Friday, July 9, 2010

KEMPEN TANPA BEG PLASTIK DIPERLUAS KE SELURUH PBT






LANCAR….Lajim diiringi oleh John,Edmond dan Sebastian menarik tali kain pembidai sebagai simbol perasmian program tersebut

KUALA PENYU: Kerajaan akan memperluaskan Kempen Tanpa Beg Plastik ke seluruh Kawasan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Negara ini bagi membendung masalah pencemaran yang semakin berleluasa.

Timbalan Menteri Perumahan dan kerajaan Tempatan Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin berkata, kempen ini bertujuan untuk menyedarkan masyarakat tentang kepentingan menjaga alam sekitar dari terus dicemari .

“ Bahan campuran kimia yang yang terdapat pada beg palstik boleh menjejaskan kesimbangan ekosistem dan memberi kesan buruk kepada bumi iaitu pemanasan global kerana itu orang ramai perlu diberikan kesedaran untuk sama-sama menjaga kebersihan alam sekitar” katanya ketika ditemui selepas merasmikan program Local Agenda 21 Majlis Daerah Kuala Penyu pagi kemarin.

Hadir sama Wakil Rakyat Kuala Penyu John Teo Mau Sing,Pegawai Daerah Kuala Penyu Edmond Teo,Pengerusi Penganjur Program Sebastian Dirih Anjim Naib Ketua Umno Bahagian Beaufort Datuk Kimjus Duim dan Pegawai Ekesuktif Majlis Daerah Kuala Penyu Haji Mohd. Fazlee Abdullah.

Menurut Lajim sisa pepejal yang dihasilkan penduduk Malaysia akan meningkat dari tahun ke tahun dengan jangkaan mencecah 30,000 tan sehari menjelang tahun 2010

Sehubungan dengan itu katanya, kerajaan komited melaksanakan program 3R iaitu mengurang,mengguna semula dan mengitar semula yang akan menjadi strategi utama bagi menangani jumlah sisa pepejal yang semakin bertambah di negara ini

"Kementerian akan terus komited untuk meneruskan program ini dengan menyediakan peruntukan tahunan bagi perolehan tong-tong kitar semula, mengadakan kempen-kempen kesedaran seperti kempen tanpa Beg Plastik dan pembinaan pusat-pusat kitar semula di kawasan Pihak Berkuasa Tempatan yang terlibat," katanya

Tambah beliau lagi bagi menyediakan kemudahan dan promosi program 3R ini kerajaan telah membelanjakan RM2.4 juta tahun 2006, RM3.3. Juta (2007) dan RM 1,5 juta pada tahun 2008

Terdahulu ketika berucap di majlis tersebut Lajim yang juga Ahli Parlimen Beaufort berkata program Local Agenda 21 bertujuan mewujudkan masyarakat bandaran yang sihat, harmoni, aktif dan berada dalam persekitaran yang sejahtera.

Katanya, program itu disasarkan kepada orang ramai agar dapat bersama-sama memacu pembangunan bersama PBT bagi melahirkan masyarakat yang kondusif dan sejahtera, dengan melibatkan , masyarakat tempatan untuk mengenalpasti dan mengkaji isu-isu pembangunan mampan, dan membentuk pelan tindakan untuk menangani isu-isu yang berkaitan

“Pendekatan asas program ini ialah pendekatan "bottom-up", atau dari akar umbi ke atas iaitu penduduk-penduduk tempatan sendiri akan terlibat dalam menentukan pelan tindakan bagi kawasan masing-masing” katanya

Sempana program Local Agenda 21 tersebut turut di lancarkan kempen “ Jom Ganyang Aedeas” yang dianjurkan oleh Jabatan Kesihatan Daerah Kuala Penyu

No comments:

Post a Comment