Sunday, November 29, 2009

Kawasan Parlimen Beaufort contoh kejayaan RAS





SIMBOL PELANCARAN…Lajim bersama John,Mohd.Sidek serta jemputan lain turut menanam pokok sebagai simbol pelancaran karnival tersebut

BEAUFORT: Kawasan Parlimen Beaufort akan menjadi contoh kepada kejayaan Program Rakan Alam Sekitar (RAS) di Sabah dan semua pihak yang terlibat perlu komited dan serius untuk merealisasikan harapan tersebut
Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin bagaimanapun berkata, usaha itu memerlukan kerjasama daripada semua pihak bukan sahaja agensi kerajaan yang terlibat malah pembabitan penduduk kampung diperlukan menerusi penubuhan jawatankuasa bertindak di kawasan masing-masing
Menurutnya, menerusi kerjasama semua pihak itu, satu usaha kepada pemuliharaan alam sekitar di setiap kampung di kawasan Parlimen Beaufort akan dapat dilaksanakan dengan lebih bersepadu dan fokus.
''Sehubungan itu, saya memberi cabaran kepada penduduk di sini supaya menjadikan kawasan ini contoh kepada kejayaan program RAS di Sabah
''Walaupun secara realistik ia sukar dicapai, tetapi setidak-tidaknya kita berjaya membuat penambahbaikan kepada tahap kebersihan di kawasan ini menerusi sasaran yang telah kita tetapkan ini," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan pelancaran Karnival program Rakan Alam Sekitar (RAS) peringkat kawasan Parlimen Beaufort bertempat di Dewan Masyarakat Pa Musa dekat sini pagi kemarin.
Menurut Lajim yang juga Ahli Parlimen Beaufort program itu mampu menjadi platform untuk meningkatkan kesedaran masyarakat berhubung penjagaan alam sekitar dan seterusnya memulihkan khazanah alam daripada terus dimusnahkan.
Katanya,, pelaksanaan RAS juga secara tidak langsung dapat menanam tanggungjawab dalam diri masyarakat, khususnya menjaga keindahan alam sekitar daripada tercemar.
''Pelaksanaan RAS pastinya memberi peluang kepada masyarakat membantu agensi kerajaan bertanggungjawab dalam membanteras kegiatan memusnahkan alam,'' katanya
Hadir sama Wakil Rakyat Kuala Penyu John Teo Mau Sing , Pegawai Daerah Beaufort Mohd.Sidek Haji Jubar, Ketua Penolong Pengarah Jabatan Alam Sekitar Sabah Amirul Ariffin dan Ketua Pergerakan Pemuda umno Bahagian beaufort Mohd.Ishak Haji Ibrahim

No comments:

Post a Comment