Thursday, December 16, 2010

LEBIH 16 JUTA DIPERUNTUKAN OLEH KERAJAAN UNTUK PELBAGAI PROJEK PEMBANGUNAN DI DUN KUALA PENYU







SEMANGAT 1 MALAYSIA…Lajim bersama pemimpin dan masyarakat tempatan menunjukan simbol 1 Malaysia semasa mengadakan tinjauan mesra di Daerah kecil Menumbok


KUALA PENYU: Sejumlah RM 16,470.700.00 telah diperuntukan oleh kerajaan Persekutuan ke daerah ini termasuklah daerah kecil Menumbok pada tahun lepas, bagi melaksanakan pelbagai projek pembangunan untuk dinikmati oleh rakyat di kawasan ini.

Ahli Parlimennya Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin berkata, dari jumlah tersebut perlaksanaan projek pembinaan jalanraya ke beberapa buah kampung (PJK) bantuan rumah dibawah program Bantuan Rumah Rakyat (BPR) serta program program pembasian kemiskinan termasuk bantuan kepade keluarga kurang berkemampuan mendinomasi sejumlah besar peruntukan yang disediakan khusus untuk meningkatkan taraf siso ekonomi rakyat di kawasan ini

Katanya, hampir ke semua kampung di daerah itu kini boleh dihubungi dengan perhubungan jalanraya yang lebih baik dan selesa semantara bakinya lebih kurang dalam 10% akan dilaksanakan dalam Rancangan Malaysia Ke 10 (RMK-10) secara berperingkat-peringkat

“ Kebanyakan jalan-jalan utama di daerah ini dibawah kawalan Jabatan Kerja Raya (JKR) telahpun dinaik taraf dan siap dilaksanakan antaranya, jalan Melikai ,Tanjung Aru Mansud dengan kos RM32.2 juta, jalan Rumah Kerajaan Kebunau dengan Kos RM 1.3 juta dan Kiambor,Sabang dan Mansud dengan kos RM 24 juta juga pembinaan jambatan Sungai Si Tompok yang menelan kos RM 60.00 juta kin dalam proses pembinaan “ katanya ketika ditemui media selepas mengadakan tinjauan mesra terhadap projek projek pembangunan yang telah dan akan dilaksanakan di daerah ini pagi kemarin.

Di majlis tersebut Lajim yang juga Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan selain mengadakan tinjaun mesra juga turut mendengar taklimat pembangunan di Pejabat Daerah Kuala Penyu dan Pejabat Daerah Kecil Menumbok yang turut dihadiri bersama oleh Wakil Rakyat Kuala Penyu John Teo Mau Sing,Pegawai Daerah Kuala Penyu Edmond Teo serta pemimpin masyarakat tempatan dan ketua ketua Jabatan kerajaan Negeri dan Persekutuan.

Menurut Lajim yang juga Ahli Mahlis Tertinggi Umno ,selain dari projek pembangunan insfrastruktur perhubungan jalanraya dan jambatan projek projek lain seperti pembinaan masjid, kompleks Kastam di Menumbok ,Balai Polis Menumbok dan Pejabat Daerah Kecil Menumbok yang baru telah siap dilaksanakan dan kini dgunakan sepenuhnya

Tambah Lajim program program pembasian kemiskinan termasuk perlaksanaan projek di bawah Projek Bantuan Rumah (BPR) turut dilaksanakan dimana untuk tahun ini sejumlah 100 buah rumah dibawah program ini telah dilaksanakan bagi 100 orang keluarga yang kurang berkemampuan memperolehi rumah yang lebih selesa.

“ Saya amat berpuas hati dengan perlaksanaan projek projek pembangunan di kawasan ini, bagaimanapun ianya bukanlah titik noktah bagi pemimpin dan kerajaan untuk terus melaksanakan anjakan untuk i terus merubah landskap pembangunan di kawasan ini” tambah Lajim

Menurut Lajim .walaupun jelas kelihatan perubahan pembangunan di kawasan ini, namun keperluan rakyat selari dengan slogan “ Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan akan terus menjadi garis landasann untuk melaksanakan pelbagai lagi projek pembangunan yang diperlukan oleh rakyat di kawasan ini selaras dengan perkembangan semasa yang sentiasa menutut aspirasi serta keperluan rakyat.

“ Kita melihat isu bekalan air yang tidak mencukupi khususnya di daerah kecil Menumbok juga isu kekarapan gangguan bekalan eleketrik yang masih dialami oleh rakyat di kawasan ini yang perlu kita tangani dan usaha untuk memohon peruntukan dari kerajaan bagi menangani isu ini telah pun dilakukan” katanya

Menurut beliau bagi menangani masalah bekalan air di Menumbok , permohonan peruntukan telahpun dikemukakan kepada kerajaan negeri bagi menganti saluran paip-paip lama yang mudah pecah yang menjadi antara penyebab bekalan air sering terjejas ke Menumbok juga pemasangan alat tambahan enjin janakuasa elektrik baru oleh SESB akan dibuat di Menumbok bagi menangani masalah kekerapan gangguan bekalan elektrik.

“ Dengan adanya sokongan dari pegawai pegawai kerajaan kita yakin usaha melakukan lonjakan pembangunan berterusan di kawasan ini akan dapat pertingkatkan dan ini seiring dengan komitmen kerajaan Barisan Nasional yang sememangnya mendahulukan kepentingan dan kesejehteraan rakyat dalam setiap program pembangunan yang diadakan ” katanya.

No comments:

Post a Comment