan anak kampung tidak boleh berjaya," katanya ketika berucap merasmikan Hari Ucapan dan Penyampaian Hadiah SMK Menumbok bagi tahun 2009 dekat sini pagi kemarin.

Lajim yang juga ahli Parlimen Beaufort turut menyentuh pencapaian pelajar sekolah tersebut yang mencatatkan lima puluh peratus dalam peperiksaan PMR,82% dalam peperiksaan SPM dan dalam peperiksaan STPM sebanyaj 89% pada tahun lepas merupakan satu pencapaian dan petunjuk positif yang pelajar di luar Bandar mampu mencipta kejayaan dan kecermalangan dalam bidang pendidikan.

“ Pencapaian ini sudah tentu bersandarkan kepada komitmen semua pihak guru,guru,pelajar dan ibubapa yang perlu dipertahankan dan di pertingkatkan dari masa ke semasa dengan tidak menjadikan alasan segala kekurangan dari segi kemudahan menjadi batu penghalang kepada penciptaan kejayaan” katanya

Malah menurut Lajim kerajaan akan terus memperkasakan sekolah di kawasan luar Bandar khususnya di negeri ini , ini termasuklah meningkatkan kemudahah asas sekolah seperti bekalan air,api, makmal computer termasuklah menyediakan jalur lebar di setiap sekolah agar pelajar di luar Bandar boleh memperolehi maklumat pendidikan yang cepat dan efisin.

Dalam perkembangan lain Ketua Umno Bahagian Beaufort ini juga turut mengambil perhatian terhadap beberapa keperluan prasarana yang diperlukan di sekolah tersebut antaranya keadaan asrama pelajar yang kurang selesa ,dewan sekolah dan penambahan bilik darjah

“ Saya ambil maklum dan tindakan sewajarnya terhadap keperluan ini untuk disampaikan kepada pihak Kementerian Pelajaran agar tindakan susulan bagi menyediakan keperluan asas ke sekolah ini dapat diambil tindakan segara demi keselesaan pelajar di sekolah ini” tambah Lajim

Turut hadir di majlis tersebut Pengetua SMK Menumbok Haji Mohd Ali Md. Yassin dan Yang Dipertua PIBG SMK Menumbok Haji Zaini Haji Apong

Thursday, May 20, 2010

GST tidak tambah beban rakyat berpendapatan rendah: Lajim






PENGHARGAAN…Lajim menerima cendera kenangan dari Pengarah Kastam Sabah Md.Yusop selepas merasmikan program tersebut

BEAUFORT: Pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST) pada kadar empat peratus tidak akan menambah beban cukai yang perlu ditanggung oleh golongan berpendapatan rendah.
Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin berkata, golongan berkenaan yang kini tidak dikenakan cukai pendapatan hanya akan membayar secara purata RM70.08 sebulan sahaja apabila GST dilaksanakan.
''Ini tidak membebankan jika dibanding ketika ini dimana rakyat berpendapatan rendah membayar cukai jualan dan perkhidmatan (SST) secara purata sebanyak RM79.57 sebulan," katanya ketika berucap merasmikan Program Taklimat Kesedaran Goods Services Tax (GST) anjuran Jabatan Kastam Sabah dengan kerjasama Pusat Khidmat Ahli Parlimen Beaufort di Dewan Masyarakat Beaufort dekat sini
Hadir sama di majlis tersebut Pengerusi Panel Kajian Semakan Cukai Kementerian Kewangan, Dato Kamariah Hassan. Penasihat Jabatan Kastam Unit Tugas GLC Dato Zaleha Hamzah, Wakil Rakyat Kuala Penyu John Teo Mau Sing dan Pengarah Jabatan Kastam Di Raja Malaysia Sabah Dato Haji Md.Yusop Haji Mansor
Menurut Lajim yang jug Ahli Parlimen Beaufort kerajaan hanya membentangkan Rang Undang-Undang GST untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat manakala tarikh bacaan kali kedua dan ketiga belum ditetapkan lagi.
“ Penangguhan pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) bukan atas desakan pembangkang tetapi kerajaan perlu memberikan penerangan seluas-luasnya kepada rakyat agar memahami dasar ini ” Katanya
Menurut beliau, kerajaan perlu membuat penjelasan supaya rakyat memahami tujuan sebenar GST yang tidak akan membebankan mereka sama sekali dan ini sekali gus menangis dakwaan pihak pihak yang tidak bertanggungjawab perlaksanaan GST ini akan membebankan rakyat.
“Oleh itu rakyat perlu berfikiran rasional dan tidak mudah terikut-ikut atau terpengaruh dengan dakyah pembangkang” jelas beliau.
Dalam perkembangan lain Lajim berkata, kerajaan pada masa sekarang sedang menjalankan kajian untuk merasionalisasikan pemberian subsidi dan berkaitan keperluan menghapuskan duti import barangan
“ Kerajaan pada hari ini masih mengekalkan pemberian subsidi kepada beberapa barangan bagi membantu meringankan beban kewangan terutamanya golongan yang berpendapatan rendah, justeru apabila kerajaan mengenakan cukai khususnya perlaksanaan GST Ini kelak rakyat harus melihat dari sudut positif dimana setiap hasil cukai yang dikenakan oleh kerajaan juga akan dimanafaatkan untuk kepentingan pembangunan dan kesejahteraan rakyat” katanya. Oleh Jbw

Wednesday, May 19, 2010

KPKT Tidak Menyediakan Peruntukan Untuk Naik Taraf Kampung Tradisi Di Sabah dan Sarawak




SIDANG MEDIA…Lajim sambil diperhatiakan oleh isteri beliau Datin seri Normilah,Timbalan Presiden PBBS Kamarlin Ombi dan Naib Presiden PBBS Saridah Datuk Mohd.Dun ketika menjawap pertanyaan wartawan semasa sidang media selepas merasmikan majlis tersebut

BEAUFORT :Pewujudan sesebuah perkampungan baharu dan usaha naik taraf perkampungan tradisi di Sabah dan Sarawak terletak di bawah bidang kuasa kerajaan negeri masing-masing.

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin berkata, kementerian beliau tidak mempunyai peruntukan khusus bagi tujuan tersebut.

Beliau menyatakan demikian kepada pemberita di Beaufort selepas merasmikan Majlis Angkat sumpah Ahli Majlis Tertinggi Persatuan Bersatu Sabah (PBBS) dan Majlis Makan Malam di Dewan Masyarakat Beaufort dekat sini baru baru ini.

Hadir sama Timbalan Presiden (PBBS) yang juga Wakil Rakyat Lumadan Kamarlin Haji Ombi,Naib –Naib Presiden (PBBS) Saridah Datuk Mohd.Dun,Haji Roslan Muharam dan Pengerusi Penganjur Majlis Haji Asmat Japar.

Lajim yang juga Ahli Parlimen Beaufort menjelaskan perkara ini ketika diminta mengulas mengenai usaha Kementerian berkenaan membantu pembangunan sesebuah perkampungan dalam kawasan bandaraya atau kawasan bandar.

Bagaimanapun menurut Lajim beliau akan berusaha membawa perkara itu ke Mesyuarat Kabinet bagi membolehkan sesuatu pendekatan diambil untuk membolehkan kerajaan pusat membantu kerajaan negeri membangunkan sesebuah kampung.

Katanya, mulai tahun lalu, kerajaan pusat telah menyalurkan peruntukan khas kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Sabah dan Sarawak bagi membiayai operasi pentadbiran dan projek pembangunan kecil di kawasan masing-masing.

Katanya, jumlah peruntukan yang diterima oleh PBT berbeza-beza berdasarkan jumlah kutipan hasil yang diperoleh oleh PBT terlibat.

Dalam perkembangan berkaitan Lajim juga menyembut kementerian beliau akan terus membantu golongan yang kurang berpendapatan rendah khususnya di kawasan Bandar melalui Program Pembasmian Kemiskinan Dalam Bandar dimana kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan menyediakan pelbagai bentuk bantuan.

“ Antaranya bantuan pendidikan untuk anak-anak golongan ini, bantuan sewa rumah dan sebagainya” katanya.

RM 8 JUTA DIPERUNTUKKAN UNTUK PPROJEK NAIK TARAF JALAN KAMPUNG LABA KEKURO DAN LAYUNG




DIHARGAI…Lajim menerima cendera kenangan dari Pengerusi Penanjur Taha Haji Sayadi selepas merasmikan majlis tersebut

BEAUFORT: Kerajaan Pusat telah meluluskan peruntukan sebanyak RM8 juta bagi melaksanakan projek menaiktaraf jalanraya antara Kampung Laba ,Kekuro dan Kampung Layung yang bakal dilaksanakan selewat-lewatnya awal tahun depan.

Menyatakan perkara ini Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin berkata peruntukan ini merupakan sebahagian dari usaha kerajaan bagi mempertingkatkan kemudahan asas terutamanya perhubungan jalanraya di kawasan tersebut agar semua kampung mendapat kemudahan asas yang baik dan selesa.

Sehubungan dengan itu beliau meminta rakyat di kawasan terbabit agar bersabar sementara menunggu proses perlaksanaannya.

“ Tidak semestinya hari ini saya umumkan projek ini dilaksanakan secepatnya,ini kerana ianya melalui pelbagai proses dari merika bentuk, proses pengluaran tender dan sebagainya ,bagaimanapun kerajaan akan tetap mengotakan janjinya kepada rakyat” katanya ketika berucap di majlis Mesra Rakyat anjuran Kemas di Dewan Serba Guna Kampung Laba dekat sini baru baru ini.

Turut hadir Setiausaha Politik Kementerian Pembangunan Insfrastruktur Isnin Haji Aliasnih,Ketua Penerangan Umno Bahagian Beaufort Haji Samin Ongki dan,Ketua Pergerakan Pemuda Umno Beaufort Mohd.Ishak Haji Ibrahim dan pengerusi penganjur Taha Haji Sayadi

Menurut Lajim yang juga Ahli Parlimen Beaufort kerajaan Barisan Nasional akan terus melaksanakan pelbagai projek pembangunan infrastruktur termasuk dalam bidang pendidikan,ekonomi sosial dan agama demi kesejahteraan rakyat di Negara ini.

“ Ini merupakan usaha murni kerajaan Barisan Nasional bagi membela nasip rakyat tanpa mengira kaum dan anutan agama dimana ianya selaras dengan konsep 1 Malaysia Rakyat didahulukan,pencapaian diutamakan” katanya

Menurut beliau usaha murni kerajaan ini amat bertentangan dengan tohmahan pihak pembangkang selama ini yang kononnya segala khidmat bakti dan usaha kerajaan dalam menyediakan pelbagai projek pembangunan infrastrukutur hanyalah sebagai gula-gula kerajaan BN sebelum menjelang pilihanraya umum nanti

“ Semua yang dirancang dan dilaksanakan oleh kerajaan tidak ada hubungkaitnya dengan pilihanraya ini kerana segala perancangan dan program pembangunan yang telah dan akan dilaksanakan oleh kerajaan secara berterusan dan konsinsten” tambah Lajim

Sehubungan dengan itu beliau meminta rakyat agar tidak terpujuk dengan hasutan pihak berkenaan yang hanya tahun mencari kesalahan kerajaan sedangkan mereka perlu diperbetulkan dimana ini terbukti jelas dengan beberapa kelamahan yang ketara di beberapa buah negeri di bawah pemerintahan pembangkang.

KEKALKAN SABAH SEBAGAI IKON KEHARMONIAN KAUM




RESMI…Lajim yang diiringi oleh John,Wences,Sebastian dan Edmond memukul gong sebagai simbol perasmian pesta tersebut

KUALA PENYU: Rakyat di negeri ini yang terdiri dari berbilang etnik dan agama merupakan contoh terbaik terhadap keharmonian di dalam kepelbagaian budaya kerana hubungan kemasyarakatannya jelas menunjukkan pencapaian tahap persefahaman dan penerimaan yang tinggi terhadap tradisi dan kebudayaan masing-masing.

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin berkata tahap penerimaan yang tinggi dan mendalam terhadap penonjolan warisan tradisi pelbagai etnik di sini adalah sejajar dengan hasrat Kerajaan ke arah pembinaan Bangsa Malaysia melalui konseo 1 Malaysia

“Marilah bersama-sama meneruskan keindahan gabungan unsur-unsur budaya ini sebagai satu kekuatan yang berkekalan untuk diwarisi oleh generasi akan datang disamping memperkukuhkan hubungan harmoni dan semangat kerjasama yang sedia terjalin selama ini,” Kata Lajim .

Lajim yang juga Ahli Parlimen Beaufort Peringkat Negeri 2007 berkata demikian ketika berucap merasmikan Pesta Kaamatan Peringkat Zon Si Tompok Kuala Penyu di Balai Raya Kampunng Sungai Labuan dekat sini

Turut hadir Wakil Rakyat Kuala Penyu John Teo Mau Sing, Pengerusi Penyelaras KDCA Kuala Penyu Sebastian Dirih Anjim, Pengerusi Lembaga Kebudayaan Sabah Datuk Wences Anggang,Pengerusi Penyelaras KDCA Beaufort Datuk Kimjus Duim dan Pegawai Daerah Kuala Penyu Edmond Teo

Menurut Lajim lagi, kesedaran dan penerimaan yang amat mendalam terhadap tradisi budaya di kalangan penduduk berbilang kaum merupakan landasan yang kuat terhadap kerjasama untuk mencapai kebaikan bersama di dalam pelbagai aspek termasuklah peningkatan taraf hidup.

“ Sempana sambutan pesta Kaamatan ini selain kita, memanjatkan rasa syukur terhadap hasil usaha kita dalam bidang pertanian kita juga perlu menarapkan nilai nilai murni yang menjadi amalan masyarakat kita yang terdahulu terutamanya dalam nilai kerjasama yang mereka lakukan ketika melaksanakan kerja kerja membajak sawah atau menuai padi secara bergotong royong” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan Lajim juga meminta penduduk di daerah itu turut melibatkan diri dalam sector pertanian dimana masih banyak tanah tanah kosong yang terbiar belum diusahakan.

Katanya jika ada kesungguhan untuk mengusahakan tanah tanah terbiar ini dengan pelbagai tanaman yang sesuai sudah tentu ianya boleh menyumbang kepada taraf pendapatan seharian masyarakat di luar Bandar khususnya di daerah ini.

Warga pendidik diminta terus amalkan budaya kerja cemerlang






KEK HARI GURU…Lajim diiringi oleh Asliari,Yunus dan Isnin bersama guru guru diberikan penghormatan memotong kek sempana sambuta Hari Guru tahun ini di majlis tersebut.


BEAUFORT: Warga pendidik perlu menggembaleng tenaga dan usaha untuk terus mengamalkan budaya kerja cemerlang, bertanggungjawab dan menerapkan semangat mujahadah bagi melakukan yang terbaik demi anak bangsa.

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin berkata, para pendidik hendaklah sentiasa menanamkan iltizam dengan mengamalkan budaya kerja yang biasa ke suatu tahap yang berprestasi tinggi seiring dengan cabaran semasa

Ini katanya perlu dilaksanakan bagi menggalas tugas besar demi menjayakan transformasi dan pembaharuan pendidikan dengan satu hasrat dan tekad bagi meningkatkan kualiti pendidikan negara

"Ini adalah satu amanah besar yang terletak di bahu kita semua. Di samping itu, seluruh warga pendidik perlu saling membantu dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab mulia ini dengan hasrat untuk menghasilkan kejayaan secara kolektif. agar kecermalangan pendidikan dapat dicapai ," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Jamuan Guru sempana sambutan Hari Guru bersama warga pendidik SMK Beaufort I dekat sini

Hadir sama,Pengetua SMK Beaufort 1 Asliari Haji Tamit,Setiausaha Politik Kementerian Pembangunan Insfrastruktur Isnin Haji Aliasnih dan Yang Dipertua (PIBG) SMK Beaufort 1 Yunus Abdul Rajah.

Menurut Lajim yang juga Ahli Parlimen kunci kepada kecemerlangan pendidikan ialah guru-guru yang berkualiti.memiliki kesungguhan untuk membangunkan anak bangsa sebagai modal insan cemerlang yang akan dimanafaatkan menjana proses pembangunan Negara

"Usaha yang gigih dan kerjasama erat daripada ibubapa dan semua pihak khususnya di kalangan warga pendidik amat diperlukan bagi memastikan identiti nasional yang dihasratkan tercapai iaitu melahirkan murid yang memiliki jati diri yang kukuh, patriotik, berpegang teguh pada ajaran agama dan nilai moral, hidup sebagai sebuah masyrakat penyayang, demokratik, liberal, bertolak-ansur, berfikiran dan berbudaya saintifik serta bersatu padu," katanya.

Di majlis tersebut selain memberikan sumbangan kewangan kepada PIBG Sekolah tersebut Lajim yang juga Ketua Umno bahagian Beaufort turut mengumukan kelulusan sebanyak RM70,000.00 untuk membina lorong kaki menunju ke kawasan sekolah tersebut.

Monday, May 17, 2010

BENTUK JAWATANKUASA SELARAS PERSATUAN ETENIK







Presiden Persatuan Bisaya Bersatu Sabah Janang Gayuh Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin bersama isteri Datin Seri Hajah Normilah Siong disambut penuh tradisi ke majlis tersebut

BEAUFORT: Persatuan-persatuan kaum di negeri ini perlu diselaras agar mampu memainkan peranan yang lebih berkesan khususnya dalam menjayakan Konsep 1Malaysia ilham Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Presiden Persatuan Bisaya Bersatu Sabah (PBBS) Janang Gayuh Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin ketika meluahkan cadangan ini berkata, beliau pernah mengemukakan cadangan tidak rasmi berhubung perkara itu kepada beberapa pemimpin persatuan kaum di negeri bagaimanapun belum ada sebarang tindakan dan keputusan dicapai dengan cadangan tersebut

“ Walaupun perkara ini belum dibincangkan secara serius namun saya percaya pemimpin persatuan kaum di negeri ini bersetuju dengan cadangan ini yang dilihat mampu memberi impak positif kepada persatuan khususnya dalam memantapkan hubungan baik antara kaum di negeri ini “ katanya semasa ditemui media selepas merasmikan Majlis Angkat Sumpah Ahli Majlis Tertinggi PBBS di Dewan Masyarakat Beaufort di sini malam kemarin.

Hadir sama Timbalan Presiden (PBBS) yang juga wakil Rakyat Lumadan Kamarlin Haji Ombi, Pengerusi Penganjur Haji Asmat Japar, Naib Naib Presiden (PBBS) dan Setiausaha Agung (PBBS) Awang Anak Sani

Menurut Lajim yang juga Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan dengan adanya penyelarasan ini, persatuan-perstauan kaum bukan sahaja boleh menganjurkan aktiviti bersama, malah memudahkan persatuan memohon bantuan yang bersesuaian daripada kerajaan

“ Dalam tempoh terdekat ini saya bercadang mengadakan perjumpaan bersama presiden-presiden persatuan kaum di negeri ini bagi membincangkan secara serius berhubung cadangan tersebut dan berharap ianya akan mendapat maklum balas yang positif dari mereka” katanya

Terdahulu ketika berucap di majlis tersebut beliau berharap ahli majlis tertinggi persatuan ini dapat memikul serta melaksanakan amanah serta tanggungjawab yang telah diletakkan oleh ahli-ahli persatuan untuk memperkasakan lagi arah serta perjuangan persatuan tersebut bagi mengahadapi cabaran akan datang.

Katanya melalui konsep permaufakatan serta kerjasama yang kukuh dikalangan kepimpinan tertinggi persatuan dengan sokongan dari ahli-ahli persatuan dan masyarakat Bisaya keseluruhannya tidak ada sebab bagi persatuan tersebut gagal melaksanakan tanggungjawabnya.

“ Kita perlu bersatu bukan sahaja mempertahankan adat dan budaya dan memperkukuhkan perpaduan khususnya bersama menjayakan gagasan 1 Malaysia dan dalam masa yang sama kita perlu memperkukuhkan iltizam serta semangat membangunkan masyarakat Bisaya dalam pelbagai bidang, ini termasuklah bidang agama, pendidikan dan ekonomi” katanya