Monday, October 11, 2010

AHLI PARLIMEN BEAUFORT TERIMA PINGAT DSCM MEMBAWA GELARAN DATUK WIRA



PINGAT DSCM …Kelihatan Khalil ketika menyarungkan pingkat DSCM yang membawa gelaran Datuk Wira kepada Lajim semasa majlis penganugrehan tersebut


Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang juga Ahli Parlimen Beaufort Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin merupakan antara kenamaan dari Sabah yang menerima Anugreh Bintang kebesaran negeri Melaka baru-baru ini dari Tuan Yang Terutama Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd.Khalil Yakoob sempana sambutan ulang tahun ke-72 Tuan Yang Terutama Yang Dipertua Negeri Melaka,di Dewan Seri Negeri Ayer Keroh Melaka. Lajim yang juga Ahli Majlis Tertinggi Umno menerima pingat Darjah Cemerlang Seri Melaka (DSCM) yang membawa Gelaran Datuk Wira.

Friday, October 8, 2010

JBPM SELAMATKAN HARTA BENDA BERNILAI LEBIH DARI RM1b





KEMPEN…Lajim sambil diperhatikan oleh pengarah JBPM Labuan menyerahkan alat pemadam api kepada Ahli Parlimen Labuan Yusuf Mahal sempana majlis tersebut

LABUAN:Jabatan Bomba dan Penyalamat Malaysia(JBPM) berjaya menyelamatkan harta benda di seluruh negara bernilai RM1.056 bilion sepanjang 2009.
Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan ,Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin,berkata dalam tempoh yang sama jabatan itu juga merekodkan sebanyak 56,643 panggilan kecemasan di seluruh negara manakala bilangan kematian yang dicatatkan untuk tempoh yang sama ialah seramai 76 orang.
Beliau menambah sehingga Ogos tahun ini JBPM berjaya menyelamatkan harta benda bernilai RM59,154 juta melibatkan panggilan kecemasan sebanyak 4,440 panggilan dan jumlah kehialngan nyawa untuk tempoh yang sama berjumlah 6 orang.
Selain itu menurut beliau sejak tahun 2009 JBPM juga mencatatkan seramai 58 orang mengalami kecederaan akibat daripada kebakaran.
“ Jumlah yang dicatatkan ini merupakan satu jumlah yang agak besar yang membawa kerugian kepada negara dan rakyat dan menyedari hakikat ini pihak Kementerian akan terus memberikan sokongan kepada JBPM dalam usahanya memberikan kesedaran kepada masyarakat mengenai rasiko dan bahaya kebakaran termasuk mengkaji semula kaedah pelaksanaan kempen yang dijalankan selama ini” katanya
Beliau yang juga Ahli Parlimen Beaufort berkata demikian ketika berucap ada Majlis Bomba bersama masyarakat dan sambutan Hari Raya Aidilfitri bersama anggota bomba dan pengundi dari kawasan Parlimen Beaufort di dewan SK Chai Wen di sini malam kemarin.
Hadir sama Ahli Parlimen Labuan Datuk Yusuf Mahal,Pengarah JBPM Labuan Norizan Haji Sulaiman,Pengerusi Majlis Penasihat Perbadanan Labuan Datuk Yunus Haji Kurus,Timbalan Ketua Umno Bahagian Beaufort Isnin Haji Aliasnih dan isteri Lajim Datin Seri Hajah Normilah Siong.
Lajim menambah kementerian beliau juga telah menyalurkan peruntukan yang agak besar sebagai usaha memberikan kesedaran mengenai kebakaran kepada orang ramai,dokumentasi dan penerbitan termasuklah menggalakkan masyarakat setempat menumbuhkan Unit Bomba Sukarela di kawasan masing-masing.
Dalam perkembangan yang sama Ahli majlis Tertinggi Umno ini berkata, kementerian beliau juga telah memperuntukan sebanyak RM63,000 kepada JBPM Labuan bagi keperluan membeli peralatan dan bahan kempen disamping menganjurkan beberapa aktiviti yang berkaitan dengan bahaya kebakaran dan kebombaan.
Terdahulu dari itu Lajim turut menyampaikan peralatan kempen pencegahan kebakaran kepada ketua-ketua kampung dan ketua jabatan kerajaan disamping beliau bersama isteri dan ahli jawatankuasa Umno bahagian Beaufort turut beramah mesra dengan masyarakat khususnya pengundi beliau dari kawasan Parlimen Beaufort yang bertugas di Pulau Bebas cukai itu.

UCAPAN TAHNIAH


SIDANG EDITOR PARLIMEN BEAUFORT INGIN MENYAMPAIKAN UCAPAN SETINGGI TAHNIAH DAN SYABAS
KEPADA YB DATUK SERI PANGLIMA HAJI LAJIM HAJI UKIN TIMBALAN MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN MALAYSIA MERANGKAP AHLI PARLIMEN BEAUFORT DI ATAS PENGURNIAAN PINGKAT DARAH CEMERLANG SERI MELAKA (DSCM) YANG MEMBAWA GELARAN " DATU WIRA" OLEH TUAN YANG TERUTAMA YANG DIPERTUA NEGERI MELAKA TUN MOHD KHALIL YAAKOB SEMPANA SAMBUTAN ULANG TAHUN TYT YANG DIPERTUA NEGERI MELAKA KE 72 HARI INI

Friday, October 1, 2010

MPP MAINKAN PERANAN MAJUKAN SEKTOR PERTANIAN DI KAWASAN PARLIMEN BEAUFORT






MANTAP…Lajim (tengah) bersama ahli jawatankuasa (MPP) Parlimen Beaufort merakamkan gambar kenangan selepas mesyuarat tersebut


KOTA KINABALU: Majlis Pembangunan Pertanian (MPP) Kawasan Parlimen Beaufort agar terus memainkan peranan bagi menjadikan sekotar pertanian sebagai sumber ekonomi rakyat khususnya di kawasan tersebut.

Ahli Parlimennya Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin berkata majlis tersebut akan memainkan peranan membantu beberapa beberapa jabatan dan agensi kerajaan yang terlibat dalam sektor tersebut khususnya di kawasan Parlimen Beaufort bagi mengenal pesti sektor pertanian yang boleh dibangunkan dan dimajukan agar penglibatan masyarakat dalam sektor ini menyeluruh dan berdaya maju.

“ Disamping memberikan pandangan dan cadangan majlis ini juga melalui peruntukan yang diperolehi turut memberikan peruntukan bagi melaksanakan beberapa projek khususnya dalam mempertingkatkan kemudahan asas yang diperlukan oleh masyarakat petani dan nelayan di kawasan ini” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa (MPP) kali Kedua di salah sebuah hotel di sini petang kemarin.

Hadir sama Pegawai Daerah Beaufort Wong Foo Ten, Pegawai Daerah Kuala Penyu Edmond Teo,Penolong Pegawai Daerah Menumbok Awang Damit Abd.Razak dan Pengerusi pertubuhan Peladang kawasan Kuala Penyu Zahari Mohd.Zinin.

Menurut Lajim yang juga Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, setakat ini majlis tersebut telah menerima peruntukan sebanyak RM200,000.00 dari Kementerian Pertanian dan Asas Tani dan setakat ini beberapa projek seperti membina jeti, jambatan,membersihkan parit dan juga membina gerai gerai untuk keperluan para pengusaha dalam bidang pertanian telah dilaksanakan untuk kemudahan mereka memasarkan hasil hasil pertanian.

Dalam perkembangan yang sama Ahli Majlis Tertinggi Umno ini juga berharap agar beberapa jabatan dan agensi kerajaan yang terlibat dalam sektor pertanian sentiasa turun padang memantau serta membantu dari segi khidmat nasihat kepada para petani dan nelayan yang terlibat dalam sektor ini.

“ Selain komitmen kita membantu para petani dan nelayan di kawasan ini, kita juga berharap rakyat mengubah sikap dan cara mereka berfikir bagi menjadikan sektor ini berdaya maju dan boleh membantu mempertingaktkan ekonomi mereka seharian khususnya dalam menghapuskan jurang kemiskinan di kawasan ini” katanya.