Friday, February 25, 2011

Tubuh Bomba Sukarela Setempat






SUNTIK SEMANGAT…Lajim diiringi oleh Pengarah Bomba dan Penyelamat Melaka Haji Zainudin bersalaman dengan kanak-kanak yang lengkap berpakaian Bomba dan Penyelamat sejurus tiba di majlis tersebut


MERLIMAU MELAKA: Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin berkata, penubuhan pasukan bomba sukarela di kawasan terpencil penting kerana kerja-kerja menyelamat boleh dilakukan dengan cepat sekiranya berlaku sebarang kecemasan.

Ini menurut beliau dapat membantu mencegah kebakaran pada peringkat awal sementara menunggu ketibaan Jabatan Bomba dan Penyalamat datang memadam kebakaran yang berlaku.

Tambahnya akibat jarak yang jauh dari lokasi kejadian maka kemungkinan pelbagai masalah tidak diingini boleh berlaku menyebabkan bantuan tidak dapat disalurkan secepat mungkin dan . disinilah dilihat pentingnya pasukan bomba sukarela ditubuhkan disetiap kampong

Sehubungan itu, Lajim yang Ahli Parlimen Beaufort berkata, jawatankuasa kemajuan dan keselamatan kampung (JKKK) disarankan untuk menubuhkan pasukan bomba sukarela di kawasan mereka.

''Kita melihat pasukan bomba sukarela ini akan menjadi barisan hadapan yang akan membantu orang ramai ketika berlaku kecemasan dengan keupayaan yang mereka ada sebelum menantikan Pasukan Bomba dan Penyelamat” katanya

Lajim berkata demikian ketika ditemui selepas mengadakan lawatan ke Balai Bomba dan Penyelamat Merlimau Melaka dan seteterusnya melancarkan Kempen Pencegahan Kebakaran,Taman Pili Bomba dan Bomba Suka Rela bagi daerah Merlimau Melaka

Hadir sama Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Melaka Haji Zainudin Md Alip

Menurut Lajim pasukan bomba sukarela bukan sahaja terlibat dalam membantu memadamkan kebakaran akan tetapi mampu menyelamatkan apa sahaja bencana yang menimpa seperti banjir, kemalangan dan nyawa.

Sehubungan dengan itu katanya Kementerian Beliau melalui Jabatan Bomba dan Penyelamat akan turut memperkasakan setiap pasukan Bomba Sukrela yang terdapat di Negara ini dengan memberikan mereka kemudahan peralatan memadam api termasuklah memberikan mereka latihan bagi mempertingkatkan kefahaman mereka dalam kerja kerja menyelamat

“Kementeriannya sedang memulakan usaha untuk menggunakan pendekatan ISO negara maju iaitu ratio 1:4 dimana satu anggota bomba disebuah balai bomba, terdapat empat ahli bomba sukarela yang turut membantu” katanya

Menurut beliau, usaha itu perlu bermula dari sekarang memandangkan peranan dan tanggungjawab pasukan itu lebih mencabar seiring dengan pembangunan negara ke arah mencapai negara maju menjelang 2020. Oleh Jaafar Abdul Wahid

Sunday, February 20, 2011

UMAT ISLAM DIINGATKAN AGAR MENOLAK IDEOLOGI YANG MENJEJASKAN PERPADUAN


SERAH SUMBANGAN…Lajim yang diiringi oleh Timbalan Ketua Bahagian Umno Beaufort Isnin Haji Aliasnih dan Naib Ketua Bahagian Datuk Kimjus Duim ketika menyerahkan bantuan kepada salah seorang penduduk di kampong Selangon selepas majlis tersebut



BEAUFORT: Umat Islam diingatkan agar menolak semua ideologi yang dibawa sesetengah pihak dalam cubaan meruntuhkan perpaduan sebaliknya umat Islam perlu mengekalkan keamanan bagi mencapai negeri maju menjelang tahun 2020.

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin berkata, perpaduan merupakan kunci utama kejayaan Negara mencapai kemerdekaan serta kemajuan,sehubungan dengan itu katanya rakyat terutamanya umat Islam perlu menolak sebarang cubaan pihak tidak bertanggungjawab dalam usaha meruntuhkan keharmonian serta keamanan yang sekian lama terjalin

Menurut Lajim yang juga Pengerusi Perhubungan Sukarelawan PERKIM Sabah Umat Islam perlu menghayati sejarah perjuangan serta keperibadian Nabi Muhammad SAW dalam melestarikan perpaduan termasuk dengan bukan Islam bagi mewujudkan suasana negara yang aman dan harmoni untuk mencapai kemajuan.

“ Sejarah kejayaan yang dicapaikan oleh Nabi Muhammad SAW semasa zaman pemerintahan baginda turut dijadikan contoh oleh pemimpin di negara ini bagi menyatukan rakyat yang berbilang kaum dan agama dengan memperkenalkan Gagasan 1 Malaysia” katanya ketika berucap pada majlis perasmian sambutan Maulidur Rasul peringkat Zon Klias Baharu dekat sini kemarin

Hadir sama Timbalan Ketua Umno Bahagian Isnin Haji Aliasnih,Naib Ketua Umno Bahagian Datuk Kimjus Duim ,Ketua Pergerakan Pemuda Mohd.Ishak Haji Ibrahim dan Pengerusi Penganjur Ibrahim Salim

Tambah Lajim ,pada Zaman pemerintahan Baginda Rasullah bukan sahaja kebajikan umat Islam dijaga tetapi juga kepentingan dan keperluan masyarakat bukan Islam juga turut diberi perhatian, konsep ini diikuti oleh pemimpin Islam di Malaysia, selaras dengan tema sambutan Mauldur Rasul tahun ini 1 Malaysia 1 Umah

Dalam perkembangan yang sama Lajim juga berkata, untuk menjadi yang terbaik, umat Islam perlu menguasai ilmu pengetahuan, dan berpegang teguh dengan al-Quran dan sunnah.

Katanya umat Islam perlu aktif dan produktif menguasai ilmu pengetuhan sains, teknologi dan maklumat bagi memartabatkan inisiatif dakwah serta maruah Islam.

''Untuk itu, masyarakat Islam perlu memiliki dan menguasai ilmu pengetahuan kerana ia kaedah yang terbaik dalam membangunkan kembali cita-cita dan kemahuan sekali gus merebut peluang dalam pembangunan yang dirancang kerajaan," ujarnya

Selepas merasmikan majlis tersebut Lajim juga turut mengagih-agihkan bantuan keperluan harian kepada mangsa banjir yang berlaku baru-baru ini di kampong Selagon

KERAJAAN AKAN TERUS LAKSANAKAN PROGRAM PEMBANGUNAN UNTUK KESEJAHTERAAN RAKYAT







RIANG…Lajim (tengah) bergambar kenangan bersama sebahagian dari penduduk yang menerima bantuan tersebut

KUALA PENYU : Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin berkata , kerajaan akan terus mengukuhkan tekad dan daya usaha bagi meningkatkan kemajuan, kemakmuran dan kesejahteraan negara dan rakyat termasuk di kawasan luar bandar

Katanya, walaupun kerajaan meletakkan negara di landasan bagi mencapai status negara berpendapatan tinggi menjelang 2020 serta mengurangkan kebergantungan rakyat terhadap bantuan dari kerajaan namun katanya kerajaan tidak akan mengabaikan tanggungjawab sosialnya kepada rakyat terutamanya dalam menyediakan pelbagai program pembangunan terutamanya kemudahan asas untuk kesejahteraan rakyat .

“ Tanggungjawab ini selaras dengan konsep kerajaan BN yang sentiasa meletakkan kepentingan rakyat sebagai keutamaan dimana keperluan pembangunan sentiasa berubah mengikut keadaan semasa ” katanya ketika berucap di majlis penyerahan bantuan tangki-tangki air kepada 66 orang penerima di kampong Kiambor dekat sini kemarin.

Hadir sama Wakil Rakyat Kuala Penyu John Teo Mau Sing,dan Ketua Bahagian Parti Bersatu Sabah bahagian Kuala Penyu Sebestian Diri Anjim

Menurut Lajim yang juga Ahli Parlimen Beaufort kemajuan,kesejahteraan dan keamanan yang dikecapi oleh Negara dan rakyat ketika ini kerana ianya ditakbir urus oleh kerajaan BN yang setabil dan sentiasa memberikan keutamaan terhadap keperluan dan kehendak rakyat tanpa mengira kaum,bangsa dan agama

"Pencapaian dan suasana ini perlu dikekal dan diperkukuhkan. Oleh itu, perkara-perkara atau isu-isu yang boleh menjejas dan merosakkan keadaan ini perlu dihindari,” katanya.

Tambah Lajim pendekatan yang diambil oleh kerajaan BN ialah dengan melihat masalah yang dihadapi oleh rakyat dan mengambil langkah susulan bagi mengatasinya dimana pendekatan ini amat berbeza dengan pendekatan yang dilakukan oleh parti pembangkang yang hanya tahu bercakap,memfintah termasuk menggunakan kemudahan media,enternit blog dan halaman sosial (FB) mengkritik kerajaan dan pemimpin demi untuk kepentingan peribadi mereka.

“ Hanya mengkritik sahaja yang mampu mereka (pembangkang) lakukan namun dalam menyelasaikan masalah rakyat mereka menyepi begitu sahaja” katanya

Tambah Lajim pembasmian kemiskinan luar Bandar dan bandar, keperluan perumahan bagi golongan berpendapatan rendah dan sederhana, pembangunan prasarana seperti kemudahan jalanraya,bekalan air,api ,pendidikan dan lain lain akan terus diberikan tumpuan oleh kerajaan dalam Rancangan Malaysia Ke Sepuluh (RMK-10) yang bermula tahun ini

Lajim berkata, untuk mencapai pencapaian kemajuan berterusan penglibatan dan penyertaan aktif semua peringkat rakyat adalah intipati penting yang mampu melonjak pencapaian kemajuan dan membantu bagi menjayakan usaha-usaha pihak kerajaan ke arah membina kesejahteraan rakyat.

Saturday, February 19, 2011

CADANGAN MENGHADKAN TEMPOH JAWATAN PERDANA MENTERI SELAMA DUA PANGGAL TIDAK RELEVAN





SEMANGAT 1 MALAYSIA…Lajim (dua dari kiri) bersama Abdul Rahim,Ghulam dan Aliasgar melaungkan 1 Malaysia sebagai penyuntik semangat peserta yang menghadiri kursus tersebut


MEMBAKUT: Cadangan menghadkan tempoh maksimum dua penggal bagi jawatan Perdana Menteri dilihat sebagai satu cadangan yang tidak relevan dan tidak adil bagi seorang Perdana Menteri yang mempunyai krisma kepimpinan serta mendapat sokongan dari rakyat.

Ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin berkata, cadangan tersebut lebih banyak membawa keburukan daripada kebaikan apabila seorang Perdana Menteri yang dipilih itu mampu melaksanakan tugas serta tanggungjawabnya mentadbir Negara dengan baik dan teratur

“ Saya berpandangan tidak perlu ada had tempoh bagi perkhidmatan jawatan Perdana Menteri kepada dua panggal sahaja jika seorang perdana menteri ini mampu mentadbir urus pentadbiran Negara ,sedangkan tanggungjawab seorang perdana menteri memerlukan tempoh yang sesuai bagi membolehkan dia merancang dan melaksanakan program pembangunan untuk kepentingan Negara dan rakyat”katanya ketika ditemui media selepas menyampaikan ceramah di kursus pemantapan pentadbiran organisasi anjuran Unit Pemimpin Kemajuan Rakyat (UPKR) di sini malam kemarin

Lajim yang juga Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan berkata demikian ketika diminta mengulas cadangan yang disuarakan Ahli Parlimen Bebas Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali pada forum Cabaran Semasa Sistem Demokrasi dan Perlembagaan Negara Malaysia ke Arah Pencapaian Wawasan 2020 dibangunan Perlimen pada isnin lepas yang mencadangkan tempoh had bagi seorang Perdana Menteri hanya dua panggal dan cadangan ini pula mendapat sokongan dari bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohammad.

Menurut Lajim banyak Negara seperti Filipina menghadkan tempoh jawatanPresiden namun tindakan tersebut tidak membawa kesan positif terhadap pembanguan Negara, malah ianya lebih banyak membawa kesan kepada ketidak setebilan politik termasuk merancatkan kadar pertubuhahan ekonomi dan juga perancangan pembangunan yang lebih mampan dan berkesan

Mengulas lebih lanjut dalam kontek kepimpinan Perdana Menteri ketika ini Datuk Seri Mohd.Najib Tun Abdul Razak , beliau berkata, jika tempoh dua panggal diberikan kepada Najib sebagai Perdana Menteri adalah sesuatu yang kurang adil pada beliau yang mengambil alih kepimpinan Negara pada saat sokongan rakyat mula merundum yang sudah tentu memerlukan masa untuk mengembalikan sokongan rakyat disamping melestarikan Gagasan 1 Malaysa bagi bagi membawa negara mencapai status Negara maju.

Sebaliknya Lajim bersetuju jika jawatan Menteri dan Timbalan Menteri di hadkan bagi tempoh dua panggal bagi memberikan peluang kepada pemimpin muda untuk mengambil alih kepimpinan yang dilihat agak lama bagi menolak perpepsi pemimpin muda mereka tidak diberikan ruang dan peluang sehingga mengalihkan sokongan mereka kepada pembangkang.

“ Bagi Jawatan Menteri atau Timbalan Menteri untuk tempoh dua panggal mungkin dapat di keji kesesuaianya dengan melihat keupayaan dan kemampuan pemimpin terbabit melaksanakan tugas serta tanggungjawabnya di kementerian yang diamanahkan” katanya.

Langkah ini juga menurut Ahli Majlis Tertinggi Umno ini bagi memberikan ruang kepada pemimpin muda untuk besama dalam jentera pentadbiran kerajaan bagi memberikan sumbangan dan idea baru yang relevan dan sesuai dengan tuntutan perubahan semasa.

Hadir sama di Majlis tersebut Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan Datuk Ghulam Haidar Khan, Wakil Rakyat Pantai Manis Datuk Abdul Rahim Ismail dan Pengarah UPKR Sabah Datuk Aliasgar Basri

PBT DISARAN IMPLEMENTASIKAN TEKNOLOGI HIJAU DALAM SISTEM PENCAHAYAAN



DENGAR TAKLIMAT…Lajim bersama (tengah) bersama John,Edmond dan Wences ketika medengar sesi taklimat tersebut dari Wakil ABB Communication (M) Sdn Bhd






KUALA PENYU: Pihak berkuasa Tempatan (PBT) di negeri ini disaran mengkaji pengunaan Teknologi Hijau dan Projek Pencahayaan Lampu di setiap kawasan PBT masing-masing sebagai satu alternatif baru dalam menguwujudkan pengindahan landskap yang lebih mesra alam dan murah

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin berkata, Kini terdapat banyak alternatif kepada mentol seperti mentol halogen, lampu kompak pendarfluor (fluorescence) atau CFL sehingga diod mengeluarkan cahaya (LED) yang memberi alternatif kepada evolusi pencahayaan.

Katanya mungkin ianya sesuatu yang baru namun tiada salah untuk mencubanya sekiranya ianya lebih efektif , menjimatkan kos disamping boleh memelihara alam sekitar

“ Kira-kira dua pertiga daripada semua pencahayaan di dunia berasaskan teknologi kurang efisien dalam menjimatkan tenaga, bagaimana dengan sistem LED Lighting ini mampu menjimatkan tenaga disamping dapat memelihara alam sekitar” katanya ketika ditemui selepas mendengar taklimat Implementasi Teknologi Hijau KPKT oleh Syarikat ABB Communication (M) Sdn Bhd di Majlis Daerah Kuala Penyu kemarin.

Hadir sama Wakil Rakyat Kuala Penyu John Teo Mau Sing,Pegawai Daerah Kuala Penyu Edmond Teo,Pengerusi Lembaga Kebudayaan Sabah Datuk Wences Angang ,Pegawai Eksuktif Majlis Daerah Kuala Penyu Haji Mohd Fazlee Abdullah dan Pengurus ABB Communication (M) Sdn Bhd Dr Mohamad Kamree

Menurut Lajim yang juga Ahli Parlimen Beaufort harga murah merupakan salah satu sebab mengapa ramai pengguna gemarkan lampu mentol lama berbanding lampu baru yang lebih menjimatkan tenaga.

Bagaimana pun menurut Lajim beliau di makluman lampu pendarfluor efisien terdapat potensi besar untuk mengurangkan penggunaan tenaga dan pencemaran alam sekitar dengan beralih kepada CFL.

“ Memang ramai menyedari lampu menjimatkan tenaga menggunakan 80 peratus kurang tenaga bagi menjana pencahayaan yang sama berbanding lampu mentol lama,namun apa yang mereka tidak ketuhai lampu mentol lama menghasilkan lebih banyak haba dan hanya lapan peratus keluar sebagai cahaya” katanya

Menurut beliau lagi Laporan alam sekitar mengesyorkan pembebasan gas rumah hijau boleh dikurangkan kepada 500 juta tan setahun atau 1.5 peratus dengan menukar lampu mentol lama seluruh dunia.

“Malangnya, ini tidak berlaku secara insentif dan perubahan kepada teknologi pencahayaan baru yang menjimatkan tenaga dan haba terlalu lambat,” katanya.

Sehubungan dengan itu Lajim berkata, makanisme baru menggunakan teknologi lampau LED sebagai lampau perhiasan di kawasan PBT termasuk digunakan di jabatan jabatan kerajaan perlu dikaji sebagai satu alternative terbaru dan terkini yang lebih efisin,menjimatkan disamping menyokong kempen bumi hijau bagi mengelakkan pencemaran

Wednesday, February 16, 2011

ANGOOTA PERKHIDMATAN AWAM PERLU LEBIH EFISIN






DIHARGAI…Lajim menerima cendera kenangan dari Timbalan Pengarah Jabatan Penerangan Sabah Yunus Haji Saprin selepas merasmikan majlis tersebut


KUALA PENYU : Penjawat awam perlu melaksanakan setiap keputusan dan dasar kerajaan dengan gigih serta tidak dilengah-lengahkan supaya proses kerja akan menjadi mudah dan efisien seperti diharapkan pelanggan.

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin berkata sehubungan itu penjawat awam khususnya ketua jabatan perlu memastikan proses kerja yang diguna pakai sentiasa relevan mengikut perkembangan semasa.

Katanya, dengan cara ini dapat meyakinkan dan memenuhi tuntutan serta aspirasi rakyat yang dahagakan penyampaian perkhidmatan cekap ,cepat serta berkesan.

Sehubungan beliau berkata, penjawat awam bukan sahaja perlu komited dalam melaksanakan tugas masing-masing namun perlu memiliki daya saing dan sentiasa membuat penambahbaikan terhadap kualiti perkhidmatan yang disampaikan.

“ Sebagai pelaksana dasar di peringkat akar umbi Penjawat awam perlu meningkatkan kemahiran, kecekapan dan pengetahuan bagi mengurangkan pembaziran serta ketirisan supaya setiap ringgit yang dibelanjakan memberi impak positif kepada rakyat dan lebih banyak projek dilaksanakan," katanya

Beliau yang juga Ahli Parlimen Beaufort berkata demikian ketika berucap pada pada majlis perjumpaan bersama Ketua Ketua Jabatan Kerajaan serta pemimpin masyarakat tempatan daerah Kuala Penyu di dewan masyarakat Dato Shah Bandar Makang di sini kemarin.

Hadir sama Wakil Rakyat Kuala Penyu John Teo Mau Sing,Timbalan Pengarah Jabatan Penerangan Sabah Yunus Haji Saprin dan Pegawai Daerah Kuala Penyu Edmond Teo

Sehubungan dengan itu Lajim berkata kerajaan memandang berat soal integriti dan telah mewujudkan mekanisme serta struktur mantap bagi menentukan perkhidmatan awam pada tahap yang tertinggi apabila dinilai dari segi integriti dan amalan murni.

“ Kesungguhan serta kebolehan penjawat awam disemua peringkat didalam menentukan segala dasar dan program pembangunan yang dilaskanakan oleh kerajaan amat diperlukan dan ianya merupakan merupakan kunci yang membawa negara kepada masa depan lebih baik sekali gus meletakkan negara di landasan tepat bagi mencapai status negara berpendapatan tinggi dan maju menjelang 2020” tambah Lajim.

Sambil menghargai sokongan serta kerjasama yang diberikan oleh anggota perkhidmatan awam di kawasan itu dalam melaksanakan tugas yang diamanahkan oleh kerajaan, Lajim turut menegaskan beliau mengamalkan “ Dasar Pintu Terbuka” bagi semua anggota perkhidmatan awam di daerah itu mengemukakan sebarang bentuk cadangan,idea dan pandangan khususnya dalam soal penambahbaikan sistem penyampaian kepada rakyat

Dalam masa yang sama katanya, rakyat pula perlu menghargai peranan sektor perkhidmatan awam kerana ia merupakan tulang belakang pembangunan negara.
Menurut beliau pihak yang suka menghentam sektor awam sebenarnya merupakan golongan yang hanya suka mencari kesalahan orang lain.
"Pihak berkenaan harus sedar akan kepentingan sektor awam. Mereka inilah yang membantu menjadi jentera kepada dasar negara bagi mencapai segala pembangunan yang dikecapi sekarang," katanya

Pada masa yang sama Lajim juga berharap agar anggota perkhidmatan awam tidak terjebak dengan nilai nilai negetif yang boleh melemahkan dan member imej buruk kepada perkhidamatan awam

Saturday, February 12, 2011

PESTA “ANG PAU” ANJURAN MAYANG PERLIMEN BEAUFORT MERIAH






LANCAR…Lajim,isteri bersama Pengerusi (MAYANG) Johair serta pemimpin masyarakat yang lain bersama-sama memotong riben sebagai simbol pelancaran pesta tersebut


BEAUFORT: Kira-kira1,000 pengunjung terdiri dari pelbagai lapisan masyarakat tanpa mengira kaum dan agama hadir memeriahkan Pesta “Ang Pau” anjuran Majlis Kebajikan dan Pembangunan Masyarakat (MAYANG) Parlimen Beaufort di dewan Masyarakat Pa Musa dekat sini petang kemarin.

Majlis yang dihadiri oleh Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin bersama isteri Datin Seri Hajah Normilah Siong itu juga turut dihadiri oleh Wakil Rakyat Kuala Penyu John Teo Mau Sing, Pegawai Daerah Beaufort Wong Foo Ten,Pengerusi (MAYANG) Parlimen Beaufort Hajah Johair Matlani serta para pemimpin parti kompenan Barisan Nasional Parlimen Beaufort.

Pelbagai persembahan diadakan seperti pertunjukan tarian singa, persembahan kebudayaan pertunjukan fesyen dan turut menghiburkan pengujung ialah kemunculan bekas Naib Juara pelajar Program Realiti TV( AF) musim ke-4 Lotter P. Edwin Edin yang turut mempersembahkan beberapa buah lagu bagi menghiburkan pengunjung yang hadir ke pesta tersebut

Bagi seramai 150 warga emas yang turut dirayahkan di majlis tersebut mereka tidak pulang dengan tangan kosong apabila masing masing turut menerima sampul merah berupa “Ang Pow” yang disampaikan sendiri oleh Lajim bersama isteri.

Terdahulu ketika berucap dimajlis tersebut Lajim yang juga Ahli Parlimen Beaufort berharap agar setiap rakyat Malaysia yang cintakan keamanan perlu menyumbang ke arah keharmonian dan perpaduan dan juga meningkatkan usaha ke arah mempromosikan satu budaya yang aman, harmoni dan bersatu.

Menurut beliau Konsep 1Malaysia yang diperkenalkan dibawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd.Najib Tun Abdul Razak perlu mengorak langkah demi mengembalikan proses pembangunan perpaduan melibatkan setiap rakyat Malaysia tanpa memilih bangsa, warna kulit dan kepercayaan. Setiap rakyat Malaysia yang cintakan kedamaian perlu memberi sepenuh tanggungjawab ke arah memperkenalkan budaya keamanan, harmoni dan bersatu.

Katanya, Meskipun ekonomi dan teknologi maklumat mempelopori era pembangunan hari ini dan masa akan datang, kita perlu terus mengekalkan keharmonian kaum dan perpaduan. Pembangunan ekonomi tidak memberi sebarang makna tanpa wujudnya persefahaman, keharmonian, kebajikan dan kepercayaan sesama kita

“ Marilah kita sama-sama mempertahankan tahap keharmonian kaum yang ada di Negara kita pada hari ini, sebagai eleman yang turut membantu menjana proses pembangunan dapat diteruskan tanpa memnggirkan mana-mana kaum di Negara ini” katanya
Tambah beliau pelaksanaan program seperti ini, perlu diteruskan demi menyemai semangat ke arah memelihara dan memperkukuhkan lagi semangat kecintaan dan patriotisme kepada negara

212 MENARA TELEKOMUNAKSI DIBINA DI SABAH TAHUN INI LIMA DIANTARANYA AKAN DIBINA DI BEAUFORT






LANCAR…Lajim diringi oleh Kamarlin,Wong Kimjus,Bukhari dan Isnin menekan punat komputer sebagai symbol pelancaran carnival tersebut

BEAUFORT: Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan membina sebanyak 212 menara telekomunikasi di bawah projek perluasan liputan selular Time 3 di negeri ini.

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin berkata dari jumlah tersebut 5 buah akan dibina di daerah ini yang meliputi kawasan sekitar Batu 61, Kampung Lingkungan,Bengkalakak,Padas Damit,dan Lembah Poring yang mula dibina pertengahan tahun ini dan dijangka siap menjelang akhir tahun 2011.

“ Perlaksanaan projek ini merupakan sebahagian dari komitmen kerajaan bagi meningkatkan keupayaan rakyat agar menjadi masyarakat yang kaya dengan makumat yang berguna” katanya ketika berucap merasmikan Karnvial Merakyatkan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) anjuran (SKMM) di tapak Tamu Pekan Beaufort pagi kemarin.

Menurut Lajim yang juga Ahli Parlimen Beaufort tahap kemajuan teknologi maklumat khususnya capaian jalur lebar Internet yang lebih baik merupakan kunci yang membawa negara kepada masa depan lebih baik sekali gus meletakkan negara di landasan bagi mencapai status negara berpendapatan tinggi menjelang 2020.

Beliau berkata tahap jalur lebar yang tinggi ini akan membawa pula kepada perluasan dan peningkatan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) seiring dengan program Transformasi Ekonomi Negara (ETP)

Katanya, Kepesatan (ICT) dengan jalur lebar yang mampu mencapai kelajuan tinggi telah membawa kepada revolusi maklumat yang dapat membawa kepada ilmu pengetahuan yang lebih baik. Maklumat dan perbincangan bersifat ilmiah yang pada ketika dahulu hanya dimonopoli oleh golongan tertentu, kini boleh diakses oleh masyarakat awam yang telah mempunyai darjah celik komputer yang agak baik.

Dalam perkembangan yang sama Lajim berkata, inisiatif kerajaan mengagihkan Komputer riba 1 Malaysia adalah selaras dengan matlamat kerajaan untuk menggendakan kepakaran sumber manusianya bagi mengwujudkan komuniti yang celik ICT .

“ Usaha ini bertujuan untuk mengurangkan jurang digital tanpa meminggirkan masyarakat di luar Bandar” katanya.

Bagaimanapun Lajim turut mengingatkan ibubapa agar sentiasa memantau pergerakan dan aktiviti anak anak di internait melalui pemerhatian akses kepada laman-laman sesawang interknit agar mereka tidak menyalahkan gunakan kemajuan ICT ini ke jalan yang boleh membawa kepada kesan negetif terhadap kehidupan mereka seharian.

“ Didik mereka agar lebih bertanggungjawab dan beretika bila melayari laman laman di interknit agar mereka tidak terdedah dengan ancaman dan bahaya alam siber seperti buli dialam siber,pornografi,kekerasan ,penderaan dan kebencian perkauman yang perlu dihindari” katanya

Hadir sama di majlis tersebut Wakil Rakyat Lumadan Kamarlin Haji Ombi,Pegawai Daerah Beaufort Wong Foo Ten Naib Ketua Umno bahagian Datuk Kimjus Duim, Pengarah Wilayah Sabah dan WP Labuan SKMM Bukhari Yahya dan Setiausaha Politik Kementerian Pembangunan Insfrastruktur Isnin haji Aliasnih

Wednesday, February 9, 2011

Belia mesti bersedia hadapi cabaran era globalisasi: Azman




PENGADIL…Azman diiringi oleh Pengerusi Penganjur Roslan Jifneh ketika mengadili acara tarik tali salah satu aktiviti sukan yang didakan sempana program tersebut

BEAUFORT: Golongan belia perlu dilengkapi dengan ilmu pengetahuan serta kemahiran secukupnya sebagai persediaan bagi mereka menghadapi pelbagai rintangan dan cabaran pembangunan negara yang kini memasuki era globalisasi.

Naib Ketua Pergerakan Pemuda Umno bahagian Beaufort Mohd.Azman Datuk Seri Panglima Haji Lajim berkata, ini kerana golongan belia merupakan aset negara yang tidak ternilai harganya dan di atas tangan mereka terletaknya hala tuju negara pada masa depan.

Justeru katanya golongan ini juga perlu memperkasakan diri mereka dengan nilai serta integeriti diri kukuh yang bertujuan melahirkan belia yang mempunyai daya tahan, daya saing dan daya juang.

“ Amat jelas di sini bahawa pembentukan belia berilmu pengetahuan,berkemahiran dan berkualiti merupakan satu keperluan yang perlu ada pada setiap anggota belia bagi menghadapi cabaran masa hadapan yang lebih cemerlang '' katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di hadapan lebih 100 belia termasuk anggota pergerakan pemuda Umno bahagian Beaufort pada majlis perasmian Sukaneka Tertutup anjuran Belia kampong Lajau Beaufort dekat sini kemarin

Mohd Azaman berkata, di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak pembangunan belia terus diberikan keutamaan malah ia adalah antara elemen yang diberikan penekanan di dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10)

“ Program program latihan kemahiran, kepimpinan dan pelbagai bantuan turut disediakan oleh kerajaan khusus untuk memperkasakan kaum belia dalam bidang bidang tertentu termasuklah meningkatkan taraf siso ekonomi kaum belia”katanya

Mengulas program tersebut Azman berkata ianya merupakan satu pendekatan yang dilakukan oleh Pergerakan Pemuda Umno bahagian Beaufort bagi mendekati golongan belia di peringkat akar umbi.

Katanya, aktiviti riadah dan sukan merupakan salah satu eleman yang dapat mengumpulkan golongan belia dalam konsep berkerja berpasukan disamping membentuk daya juang dan jati diri golongan tersebut dari terjebak dengan aktiviti yang kurang sihat

Thursday, February 3, 2011

PERTANDINGAN KULINTANGAN TERBUKA MERIAHKAN SAMBUTAN ADAU JANANG GAYUH TAHUN INI





ALBUM KENANGAN…Lajim mengabadikan gambar kenangan bersama Ahli Majlis Tertinggi PBBS dan Krew Penerbitan RTM yang membuat program dokumenteri untuk etenik selepas mesyuarat tersebut


KOTA KINABALU: Penyertaan pertandingan kulintangan yang diadakan sempena perayaan Janang Gayuh tahun ini akan dibuka kepada masyarakat dari suku kaum lain di negeri ini.

Menyatakan perkara ini ,Presiden Persatuan Bisaya Bersatu Sabah (PBBS), Janang Gayuh Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin berkata, pertandingan itu yang kali terakhir diadakan pada 1997, kini diperkenalkan semula pada sambutan Adau Janang Gayuh tahun ini yang dijadualkan akan diadakan pada 23 hingga 24 Julai depan bertempat di daerah Beaufort dimana melalui pertandingan kulintangan terbuka ini diharapkan akan dapat memeriahkan lagi sambutan perayaan hari kebesaran bagi masyarakat Bisaya di negeri ini.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Bersama Ahli Majlis Tertinggi PBBS di Kota Kinabalu.

Menurut Lajim berkata, langkah itu merupakan sebahagian usaha PBBS untuk mengeratkan hubungan antara masyarakat Bisaya dan kaum lain selaras konsep Satu Malaysia.

“ Ini merupakan sebahagian dari usaha serta insiatif kita mengientegerasikan perpaduan kaum melalui budaya selaras dengan Gagasan 1 Malaysia” katanya ketika ditemui selepas mempengerusikan mesyuarat Ahli Majlis Tertingggi (PBBS) di sini pagi kemarin.
Hadir sama Timbalan Presiden (PBBS) Kamarlin Haji Ombi, Nain-Naib Presiden Haji Roslan Haji Muharamm,Edris Ali, Tarawi Rukut,Asmat Haji Japar dan Setiausaha Agung (PBBS) Awang Anak Haji Sani.

Lajim yang juga Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan menambah , perayaan Janang Gayuh yang tersenarai dalam Kalendar Pelancongan Negeri bermula tahun ini merupakan wadah terbaik untuk mempromosikan produk pelancongan, budaya dan adat resam masyarakat Bisaya khususnya kepada pelancong asing.

Katanya,pelbagai acara akan diadakan senpena perayaan itu termasuk pameran pertanian, sukan rakyat, pameran tradisi suku kaum Bisaya dan makanan tradisi.

Dalam perkembangan Lajim berkata, PBBS akan sentiasa menilai keberkesanan program yang dilaksanakan dengan mewujudkan Petunjuk Prestasi Utama (KPI).

Menurutnya, KPI itu bertujuan mencari pendekatan terbaik untuk memastikan masyarakat Bisaya terlibat secara langsung dalam pelbagai bidang seperti pendidikan, kemahiran dan ekonomi sekaligus menjadi masyarakat berpendapatan tinggi menjelang 2020.

Mengenai mesyuarat itu, Datuk Lajim berkata, ianya turut membincangkan program yang akan dilaksanakan tahun ini selain memfokuskan tentang penambahan ahli persatuan dalam usaha memperjuangkan kemajuan masyarakat Bisaya

RAKYAT DI DUN TENANG DIHARAP KEKALKAN MEMONTUM BAGI MEMPASTIKAN KEMENANGAN BN



Ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin semasa ditemui media selepas merasmikan program tersebut

LABIS: Rakyat khususnya di kawasan Dewan Undangan Negeri Tenang perlu mengekalkan Memontum yang sediaada bagi mempestikan kemenangan calon Barisan Nasional Mohd. Azhar Ibrahim pada pilihraya kecil (DUN) Tenang pada 30 Januari ini.

Ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin berkata, kemenangan dengan yang majoriti besar perlu bagi Calon yang diletakkan oleh BN di kawasan ini bagi mempestikan porses kesinambungan pembangunan untuk rakyat di kawasan (DUN) tenang dapat diteruskan oleh kerajaan BN

Katanya, walaupun pelbagai usaha akan dilakukan oleh parti pembangkang bagi meraih sokongan, namun beliau yakin kerusi tersebut akan berjaya dipertahankan oleh BN.

Menurutnya, dengan segala usaha pembangunan yang telah digerakkan selama ini, beliau percaya rakyat di kawasan (DUN) tenang lebih bijak memilih calon yang lebih layak dan sesuai mewakil mereka di kawasan itu.

“ Saya yakin rakyat di (DUN) Tenang lebih ariff dan bijak memilih calon dan parti yang mewakili mereka ini kerana BN merupakan sebuah parti yang berkerja untuk kepentingan rakyat bukan sebuah parti yang hanya bersifat retorik “ katanya ketika ditemui pemberita selepas melancarkan Bomba Sukarela di Balai Bomba Labis kemarin.

Terdahulu ketika berucap melancarkan majlis tersebut Lajim yang juga Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan berkata, kementeriannya sedang memulakan usaha untuk menggunakan pendekatan ISO negara maju iaitu ratio 1:4 iaitu seorang anggota bomba dibantu oleh empat ahli bomba sukarela.

Jelas beliau, usaha tersebut perlu bermula daripada sekarang, memandangkan peranan dan tanggungjawab pasukan itu akan menjadi lebih mencabar seiring dengan pembangunan negara untuk mencapai negara maju.

"Bagi memperkasakan bomba sukarela, kerajaan bukan sahaja memberi bantuan kenderaan dan peralatan, malah mereka juga diberi latihan secukupnya seperti anggota sebenar agar dapat membantu anggota bomba dan penyelamat di kawasan masing-masing," katanya.

PERJUMPAAN BERSAMA SUKARELAWAN PERKIM CAWANGAN BELURAN SANDAKAN



ALBUM KENANGAN....Kelihatan Lajim Yusuf dan Mahmud merakamkan gambar kenangan bersama Ahli Jawatankuasa PERKIM cawangan Beluran pada perjumpaan tersebut


LUANGKAN MASA....Meskipun sibuk dengan jadual tugas sebagai Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang mengadakan lawatan kerja ke daerah Beluran Sandakan baru baru ini, Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin yang juga Pengerusi Perhubungan Sukarelawan (PERKIM) Sabah sempat meluangkan masanya untuk beramah mesra dengan ahli jawatankuasa (PERKIM) cawangan Beluran yang diketuai oleh Pengerusinya Mahmud Awang Hussin dan turut dihadiri bersama Pegawai Daerah Beluran Yusuf Othman. Pada Perjumpaan singkat itu Lajim turut menyampaikan penghargaan serta terima kasihnya terhadap sambutan masyarakat Islam khususnya di daerah Beluran yang sama sama berjuang mengerakkan program dakwah melalui PERKIM. Menurut beliau PERKIM mengembangkan sayapnya ke Sabah adalah untuk membantu kerajaan serta badan badan NGO Islam yang lain memperkasakan lagi gerakan dakwah seiring dengan pelbagai bentuk cabaran umat Islam masakini. Beliau juga berharap PERKIM akan menjadi wadah bagi umat Islam menjalin hubungan muhibah,perpaduan serta kerjasama untuk menegakkan syiar Islam di negeri ini