Saturday, December 12, 2009

WUJUDKAN MAJLIS PELANCONGAN DAERAH UNTUK RANCAK INDUSTRI PELANCONGAN






WARNA WARNI ..Datuk Seri Musa Haji Aman diiiringi oleh Lajim Aizah dan Mohd.Sidek diberikan sambutan yang penuh warna warni oleh masyarakat daerah Beaufort sejurus tiba ke majlis tersebut

BEAUFORT : Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin mencadangkan agar Majlis Pelancongan daerah dapat diwujudkan dengan melantik jururunding berpengalaman dalam usahanya melonjakkan industri pelancongan ke peringkat antarabangsa.

Beliau berkata, majlis tersebut akan dianggotai wakil-wakil agensi kerajaan dan syarikat swasta yang terlibat dalam industri pelancongan di peringkat daerah dan negeri

Katanya, tugas pertama majlis tersebut menyediakan Pelan Strategik Pelancongan daerah yang bakal menjadi panduan dan hala tuju industri pelancongan.

‘‘Kerjasama antara agensi kerajaan dan swasta penting kerana pelancongan bukan tanggungjawab kerajaan sahaja tetapi ia satu perniagaan melibatkan syarikat swasta dan kerajaan cuma membantu,” katanya. katanya ketika ditemui selepas menghadiri majlis Perasmian Fastivel Bagandang dan Expo Perdagangan di sini

Majlis perasmiannya disempurnakan oleh Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Haji Aman dan Turut dihadiri oleh Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Hajah Azizah Mohd.Dun,Wakil Rakyat Lumadan Kamarlin Haji Ombi,Wakil Rakyat Kuala Penyu John Teo Mau Sing dan Pegawai Daerah Beaufort Mohd.Sidek Haji Jubar

Menurut beliau, bagi mencapai hasrat memajukan industri pelancongan, rakyat juga perlu diberi penerangan supaya mereka turut memainkan peranan.

Dalam perkembangan lain Lajim yang juga Ahli Parlimen Beaufort berkata, Festivel Bagandang dan Expo Perdagangan yang dianjurkan di daerah ini tepat pada masanya dalam merancakkan industri pelancongan di daerah ini dimana ia juga mampu menarik pengunjung dari dalam dan luar negara untuk melawat ke kawasan ini.

Katanya, penganjuran fastivel bagandang dan expo perdagangan dilihat sebagai pelengkap bagi produk pelancongan di kawasan yang kaya dengan pelbagai kebudayaan masyarakat setempat termasuklah beberapa kawasan untuk di lawati dimana penganjuran ini adalah selaras hasrat kerajaan negeri mempelbagaikan produk pelancongan supaya ia boleh menarik lebih ramai pelancong

Beliau memberitahu, fastivel ini adalah lanjutan dari program pesta kulintangan dan temu besar yang pernah di adakan sebelum ini turut merancakan industri pelancungan dimana kawasan berkenaan mempunyai potensi memandangkan kawasan itu sudah dikenali ramai.

Ujar beliau, banyak eleman boleh diketengahkan dalam mempromosikan kawasan ini sebagai pelancongan komersial

Antaranya, mempromosi keunikan kelip-kelip dan spesis "Monyet Bangkatan" yang terdapat di daerah berkenaan,aktiviti repting di sungai padas melihat tinggalan sejarah malah keindahan panorama di kawasan sekitar.

“ Fastivel ini hanya sebagai landasan yang penting rakyat perlu merebut peluang dengan memperlbagai prodak pelancongan dari sudut budayanya, makanan ,kraftangan dan sebagainya yang jika diolah dengan lebih kreatif dan berkualiti sudah tentu menjadi daya tarikan kepada pelancong melawat ke daerah ini” katanya

“ Secara tidak langsung, ia membolehkan peluang pekerjaan dapat diwujudkan selain menambah pendapatan masyarakat setempat," tambah Lajim

No comments:

Post a Comment