Friday, July 2, 2010

PERUTUSAN KETUA UMNO BAHAGIAN BEAUFORT



DATUK SERI PANGLIMA HAJI LAJIM HAJI UKIN AJAK AHLI UMNO BERMUHASABAH DIRI PERKUKUHKAN KEKUATAN PARTI

BEAUFORT: Pemimpin dan ahli parti Umno diingatkan agar sentiasa bermuhasabah diri dalam melaksanakan tugas serta amanah demi memperkasakan kekuatan Umno agar terus relevan seiring dengan tuntutan zaman

Ketua Umno bahagian Beaufort Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin(gambar ) berkata, sejauh mana pun kehebatan dan pencapaian parti, ketika melalui proses pemulihanya kini, ahli-ahli Umno perlu berpijak di bumi nyata dimana pemimpin dan ahli tidak harus meletakkan titik noktah terhadap perjuangan untuk terus berkerja keras memerkukuhkan institusi parti.

“ Landskap politik negara telah berubah sama sekali dimana ahli parti tidak seharusnya terlalu nostalgik dengan kejayaan masa lampau tanpa mencipta kejayaan kejayaan baru “ katanya dalam perutusan buku aturcara persidangan perwakilan Umno yang ke 17 yang diadakan hari ini (sabtu) di Dewan masyarakat Pak Musa Beaufort

Hampir 1000 orang perwakilan dan pemerhati dijangka akan menghadiri pesidangan kali ini dimana majlis perasmiannya akan disempuranakan oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Senator Mejar Jenral Datuk Jamil Khir Baharom.

Beliau berkata sejarah kegemilangan Umno bukanlah satu jaminan bagi parti tersebut untuk terus berkuasa memandangkan rakyat kini menjadi pemerhati bijak akan kedudukan parti pada masa kini dan akan datang

“Realitinya sekarang menunjukkan fakta sejarah kegemilangan Umno bukan lagi menjadi ukuran kerana sudah ada kalangan rakyat yang tidak ambil peduli perkara itu.” Katanya

Sehubungan dengan itu katanya Umno perlu berubah dan perlu berani membuat perubahan bukan sahaja di kalangan pemimpinnnya malah semua ahli parti itu supaya melakukan perubahan

“ Sebagai parti siasah yang ingin kekal relevan selari tuntutan zaman, UMNO tidak boleh hidup dengan hanya bertunjangkan jasa-jasa terdahulu” tegasnya

Menurut Lajim yang juga Ahli Majlis Tertinggi (UMNO) perubahan minda, nilai dan sikap pengundi sekarang lebih mementingkan nilai-nilai politik yang tulus iaitu integriti, jujur dan telus. .

Katanya, pemimpin parti perlu sedar bahawa kekuatannya bermula dengan hubungan pemimpin akar umbi dengan rakyat. Ini bermakna pemimpin peringkat cawangan dan bahagian UMNO mesti aktif mengadakan program aktiviti kemasyarakatan, bersama membasmi kemiskinan tegar,memperkasakan pendidikan, ekonomi dan membantu rakyat semasa berlaku bencana dan kesusahan.

“ Perubahan landskap politik selepas Pilihan Raya Umum Ke-12 menuntut parti untuk melakukan transformasi dan pembaharuan dari segi pendekatan, nilai dan sikap demi memulihkan kepercayaan rakyat kepada Umno dan Barisan Nasional “ katanya

Sehubungan dengan itu beliau mahu pemimpin dan ahli parti harus melihat kepentingan parti sebagai keutamaan dimana menurut beliau pemimpin tidak penting, yang penting ialah mengukuhkan institusi. Pemimpin boleh datang, pemimpin boleh pergi tetapi Umno mesti tetap wujud, harus kuat dan kukuh. demi memastikan maruah bangsa terus terjamin.

No comments:

Post a Comment