Thursday, February 11, 2010

SATU LAGI PROJEK PPR GAGAL DILAKSANAKAN IKUT JADUAL






TURUN PADANG...Lajim diiringi oleh pegawai pegawai kanan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan semasa melakukan lawatan mengejut ke PPR Keningau baru baru ini



LAWATAN KERJA....Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin baru-baru ini mengadakan lawatan kerja resmi selama 2 hari ke daerah Keningau sempat melakukan lawatan mengejut bagi meninjau tahap kemajuan Projek Perumahan Rakyat (PPR) Keningau terletak di Jalan Melalap Keningau, Projek PPR Keningau yang mula dilaksanakan pada 29 Disember 2006 sepatutnya mengikut jadual siap pada penghunung tahun 2008 merupakan antara projek PPR yang lewat disiapkan mengikut jadual dimana pihak kontraktor telah memohon lanjutan untuk menyaipkan projek ini sehingga bulan April tahun ini. Projek PPR Keningau tediri dari tujuh blok rumah pangsa 2 tingat yang mengandungi 300 unit ,4 unit kedai,1 kelas tadika ,balairaya dan surau.

Lajim yang juga Ahli Parlimen Beaufort ketika ditemui semasa lawatan ini berharap kontraktor yang diberikan kepercayaan melaksanakan projek ini dapat menyiapkan segara projek ini mengikut tempoh lanjutan yang telahpun dikeluarkan oleh Kementerian beliau.Sementara itu kontraktor yang terlibat dalam perlaksanaan projek ini berkata antara faktor yang menyebabkan projek ini gagal disiapkan mengikut jadual kurangnya bekalan bahan mentah seperti simen,batu dan pasir disamping masalah tenaga kerja dimana beliau memberikan jaminan kepada Lajim masalah ini akan diatasi segara bagi membolehkan projek ini boleh disiapkan mengikut jadual

No comments:

Post a Comment