Thursday, July 8, 2010

PUSAT KHIDAMAT PERLIMEN BEAUFORT BANTU MANGSA ANGIN RIBUT




TURUN PADANG…Pegawai khas Ahli Parlimen Beaufort Jawarin Nasar yang diiringi oleh Yang Dipertua (PBTM) Bahagian Sabah Abd.Sanon Haji Sapri ketika meninjau ke tempat kejadian di Taman Wawasan Beaufort

BEAUFORT: Pusat Khidmat Parlimen Beaufort akan berusaha membantu mangsa-mangsa angin ribut yang sebahagian besarnya telah memusnahkan atap bumbung rumah mereka yang terlibat dalam kejadian anging kencang pada petang rabu lepas

Pegawai khas kepada Ahli Parlimen Beaufort Jawarin Nasar yang mewakili Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang juga Ahli Parlimen Beaufort Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin ketika ditemui semasa meninjau kawasan kejadian di Taman Wawasan dekat sini ,berkata, beliau telahpun memaklumkan perkara ini kepada Lajim yang kini berada di Kuala Lumpur bagi menghadiri persidangan Parlimen.

“ Kita akan senaraikan dan kenal pesti mangsa yang terlibat , dan bantuan sewajarnya dari Pusat Khidmat Parlimen Beaufort akan kita usahakan disamping kita juga akan memaklumkan kepada Jabatan Perkhidmatan Kebajikan agar bantuan juga dapat disalurkan kepada mereka” katanya ketika ditemui di sini pada petang rabu lepas.

Dalam kejadian pada petang rabu lepas sebanyak 16 buah rumah mengalami kerosakan teruk dalam kejadian angin kencang yang berlaku pada jam 3.40 petang

Sebanyak lapan buah rumah penduduk kampung Bukit Bendera terlibat dalam kejadian tersebut yang kebanyakannya mengalami kerosakan di bahagian bumbung dan atap rumah yang di terbangkan angin.

Menurut Pengerusi jawatankuasa kemajuan dan Keselamatan Kampung Bukit Bendera Rahman Karmo kejadian berlaku sekitar jam 3.40 ptang dan berakhir 30 minit kemudian yang disertai dengan hujan kuat serta petir.

Katanya, kebanyakan penduduk mengalami kerugian apabila sebahagian dari peralatan di rumah mereka seperti peralatan elektrik set TV sofa, dan sebagainya terkena air hujan bagaimanapun beliau turut bersyukur kerana tiada kemalangan jiwa berlaku semasa kejadian ini

Pada masa yang sama juga sebanyak 8 buah rumah Taman Wawasan turut mengalami kerosakan yang sama apabil bumbung dan atap rumah diterbangkan angin.

Menurut Jawarin yang mengambil masa hampir dua jam bagi meninjau sendiri ke tapak kejadian di Taman Wawasan apabila data data mangsa diterima bantuan sewajarnya akan diberikan kepada mereka yang terlibat melalui tabung kebajikan Pusat Khidmat Parlimen.

“ Saya berharap pemimpim masyarakat seperti Pengerusi JKKK dan Ketua Kampong juga turut melaporkan sekiranya kejadian ini berlaku di lain lain tempat di kawasan Parlimen Beaufort agar segala bentuk bantuan boleh diberikan kepada mangsa yang terlibat” tambah Jawarin.

No comments:

Post a Comment