Tuesday, September 21, 2010

TARIKH 16 SEPETMBER SIGNIFIKAN UNTUK RAKYAT SABAH







Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin bersama isteri Datin Seri Hajah Normilah Siong ketika menyampaikan duit raya kepada anak-anak yatim di majlis rumah terbuka mereka di kampung Kaundo Kebatu baru baru ini.

BEAUFORT: Sambutan Hari Malaysia pada khamis ini begitu signifikan kepada rakyat Sabah, kata Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin.

Beliau berkata ini kerana tarikh itulah rakyat negeri ini mencapai kemerdekaan melalui pembentukan Malaysia.

Sehubungan dengan itu Lajim yang juga Ahli Parlimen Beaufort menyeru masyarakat di Sabah, supaya sama sama menyembut Hari Malaysia yang julung kali diadakan di Padang Merdeka Kota Kinabalu sebagai memperingati sejarah dan pengorbanan pemimpin lampau yang menjayakan pembentukan Malaysia.

“ Inilah masa kita melihat erti kemerdekaan terutama perubahan dari segi pembangunan yang dilaksanakan di Negara ini khususnya di Sabah”

“ Jelas sekali Sabah kini sudah semakin maju berbanding masa sebelum pembentukan Malaysia “ katanya ketika ditemui di Majlis Rumah Terbuka sempana Hari raya Aidilfitri di kediaman beliau di kampung Kaundo Kebatu dekat sini kemarin.

Ketua Menteri Datuk Seri Musa Haji Aman bersama Isteri Datin Faridah Tusin, Timbalan pengerusi Badan Perhubungan Umno Sabah Datuk Salleh Tun Said, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Sukarti Wakimin serta pemimpin –pemimpin Barisan Nasional di kawasan Parlimen Beaufort dan lebih dari hampir 7,000 orang rakyat terdiri dari pelbagai lapisan masyarakat g hadir ke majlis ini.

Lajim yang juga Ahli Majlis Tertinggi Umno berkata, sambutan Hari Malaysia pada 16 September ini boleh dijadikan landasan untuk rakyat pelbagai kaum di Negara ini memahami sejarah pembentukan Malaysia.

“ Kita tidak mahu ada kekeliruan di kalangan rakyat di Negara ini mengenai tarikh kemerdekaan .Kini kita menyembut Hari Merdeka dan juga Hari Malaysia dan kedua-dua sambutan ini mempunyai latar belakang sejarah tersendiri yang harus difahami dan dihayati”

“ Kita harap dengan pengiktirafan yang diberikan oleh kerajaan khususnya Hari Malaysia tiada lagi pihak yang cuba memutarbalitkan tarikh itu untuk tujuan tertentu” tegas Lajim

Mengenai sambutan Hari Raya Aidil Fitri Lajim berkata, amalan kunjung mengunjungi semasa musim perayaan sudah menjadi budaya rakyat Sabah ,sekali gus membantu memperkukuhkan perpaduan kaum di negeri ini.

“ Ia samat sesuai dan selaras dengan Wawasan Perdana Menteri kita (Datuk Seri Mohd.Najib Tun Abbdul Razak ) yang mahu rakyat pelbagai kaum di Negara ini sentiasa bersatu padu melalui konsep 1 Malaysia yang menekankan perpaduan nasional” katanya

No comments:

Post a Comment