Tuesday, July 20, 2010

Jangan Berkira dalam soal pendidikan anak






JANA KEMAJUAN PENDIDIKAN….Mohd.Ishak bersama Naib Ketua Pemuda Mohd.Azman ketika menyerahkan beg dan peralatan sekolah kepada salah seorang pelajar sempana majlis tersebut


BEAUFORT :Ibu bapa diingatkan agar tidak terlau berkira sangat dalam soal perbelanjaan untuk pendidikan anak-anak jika mahu masa depan mereka terjamin.
Ketua Pergerakan Pemuda Umno bahagian Beaufort Mohd.Ishak Haji Ibrahim berkata, walaupun kesan pelaburan dalam pendidikan mengambil masa yang panjang tetapi ia mampu memberikan pulangan dan kepuasan yang tidak boleh dinilai dengan wang ringgit disamping mampu merubah masa depan anak-anak keluarga dan masyarakat keseluruhan
''Jika bayaran ansuran kereta dan kelengkapan rumah kita mampu membayarnya setiap bulan, kenapa kita berkira sangat dan kedekut untuk melabur dalam pendidikan anak-anak.
''Kita jangan hanya memikirkan kepentingan sendiri sebaliknya perlu memikirkan masa depan anak-anak kerana hanya ilmu serta kemahiran akan menjamin dan mengubah masa depan mereka," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis penyampaian bantuan peralatan sekolah kepada pelajar sekolah agama kampung Laba dekat sini petang kemarin
Hadir sama Naib Ketua Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Beaufort Mohd.Azman Datuk Seri Panglima Haji Lajim,Pengerusi PIBG SAN Laba Anak bin Ghani dan Guru Besar SAN Laba. Aminah hj Suntrak. Murid
Dimajlis tersebut seramai 37 orang pelajar di sekolah tersebut menerima bantuan berupa beg,peralatan sekolah dan juga buku buku rujukan yang disumbangkan oleh pergerakan Pemuda Umno bahagian Beaufort
Menurut Mohd Ishak yang juga Ketua Pergerakan Pemuda Barisan Nasional Beaufort , kerajaan telah memperuntukkan sejumlah besar peruntukan di negeri ini meliputi biasiswa kepada pelajar sekolah rendah, menengah ,buku buku teks, pakaian dan tidak terkecuali bantuan kewangan berupa Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin bagi membantu pelajar pelajar yang kurang berkemampuan
“Seharusnya bantuan dan kemudahan kondusif yang disediakan oleh kerajaan ini dimanafaatkan sepenuhnya oleh ibu bapa dan pelajar untuk mereka mencapai keputusan yang cemerlang dalam bidang akademik mereka” katanya
Dalam perkembangan yang sama Mohd.Ishak juga berkata tanggungjawab untuk memperkasakan mutu pendidikan di negeri ini bukan semata-mata menjadi tanggungjawab kerajaan, sekolah dan guru guru sahaja sebaliknya semua pihak ibubapa, sektor korprat,swasta dan badan badan NGO perlu memberikan sokongan dan kerjasama untuk menjayakan agenda menjana kemajuan pendidikan antara prasyarat untuk melahirkan model insan cemerlang yang memberikan impak yang besar terhadap pembangunan dan kemajuan Negara pada masa akan datang.
Sehububungan dengan itu katanya, Pergerakan Pemuda Umno bahagian Beaufort terpanggil untuk melaksanakan program tersebut sebagai satu tanggungjawab sosial untuk membantu membangunkan mutu pendidikan khususnya di kawasan tersebut agar berdaya maju dan sentiasa cemerlang.jaw

No comments:

Post a Comment