Wednesday, November 25, 2009

TIMBALAN MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN DATUK SERI PANGLIMA HAJI LAJIM HAJI UKIN AGIHKAN DAGING KORBAN DI MENUMBOK ESOK



Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin bersama Isteri Datin Seri Panglima Hajah Normilah Siong turut mengambil peluang mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha Kepada seluruh Umat Islam di negeri ini

MENUMBOK: Sempena dengan Sambutan Hari raya Aidil Hadha tahun ini ,Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin bersama masyarakat Islam akan mengerjakan sembahyang sunat Hari raya Aidil Hadha di Masjid Nur Ikhsan Menumbok hari ini

Menurut Ketua Daerah Mengundi Menumbok Haji Mohd .Fazlee Abdullah Lajim yang juga Timbalan Yang Dipertua Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) selepas berjemaah mengerjakan sembhaynag sunat Hari Raya Aidil Hadha akan sama-sama menyaksikan majlis penyembelihan kerbau untuk dikorbankan dan mengagihagihkan daging korban kepada masyarakat Islam setempat.

" Selain menghadiri kedua-dua majlis ini, beliau (Lajim ) juga akan berkunjung ke beberapa buah rumah bagi menghadiri majlis kenduri dan juga majlis perkahwinan yang diadakan di beberapa buah rumah di daerah ini selaras dengan konsep pemimpin turun padang bagi menemuai rakyat " katanya.

Sehubungan dengan itu Haji Fazlee meminta masyarakat Islam setempat agar dapat hadir bagi sama-sama berjemaah seterusnya memariahkan sambutan kali ini

Sementara itu Lajim yang juga Ahli Parlimen Beaufort bersama isteri Datin Seri Panglima Hajah Normilah Siong turut mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Hadha kepada seluruh umat Islam di negeri ini dan berharap ianya dapat disambut dengan penuh kesyukuran sesuai dengan pengertian ibadah korban yang sebenarnya yang perlu dilihat dari aspek kemasyarakatan dan kemanusiaan, pengorbanan juga dapat mewujudkan suasana harmoni, kerjasama dan kasih sayang sesama insan.

No comments:

Post a Comment