Wednesday, June 30, 2010

UMNO BEAUFORT BERSIDANG 3 JULAI INI


Tuan Haji Jusih Haji Sarin Setiausaha Umno Bahagian Beaufort

BEAUFORT: Persidangan Perwakilan Umno bahagian Beaufort kali ke 17 akan berlangsung pada 03 Julai (Hari Sabtu) ini bertempat di dewan Masyarakat Baru Beaufort.

Setiausaha Umno bahagian Beaufort Haji Jusih Haji Sarin (gambar) berkata, hampir seribu orang perwakilan dan pemerhati akan menghadiri persidangan bahagian ini yang melibatkan perwakilan dari kawasan Dewan Undangan negeri Klias dan Kuala Penyu.

Katanya, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Senator Mejoor Jenral Datuk Jamil Khir Baharom dijangka akan merasmikan persidangan kali ini dan akan dihadiri bersama oleh Ahli Majlis Tertinggi Umno yang juga Ketua Umno bahagian Beaufort Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin.

Menurut beliau beberapa usul juga akan dibahaskan antaranya menyentuh soal pendidikan, agama,ekonomi dan sosial.

" Saya berharap para perwakilan dapat mengambil perhatian bagi memudahkan urusan pendaftaran perwakilan kita akan membuka pendaftaran perwakilan pada 02 Julai di pejabat Umno bahagian dan seterusnya sebelum persidangan bermula di Dewan Masyarakat Beaufort yang baru" katanya ketika dihubungi di sini kemarin.

Sehubungan dengan itu beliau meminta para perwakilan yang terpilih menghadiri persidangan kali ini akan mendaftar lebih awal bagi mengelakkan kesesakkan semasa majlis perasmian berlangsung.

PEMAJU PERUMAHAN DIMINTA SIAPKAN PROJEK IKUT JADUAL




MESRA…Lajim bersalaman dengan guru guru sejurus tiba untuk merasmikan majlis tersebut


BEAUFORT : Pemaju perumahandi negeri ini, diingatkan supaya menyiapkan projek pembinaan mengikut jadual yang ditetapkan.

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin berkata, kementerian beliau banyak menerima aduan berhubung kelewatan pembinaan rumah sedangkan pembeli telahpun membuat pembayaran sebelum ini

Menurut Lajim kementeriannya menyedari masalah ini berlaku di seluruh Negara, justeru program pemulian rumah terbenkalai yang menelan belanja RM200 juta ringgi dilaksanakan untuk mengatasi masalah ini

Beliau yang juga Ahli Parlimen Beaufort berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan sambutan Hari Guru Peringkat Daerah Beaufort di dewan masyarakat Beaufort petang kemarin
Menurut Datuk Lajim, menerusi program itu, kementerian akan memilih kawasan perumahan yang sudah mempunyai pembeli dan siap antara 50 hingga 70 peratus.

“ Ini merupakan komitmen kerajaan khususnya kementerian saya bagi menangani sebahagian dari masalah projek perumahan terbengkalai khususnya yang sudah pun mempunyai pembeli “ katanya

Dalam perkembangan yang sama Lajim juga meminta Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di setiap daerah di negeri ini turut memainkan peranan bagi memantau sebarang projek perumahan yang dilaksanakan di kawasan PBT masing-masing.

Katanya langkah ini dapat membantu kementerian beliau bagi mengenal pesti mana-mana projek perumahan yang dilaksanakan mengikut jadual yang ditetapkan ini termasuklah projek perumahan yang bermasalah

Kekalkan integriti didik anak bangsa




TOKOH GURU…Lajim yang diiringi oleh Salleh ketika menyampaikan anugreh Tokoh Guru daerah Beaufort 2010 kepada Haji Hasnan di majlis tersebut

BEAUFORT: Golongan pendidikan di negeri ini digesa agar menyemai dan mempraktikkan nilai-nilai integriti dalam setiap jiwa pelajar bagi melahirkan pewaris negara yang cemerlang dari segi akademik dan sahsiah.

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin berkata,nilai-nilai seperti amanah, jujur dan bertanggungjawab bukan satu perkara asing dalam kehidupan pelajar namun jika ia dipandang sambil lewa maka matlamat untuk melahirkan negara bangsa Malaysia yang dinamik tidak akan kesampaian.

“Golongan pendidik perlu menekankan agar nilai-nilai murni tersebut dihayati sepenuhnya demi memenuhi amanah dan tanggungjawab yang dijanjikan sebagai pendidik,” katanya ketika berucap merasmikan Hari Guru Peringkat Daerah Beaufort di Dewan Masyarakat Beaufort di sini pagi kemarin.

Turut hadir Pegawai Pelajaran Daerah Salleh Haji Edrris, dan Setiausaha Politik Kementerian Pembangunan Insfrastruktur Isnin Haji Aliasnih

Menurut Lajim yang juga Ahli Parlimen Beaufort dalam membentuk nilai integriti dan amanah, para pelajar seharusnya diberi penekanan agar mereka perlu bersikap sedemikian ketika menyelesaikan tugasan atau latihan yang diberikan oleh guru disamping mampu mendisplinkan golongan pelajar.

“ Saya yakin pembentukan modal insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek akan terhasil menerusi sistem pendidikan jika nilai berkenaan dipraktikkan terhadap pelajar setiap hari’ tambah Lajim

Lajim menambah dalam kepesatan pembangunan dan perkembangan pendidikan di negara menuntut warga pendidik agar bergerak lebih pantas selari dengan aspirasi Negara sehubungan dengan itu beliau mengajak warga pendidik menggembleng tenaga dan usaha untuk terus mengamalkan budaya kerja cemerlang, bertanggungjawab dan menerapkan semangat mujahadah bagi melakukan yang terbaik demi anak bangsa

“"Kunci kepada kecemerlangan pendidikan ialah guru-guru yang berkualiti. dimana usaha untuk meningkatkan kualiti guru dan memartabatkan profesionalisme guru, agenda tersebut bukan sekadar penambahbaikan skim perkhidmatan dan kebajikan semata-mata, malah turut bergantung pada tahap kualiti, kompetensi, jati diri dan semangat para guru” tambah Lajim

Sementara itu Haji Hasnan Bin Mohd. Zin telah dianugerahkan sebagai Tokoh Guru daerah Beaufort tahun 2010 dimana selain menerima sijil, cenderamata beliau juga menerima wang tunai sumbangan peribadi dari pada Lajim yang turut menyempurnakan majlis penganugerahan tersebut.

Turut diberikan anugreh pada majlis tersebut ialah anak-anak guru yang cemerlang dalam peperiksaan UPSR,PMR,SPM dan STPM tahun lepas dan juga anugreh Jasa Mu di Kenang bagi guru guru yang telah bersara pada tahun lalu.

Pemimpin Muda Diminta Hayati, hargai dan teruskan perjuangan pemimpin terdahulu







DIRESMIKAN…Serentak dengan Program Juara Rakyat Lajim diiringi oleh Isnin ,Mohd.Ishak dan Azman memotong riben sebagai simbol perasmian gelanggang Fustal di kampung Kebatu.


BEAUFORT : Pemimpin muda diminta agar menghayati sejarah perjuangan serta pengorbanan besar para pemimpin terdahulu yang berjuang bagi membolehkan negara dan rakyat mengecapi nikmat kemerdekaan, keharmonian dan kemajuan yang tidak ternilai harganya hingga ke hari ini.

Ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin berkata,perjuangan serta pengorbanan besar para pemimpin dan ahli Umno sebelum ini bukan sahaja perlu dihayati, dihargai malah perlu diteruskan oleh pemimpin muda sebagai pemimpin pelapis biar Umno menjadi nahkoda zaman yang akan terus melayari lautan kemajuan dan kemakmuran

“ Kita telah melihat sepanjang tempoh itu Umno telah membuktikan bahawa ia adalah sebuah parti yang sentiasa berdiri teguh dengan prinsip perjuangan asalnya di samping bersedia berubah seiring dengan perubahan yang berlaku dalam masyarakat” katanya ketika berucap merasmikan Pogram Juara Rakyat Belia dan Sukan di padang SK Kebatu dekat sini

Hadir sama Timbalan Ketua Umno Bahagian Isnin Haji Aliasnih,Naib Ketua Umno bahagian Datuk Kimjus Duim, Ketua Penerangan Haji Samin Onkgi,Ketua Pemuda Mohd.Ishak Haji Ibrahim dan Naib Ketua Pemuda Azman Datuk Lajim

Sehubungan dengan itu Lajim yang juga Ketua Umno bahagian Beaufort berkata bagi meneruskan perjuangan UMNO pastinya menuntut ahli-ahli parti agar sentiasa memelihara prinsip-prinsip asas perjuangan parti di samping bersedia melakukan perubahan sikap, minda dan pendekatan dalam memenuhi tuntutan dan aspirasi rakyat.

"Dengan kemajuan dan kemakmuran yang sediaada ini kita yakin dapat memajukan diri dan bangsa agar setanding dengan bangsa-bangsa lain di dunia serta mempertahankan kedaulatan, keamanan dan kemajuan pertiwi demi masa depan yang lebih gemilang untuk bangsa dan negara kita," tegasnya.

Menurut Lajim tanggungjawab ini sudah tentu akan diambil alih pemimpin muda sebagai pemimpin pelapis yang akan meneruskan agenda serta perjuangan parti oleh yang demikian menurut beliau pemimpin muda perlu melengkapkan diri dengan ilmu pengetuhan disamping membentuk gaya kepimpinan yang mencerminkan ketelusan perjuangan agar amanah serta tanggungjawab yang diberikan mampu dilaksanakan sebaik mungkin.

“ Sebagai pemimpin pelapis Pemuda perlu menerapkan semangat patriotik dalam diri mereka dengan menolak nilai-nilai negetif yang boleh menjejaskan masa depan mereka dan masa depan Negara” tegas Lajim

Katanya, Pemimpin muda perlu menyahut tuntutan perubahan dengan iltizam dan semangat untuk memperkukuhkan Umno dan menjadikannya sebuah parti yang kekal relevan di sepanjang zaman adalah satu tanggungjawab dan amanah besar yang mesti digalas oleh semua pemimpin dan ahli Umno

"Jadikanlah pengalaman dan sejarah perjuangan Umno yang panjang sebagai pedoman berguna untuk kita menggalas tuntutan perubahan ini secara bersama," katanya

Sempana program tersebut pelbagai aktiviti sukan diadakan antaranya pertandingan Fustal, tarik tali, sukan tradisi disamping penyampaian sumbangan untuk pelajar cemerlang ,warga emas dan golongan kurang bekemampuan.

Saturday, June 26, 2010

AHLI PERLIMEN BEAUFORT LAWAT DUA MANGSA KEBAKARAN RUMAH DI KUALA PENYU




SIMPATI…Lajim diringi oleh Kimjus Sanon dan Jawarin ketika mezihari mangsa kebakaran rumah Puan Biah Harun di kampung Kemangsian dan turut menyampaikan sumbangan peribadi beliau

PRIHATIN MASALAH RAKYAT…Walaupun jadual agak ketak dengan acara yang telah ditetapkan iaitu merasmikan Majlis Penyampaian Bantuan Sara Hidup Nelayan petang kemarin di dewan SMK Kuala Penyu namun bagi Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang juga Ahli Parlimen Beaufort Datuk Seri Panglima Haji Lajim haji Ukin setiap masalah yang dihadapi oleh rakyat tetap menjadi keutamaan dan perhatiannya. Petang kemarin sebaik sahaja beliau menyempurnakan majlis penyerahan bantuan tersebut beliau bergagas ke dua buah kampung bagi menziahari dua keluarga yang terlibat dalam trejidi kebakaran rumah yang menimpa kedua-dua keluarga ini. Mangsa pertama yang beliau lawati ialah Puan Biah Harun di kampung Kemangsian dimana rumah beliau terbakar pada petang khamis lepas yang memusnahkan keseluruhan struktur rumah bagaimanapun tiada kemalangan jiwa di laporkan semantara anggaran kemusnahan barangan dan rumah dianggarkan sekitar RM50,000 . Selepas itu Lajim yang disertai oleh Naib Ketua Umno bahagian Datuk Kimjus Duim, Yang Dipertua Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM) Bahagian sabah Abd.Sanon Haji Sapari dan Pegawai Perhubungan Parlimen Beaufort Jawarin Nasar terus bergegas ke kampung Kayul Bundu bagi menziahari keluarga Pison Pakang dimana rumah beliau juga musnah sama sekali termasuk sebuah kenderaan kancil yang diletakkan di bawah rumah yang berlaku pada awal bulan lepas.

Selain menzahirkan rasa simpati kepada kedua-dua mangsa Lajim juga turut menyampaikan bantuan peribadi dan usaha sedang dilakukan bagi , meminta pihak Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am bagi membantu mangsa terlibat untuk mendapatkan bantuan bagi membina rumah baru. Oleh Jaafar Abdul Wahid

RM126,800.00 DIAGIHKAN BAGI BANTU NELAYAN DI KAWASAN PARLIMEN BEAUFORT






RINGANKAN BEBAN….Lajim diiringi oleh Jamaludin,Kimjus dan Awang Sirat ketika menyampaikan sumbangan bantuan tersebut kepada salah seorang penerima di Majlis itu


KUALA PENYU: Kerajaan melalui Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia telah memperuntukan Sejumlah RM126,800.00 bagi membantu masyarakat Nelayan di kawasan Parlimen Beaufort melalui bantuan Elaun Sara Hidup kepada golongan tersebut

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin berkata dari jumlah peruntukan tersebut seramai 643 orang menerima manafaatnya dimana setiap seorang memperolehi sebanyak RM200,00 bagi membantu
menampung kos sara hidup keluarga nelayan yang masih diketegorikan golongan berpendapatan rendah

“ Elauan Sara hidup Nelayan ini merupakan antara usaha dan inisiatif kerajaan bagi membantu measyarakat nelayan khasnya di kawasan ini dan amnya di negeri Sabah dengan harapan pemberian tersebut dapat membantu menampung kos sara hidup keluarga nelayan yang masih diketegorikan golongan berpendapatan rendah” katanya merasmikan Majlis Penyampaian Bantuan Wang Sara Hidup Nelayan dari (LKIM) di dewan SMK II Kuala Penyu dekat sini petang kemarin.

Hadir Pengarah LKIM Sabah Jamaludin Othman Naib Ketua Umno bahagian Beaufort Datuk Kimjus Duim dan Pengerusi Persatuan Nelayan Kawasan Kuala Penyu Awang Sirat Awang Taul

Sehubungan dengan itu Lajim yang juga Ahli Parlimen Beaufort mengharapkan agar bantuan yang diberikan oleh kerajaan itu dapat dimanafaatkan sepenuhnya oleh para penerima untuk perkara perkara yang boleh membantu meningkatkan taraf siso ekonomi mereka terutamanya untuk keperluan pendidikan anak-anak mereka

“ Saya berharap bantuan ini juga dapat dimanafaatkan untuk keperluan pendidikan anak-anak mereka kerana melalui pendidikan ianya akan dapat merubah keadaan dan masa depan mereka dengan lebih baik lagi” tambah Lajim

Terdahulu ketika berucap di Majlis itu Ketua Umno bahagian Beaufort ini juga turut memaklumkan, Kerajaan telah meluluskan sejumlah RM165,000.00 pada tahun lepas bagi melaksanakan 7 buah Projek pembinaan dan pembaikan jeti untuk kemudahan masyarakat nelayan di kawasan Parlimen Beaufort.

Katanya,peruntukan yang disediakan oleh Kementerian Pertanian dan Industari Asas Tani melalui Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) telah disalurkan melalui Ahli Parlimen dimana sebanyak 7 buah jeti nelayan masing-masing di Kampung Jangkit,Sinapokan Ilanun,Mempakul,Kampung Darat Laut,Kampung Darat Seragam Pogong,dan Sinapokan telahpun dilaksanakankan dimana setiap sebuah jeti menelan kos sebanyak RM25,000

“ Ini merupakan antara komitmen kerajaan dalam menyediakan kemudahan asas yang lebih baik dan sempurna khususnya untuk keperluan masyarakat nelayan memunggah hasil tangkapan mereka di kampung kampung yang terlibat” katanya Oleh Jaafar Abdul Wahid

Thursday, June 24, 2010

PUTERI UMNO BEAUFORT BANTU USAHA PERKUKUHKAN PARTI: SARIDAH






DIRAIKAN… Pegerakan Puteri Umno Beaufort yang diketuai oleh Saridah dan Pergerakan Pemuda Umno Beaufort yang dipimpin oleh Mohd.Ishak turut meraikan sambutan ulang Tahun Lajim semasa beliau merasmikan serentak persidangan kedua dua sayap parti di Dewan Masyarakat Beaufort baru baru ini.

BEAUFORT: Meskipun keputusan pada pilihanraya umum lepas pengundi muda di negeri ini masih memihak kepada Barisan Nasional namun realiti ini tidak meletakkan Pergerakan Puteri Umno bahagian Beaufort hanya “Berpeluk Tubuh” tanpa melakukan gerak kerja bagi mendekati rakyat di peringkat akar umbi khususnya pengundi muda yang dianggarakan Kira-kira 1.8 juta pengundi barudi seluruh Negara dijangka mengambil bahagian pada PRU-13 akan datang

Ketua Pergerakan Puteri Umno bahagian Beaufort Saridah Datuk Seri Panglima Mohd Dun berkata, disamping mengekalkan memontum yang sediaada, pergerakan itu juga akan terus mendekati pengundi muda melalui pelbagai program dan gerak kerja yang telah dan akan dilaksanakan khusus dalam usaha memperkukuhkan parti bagi menghadapi pilihan raya umim akan datang.

“ Dalam gerak kerja pergerakan tiga perkara akan menjadi sasaran iaitu meningkatkan keahlian, penambahan pengundi muda disamping membina jaringan dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta persatuan-persatuan” katanya ketika berucap di Persidangan Perwakilan Pergerakan Puteri Umno yang diadakan di dewan Masyarakat Beaufor baru baru ini.

Majlis perasmian serentak persidangan pergerakan Pemuda dan Puteri Umno Beaufort telah disempurnakan oleh Ahli Majlis Tertinggi Umno yang juga Ketua Umno bahagian Beaufort Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin dan turut dihadiri oleh Timbalannya Isnin Haji Aliasnih,Ketua Pergerakan Pemuda Mohd.Ishak Ibrahim dan Ketua Pergerakan Wanita Dato Hajah Azizah Datuk Seri Panglima Mohd. Dun

Menurut Saridah kempen keahlian dan daftar pemilih yang dilaksanakan oleh pergerakan itu pada tahun ini mendapat maklum balas yang positif dimana setakat ini hampir 2,000 orang ahli Puteri berjaya di daftarkan di kawasan itu, ini termasuklah kempen daftar pemilih yang diadakan dimana ianya juga mendapat maklum balas dari pengundi muda yang belum mendaftar sebagai pemilih.

Dalam perkembangan yang sama Saridah juga berkata pergerakan tersebut menyedari pengaruh internet dalam masyarakat hari ini semakin meluas seiring dengan kemajuan teknologi maklumat oleh itu katanya, pergerakan Puteri Umno bahagaian itu juga mengariskan kemenangan perang saraf dalam sunia siber sebagai penanda aras pencapaian sayap parti Umno bahagian itu

“ Usaha ini sejajar dengan senario politik semasa yang mana platfrom siber digunakan untuk melancarkan perang saraf melalui blog Web Portal online atau Laman Sosial (Facabook)” katanya

Menurut Saridah jika Pada pilihan raya umum (PRU) ke-12 lepas, pengundi muda terutamanya di Semananjung dikatakan terpengaruh dengan maklumat yang tersebar luas dalam dunia siber yang menyaksikan buat pertama kalinya Barisan Nasional (BN) kehilangan majoriti dua pertiganya di 222 kerusi Parlimen, justeru usaha untuk menangani perkara tersebut dari merebak ke negeri ini perlu diambil perhatian serius

Untuk itu katanya, pendekatan bagi menjadikan golongan muda agar celik kepada kemajuan alam siber melalui pelbagai latihan dan juga kursus kemahiran akan dilaksanakan agar golongan ini mampu mengendalikan media baru sebagai alat komunikasi efektif dan bekesan khususnya dalam menangis segala bentuk tomahan dan fitnah yang dipaparkan dalam enternit.

Saridah menambah perkembangan teknologi maklumat ini juga merupakan cabaran utama parti pada masa kini dan usaha serta pendekatan perlu dilakukan bagi , menerangkan kepada generasi muda untuk membezakan antara fitnah dan fakta yang ditaburkan di alam siber

Turut diambil perhatian oleh Pergerakan Puteri Umno ialah usaha memperkasakan mutu pendidikan khususnya di kawasan Beaufort melalui pelbagai program antaranya pemberian anugreh pelajar dan guru cemerlang pada setiap tahun.

Menurut Saridah walaupun pemberian anugreh ini tidaklah sebesar mana, bagaimanapun ianya tetap memberikan impak terhadap usaha bagi memberikan dorongan dan mitovasi bukan sahaja kepada pelajar, guru-guru dan ibubapa agar berusaha bersama untuk meningkatkan tahap pencapaian pendidikan di kawasan itu

Disamping itu menurut Saridah dengan kerjasama beberapa agensi kerajaan yang lain termasuk pihak sekolah dan persatuan ibubapa guru program seminar kecermalangan pendidikan juga akan menjadi kelinder program tahunan pergerakan Puteri Umno bahagian Beaufort .

Tidak dipinggirkan ialah tanggungjawab sosial pergerakan puteri kepada masyarakat setempat bagi membantu golongan yang memerlukan melalui program menyusur akar pergerakan tersebut menjelajah ke pelusuk kampung bagi mencari dan mengenal pesti mereka yang benar benar memerlukan bantuan akan terus dilaksanakan sesuai dengan slogan parti adalah juara kepada rakyat.

“ Usaha serta pendekatan melalui program program ini merupakan antara komitmen pergerakan Puteri bagi membantu kepimpinan parti khususnya di kawasan ini untuk memperkukuhkan lagi kekuatan parti bagi menghadapi pilihraya akan datang agar kesinambungan kemajuan dan pembangunan untuk rakyat dapat diteruskan” katanya: oleh jbw

PERGERAKAN WANITA UMNO PERLU JADI EJEN PERUBAHAN



BEAUFORT Pergerakan Wanita Umno berupaya menjadi ejen perubahan dan nadi tranformasi negara berdasarkan semangat serta azam baru yang ditunjukkan pergerakan itu.

Ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin (gambar ) berkata, melalui semangat yang ditunjukkan pergerakan Wanita Umno ketika ini, merupakan eleman yang penting bagi membantu parti bangkit daripada keadaan “ suram” sebelum ini terutamanya dalam usaha membawa kejayaan kepada Umno pada pilihanraya umum akan datang.

" Pergerakan Wanita Umno kini merupakan pelopor kepada proses transformasi yang besar, wanita boleh mainkan peranan yang berkesan kepada usaha memperkukuhkan parti dan seterusnya membawa perubahan kepada Negara” katanya ketika berucap merasmikan mesyuarat Perwakilan Pergerakan Wanita Umno bahagian Beaufort di dewan Masyarakat dekat sini

Hadir sama Ketua Pergerakan Wanita Umno Bahagian Beaufort Dato Hajah Azizah Datuk Mohd.Dun, Wakil Pergerakan Wanita Umno Sabah yang juga Ketua Pergerakan Wanita Umno Sipitang Datuk Surinam Haji Sadikon, Timbalan Ketua Umno Bahagian Beaufort Isnin Haji Aliasnih dan Ketua Pergerakan Puteri Umno Beaufort Saridah Datuk Mohd.Dun.

Menurut Lajim yang juga Ketua Umno bahagian Beaufort perubahan perlu bermula dari diri dengan pemikiran inovatif dengan melakar budaya baru yang menjadi paksi kepada keyakinan ahli dan rakyat untuk terus memberikan sokongan terhadap dasar dan perjuangan parti.

“ Semangat perlu disertai dengan kesungguhan berkerja, melaksanakan amanah yang diberikan, jika kita (pemimpin) berupaya melaksanakan amanah dengan telus, adil dan saksama, keyakinan ahli akan dapat diperkukuhkan ” katanya

Dalam pada itu, Lajim berkata bagi memastikan kejayaan terus berpihak kepada Umno, anggotanya diingatkan supaya mengutamakan parti tanpa mengharapkan jawatan.

Menurutnya, sifat taksub kepada jawatan yang dimenangi dalam parti dan budaya terlalu menjaga penyokong kuat sahaja hingga mengabaikan tanggungjawab kepada rakyat akan merugikan parti itu.

"Jangan nilai kejayaan semata-mata dari segi jawatan yang dimenangi, apa gunanya menjadi ketua kalau parti tidak lagi berkuasa dan kuasa berada di tangan orang lain” katanya

Sehubungan dengan itu beliau mengajak kepimpinan parti agar berjuang untuk semua, tidak hanya tertumpu kepada hanya penyokong kuat tetapi mesti jadi pemimpin kepada rakyat yang teramai

“ Dalam setiap program yang dilaksanakan perlu diambil kira perlu adalah keberhasilan dalam setiap program yang d anjurkan dan bukannya hanya mengambil kira jumlah aktiviti yang diadakan, dimana aktiviti yang banyak sahaja tidak menjamin hasil yang diinginkan jika kualitinya tidak mencapai tahap yang memuaskan” tambah Lajim yang juga Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan

Monday, June 21, 2010

SEMAK STATUS PENYEWA RUMAH SEBELUM MENYEWAKANNYA


MESRA..Lajim bersalaman dengan jawatankuasa pergerakan pemuda sejurus tiba untuk merasmikan persidangan tersebut.


BEAUFORT : Pemilik rumah perlu menyemak status penyewa mereka bagi memastikan tiada penyewa dalam kalangan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) ke negara ini

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin berkata, soal cadangan memaklumkan kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) mengenai status penyewa sepatutnya tidak timbul.

Sebaliknya menurut beliau, pemilik rumah perlu mempraktikkan perjanjian sewa rumah secara bertulis agar tidak timbul sebarang masalah.

Beliau berkata demikian kepada Pemberita selepas merasmikan mesyuarat perwakilan Pergerakan Pemuda dan Puteri Umno bahagian Beaufort di dewan masyarakat Beaufort pagi kemarin.

Lajim yang juga Ahli Parlimen Beaufort diminta mengulas kenyataan media Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk T Murugiah berhubung cadangan agar pemilik rumah yang menyewakan rumah kepada warga asing perlu memaklumkan kepada PBT bagi memastikan mereka bukan PATI.

Menurut kenyataan tersebut, Murugiah akan mengemukakan cadangan itu kepada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan beserta syor supaya pemilik rumah didakwa sekiranya didapati menyewa kepada warga asing.

Lajim menambah setakat ini tiada garis panduan khusus berkaitan penyewaan rumah kepada individu lain sebaliknya beliau turut mengingatkan agar pemilik rumah memberikan kerjasama supaya tidak menyewakan rumah keda individu tidak dikenali.

Terdahulu ketika berucap merasmikan serentak persidangan tersebut Lajim yang juga Ketua Umno bahagian Beaufort meminta pergerakan Pemuda dan Puteri turut memberikan tumpuan sepenuhnya terhadap penganjuran program bagi mendekati golongan muda.

Katanya, golongan tersebut bukan sahaja perlu didekati dengan pelbagai program yang boleh mendorong minat mereka menyokong dan menghargai perjuangan parti namun dalam masa yang sama mereka perlu diberikan peranan sebagai agen penyumbang kepada dasar dan program pembangunan yang dilaksanakan oleh kerajaan.

Menurut beliau perlaksanaan program tidak seharusnya tertumpu kepada satu program sahaja namun perlu dipelbagaikan terutamanya dalam menyalurkan pelbagai maklumat mengenai peluang peluang yang disediakan oleh kerajaaan yang boleh mereka manafaatkan khususnya dalam menyediakan peluang kemahiran dan latihan untuk mereka terlibat dalam sektor ekonomi.

“ Kerjasama dengan pelbagai jabatan dan agensi kerajaan yang berkaitan perlu dipertingkatkan dengan membawa jabatan dan agensi yang terlibat turun padang khusus untuk membantu golongan belia mendapat maklumat tentang peluang peluang yang boleh mereka ceburi” katanya. Oleh: Jaafar Abdul Wahid

Jabatan Bomba Mahu Bomba Sukarela Diserap Ke Dalam Jabatan







Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin diiringiPengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah Khirudin Drahman menekan punat (Siren)sebagai simbol perasmian majlis tersebut

KOTA KINABALU, 18 Jun (Bernama) -- Jabatan Bomba dan Penyelamat mahu Pasukan Bomba Sukarela diserap ke dalam jabatan itu bagi memudahkan jabatan membantu dan mengawasi kegiatan mereka.

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Lajim Ukin berkata pasukan itu wajar menjadi sebahagian daripada jabatan itu bagi menguatkan pasukan bomba melaksanakan tugas memadam kebakaran dan menyelamat.

"Kita telah mengarahkan Jabatan Bomba dan Penyelamat supaya membuat satu kertas kerja bagi kementerian untuk menimbang dan mengkaji tentang pengwujudan pasukan bomba sukarela dalam jabatan. Sekarang ini pasukan bomba sukarela di bawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan.

"Kalau kementerian setuju, pasukan bomba sukarela akan mendapat lagi banyak bantuan dan mungkin boleh dipertimbangkan elaun bagi ahli yang membantu bomba dalam sesuatu kejadian," katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis penyerahan peralatan bomba dan sijil Skim Teman Pili Bomba di sini pada Jumaat.

Lajim berkata pasukan itu menerima bantuan berjumlah RM13.9 juta tahun lepas untuk latihan, pemberian peralatan, kasut dan baju kalis api.

Dalam perkembangan lain, Lajim berkata kementerian bercadang agar sebuah helikopter dapat diberikan kepada Sabah dan Sarawak dalam Rancangan Malaysia ke-10.

Katanya langkah itu bagi memudahkan pengawasan kejadian kebakaran seperti di hutan melalui udara dan melancarkan pergerakan bomba ke kawasan yang tidak mempunyai perhubungan jalan raya yang baik.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah Khirudin Drahman berkata jabatan itu akan mengadakan latihan bagi kumpulan pertama pasukan payung terjun di Sabah bulan depan.

Seramai 40 peserta akan dilatih menggunakan payung terjun pada waktu kecemasan, termasuk latihan sebagai pembantu paramedik

Dewan Rakyat: Bomba Sukarela Dicadang Berdaftar Dengan Jabatan Bomba


KUALA LUMPUR, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan sedang dalam proses untuk mencadangkan kepada Kabinet supaya pasukan bomba sukarela didaftarkan dengan Jabatan Bomba dan Penyelamat.

Timbalan menteri berkenaan Datuk Lajim Ukin berkata apabila pasukan itu didaftarkan dengan Jabatan Bomba dan Penyelamat, mereka akan memenuhi peraturan-peraturan yang akan disyaratkan oleh jabatan tersebut.

"Kita akan gariskan beberapa perkara termasuk skim insurans, elaun untuk bertugas, kad kuasa serta peruntukan-peruntukan yang dirasakan oleh kerajaan perlu diberikan kepada bomba sukarela ini," katanya menjawab soalan tambahan Taib Azamudden Md Taib (PAS-Baling) pada persidangan Dewan Rakyat di sini Rabu.

Lajim berkata setelah bomba sukarela didaftarkan mereka akan dikenali sebagai Bomba Sukarelawan Bantuan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.

Terdahulu, menjawab soalan asal Taib Azamudden sama ada kerajaan bercadang memberi insentif galakan kepada bomba sukarela di seluruh negara dengan peralatan-peralatan utama bagi menampung khidmat mereka, Lajim berkata di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9), kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM13.9 juta bagi pembelian peralatan kebombaan.

Beliau berkata pada tahun 2008, sebuah jentera bomba, 2,000 jaket api dan 2,250 pasang kasut api diagihkan kepada pasukan bomba sukarela di seluruh negara.

"Selain itu, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia juga sentiasa memberi latihan kebombaan kepada anggota bomba sukarela berkaitan dengan pemadaman dan pencegahan kebakaran bagi mempertingkatkan kemahiran pasukan," katanya.

Thursday, June 17, 2010

PEMUDA DAN PUTERI UMNO KUASA PENGERAK KEPADA PROSES TRANSFORMASI NEGARA




Ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Panglima Haji Lajim haji Ukin bersama Timbalan Ketua Umno Bahagian Isnin Haji Aliasnih (depan ) diiringi oleh Ketua Pergerakan Pemuda Umno Beaufort Mohd.Ishak Haji Ibrahim bersalaman dengan ahli jawatankuasa Pemuda Umno Bahagian Beaufort semasa merasmikan mesyuarat berkelompok cawangan cawangan Pergerakan Pemuda Umno di Kuala Penyu baru-baru ini

KOTA KINABALU: Pergerakan Pemuda dan Puteri Umno pada hari ini merupakan kuasa pengerak kepada proses transformasi politik ,ekonomi dan sosial negara pada masa akan datang.

Ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin (gambar) berkata,dengan adanya komitmen dan sokongan kerajaan Barisan Nasional hari ini, yang menyediakan persekitaran yang kondusif Pemuda dan Puteri Umno mestilah menjadi pejuang utama dan sumber inspirasi kepada rakyat Malaysia dalam proses pembangunan Negara.

“ Dengan demikian pemuda dan Puteri Umno perlu melengkapkan diri dengan ilmu pengetuhan dan kemahiran supaya lebih kompetitif dalam era globalisisi dan ledekan teknologi disamping berusaha mencapai penanda aras yang terbaik” katanya dalam perutusan buku aturcara perasmian serentak persidangan pergerakan pemuda dan Puteri Umno bahagian Beaufort yang bersidang hari ini (Sabtu) di dewan Masyarakat Beaufort.

Menurut Lajim yang juga Ketua Umno bahagian Beaufort sebagai pemimpin pelapis golongan ini bukan sahaja perlu memiliki pengetuhan dan kemahiran namun dalam masa yang sama mereka perlu menampilkan ciri ciri kepimpinan yang tulen, ikhlas amanah dan bertanggungjawab terhadap kepentingan bangsa agama dan negara.
Sehubungan dengan Lajim berharap pergerakan Pemuda dan Puteri Umno di semua peringkat dapat mengatur program yang bersifat inklusif dimana segala program yang dilaksanakan perlu relevan dan menepati citrasa golongan muda ini termasuklah menenangi sokongan generasi muda terhadap dasar dan perjuangan parti dengan tidak meminggirkan peranan serta tanggungjawab mereka terhadap proses untuk memajukan negara
“ Kesemua eleman ini perlu menjadi nadi dan paksi kepada pendekatan Pemuda dan Puteri Umno dalam gerak kerja yang konsisten dan menepati sologan 1 Malaysia yang diperkenalkan oleh Presiden parti Datuk Seri Mohd Najib Tun Abd. Razak ” katanya
Sambil mengharapkan kematangan Pemuda dan Puteri Umno untuk bersaing di pentas nasional dan antarabangsa, Lajim yang juga Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan berharap kedua-dua sayap ini turut memberikan perhatian terhadap agenda kecemerlangan pendidikan, pembelaan ekonomi dan sosial bagi segenap lapisan masyarakat luar bandar yang perlu laksanakan seperti yang digariskan dalam Rancangan Lima Tahun khususnya dalam menjayakan Rancangan Malaysia Ke Sepuluh (RMK-10) dan Dasar Ekonomi Baru (MEB

Wednesday, June 16, 2010

Sabah Perlu 20,000 Ribu Rumah





TUNAI JANJI…Lajim diringi oleh pegawai pegawai kanan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan kontraktor pemaju ketika mengadakan lawatan mengejut bagi memantau kemajuan perlaksanaan projek PPR di Kiansom Inanam kemarin.


KOTA KINABALU: Sabah memerlukan sekurang-kurannya 20,000 unit rumah bagi mengatasi keperluan perumahan khususnya untuk golongan yang berpendapatan rendah di negeri ini dalam Rancangan Malaysia ke Sepuluh (RMK-10)

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin berkata,keperluan tersebut sentiasa meningkat dari masa ke semasa sesuai dengan kepesatan pembangunan di negeri ini juga selaras dengan agenda kerajaan untuk membantu meningkatkan pendapat isi rumah 40 peratus terendah.

“Usaha kerajaan untuk membina sebanyak 78,000 unit baru perumahan awam yang mampu milik di seluruh negara (RMK-10) merupakan anntara komitmen kerajaan bagi menyediakan kemudahan perumahan untuk kepentingan rakyat dimana Sabah dan Sarawak tidak terkecuali untuk menikmati kemudahan ini” katanya ketika ditemui selepas mengadakan lawatan mengejut bagi memantu kemajuan Projek Perumahan Rakyat (PPR) di Kiansom Inanam pagi kemarin.

Mengiringi lawatan beliau Ketua Penolong Pengarah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan bahagian Sabah Mazlan Mohamad dan pegawai pegawai kanan KPKT Bahagian Sabah .

Menurut Lajim yang juga Ahli Parlimen Beaufort kebanyakan rumah yang dibina di Sabah adalah dibawah program PPR bagaimana pun kementerian beliau sedang mengkaji bagi menjadikan PPR ini sebagai rumah mampu milik bagi membuka ruang penyewa khususnya mereka yang berpendapatan rendah memilikinya.

“ Di beberapa buah negeri seperti Pahang dan Kuala Lumpur kerajaan telahpun mengambil keputusan untuk menjual terus PPR ini kepada penyewanya sebagai rumah mampu milik” tambah Lajim

Mengulas lawatan tersebut Lajim turut melahirkan rasa puas hati beliau terhadap kemajuan perlaksanaan projek PPR Kiansom Inanam setelah projek ini diambil alih oleh sebuah kontraktor baru pada bulan Ogos tahun lalu.

Menurut beliau dari taklimat yang diberikan oleh kontraktor baru yang meneruskan projek ini sejak awal Mac sehingga 31 Mei tahun ini peratus perlaksanaan projek ini sebanyak 6.5 peratus dimana mereka diberikan tempoh selama 21 bulan untuk menyiapkan projek ini dengan kos sebanyak 47.133 juta melalui sebutharga.

“ Dari apa yang saya perhatikan semasa lawatan mengejut saya hari ini, saya melihat perkembangan positif tentang kemajuan projek ini berbanding dengan lawatan yang saya lakukan pada bulan Febuari lepas dan memberikan keyakinan dengan tenagaj kerja yang ada disamping komitmen kontraktor yang melaksanakan projek ini ianya boleh disiapkan lebih awal dari jadual asal ” katanya

Sehubungan dengan itu beliau meminta kontraktor pemaju agar sentiasa berhubung dengan pegawai pegawai di kementerian beliau bagi mengatasi sebarang masalah yang timbul bagi mempestikan projek ini berjalan dengan lancar dan dapat disiapkan mengikut jadual yang telah ditetapkan.

Dalam perkembangan lain Lajim berkata setakat ini sebuah lagi PPR di Bukit Padang merupakan antara projek PPR yang tergendala perlaksanaanya dimana kementerian beliau dalam proses untuk menamatkan kontrak kepada pemaju sebelum ini ,sementara projek projek PPR di Kudat,Keningau dan Kunak merupakan projek PPR yang diketegorikan sebagai projek “sakit” dan arahan telahpun dikeluarkan agar kontraktor pemaju yang terlibat dalam projek ini, berusaha untuk menyiapkanya sebelum tempoh RMK-9 berakhir.

Tuesday, June 8, 2010

" WALAI BISAYA" BAKAL DIJADIKAN PUSAT PENERANGAN PELANCONGAN






BAKAL…Walai Bisaya ( Rumah Bisaya) terletak di pintu masuk utama ke bangunan KDCA Penampang bakal dijadikan pusat Penerangan Pelancongan (PBBS)


BANGUNAN “ Walai Bisaya” juga dikenali sebagai Rumah Suku kaum Bisaya terletak di pintu masuk utama Bangunan Persatuan Kebudayaan Kadazan Sabah (KDCA) Jalan Penampang merupakan salah sebuah dari rumah rumah suku kaum yang didirikan di kawasan tersebut bakal menjadi Pusat Penerangan Kebudayaan Persatuan Bisaya Bersatu Sabah (PBBS)

Naib Presiden (PBBS) Haji Roslan Muharam berkata, cetusan idea bagi menjadikan rumah ini sebagai Pusat Penerangan Kebudayaan (PBBS) adalah cetusan idea dari Presiden (PBBS) Janang Gayuh Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin yang mahu fungsi dan peranan “Walai Bisaya” di pelbagaikan dimana ianya tidak hanya menjadi tumpuan pengunjung atau pelancong asing semasa sambutan Pesta Kaamatan Peringkat Negeri sahaja namun ianya akan menjadi pusat sumber rujukan bagi pelancong di kawasan Bandar Kota Kinabalu.

Menurut Haji Roslan yang juga Pengerusi Biro Kebudayaan (PBBS) bangunan “Walai Bisaya” yang dibena baru semasa sambutan Pesta Kaamatan tahun ini dibina berkonsepkan latar belakang masyarakat Bisaya dimana mejoiriti peralatannya seperti atap dan dinding rumah dibuat daripada pokok rumbia yang senonim dengan kehidupan masyarakat bisaya khususnya di kawasan Beaufort. Dibina pada keluasan 60 kaki panjang dan lebar 40 kaki lebar Walai Bisaya kini mempunyai pelbagai kemudahan antaranya tandas, dapur 4 bilik di bahagian atas sementara di bahagian bawah dua bilik disamping mempunyai beranda di bahagian bawah sesuai untuk menjalankan aktiviti pementasan kebudayaan.

“ Kita akan memperincikan cadangan ini untuk dikemukakan dalam mesyuarat majlis tertinggi (PBBS) dan jika ianya dipersetujui kita akan melaksanakanya dalam tempoh terdekat ini dengan menyediakan pelbagai bahan yang boleh membantu menjadikan “Walai Bisaya” ini menjadi pusat penerangan pelancongan masyarakat bisaya yang merangumi aspek budaya adat resam ,makanan dan kraftangan masyarakat Bisaya” katanya ketika ditemui di sini

Menurut Haji Roslan usaha ini selaras dalam usaha kerajaan menggalakkan industri pelancongan dan berbagai kemudahan pelancongan disediakan antaranya kaunter penerangan pelancongan berbentuk riasalah gambar gambar dan , ruang ligar untuk persembahan kebudayaan pada masa masa tertentu juga ruang-ruang untuk pameran serta demonstrasi permainan tradisional dan juga kraftangan.

“ Kita juga akan menyediakan pertunjukkan audio visual mengenai tempat-tempat menarik, corak kebudayaan, bagi masyarakat Bisaya dimana ianya bertujuan untuk memberi gambaran ringkas kepada para pelancong mengenai aspek menarik tentang budaya masyarakat Bisaya serta kawasan kawasan menarik yang boleh dilawat di kawasan Beaufort yang menjoriti penduduknya dari suku kaum Bisaya” katanya

Haji Roslan menambah (PBBS) juga diperingkat cadangan bagi menjadikan sebahagian bilik yang ada di rumah ini untuk dijadikan Inap Desa (Home Stay) bagi membantu masyarakat Bisaya untuk mendapat tempat tinggal di Kota Kinabalu terutamanya mereka yang terpaksa bermalam kerana beberapa masalah seperti terpaksa menunggu keluarga yang sakit di rawat di hospital dan lain lain

Disamping itu Roslan menambah kedai menjual cenderamata dan kraftangan tempatan dari masyarakat Bisaya juga akan dibuat di rumah ini dan bagi pengunjung yang ingin menikmati berbagai makanan tempatan yang lazat dari masyarakat Bisaya seperti “Amboyat” (sagu) kinabol dan sebagainya sebuah restoran berkonsepkan masakan tradisi suku kaum Bisaya juga akan dibuat di dalam “Walai Bisaya ini.

Menurut Haji Roslan lagi apabila “ Walai Bisaya “ ini buka kepada umum semasa sambutan Pesta Kaamatan peringkat Negeri setiap tahun sambutan orang ramai terhadapnya terutama daripada pelancong luar negara amatlah menggalakkan dan adalah dijangkakan akan mendapat sambutan sekiranya “Walai Bisaya “ ini kelak beroperasi sebagai pusat penerangan pelancongan (PBBS)

Katanya apa bila cadangan ini dapat direalisasikan ianya merupakan satu pusat yang menyediakan pelbagai perkhidmatan dan kemudahan kepada orang ramai. Selain membantu orang ramai atau pelancong dalam merancang lawatan-lawatan mereka, ia juga memberi mereka kesempatan untuk melihat dan menikmati sendiri segala daya tarikan yang terdapat dan dimilik oleh suku kaum Bisaya di negeri ini melalui pementasan kebudayaan dan demonstrasi yang diadakan seperti demonstrasi krfatangan dan Permainan Tradisional.

3000 RIBU BUAH RUMAH PPR DI SABAH MASIH KOSONG




SIDANG MEDIA…Lajim ketika bercakap kepada media selepas majlis tersebut


BEAUFORT: Kira-kira 3-ribu rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) di negeri ini masih kosong walaupun kebanyakan rumah berkenaan sudah ada nama penyewa.

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin berkata, masalah itu timbul berikutan sikap pemohon yang enggan berpindah ke PPR terlibat.

Katanya, pemohon PPR yang kebanyakannya terdiri daripada kalangan setinggan tempatan sepatutnya mematuhi arahan pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk berpindah selepas PPR yang dipohon sedia untuk diduduki.

Beliau menyatakan demikian kepada pemberita ketika diminta mengulas mengenai usaha kerajaan persekutuan membantu kerajaan negeri mencapai sasaran setinggan sifar menjelang hujung tahun ini.

Sebelum itu Lajim yang juga Ahli Parlimen Beaufort turut menyertai lebih dari 500 orang masyarakat Islam setempat mengerjakan Solat Hajat dan Perhimpunan Aman bagi menguntuk kekejaman Rejim Zionis Isreal yang menyerang kapal misi bantuan Kemanusia Gaza di masjid Jamek Kampung Kebantu dekat sini baru baru ini

Majlis tersebut dianjurkan oleh Pergerakan Pemuda dengan kerjasama Umno Bahagian Beaufort dan jawatankuasa Masjid Kampung Kebatu yang turut dihadiri oleh Timbalan ketua Umno bahagian Isnin Haji Aliasnih,Setiausaha Umno Bahagian Haji Jusih haji Sarin Ketua Pemuda Mohd.Ishak Haji Ibrahim dan Naib Ketua Pemuda Mohd.Azman Lajim.

Menurut Lajim, usaha kerajaan menyediakan PPR untuk mengatasi masalah setinggan dalam bandar hanya sia-sia jika penduduk terlibat enggan bekerjasama.

Beliau turut menyarankan agar PBT bertindak lebih tegas meroboh rumah setinggan dalam kawasan kadaran masing-masing mengikut notis yang dikeluarkan untuk memastikan penduduk berpindah ke PPR.

Katanya, penduduk terlibat tidak mempunyai alasan enggan berpindah kerana setiap PPR dilengkapi kemudahan asas yang diperlukan.

Beliau menambah ,kerajaan sedang mengkaji pelaksanaan skim sewa-beli projek PPR di seluruh negara untuk membantu rakyat berpendapatan rendah memiliki rumah sendiri.

“ Setinggan warga asing pula akan dihantar pulang ke negara asal masing-masing tanpa sebarang kompromi dimana projek perumahan dibawah projek PPR adalah dikhususkan kepada setinggan tempatan yang tinggal di kawasan setinggan ataupun terpaksa menyewa rumah di kawasan Bandar” tambah Beliau

UMNO BEAUFORT SERU MASYARAKAT ANTARABANGSA KUTUK KEKEJAMAN REJIM ZIONIS ISREAL




TAKBIR Lajim bersama kepimpinan Umno bahagian ,pemuda Umno dan masyarakat Islam setempat melaungkan takbir sebanyak tiga kali sebagai tanda protes mengutuk kekejaman rejim zionas Isreal selapas mengerjakan sembanyang jumaat dan solat hajat di masjid Jamek Kampung Kebatu pagi kemarin

BEAUFORT : Umno bahagian ini mengutuk sekeras-kerasnya tindakan komando rejim zionis Israel yang menyerang sebuah daripada enam buah kapal yang dalam perjalanan menghantar bantuan kemanusiaan di Gaza.

Ketuanya Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin berkata tindakan kejam komando rejim zionis itu telah menyebabkan ramai aktivis yang tidak bersalah terbunuh dan di tawan.

" Tindakan ganas komando rejim zionis Isreal menceroboh kapal aktivis dalam misi kemanusiaan ini yang menyebabkan ada yang terbunuh dan ianya merupakan satu tindakan yang keterlalun yang tidak boleh diterima sama sekali” katanya ketika ditemui selepas mengetuai sembahyang hajat dan perhimpunan Aman bagi mengutuk tindakan Rejim Zionis Isreal anjuran Pergerakan Pemuda dan Umno bahagian Beaufort di perkaraangan Masjid Jamek Kampung Kebatu dekat sini pagi kemarin.

Hadir sama Timbalan Ketua Umno bahagian Beaufort Isnin Haji Aliasnih,Setiausaha Umno bahagian Haji Jusih Haji Sarin ,Ketua Pergerakan Pemuda Mohd.Ishak Haji Ibrahim serta hampir 500 orang masyarakat Islam setempat dimana Umno bahagian Beaufort merupakan antara bahagian yang pertama di negeri ini mengadakan perhimpunan aman dan solat hajat bagi mendoakan kesejahteraan rakyat Palestin dan mereka (aktivitis kemanusian) yang masih di tawan.

Menurut Lajim seluruh rakyat di dunia ini yang mencintai keamanan tanpa mengira kaum, bangsa dan agama perlu mendoakan dengan kepercayaan masing-masing agar kesejahteraan rakyat Palestin terpelihara dari keceman dan tindakan keganasan rejim zionas Isreal yang berlaku sejak sekian lama.

Ahli Majlis tertinggi Umno ini juga menambah, jika komando rejim zionis boleh melakukan kejaman dantindakan ganas terhadap kumpulan misi kemanusian tersebut adalah tidak mustahil mereka akan lebih bertindak ganas dan zalim kepada rakyat di bumi Palestin .

Sehubungan dengan itu beliau menekankan agar sekatan dilaksanakan terhadap Gaza sejak 2007 wajib ditamatkan ,

Tambah Lajim insiden ini merupakan satu lagi contoh bahawa Israel melakukan jenayah kejam ini di mana tindakan pihak berkuasa Israel itu sendiri yang sebenarnya mengancam kedaulatan mereka sendiri.

"Kita amat kesal dengan kegagalan beberapa negara mengutuk tindakan jahat rejim zionis Israel ini, termasuk Amerika Syarikat yang hanya meluahkan "kekesalan yang amat sangat" sementara United Kingdom, Kanada dan Australia pula membisu.

"Kerajaan negara-negara tersebut gagal menyampaikan isyarat perasaan majoriti rakyat mereka," ujar beliau.

Beliau juga menyeru supaya komuniti antarabangsa mendesak Israel menghormati hak asasi manusia seperti yang terkandung dalam resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu berkaitan dengan Palestin.

Dalam perkembangan yang sama Lajim juga memuji usaha kerajaan dibawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd.Najib Tun Abdul Razak yang mengambil inisiatif dan tindakan segara bagi membantu membebaskan rakyat Malaysia yang terlibat dalam insiden ini.