Monday, June 22, 2009

MENJIWAI PEMIMPIN BERJIWA RAKYAT





BERI SEMANGAT...Kelihatan Lajim bersama Isnin dan Ahli Jawatankuasa Umno bahagan Said Yakub melihat keadaan kaki Capla yang sudah dipotong dan kini beransur ansur pulih pada lawatan tersebut

PEMIMPIN BERJIWA RAKYAT ...Bagi Ahli Jawatankuasa Umno bahagian Beaufort OKK Capla Aliamat kedatangan mengejut Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang juga Ketua Umno bahagian Beaufort Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin,Timbalan Ketua Umno bahagian Beaufort bersama pegawai-pegawai Ahli Parlimen Beaufort dan jawatankuasa Umno bahagian Beaufort ke kediamannya di kampung Sinapokan baru baru ini merupakan satu kejutan yang tidak diduganya. Bagi Capla yang kehilangan kaki kanan setelah dipotong ekoran penyakit Kancing Manis yang dialaminya sebelum ini sudah tentu kunjungan Lajim bersama rombongan ke kediamannya memberikan kekuatan kepadanya untuk meneruskan kehidupannya bersama keluarga dalam keadaan yang dialaminya ketika ini.

" Saya sama sekali tidak menduga kedatangan beliau (Lajim) untuk melawat saya ,setelah beliau turut melawat ketika saya terlantar sakit dan menjalani pembedahan tempoh hari yang turut memberikan sokongan dan bantuan kepada saya,sesunggunya beiau ada pemimpin yang menjiwai konsep pemimpin berjiwa rakyat" jelas Capla diiringi dengan linangan air matanya bagi menzahirkan perasaan terharunya atas kunjungan tersebut.

Lajim yang juga Ahli Parlimen Beaufort tidak menjadikan tuntutan masanya dengan tugas dan program yang siap sedia diatur melawat kawasan sebagai halangan untuk melawat setiap rakyat yang diwakilinya yang ditimpa musibah seperti sakit dan sebagainya sebaliknya tetap memberikan ruang bagi melawat Capla selain bertanya khabar turut memberikan sokongan moral kepada Capla untuk meneruskan perjuangan dan kehidupan walaupun telah ditakdirkan dalam keadaan yang sedemikian. TEKS DAN FOTO OLEH JAAFAR ABDUL WAHID KPKT

No comments:

Post a Comment