Wednesday, September 30, 2009

PEMILIHAN TAN SRI MOHD ISA ABDUL SAMAD SEBAGAI CALON BN BAGAN PINANG TEPAT


Datuk Seri Panglima Haji Lajim Ukin ...DUN Bagan Pinang akan dipestikan akan kekal menjadi milik BN pada pilihanraya kecil kali ini

KOTA KINABALU: Keputusan Barisan Nasional meletakkan bekas Menteri Besar Negeri Sembilan Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad sebagai calon Barisan Nasional pada pilihanraya kecil Bagan Pinang pada 11 Oktober ini adalah tepat dan diyakini Barisan Nasional akan memperolehi kemenangan cemerlang pada pilihanraya kecil tersebut

Ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin (gambar ) berkata, pemilihan Mohd. Isa dilihat sebagai calon pilihan yang begitu sesuai bagi menghadapi parti lawan pada pilihanraya kecil tersebut berdasarkan kepada ketokohan serta pengalaman yang sediaada pada pemimpin tersebut.

" Selain faktor ketokohan serta pengalaman faktor utama ialah penerimaan rakyat di peringkat akar umbi dimana sokongan yang diberikan memberikan gambaran calon yang telah diputuskan ini menerima sokongan dan maklum balas yang positif dari rakyat" katanya ketika ditemui di Lapangan Terbang Antara Bangsa Kota Kinabalu sebelum beliau berlepas ke Ibu Negara pagi kemarin.

Lajim yang juga Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan berkata demikian ketika diminta mengulas keputusan BN meletakkan Mohd.Isa yang juga Ketua Bahagian Umno Teluk Kemang sebagai calon BN pada pilihanraya kecil kali ini.

Kerusi DUN Bagan Pinang yang dimenangi BN dengan majoriti 2,333 undi pada pilihan raya umum lepas, menjadi kosong berikutan kematian penyandangnya Azman Mohammad Noor pada 4 Sept lepas.

Menurut Lajim pilihanraya kecil Bagan Pinang kali ini begitu amat penting bagi BN dan Umno bukan sahaja berusaha mengekalkan kerusi kawasan tersebut kekal menjadi kubu BN namun dalam masa yang sama BN perlu berusaha meningkatkan mejoritinya bagi membuktikan rakyat masih memberikan sokongan padu kepada kerajaan BN.

" Kita akan pestikan bukan sahaja menang pada pilihanraya kecil kali ini, namun dari segi mejoriti undi kita akan pestikan ianya melebihi dari mejoriti pada pilihanraya umum yang lepas " tambah Lajim

Lajim menambah beliau sendiri bersama kepimpinan Umno bahagian Beaufort akan turun padang bagi membantu jentera kempen di Bagan Pinang pada pilihanraya kecil kali ini.

"Kita akan turun padang membantu jentera kempen dan perluberhati-hati dalam setiap kempen bagi menangkis pelbagai isu yang bakal dibangkitkan oleh parti lawan " katanya Oleh:Jaafar Abdul Wahid

No comments:

Post a Comment