Friday, July 3, 2009

KERAJAAN BERI KEUTAMAAN KEPADA PENDIDIKAN



MESRA...Lajim diiringi oleh Kimjus dan Seah bersalaman dengan para pelajar sejurus tiba di majlis tersebut

BEAUFORT: Kerajaan sentiasa mengutamakan dasar pendidikan yang memberi ruang kepada semua lapisan masyarakat, termasuk di luar bandar untuk menerima dan menikmati kemudahan serta taraf pendidikan sama seperti di kawasan bandar.

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin berkata telah menjadi dasar kerajaan untuk memastikan semua lapisan masyarakat mendapat pendidikan berkualiti kerana pendidikan adalah alat bagi pembangunan individu, masyarakat dan negara.

Katanya, ketika ini kerajaan giat berusaha meningkatkan kecemerlangan pendidikan melalui penyediaan peruntukan kewangan kepada semua sekolah dalam usaha menaik taraf kurikulum melalui Rancangan Malaysia kesembilan (RMK-9) dan ianya akan terus dilaksanakan seiring dengan keperluan melahirkan modal insan cemerlang

“Kita mahu semua lapisan masyarakat mendapat peluang pendidikan yang sama selaras hasrat kerajaan untuk melahirkan generasi yang benar-benar berpendidikan supaya lebih proaktif dan bersedia menyahut cabaran globalisasi untuk merealisasikan agenda negara.

“Sehubungan itu, murid, guru dan masyarakat mestilah menggunakan sepenuhnya segala kemudahan yang telah disediakan oleh kerajaan bagi menjamin keberkesanan institusi pendidikan di negeri ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis penyerahan sumbangan kerusi untuk sekolah Menangah ST John dekat sini pagi kemarin.

Turut hadir pada majlis itu ialah Pengerusi Lembaga Pelawat SM St John Datuk Kimjus Duim,Timbalan Ketua Umno bahagian Beaufort Isnin Haji Aliasnih,Pengetua SM St John Seah Soo Lin


Katanya, kerajaan mahu memastikan tidak ada golongan yang ketinggalan dalam arus pendidikan kerana ia dapat memberi peluang kepada semua untuk mengetengahkan potensi masing-masing yang berguna kepada negara.

“Dengan peralatan dan kemudahan yang sesuai dengan arus perubahan pendidikan negara sudah pasti anak-anak kita tidak akan ketinggalan dalam pendidikan,” katanya

No comments:

Post a Comment