Wednesday, April 27, 2011

Rumah mampu milik akan dibina di kawasan strategik


KUALA LUMPUR 26 April — Kerajaan akan memastikan semua rumah mampu milik yang dirancang tidak dibina di kawasan kurang strategik seperti di tempat terpencil, kata Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Lajim Ukin.

Beliau berkata, semua faktor terutamanya kehendak serta keperluan asas seperti kemudahan hubungan, bekalan air dan elektrik akan dipastikan tersedia di kawasan itu sebelum sebarang projek perumahan itu dilaksanakan.

"Sebenarnya jika rumah-rumah itu dibina oleh kerajaan sama ada kerajaan negeri atau persekutuan kajian awal tentang lokasi, kemudahan prasarana seperti jalan raya, elektrik dan air akan dilakukan terlebih dahulu.

"Kita tidak akan membina rumah-rumah berkenaan di kawasan-kawasan yang terpencil sebab kita tahu ia tidak akan dibeli dan disewa oleh bakal pembeli,” katanya menjawab soalan Senator Datin Paduka Nor Hayati Onn pada persidangan Dewan Negara hari ini.

Sehingga kini, sebanyak 83,376 unit rumah mampu milik dibina di seluruh negara, yang daripada jumlah itu 63,166 telah disiapkan, 15,800 dalam pembinaan dan 4,410 unit masih dalam perancangan dengan pembinaannya dijangka bermula selewat-lewatnya Julai depan. — Bernama

Friday, April 22, 2011

SABAH HARGAI BANTUAN AUSTRALIA SEMASA PERANG DUNIA KEDUA





MEMORI…Lajim bersama ahli keluarga terdekat mendiang LT Startevich melihat beberapa gambar dan catatan tentang perjuangan askar Australia semasa perang dunia kedua yang turut di serta oleh LT Startevich

BEAUFORT - Kerajaan Sabah melahirkan penghargaan yang
tidak terhingga kepada usaha, keberanian dan pengorbanan yang dihulurkan oleh
semua pejuang khususnya Australia semasa Perang Dunia Kedua.
"Kami terhutang budi atas pengorbanan dan keberanian mereka," kata Timbalan
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Panglima Lajim Ukin dalam
ucapannya pada majlis memperingati Perang Dunia Kedua di Tugu Peringatan
Startevich di sini hari ini.
Dalam hal ini, beliau berkata kerajaan negeri akan sentiasa mengingati
pengorbanan mereka.
"Ia adalah masa yang sesuai dan wajar untuk kita balas kembali pengorbanan
yang telah diberikan oleh askar-askar ini dengan mengadakan majlis memperingati
perang seperti ini," katanya.
Lajim yang juga Anggota Parlimen Beaufort berkata Tugu Peringatan Sabah,
bangunan atau tapak sejarah adalah bukti ketara yang membantu membentuk rupa
fizikal negeri itu.
Beliau berkata Tugu Peringatan persendirian, L.T. Startevich itu adalah
tapak peringatan sejarah penting di Sabah, sehubungan itu, kerajaan negeri telah
mengisytiharkan tugu peringatan itu sebagai Tapak Warisan Budaya pada 1998 untuk
memastikan ia dipelihara selama-lamanya dan tidak diganggu oleh sebarang
aktiviti yang akan memberi kesan negatif di tapak itu.
Lajim berkata tapak warisan budaya itu bukan sahaja untuk pemuliharaan
tetapi ia juga boleh dipromosi dan dipasarkan sebagai salah satu produk
pelancongan yang penting.
Kewujudan tapak warisan sejarah seperti Tugu Peringatan Startevich telah
meningkatkan hubungan akrab dan jalinan persahabatan antara kedua-dua negara,
Malaysia dan Australia, katanya.

MASA UNTUK MEMPERKASAKAN BN




PENGHORMATAN…Lajim ketika meletakkan kalungan bunga pada tugu Peringatan Starcevich, di majlis tersebut


BEAUFORT: Ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin berkata bukanlah masa yang sesuai untuk mempertikaikan kepimpinan yang ada sekarang khususnya kepada pihak yang mengeluarkan kenyataan yang mempertikaikan kepimpinan Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman.sebagai Ketua Menteri yang juga Pengerusi Barisan Nasional Sabah.

Katanya, seharusnya semua pihak khususnya parti parti kompenan BN di negeri ini, lebih menumpukan perhatian terhadap usaha kearah memperkasakan dan memperkukuhkan parti masing-masing selari dengan usaha kepimpinan tertinggi BN yang komited melakukan proses tranformasi bagi mempastikan BN terus relevan dan mendapat sokongan dari rakyat.

Menurut beliau yang juga Pengerusi BN Parlimen Beaufort dalam keadaan PRU Ke-13 bakal menjelma, maka inilah masa paling sesuai untuk setiap parti komponen menetapkan satu tekad dengan memupuk kepercayaan, permuafakatan, kerja keras dan usaha bersungguh-sungguh bagi merampas kembali apa yang telah hilang dalam PRU ke-12, selain mengukuhkan apa yang dimiliki oleh BN.
.
“Tindakan mempertikaikan kepimpinan yang ada sekarang tidak sepatutnya berlaku terutama dalam menghadapi pilihan raya umum ke-13 yang akan datang.” Katanya ketika ditemui selepas majlis memperingati dan meletakkan kalungan bunga di Tugu Peringatan Starcevich, Beaufort. Dekat sini kemarin.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Timbalan Presiden Parti Liberal Demokratik (LDP) Datuk Chin Su Phin yang mendakwa BIN masih belum menyedari sepenuhnya tentang keperluan rakyat terutamanya masyarakat cina yang memerlukan perubahan drastik BN di negeri ini.

Menurut Timbalan Menteri Perumahan ini kekalahan BN di beberapa buah kerusi DUN semasa pilihanraya umum ke 10 di Sarawak baru-baru ini tidak boleh dijadikan alasan untuk melakukan perubahan drastik BN di negeri ini kerana ianya mempunyai perbezaan dari setuasi politik di negeri ini dan BN Sabah berada dilandasan yang baik bagi membawa kestabilan politik dan juga kemajuan beterusan untuk rakyat di negeri ini

Tambah Lajim sebarang rasa tidak puas hati dalam kalangan parti kompenan boleh dibawa berbincang dan bukannya disuarakan menerusi media.

Keadaan ini boleh menimbulkan kekeliruan kepada rakyat sekaligus merugikan bukan sahaja pemimpin malah rakyat apabila parti berpecah.

Malah tambah beliau, Sabah di bawah kepimpinan Datuk Musa terus membangun dalam pelbagai bidang termasuk ekonomi.

“ Rakyat boleh menilai sendiri pembangunan yang dibawah oleh Datuk Musa yang sentiasa bekerja keras untuk memastikan Sabah terus membangun.” Katanya

Tambahnya, kerajaan Persekutuan turut memberi jaminan bahawa Sabah merupakan negeri yang diberi keutamaan untuk dibangunkan termasuk dalam Rancangan Malaysia ke-Sepuluh.

Wednesday, April 13, 2011

UMNO BEAUFORT DAN PBBS BANTU KEMPEN DI DUN BATU DANAU LIMBANG





BERI SOKONGAN…. Haji Roslan (kiri) dan Isnin (tiga dari kiri) bersama calon BN DUN Batu Danau Paulus Palu Gumbang semasa mengadakan perjumpaan dengan pengundi di kampong Bidang Limbang


LIMBANG SARAWAK: Umno bahagian Beaufort dan Persatuan Bisaya Bersatu Sabah (PBBS) bergabung tenaga menghantar rombonganya bagi membantu kempen jentera pilihanraya Barisan Nasional (BN) di dua kawasan iaitu dun N 71 Bukit Sari di Lawas dan juga DUN Batu Danau Limbang.

Umno Bahagian Beaufort yang diketuai oleh Timbalan Ketua Umno Bahagian Beaufort Isnin Haji Aliasnih sementara (PBBS) diketuai oleh Naib Presidennya Haji Roslan Muharam bersama sebahagian Barisan Ahli majlis Tertinggi (PBBS) turut serta dalam rombongan ini Ketua Pergerakan Pemuda Umno bahagian Beaufort,Mohd.Ishak Haji Ibrahim , ahli jawatankuasa Umno bahagian dan juga Pergerakan Pemuda Umno bahagian Beaufort .

Di DUN Batu Danau Limbang yang meletakkan calon BN , Paulus Palu Gumbang, yang dicabar oleh Lau Liak Kon dari PKR dan Lawrence Cosmas Sunang Simpang dari SNAP rombongan sempat menyertai beberapa siri perjumpaan dan majlis ceramah yang dihadiri bersama calon BN di kawasan itu.

Mengulas peluang BN Untuk mempertahankan kerusi DUN Batu Danau Isnin yang juga Timbalan Pengerusi BN Parlimen Beaufort yakin rakyat khususnya di kawasan tersebut masih berdiri teguh di belakang Barisan Nasional (BN) kerana umum mengetahui pembangunan di Sarawak berjalan rancak.
Katanya rakyat Sarawak sendiri dapat melihat bagaimana proses pembangunan di negeri Bumi Kenyalang itu bergerak maju ke hadapan jika , dibandingkan dengan 20 atau 23 tahun lalu, Sarawak ketika itu adalah negeri termundur tetapi dengan hasil kerja kuat dan kebijaksanaan BN negeri dan pusat, keadaan itu berjaya diubah.

"Rakyat sebenarnya sudah mengetahui dan merasakan pembangunan di bawah kerajaan BN yang berjaya menghubungkan masyarakat luar bandar dan bandar dengan adanya kemudahan seperti jalan raya dan kemudahan asas api dan air di Sarawak, justeru tidak ada sebab bagi mereka menolak BN dalam pilihanraya kali " katanya

Katanya, bagi memastikan rakyat Sarawak tidak tertinggal jauh di belakang, beliau yakin kematangan berpolitik rakyat Sarawak lebih ke hadapan dan mereka tidak akan mudah terpujuk dengan pelbagai janji manis parti pembankang yang hanya tahu berjanji tapi sukar untuk menunaikannya.

Sementara itu Naib Presiden (PBBS) Haji Roslan Muharam berharap Masyarakat minoriti Bisaya yang dianggarkan lebih 10,000 orang di negeri ini yang mejoritinya tinggal di Limbang perlu bersatu serta terus memberi sokongan penuh kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya Dewan Undangan Negeri (DUN) ke-10 pada 16 April ini

Katanya, masyarakat Bisaya mempunyai satu-satunya wakil iaitu bagi kerusi DUN Batu Danau yang perlu diberikan sokongan padu pada pilihan raya DUN kali ini memandangkan penyandang bagi DUN kawasan ini Paulus Palu Gumbang telah membuktikan kesungguhannya membawa pembangunan bukan sahaja untuk kepentingan masyarakat Bisaya di kawasan ini namun melibatkan kepentingan semua rakyat yang diwakilinya tanpa mengira bangsa dan agama.

“ Melihat kepada memontum yang ada, saya yakin rakyat , Sarawak pandai menangkis dan membuat perbandingan antara dasar kerajaan BN yang telah terbukti berjaya mengubah nasib rakyat di Sarawak dengan tohmahan pembangkang yang kebanyakannya tidak berasas” jelas Haji Roslan yang juga Ketua Bahagian PBS Lumadan

Monday, April 11, 2011

PELUANG BN SARAWAK MENANG CERAH


HIDUP BN…Lajim turut serta mengangkat tangan bersama penyokong lain berteriak hidup BN semasa pengumuman calon yang bertanding di DUN Tanjug Datu Lundu Sarawak

LUNDU SARAWAK :Barisan Nasional (BN) mempunyai peluang lebih cerah untuk menang besar dalam pilihanraya umum ke 10 kali ini berikutan tranformasi BN yang membawa lebih banyak kemajuan di Sarawak..

Ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Panglima Haji Lajim Ukin , berkata keyakinan tersebut berdasarkan kepada fakta yang dapat disaksikan oleh rakyat Sarawak sendiri, bagaimana kerajaan BN bukan sahaja melakukan tranformasi politiknya yang mendahulukan rakyat namun tranformasi yang membawa perubahan terhadap landskap pembangunan di bandar dan di luar bandar di negeri Bumi Kenyelang itu

Ini katanya amat bebeza dengan pakatan pembangkang semakin caca merba,menghadapi krisis kepimpinan di peringkat pusat dan negeri selain krisis moral yang dihadapi oleh sebilangan pemimpin tertinggi pakatan pembangkang yang menjadi daya pengukur bagi rakyat Sarawak menolak mereka dalam pilihanraya umum kali ini

“ Saya melihat memountum sokongan rakyat Saeawak terhadap BN masih kukuh dan ini di tambah pula dengan pelaksanaan perubahan dan transformasi BN Sarawak untuk mengetengahkan ramai muka baru pada Pilihan Raya Negeri Sarawak berjaya membuktikan pembaharuan dan meningkatkan keyakinan rakyat kepada BN” katanya ketika ditemui selepas mengiringi calon BN bagi kawasan DUN N.3 Tanjung Datu Tan Sri Adenan Satem yang turut disertai hampir tiga ribu orang pemimpin dan penyokong BN ke Pusat Penamaan Calon di Dewan Masyarakat Lundu pagi kemarin

DUN Tanjung Datu yang dipertahankan oleh Adenan yang juga Ketua Pegawai Penerangan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) yang pada pilihanraya umum kali ini dicabar dalam perlawanan 3 penjuru antara calon dari PAS Nani Sahori dan seorang calon Bebas Gilbert Ason

Menurut Lajim yang juga Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan ,pada pilihanraya umum kali ini sudah tentu rakyat Sarawak lebih bijak menilai serta memilih sebuah kerajaan yang boleh mentadbir urus pembangunan dan kesejahteraan rakyat di negeri tersebut ,dimana Sarawak merupakan antara negeri yang terus melangkah ke hadapan dalam pelbagai aspek kemajuan yang perlu di teruskan demi kebaikan dan kesejahteran rakyat di negeri tersebut

“Isu antara Snap (Parti Kebangsaan Sarawak) dan PKR di Sarawak cukup untuk menunjukkan pembangkan tiada kesepakatan. Pelbagai perbezaan dalam pakatan pembangkang, percanggahan Pas dan Dap membuktikan pakatan itu tiada hala tuju yang sudah tentu tidak mampu membawa untung, malah sia-sia kepada rakyat” tegas Lajim

Tambah Lajim yang juga Pengerusi Penyelaras BN Parlimen Beaufort kesepakatan, perubahan dan transformasi untuk penampilan pemimpin pelapis yang dilaksanakan oleh BN Sarawak dan komponen-komponennya mudah-mudahan akan membawa kemenangan besar. Pada pilihanraya kali ini



"Rakyat tentunya menerima dan menyakini transformasi ini dan masa depan akan lebih cerah untuk menikmati pembaharuan dan kemajuan," katanya

Ditanya peluang BN bagi memenangi kerusi DUN Tanjug Datu ,Lajim optimis penyandangnya Tan Sri Adenan akan mengekalkan kerusi di kawasan tersebut ini dapat dilihat dari rekod serta pencapaian kemajuan khususnya di daerah Lundu semasa Adenan menjadi wakil rakyat di kawasan tersebut.

4.1 JUTA PERUNTUKAN DIBERIKAN KEPADA MPP PADAWAN


BERI PENJELASAN…Lajim semasa bercakap kepada media selepas merasmikan majlis tersebut


PADAWAN SARAWAK: Sejumlah 4.1 juta ringgit geran tahunan diperuntukkan kepada Majlis Perbandaran Padawan (MPP) tahun ini. Ia tidak termasuk peruntukkan tambahan 3.51 juta ringgit bagi membantu meningkatkan program pembangunan di kawasan MPP yang didiami lebih 300-ribu penduduk.

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Penglima Haji lajim Haji Ukin berkata, sebagai antara kawasan majlis perbandaran yang terbesar di negeri ini, beliau berharap MPP dapat menggunakan peruntukkan berkenaan sebaik mungkin, termasuk masalah perparitan bagi mengelak berlakunya banjir kilat.

“ Ini merupakan satu jumlah peruntukan terbesar yang diberikan oleh kementerian saya bagi membantu pihak MPP di kawasan ini melaksanakan pelbagai projek pembangunan untuk mempertingkatkan lagi kemudahan prasarana di kawasan ini yang mempunyai keluasan dengan kepadatan penduduknya” katanya kepada media selepas menyerahkan Geran Peruntukan Tahunan kepada MPP Padawan dekat sini pagi kemarin.

Menurut Lajim yang juga Ahli Parlimen Beaufort selain itu sejumlah 830-ribu ringgit turut diberikan kepada semua ahli parlimen di seluruh negara bagi mengadakan aktiviti pembersihan, kempen kitar semula, dan kempen mengurangkan penggunaan beg plastik.

Ditanya mengenai isu-isu semasa yang mungkin akan dimanipulasi pembangkang di negeri ini ialah mengenai pemilikan tanah adat (NCR), keadaan harga barang, harga minyak, Program Tranformasi Kerajaan (GTP), serta kuasa autonomi. Katanya, kerajaan pusat akan sentiasa memberikan perkhidmatan terbaik dan meklaksanakan program pembangunan secara berperingkat.

Dalam perkembangan lain Ahli Majlis Tertinggi Umno ini juga berkata, Umno bahagian Beaufort akan menghantar jenteranya bagi membantu jentera BN Sarawak menghadapi pilihanraya umum yang diadakan pada 16 April depan.

“ Kita telah bersedia untuk menghantar jentera bagi membantu kempen semasa pilihanraya kali ini dimana Lawas dan Limbang merupakan lokasi pilihan bagi BN bahagian Beaufort membantu menjalankan kempen semasa pilihanraya kali ini” katanya.

Sambil menaruh keyakinan BN Sarawak akan dapat mengekalkan kemenangan pada pilihanraya kali ini, beliau berharap rakyat Sarawak lebih bijak memikirkan parti mana yang perlu mereka letakkan bagi mewakili mereka.

“ Dalam soal ini BN telahpun melaksanakan peranan yang terbesar dalam memacu proses pembangunan berterusan di Sarawak, tidak ada sebab bagi rakyat Sarawak terpujuk dengan dakyah pembangkang yang hanya datang secara bermusim” jelas Lajim

PERBELANJAAN YANG DIKELUARKAN UNTUK PENDIDIKAN BUKAN PEMBAZIRAN KATA LAJIM




LANCAR…Lajim menekan punat komputer sebagai simbol pelancaran program tersebut

BEAUFORT: Pendidikan merupakan prasyarat untuk mencapai kemajuan justeru perbelanjaan yang dikeluarkan untuk tujuan pendidikan bukanlah satu pembaziran, sebaliknya satu bentuk pelaburan jangka panjang kata Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin

Sehubungan dengan itu katanya, Ibubapa perlu menghindari sikap terlalu berkira dalam soal memajukan pendidikan anak-anak demi menjamin masa depan mereka

Beliau berkata, dalam soal memajukan pendidikan anak-anak ibu bapa perlu bersedia berkorban dengan mengetepikan perkara-perkara tidak perlu yang melibatkan kewangan

“Kita kena ingat bahawa proses pembelajaran di sekolah bukan hanya terhad apa yang disediakan dan disampaikan oleh guru guru semata mata namun proses tersebut perlu dibantu dengan pelbagai kaedah dan pendekatan lain sebagai bahan bantu bagi memantapkan kefahaman pelajar agar lebih cemerlang” katanya

Beliau yang juga Ahli Parlimen Beaufort berkata demikin ketika berucap merasmikan Pelancaran Revolusi Pendidikan 2011 “Score A Program” di dewan Perpustakaan Cawangan Beaufort dekat sini baru baru ini.

Hadir sama pengasas program Rasidah Sagap dan Setiausaha Politik Kementerian Pembangunan Insfrastruktur Isnin Haji Aliasnih dan Pegawai Unit pembangunan kemanusiaan pejabat Pendidikan Daerah Beaufort Mohd.Jali Nordin

Dakan perkembangan yang sama Lajim juga turut menasihatkan pelajar agar menguasai dan mendalami pengetahuan dalam bidang teknologi komunikasi dan maklumat (ICT) untuk meningkatkan pencapaian akademik mereka.

Katanya menerusi penguasaan dalam bidang ICT, ia memudahkan pelajar membuat rujukan dan latihan secara berkesan

“Dalam dunia global sekarang pelajar tidak dapat lari daripada ICT, dunia siber dan internet adalah satu kemestian untuk mencapai kejayaan dalam apa bidang sekali pun, justeru ibu bapa perlu memainkan peranan proaktif mendedahkan anak-anak mereka dengan dunia ICT seawal mungkin menerusi penggunaan computer” katanya

Bagaimanapun Lajim turut menegaskan ibubapa perlu juga memantau anak-anak mereka ketika melayari alam siber atau internit agar tidak menyalahgunakan kemudahan tersebut untuk perkara perkara lain yang boleh menjejaskan tumpuan mereka kepada pembelajaran

BELIA DIGALAK IKUTI KURSUS KEMAHIRAN



TAHNIAH…Lajim ketika menyampaikan surat tawaran kepada salah seorang belia untuk mengikuti kursu kemahiran yang disediakan oleh KoleJ Yayasan Sabah


KUALA PENYU : Golongan belia di negara ini perlu melengkapkan diri dengan bidang kemahiran tertentu bagi memenuhi keperluan industri yang semakin meningkat, sekali gus merealisasikan hasrat kerajaan ke arah Model Ekonomi Baru (MEB)

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin berkata, berkata kerajaan mengenal pasti banyak bidang yang masih kekurangan tenaga kerja mahir dalam mengisi keperluan Negara untuk menjadi Negara maju menjelang tahun 2020
Menurut Lajim MEB bertujuan menambah pendapatan rakyat Malaysia dan untuk menjadi negara maju, kita mesti mempunyai pendapatan lebih tinggi. Sebab itu kita perlu ada kemahiran dan latihan, belajar ke peringkat lebih tinggi bagi membolehkan seseorang itu bekerja dalam jawatan menjanjikan gaji tinggi.
“ Kerajaan melalui pelbagai jabatan dan agensinya yang berkaitan telah menyediakan pelabagi kursus kemahiran jangkan pendek dan panjang sebagai tempat mengeluarkan pelajar pelbagai bidang kemahiran berperanan besar membantu memajukan Negara” katanya ketika berucap menutup Program Taklimat dan Pendaftaran Terbuka Kolej Yayasan Sabah di dewan masyarakat kampong Kerukan dekat sini baru baru ini.
Hadir sama Ahli Lembaga Pengarah Kolej Yaysan Sabah Sdn Bhd Dauk Haji Light Haji Nanis
Sehubungan dengan itu Lajim yang juga Ahli Parlimen Beaufort mengajak golongan belia khususnya pelajar yang kurang cemerlang dalam peperiksaan SPM agar memilih beberapa kursus kemahiran yang ditawarkan oleh pelbagai jabatan dan agensi kerajaan untuk menimba ilmu pengetuhan dalam pelbagai bidang kursus kemahiran yang disediakan.
Katanya mereka perlu membuang perpapsi bahawa bidang kemahiran tidak menjanjikan peluang masa depan yang cerah dalam bidang kerjaya yang mereka pilih ,sebaliknya bidang kemahiran merupakan satu bidang yang boleh membantu belia memperolehi pekerjaan selaras dengan hasrat Negara untuk menjadi sebuah Negara maju menjelang tahun 2020
“ Apa bila kita menjadi Negara maju keperluan tenaga mahir amat diperlukan tanpa bergantung kepada tenaga mahir dari luar, justeru bagi memanuhi hasrat tersebut kerajaan berusaha untuk menyediakan tenaga mahir melalui pendidikan yang ditawarkan oleh beberapa jabatan dan agensi kerajaan” katanya
Tambah Lajim, pelatih-pelatih yang menyertai kursus kemahiran seperti di Pusat Giat MARA ,kolek komuniti,Yayasan Sabah dan lain lain mampu pergi lebih jauh dengan kemahiran yang mereka perolehi.

Sunday, April 10, 2011

950 unit Komputer 1 Malaysia diagih di Kuala Penyu






BANGGA…Lajim bersama isteri Datin Seri Hajah Normilah Siong menunjukkan isyarat 1 Malaysia bersama sebahagian dari para pelajar yang menerima sumbangan Komputer di majlis tersebut


KUALA PENYU :Sebanyak 950 komputer riba 1Malaysia diagihkan kepada pelajar luar Bandar dari empat buah sekolah menangah itu SMK Menumbok, SMK kayul, SMK Kuala Penyu dan SMK St Peter Bundu dalam kawasan Parlimen Beaufort dalam usaha membantu masyaraka khususnya golongan pelajar di kawasan itu supaya celik teknologi maklumat (IT).

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin ketika menyerahkan komputer riba tersebut berkata, computer itu disumbangkan oleh Suruhanjaya Komunikasi Multimedia (SKMM) dan merupakan sebahagian daripada 1.2 juta komputer di bawah Inisiatif Jalur Lebar Kebangsaan (NBI) yang diagihkan kepada pelajar luar bandar.

"Mereka yang layak menerima komputr riba ini terdiri daripada keluarga berpendapatan RM3,000 ke bawah dan anak-anak mereka yang cemerlang dalam pelajaran," katanya.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Penyerahan Komputer Riba 1Malaysia kepada pelajar-pelajar sekolah menengah peringkat Parlimen Beaufort di Dewan Masyarakat Dato Shah Bandar Makang Kuala Penyu pagi kemarin

Hadir sama, wakil rakyat Kuala Penyu John Teo Mau Sing Pengarah SKMM Sabah dan Wp Labuan Buhkari Yahya dan Timbalan Ketua Umno bahagian Beaufort Isnin Haji Aliasnih
Tambahnya, tujuan utama pemberian itu dilakukan supaya tiada lagi jurang digital antara pelajar luar bandar dengan pelajar di bandar.

"Kita mahu semua pelajar berdaya saing dan melahirkan ramai modal insan yang berkualiti pada masa hadapan," katanya.

Menurut beliau pemberian komputer tersebut membuktikan kerajaan BN komited bagi melahirkan generasi muda agar celik IT disamping ianya turut menjadi eleman untuk menjana kecermalangan pendidikan di Negara ini dan ini tambahnya ianya selaras dengan gagasan 1 Malaysia “ Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan”

”Usaha ini dilakukan bagi membolehkan rakyat di kawasan luar bandar dapat menikmati dan mengambil faedah kemudahan ICT seperti mereka yang berada di bandar sebagai pemangkin untuk meningkatkan kualiti hidup rakyat”katanya

Tambah Lajim usaha ini juga selari dengan Misi Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK10) yang dibentangkan oleh Perdana Menteri baru baru iaitu menunju ke arah pembangunan sisoekonomi secara inklusif dan mewujudkan persekitaran ke arah meningkatkan kualiti hidup akyat didahulukan Pencapaian Diutamakan

Dalam pada itu beliau juga menasihati para pelajar supaya tidak menyalahgunakan komputer riba tersebut sebaliknya dimanfaatkan untuk mendapat maklumat yang betul.
"Saya berharap ibu-bapa dapat memantau aktiviti anak mereka dalam menggunakan komputer terbabit. Janganlah menggunakanya untuk tujuan yang tidak elok," tegasnya

Friday, April 1, 2011

MASA UNTUK MELAKSANAKAN APA YANG DIBINCANG







KERJASAMA ERAT….Lajim bersama isteri Datin Normilah Siong disambut mesra oleh para pemimpin parti kompenan BN sejurus tiba untuk merasmikan konvensyen tersebut

KONVENSYEN Barisan Nasional (BN) kawasan Parlimen Beaufort yang julung kalinya pernah diadakan baru baru ini di dewan Masyarakat Pa Musa Beaufort menyaksikan kesemua 7 komponen parti yang mewakili Umno,PBS,UPKO,GERAKAN, LDP MCA dan PBRS dengan kehadiran lebih 1,000 ahli bersama pemimpin bahagian masing-masing berpeluang memberikan input serta kaedah bagi mengukuhkan BN khususnya di kawasan tersebut.

Konvensyen yang diadakan ini menjadi wadah bagi kesemua parti komponen yang terdiri daripada pelbagai kaum berkumpul untuk berbincang dan ini sesuai dalam keadaan parti menghadapi PRU ke-13 bakal menjelma, yang boleh meletakkan setiap parti komponen menetapkan satu tekad dengan memupuk kepercayaan, permuafakatan, kerja keras dan usaha bersungguh-sungguh bagi mempastikan Parlimen Beaufort kekal menjadi kubu kuat BN selain menjadi penyumbang bagi mempertahankan gelaran Sabah sebagai “Simpanan Tetap BN”.

Seperti kata Pengerusi Penyelaras BN Parlimen Beaufort Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin dalam amanatnya sempena konvensyen tersebut berkata bagi mempastikan BN terus menerajui kepemimpinan negara dan negeri-negeri, setiap parti komponen perlu diperkukuhkan.

Katanya, kunci atau syarat utama untuk menjadi kuat dan kukuh adalah bersatu hati, bertolak ansur dan saling percaya mempercayai bagi melengkapkan perjuangan ke arah kesejahteraan rakyat.

“ Inilah juga masa yang perlu digunakan sepenuhnya untuk mengukuhkan barisan saf dalam setiap parti komponen yang teguh berdiri di belakang kepimpinan BN Pusat dan Negeri” katanya.

Justeru itu katanya, antara nilai paling penting yang selama ini telah berjaya mengukuhkan BN seperti kebijaksanaan, keikhlasan dan kemampuan pemimpin parti komponen mengemudi nakhoda rakyat perlu diteruskan.

“ Pemimpin dan anggota parti BN perlu memahami bahawa perjuangan BN adalah untuk rakyat keseluruhan, bukan untuk sekumpulan tertentu. Jika ini dapat difahami dan dipraktikkan dengan penuh amanah, dan ikhlas, maka kita tidak nampak sebarang masalah besar mempastikan BN akan mencipta kejayaan cemerlang termasuk merampas semula kerusi yang dikuasai oleh parti pembangkang di beberapa negeri di Semanajung dan Sarawak” jelas Lajim

Harapan Lajim yang juga Ahli Perliman Beaufort ini turut disokong dengan beberapa saranan yang dibuat oleh wakil-wakil parti kompenan yang berucap di konvensyen tersebut sebagaimana yang disentuh oleh Timbalan Ketua Umno bahagian Beaufort Isnin Haji Aliasnih yang mewakili Umno yang mahu setiap pemimpin parti komponen bangkit untuk memulihkan dan melaksanakan pelan tranformasi ke arah mencapai kemenangan yang diidam-idamkan.

Katanya, pemimpin dan parti perlu kembali kepada rakyat dan buktikan slogan Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan sejajar dengan pelaksanaan gagasan 1Malaysia dan dalam kontek ini katanya perkhidmatan yang dilakukan oleh setiap pemimpin parti tidak hanya tertumpu kepada satu pihak sahaja dalam perkhidmatannya perlu menyeluruh demi untuk kepentingan semua kaum


Tidak terkecuali turut dibincangkan ialah soal Gagasan 1 Malaysia sebagai mana yang disentuh oleh wakil dari PBS Sebastian Dirih Anjim yang bercakap soal Konsep 1 Malaysia yang mahukan agar hubungan baik semangat setia kawan rakyat Sabah yang menjadi Ikon 1 Malaysia perlu dipertahankan dan disuburkan dimana menurut beliau kekuatan parti amat bergantung kepada kesepaduan rakyat pelbagai kaum di negeri ini yang sentiasa memberikan sokongan padu kepada BN

Kenyataan ini pula disokong wakil dari UPKO Drs.Monih Apin yang bercakap soal Perpaduan Dalam BN yang menyarankan agar kerjasama dalam kepimpinan BN bahagian perlu dipereratkan dan ini boleh dilakukan dengan kekerapan mengadakan aktiviti secara bersama bagi mengwujudakan semangat kerjasama dan hubungan harmoni.


Semua cadangan yang dikemukakan dalam Konvensyen ini menjurus kepada usaha untuk memperkasakan BN sebagai parti yang menjadi teras untuk mengemudi pemerintahan Negara agar segala pembangunan ,keamanan dan kesejahteraan rakyat dapat dipertahankan dan diteruskan terutamanya ketika Negara di landasan untuk mencapai Wawasan 2020

Dengan hanya berbaki 9 tahun bagi mencapai status tersebut ianya memerlukan komitmen dari semua pihak agar pencapaianya lebih menyeluruh dan seimbang termasuklah dalam mempertingkatkan taraf siso ekonomi rakyat selaras dengan Program Transformasi Kerajaan (GTP) dan Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10)

Sehubungan dengan itu Wakil Dari MCA Datuk Vincent Yong mahukan kerajaan dapat melakukan tindakan yang lebih proaktif terutamanya dalam menyediakan kemudahan asas infrastruktur di kawasan luar Bandar dapat di percepatkanya dan ianya perlu mendapat sokongan serta kerjasama dari penjawat awam agar sistem penyampaian lebih cepat dan efisin bagi memenuhi kehendak rakyat . Turut ditekankan ialah usaha usaha kerajaan melonjakkan ekonomi rakyat diluar Bandar melalui pengwujudan industri bagi membolehkan peluang pekerjaan dapat diwujudkan .

Turut menarik perhatian ialah Peranan Pemuda dan Wanita dalam memperkasakan parti dimana menurut pembahas yang mewakili Pemuda Mohd.Ishak Haji Ibrahim pemuda perlu diperkasakan dengan nilai serta jatidiri kepimpinan yang telus dan sedia berjuang sesuai dengan kedudukan pemuda sebagai pemimpin pelapis, begitu juga peranan Wanita yang dibawa oleh wakilnya Hajah Fatimah Ibrahim yang mahu peranan kaum hawa diiktiraf dalam usaha membantu merealisasikan tranformasi politik dan pembangunan Negara.

Apa yang diharapkan hasil dari resolusi Konvensyen ini setiap parti komponen perlu membuktikan bahawa ianya tidak sekadar di atas kertas, sebaliknya perlu diterjemahkan ke dalam bentuk realiti memantapkan kekuatan parti sekali gus kesungguhan untuk membawa perubahan besar bagi meningaktan taraf siso ekonomi rakyat termasuklah penyediaan kemudahan insfrastruktur yang sempurna dalam satu langkah, satu derap dan satu matlamat ke arah mencipta kejayaan dan keadilan sebenar rakyat Malaysia.