Friday, October 8, 2010

JBPM SELAMATKAN HARTA BENDA BERNILAI LEBIH DARI RM1b





KEMPEN…Lajim sambil diperhatikan oleh pengarah JBPM Labuan menyerahkan alat pemadam api kepada Ahli Parlimen Labuan Yusuf Mahal sempana majlis tersebut

LABUAN:Jabatan Bomba dan Penyalamat Malaysia(JBPM) berjaya menyelamatkan harta benda di seluruh negara bernilai RM1.056 bilion sepanjang 2009.
Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan ,Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin,berkata dalam tempoh yang sama jabatan itu juga merekodkan sebanyak 56,643 panggilan kecemasan di seluruh negara manakala bilangan kematian yang dicatatkan untuk tempoh yang sama ialah seramai 76 orang.
Beliau menambah sehingga Ogos tahun ini JBPM berjaya menyelamatkan harta benda bernilai RM59,154 juta melibatkan panggilan kecemasan sebanyak 4,440 panggilan dan jumlah kehialngan nyawa untuk tempoh yang sama berjumlah 6 orang.
Selain itu menurut beliau sejak tahun 2009 JBPM juga mencatatkan seramai 58 orang mengalami kecederaan akibat daripada kebakaran.
“ Jumlah yang dicatatkan ini merupakan satu jumlah yang agak besar yang membawa kerugian kepada negara dan rakyat dan menyedari hakikat ini pihak Kementerian akan terus memberikan sokongan kepada JBPM dalam usahanya memberikan kesedaran kepada masyarakat mengenai rasiko dan bahaya kebakaran termasuk mengkaji semula kaedah pelaksanaan kempen yang dijalankan selama ini” katanya
Beliau yang juga Ahli Parlimen Beaufort berkata demikian ketika berucap ada Majlis Bomba bersama masyarakat dan sambutan Hari Raya Aidilfitri bersama anggota bomba dan pengundi dari kawasan Parlimen Beaufort di dewan SK Chai Wen di sini malam kemarin.
Hadir sama Ahli Parlimen Labuan Datuk Yusuf Mahal,Pengarah JBPM Labuan Norizan Haji Sulaiman,Pengerusi Majlis Penasihat Perbadanan Labuan Datuk Yunus Haji Kurus,Timbalan Ketua Umno Bahagian Beaufort Isnin Haji Aliasnih dan isteri Lajim Datin Seri Hajah Normilah Siong.
Lajim menambah kementerian beliau juga telah menyalurkan peruntukan yang agak besar sebagai usaha memberikan kesedaran mengenai kebakaran kepada orang ramai,dokumentasi dan penerbitan termasuklah menggalakkan masyarakat setempat menumbuhkan Unit Bomba Sukarela di kawasan masing-masing.
Dalam perkembangan yang sama Ahli majlis Tertinggi Umno ini berkata, kementerian beliau juga telah memperuntukan sebanyak RM63,000 kepada JBPM Labuan bagi keperluan membeli peralatan dan bahan kempen disamping menganjurkan beberapa aktiviti yang berkaitan dengan bahaya kebakaran dan kebombaan.
Terdahulu dari itu Lajim turut menyampaikan peralatan kempen pencegahan kebakaran kepada ketua-ketua kampung dan ketua jabatan kerajaan disamping beliau bersama isteri dan ahli jawatankuasa Umno bahagian Beaufort turut beramah mesra dengan masyarakat khususnya pengundi beliau dari kawasan Parlimen Beaufort yang bertugas di Pulau Bebas cukai itu.

No comments:

Post a Comment