Wednesday, June 30, 2010

UMNO BEAUFORT BERSIDANG 3 JULAI INI


Tuan Haji Jusih Haji Sarin Setiausaha Umno Bahagian Beaufort

BEAUFORT: Persidangan Perwakilan Umno bahagian Beaufort kali ke 17 akan berlangsung pada 03 Julai (Hari Sabtu) ini bertempat di dewan Masyarakat Baru Beaufort.

Setiausaha Umno bahagian Beaufort Haji Jusih Haji Sarin (gambar) berkata, hampir seribu orang perwakilan dan pemerhati akan menghadiri persidangan bahagian ini yang melibatkan perwakilan dari kawasan Dewan Undangan negeri Klias dan Kuala Penyu.

Katanya, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Senator Mejoor Jenral Datuk Jamil Khir Baharom dijangka akan merasmikan persidangan kali ini dan akan dihadiri bersama oleh Ahli Majlis Tertinggi Umno yang juga Ketua Umno bahagian Beaufort Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin.

Menurut beliau beberapa usul juga akan dibahaskan antaranya menyentuh soal pendidikan, agama,ekonomi dan sosial.

" Saya berharap para perwakilan dapat mengambil perhatian bagi memudahkan urusan pendaftaran perwakilan kita akan membuka pendaftaran perwakilan pada 02 Julai di pejabat Umno bahagian dan seterusnya sebelum persidangan bermula di Dewan Masyarakat Beaufort yang baru" katanya ketika dihubungi di sini kemarin.

Sehubungan dengan itu beliau meminta para perwakilan yang terpilih menghadiri persidangan kali ini akan mendaftar lebih awal bagi mengelakkan kesesakkan semasa majlis perasmian berlangsung.

No comments:

Post a Comment