Monday, August 31, 2009

Ketua Menteri Ajak Pemimpin BN Turun Padang






Datuk Seri Musa Haji Aman diiringi oleh Ketua Umno Bahagian Beaufort Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin dan Pengerusi Umno Zon 3 Datuk Sapawi Haji Ahmad bersalaman dengan masyarakat Islam setempat sejurus tiba ke majlis tersebut

BEAUFORT: Semua pemimpin Barian Nasional (BN) perlu turun padang bagi mendekati rakyat meskipun bukan di dalam bulan Ramadan 

Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman berkata, mereka perlu mengubah tingkah laku kurang disenangi menyebabkan rakyat beralih memilih parti pembangkang menjelang pilihnarya akan datang
Katanya, para pemimpin perlu ikhlas berjuang membela nasib rakyat bagi memastikan pembangunan secara berterusan dapat disalurkan
Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Berbuka Puasa Umno Zon 3 membabitkan Umno bahagian Beaufort, Sipitang,Kimanis dan Papar di Masjid Jamek Kampung Kebatu dekat sini petang kemarin.
Hadir sama di Majlis Tersebut Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Sabah Datuk Salleh Tun Said, Ketua Umno Bahagian beaufort Dauk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin Ketua Umno bahagian Sipitang Datuk Sapawi Haji Ahmad dan Ketua Umno bahagian Kimanis Datuk Anifah Haji Aman
Menurut Musa yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Sabah pemimpin perlu mengikis sifat angkuh jika ingin terus berkhidmat di kawasan sekali gus berusaha memperkasakan Umno dan Barisan Nasional (BN) di negeri ini.

“ Jangan menunggu musim demam pilihan raya baru mendampingi rakyat menyebabkan parti ditolak masyarakat di sesuatu kawasan berkenaan. Sokongan rakyat begitu diperlukan bagi memastikan BN terus memerintah bagi membawa lebih pembangunan yang diperlukan di negeri ini” katanya
Terdahulu ketika berucap di majlis yang sama Lajim berkata pendekatan berbuka puasa yang diamalkan Umno Sabah merupakan pendekatan terbaik demi mengwujudkan semangat setia kawan dalam kalangan ahli Umno serta Barisan Nasional (BN).

Katanya,cara ini memudahkan para pemimpin berjumpa dengan rakyat disamping merealisasikan konsep satu Malaysia yang diihlamkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
“Perdana Menteri memberikan Sabah merupakan antara contoh terbaik dalam merealisasikan konsep Satu Malaysia, justeru kita perlu bukan sahaja menjadi ikon namun dari masa ke semasa perlu terus mempertahankan perpaduan agar pelbagai program pembangunan untuk kepentingan rakyat Sabah mudah dilaksanakan” katanya.
Di majlis tersebut selain berbuka puasa bersama Rakyat Musa yang juga Ahli Majlis Tertinggi Umno turut menyampaikan sumbangan zakat fitrah kepada anak-anak yatim, fakir miskin, saudara baru dan menyampaikan sumbangan Kewangan dari Yayasan Sabah untuk tabung Masjid Jamek Kampung Kebatu Oleh: Jaafar Abdul Wahid

Friday, August 28, 2009

GPMS SABAH TOLAK CADANGAN BAGI MEMASUKKAN PERTUBUHAN TERSEBUT DALAM AKTA BELIA




Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin ketika mempengerusikan mesyuarat tersebut

KOTA KINABALU: Gabungan Pelajar Melayu Semananjung (GPMS) Sabah menolok cadangan bagi memasukan pertubuhan tersebut dalam Akta Belia yang hanya boleh disertai oleh golongan belia yang berumur di bawah 40 tahun

Pengerusi Perhubungan (GPMS) Sabah Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin berkata, keputusan tersebut merupakan keputusan yann tidak selaras dengan matalamat asal pertubuhan tersebut diwujudkan sebelum ini yang lebih memberikan perhatian terhadao usaha memperkasakan mutu pendidikan pelajar Melayu dan Bumiputera.

“ Langkah ini juga telah mengurangkan skop serta sumbangan GPMS dalam menjana kemajuan sektor pendidikan Negara dimana kita melihat pendidikan adalah merupakan keperluan sepanjang hayat tanpa mengira batas usia” katanya ketika ditemui selepas mempengerusikan mesyuarat perhubungan GPMS Sabah di salah sebuah hotel di sini malam kemarin.

GPMS Pusat pada persidangan tahunannya baru baru ini telah meluluskan usul bagi memasukkan pertubuhan tersebut ke dalam Akta Belia yang hanya membolehkan golongan belia iaitu yang berumur 40 tahun ke bawah boleh menjadi pemimpin dan ahli kepada pertubuhan tersebut.

Menurut Lajim yang juga Ahli Parlimen Beaufort seharusnya GPMS perlu bergerak dalam status yang sediaada agar sumbangannya lebih menyeluruh terutamanya dalam bidang pendidikan sebagai asas utama penubuhan pertubuhan tersebut sebelum ini tanpa meminggirkan kepentingan kaum belia.

“ Kita tidak menolak keupayaan pemimpin muda untuk menerajui kepimpinan tertinggi pertubuhan ini, namun adalah lebih baik perkonggsian idea antara pemimpin muda dan veteran dapat dicantumkan dalam pertubuhan ini khusus dalam memberikan tumpuan terhadap usaha memperkasakan mutu dan pencapaian pendidikan di Negara ini” tambah Lajim

Sementara itu pada mesyuarat tersebut juga GPMS Sabah telah bersetuju mencadangkan tiga exconya untuk bertanding merebut jawatan dalam pemimlihan GPMS Pusat yang akan diadakan pada bulan November ini.

Naib Pengerusi Hal Ehwal Wanita (GPMS) Sabah Saridah Datuk Mohd.Dun dicadangkan untuk bertanding bagi merebut jawatan Naib Prsiden GPMS, sementara dua lagi exconya iaitu Ketua Pergerakan Pemuda Umno Papar Amirzan Mohd.Ali dan dan Matlan Thufeck dicadangkan untuk bertanding bagi jawatan exco GPMS di peringkat Pusat .

Mengulas pencalonan ini Lajim yang juga Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan berkata, ketiga-tiga pemimpin GPMS Sabah ini merupakan antara tokoh yang mempunyai latar belakang pendidikan dan pengalaman dalam soal kepimpinan yang perlu diketengahkan di peringkat pusat agar mereka boleh memainkan peranan dalam kepimpinan tertinggi GPMS Bagi memperkasakan sektor pendidikan nasional khususnya di negeri ini.

PENAUNG PENDOKONG ASKAR WATANIAH HADIRI MAJLIS BEBUKA PUASA BERSAMA ANGGOTA ASKAR WATANIAH SABAH





MESRA...Lajim diiringi oleh Timbalan Komander Askar Wataniah Sabah Lt.Konel Jamaludin Yacob bersalaman dengan pegawai pegawai kanan Askar Wataniah Sabah sejurus tiba ke majlis tersebut

ERBUKA PUASA BERSAMA ASKAR WATANIAH... Penaung Pendokong Askar Wataniah Sabah yang juga .Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Kol .Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin petang kemarin telah menghadiri Majlis Berbuka Puasa bersama Anggota Rajimen 507 Askar Watniah Sabah, di Bukit Perwira Kota Kota Kinabalu .Hadir sama dimajlis tersebut Komender Askar Wataniah Sabah Prof.Datuk Dr.Kamarulzaman Haji Ampong ,Timbalan Komender Lt.kol.Jamaluddin Yaacob serta pegawai pegawai kanan Askar Wataniah Sabah. Selain berbuka puasa Lajim yang juga Ahli Parllimen Beaufort dan Dr.Kamarulzaman bersama pegawai pegawai kanan dan anggota Rajimen Askar Wataniah Sabah turut mengerjakan sembahyang berjemaah fardu Maghrib dan Isyak.

Menurut beliau (Lajim) penganjuran majlis tersebut bukan sahaja dapat merapatkan hubungan antara pemimpin dan pegawai-pegawai kanan di Rajimen tersebut namun ianya boleh dijadikan wadah untuk mengeratkan hubungan silatulrahim di kalangan pegawai dan anggota bagi meperkasakan lagi pasukan Askar Wataniah Sabah.

HAMPIR SERATUS BUAH KENDERAAN SERTA KONVOI KEMBARA MERDEKA RAMADAN






SERAH JALUR GEMILANG….Lajim diiringi oleh Pegawai Daerah Beaufort Mohd.Sidek Haji Jubar ketika menyerahkan jalur gemilang kepada salah seorang pemimpin masyarakat tempatan di majlis tersebu

MENUMBOK: Sekali pun berhadapan dengan keletihan menghadapi ujian menjalani ibadah puasa namun ianya tidak mematahkan semangat hampri 100 orang peserta konvoi Kembara Merdeka Ramadan yang berlepas dari Pekan Beaufort dan berakhir di daerah kecil Menumbok

Konvoi yang dilepaskan dan diketuai sendiri oleh Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin itu merupakan antara program dua dalam satu iaitu sebagai mengisi sambutan bulan Kemerdekaan dan juga bulan Ramadan dengan pengisian yang boleh membangkitkan semangat patriotik kepada bangsa,agama dan Negara.

Apa yang menariknya Konvoi ini, ianya bukan sahaja disertai oleh masyarakat Islam namun masyarakat lain juga terlibat disamping penyertaan jabatan jabatan kerajaan dan badan badan NGO yang mana ianya dengan sendiri dapat menjana Konsep serta semangat 1 Malaysia .

Lajim yang juga Ahli Parlimen Beaufort semasa berucap merasmikan program tersebut berharap rakyat khususnya umat Islam agar mengambil peluang dengan kebarkatan bulan Ramadan bagi memperbaharui dan meningkatkan ketakwaan kepada Allah SWT dengan melipat gandakan amal ibadat kepada Allah supaya hubungan manusia ( kita )dengan Allah bertambah teguh

Menurut Lajim dalam kebarkatan bulan Ramadan ini juga akan timbul pula perasaan kemanusiaan kita terhadap sesama insan, sehingga melahirkan amal kebaikan yang bermanfaat dalam suasana aman dan tenteram ketika negara akan menyembut kemerdekaannya yang ke 52 tahun

“ Dengan sifat mulia yang ditunjukkan maka penghidupan sesama insan bertambah harmoni dalam suasana keselesaan dan saling rasa prihatin bagi menjadikan kita rakyat yang akan terus bersatu padu dan menghargai makna sebuah kemerdekaan” katanya

Katanya, Setiap patriotik akan mewariskan sejarah kepada keturunannya dan generasi selepas mereka. Betapa bumi merdeka ini harus dipertahankan kedaulatannya. Tidak ada siapa yang akan menjaga untuk kita, melainkan diri sendiri.

Dimajlis tersebut Lajim turut mengaih-agihkan Jalur Gemilang kepada beberapa buah jabatan kerajaan dan pemimpin masyarakat dan selepas acara ini berakhir beliau bersama Peserta Konvoi turut menyertai masyarakat Islam setempat dalam Majlis Berbuka Puasa di Masjid Daerah Menumbok dan turut mengagih-agihkan sumbangan zakat kepada fakir miskin dan juga sumbangan untuk tabung Masjid dan Surau

Wednesday, August 26, 2009

KERAJAAN PUSAT KOMITED BANTU PBT DI SABAH DAN SARAWAK LAJIM



/>
PERSEDIAAN LENGKAP….Lajim (tengah) bersama sebahagian dari Jawatankuasa penganjur majlis berkenaan merakamkan gambar kenangan selepas mesyuarat tersebut berakhir

BEAUFORT : Pemberian geran tahunan bermula tahun depan kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Sabah dan Sarawak merupakan antara komitmen kerajaan Pusat bagi untuk membantu pengurusan pembangunan di kedua-dua buah negeri itu.

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin berkata pemberian geran berkenaan membolehkan PBT di Sabah dan Sarawak untuk merancang program pembangunan secara teratur dan meningkatkan tahap perkhidmatan kepada orang awam.

Menurut Lajim yang juga ahli Parlimen Beaufort , kaedah pemberian geran tersebut akan diberi mengikut kadar keluasan dan populasi penduduk di sesebuah PBT. Bagaimanapun katanya jumlahnya tidak sama bergantung kepada keperluan PBT tersebut.

Beliau berkata demikian dalam ketika ditemui media selepas mempengerusikan mesyuarat terakhir jawatankuasa Persediaan Majlis Berbuka Puasa Badan Perhubungan Umno Sabah bagi Zon 3 di Masjid Jamek Kampung Kebatu dekat sini petang kemarin

Hadir sama Setiausaha Umno Bahagian Haji Jusih haji Sarin,Bendahari Umno Bahagian Mohd.Zahari Zinin,Ketua Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Beaufort Mohd.Ishak Haji Ibrahim dan Ketua Puteri Saridah Datuk Mohd.Dun

Baru-baru ini, Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pemberian geran tahunan berjumlah 62.8 juta ringgit diberikan kepada PBT di Sabah dan Sarawak yang mana Geran tersebut sebelum ini hanya diberikan kepada PBT di Semenanjung.

“ Kita berharap melalui pemberian geran tahunan ini ianya mampu menangani masalah kewangan bagi pihak PBT khususnya di negeri ini dan Sarawak melaksanakan pelbagai program pembangunan yang memberikan manafaat serta kesejahteraan rakyat di PBT masing-masing” katanya

Menurut beliau lagi berkata, cek geran akan diberikan melalui kementeriaannya dan terpulang kepada pihak PBT untuk merancang program pembangunan di kawasan masing-masing.
.
“ Di negeri ini sahaja kita mempunyai 23 PBT yang akan menerima agihan geran ini mengikut keperluan kesesuaian dan saiz PBT yang ada, bagaimanapun kita berharap agar geran yang diperuntukan ini digunakan untuk projek projek pembangunan mengikut keutamaan serta keperluan yang benar-benar diperlukan oleh rakyat setempat” tambah Lajim.

Sunday, August 23, 2009

UMNO BEAUFORT TUAN RUMAH MAJLIS BERBUKA PUASA UMNO ZON 3




BINCANG PROGRAM...Kelihatan Lajim berbincang dengan Setiausaha Umno Bahagian Beaufort Haji Jusih Haji sarin meneliti program yang disediakan sebelum mesyuarat tersebut bermula.

KOTA KINABALU: Umno bahagian Beaufort akan menjadi tuan rumah bagi program berbuka puasa bersama Badan Perhubungan Umno Sabah bagi kawasan Zon 3 yang melibatkan Umno bahagian Beaufort selaku tuan rumah juga Umno bahagian Sipitang,Kimanis dan Papar.

Ketua Umno bahagian Beaufort Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin berkata, majlis tersebut akan diadakan pada 29 Ogos depan bertempat di Masjid Jamek Kampung Kebatu dekat sini.

" Majlis ini akan dijangka akan dihadiri oleh Ketua Menteri yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Sabah Datuk Seri Musa Haji Aman serta lain-lain pemimpin Umno termasuklah pemimpin Umno dari kawasan Zon 3" katanya ketika ditemui selepas mempengerusikan mesyuarat persediaan penganjuran program tersebut di salah sebuah hotel terkemuka di Kota Kinabalu malam kemarin.

Hadir sama Timbalannya Isnin Haji Aliasnih, Setiausaha Bahagian Haji Jusih Haji Sarin ,Ketua Pemuda Mohd.Ishak Ibrahim dan Ketua Puteri Saridah Datuk Mohd. Dun.

Menurut Lajim yang juga Ahli Majlis Tertinggi (UMNO) ,selain program berbuka puasa bersama pemimpin Umno Sabah, majlis itu juga akan diiisi dengan ceramah agama, dan penyampaian zakat kepada fakir miskin dan anak-anak yatim.

Dalam perkembangan lain Ahli Parlimen Beaufort itu juga berkata, Umno bahagian Beaufort juga telah menyusun jadual berbuka puasa yang diadakan di beberapa buah pusat daerah mengundi yang melibat dua buah kawasan dewan Undangan negeri itu Klias dan Kuala Penyu.

" Program terawal kita yang akan diadakan pada 27 Ogos ini ialah kembara merdeka Ramadan dimana satu konvoi berkenderaan membawa jalur gemilang akan kita adakan bermula dari daerah Beaufort dan berkahir di daerah kecil Menumbok dan seterusnya kita akan berbuka puasa dan bersembahyang maghrib,isyak dan tarawih di masjid pekan Menumbok" katanya

Friday, August 21, 2009

Kertas Cadangan Rumah PPR Dijual Terus Kepada Penyewa Ke Kabinet






Kelihatan Timbalan Menteri Perummahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin menyerahkan repelika kunci PPE Pangsapuri Mutiara Kasih Jalan Nipah Lahad Datuk Kepada Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Ghulam Haidar Khan sebagai simbol perasmian majlis tersebut

LAHAD DATU, : Kertas cadangan berhubung penjualan rumah Skim Perumahan Rakyat (PPR) terus kepada penyewa rumah akan dikemukakan kepada Kabinet untuk diluluskan sebelum ia dilaksanakan di seluruh negara, kata Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Datuk Lajim Ukin.

Beliau berkata pada dasarnya, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bersetuju dengan cadangan itu bagi memberi peluang kepada rakyat khususnya golongan berpendapatan rendah dan miskin memiliki rumah sendiri.

"Tidak semua layak. Rakyat Malaysia berpendapatan RM2,500 dan ke bawah sahaja layak memohon membeli rumah kos rendah yang dibina kerajaan. Kita akan memberi keutamaan kepada setinggan tempatan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis penyerahan Pangsapuri Mutiara Kasih, sebuah projek PPR Kerajaan Persekutuan kepada Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah di sini pada Jumaat.

Lapan blok pangsapuri bernilai lebih RM45 juta itu mengandungi 700 unit rumah di atas kawasan seluas 6.88 hektar di Batu 4.5, Jalan Tengah Nipah itu, mula dibina pada 2006.

Lajim berkata penjualan kepada pemohon akan dilakukan dengan teliti termasuk keperluan mendapat pengesahan daripada wakil rakyat serta agensi-agensi berkaitan bagi memastikan hanya mereka yang benar-benar layak diberikan hak berkenaan.

Beliau berkata kerajaan membuat pertimbangan itu setelah mengambil kira nasib ramai penyewa skim PPR yang menyewa antara 10 hingga 15 tahun tidak mempunyai jaminan masa depan untuk memiliki rumah sendiri.

Katanya jika dasar penjualan terus rumah dilaksanakan, kerajaan membayar subsidi sehingga 40 peratus bagi membolehkan pemohon membeli rumah berkenaan pada RM42,000.

Mengenai masalah mendapatkan pinjaman bank yang mungkin dihadapi pemohon tidak mempunyai slip gaji, Lajim berkata slip gaji anak kepada pemohon boleh dipertimbangkan.

Terdahulu semasa berucap, Lajim berkata dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) kerajaan merancang dan sedang membina sebanyak 709,400 unit rumah bagi tempoh antara tahun 2006 hingga 2010.

Katanya daripada jumlah berkenaan, 20,000 untuk golongan miskin, 165,400 unit rumah kos rendah dan 85,505 unit lagi untuk kos sederhana rendah yang dibina sama ada oleh kerajaan atau pihak swasta.

Katanya kerajaan memperuntukkan RM9.5 bilion berbanding RM7 bilion dalam RMK-8.

Thursday, August 20, 2009

USIA BAHAGIAN BEAUFORT LULUS TIGA USUL





SEBAGAI INGATAN…Lajim menerima cendera kenangan berupa potret belia dari Haji Bakri selepas merasmikan mesyuarat tersebut

BEAUFORT: Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) bahagian ini yang mengadakan mesyuarat agung tahunannya pagi kemarin telah meluluskan sebanyak tiga usul yang melibatkan pindaan perlembagaan pertubuhan tersebut untuk dibawa ke Persidangan Agung Tahunan (USIA) Pusat pada bulan November akan datang.

Tiga usul yang diluluskan itu melibatkan Fasa 16,19 dan 29 perlembagaan (USIA) iaitu Perlantikan Ahli Majlis Tertinggi (USIA)yang melibatkan pertambahan ahli jawatankuasa Pusat yang dipilih dari 18 orang menjadi 25 orang ,sementara 15 orang ahli jawatankuasa yang dilantik sebelum ini ditambah menjadi 18 orang.

Bagi Fasa 19 Tugas tugas Pegawai Dalam Majlis Tertinggi turut dicadangkan ialah jawatankuasa Belia dan Wanita diasingkan bagi menjadikan kedua-dua sayap ini mempunyai jawatankuasa tertingginya sendiri dan mengadakan pemilihan jawatankuasa tertingginya untuk tempoh tiga tahun sekali.

Turut dicadangkan pada mesyuarat itu ialah Fasa 29 Perlembagaan (USIA) dimana di peringkat jawatankuasa bahagian dua jawatan Naib yang dipilih turut dicadangkan dimana sebelum ini hanya seorang Naib sahaja yang dipilih, sementara turut dicadangkan seorang Naib yang dilantik di peringkat bahagian dan ahli jawatankuasa yang dipilih ditambah dari 5 orang menjadi 10 orang sementara ahlijawatankuasa yang dilantik di peringkat bahagian sebanyak 5 orang yang sebelumnya hanya 2 orang,

Mesyuarat tersebut juga turut mencalonkan Wakil Rakyat Kawasan Membakut Datuk Haji Mohd.,Ariffin Arrif untuk jawatan Ketua Belia (USIA) Pusat menjelang mesyuarat Agung (USIA) Pusat pada bulan November nanti

Ketika diminta mengulas usul ini Timbalan Yang Dipertuanya Datuk Seri Panglima Haji Lajim Ukin yang merasmikan mesyuarat agung tersebut berkata, cadangan usul pindaaan perlembagaaan yang dikemukakan itu amat sesuai dan relaven dengan keperluan semasa bagi menjadikan pertubuhan tersebut lebih berkesan dalam memainkan peranan dan tanggungjawabnya melaksanakan program dakwahnya sesesuai dengan cabaran masa kini dan akan datang.

Menurutnya cadangan untuk menjadikan badan Belia dan Wanita mempunyai organisasinya sendiri dilihat dapat mengerakkan program dakwah dengan lebih berkesan khusus bagi mendekati golongan muda termasuklah golongan wanita.

“ Kita mahu menjadikan badan belia dan wanita ini dapat bergerak serta memainkan peranannya sendiri dalam melaksanakan pelbagai program dakwah sesuai dengan keperluan generasi muda” katanya.

Sementara itu Lajim yang juga Ahli Parlimen Beaufort diberikan sokongan padu bagi menerjaui kepimpinan (USIA) bahagian Beaufort apabila mesyuarat tersebut bersetuju sebulat suara memilih beliau untuk menjawat jawatan Ketua Bahagian yang baru sementara bekas Ketua Bahagiannya Haji Bakri Kambar pula menjadi Timbalannya.

Hadir sama di mesyuarat tersebut Pegawai Daerah Beaufort Mohd.Sidek Haji Jubar, Ketua Penerangan Wanita (USIA) Pusat Datin Seri Normilah Siong, Ahli Majlis Tertinggi (USIA) Pusat Drs. Mail Mohamad dan Setiausaha Politik Kementerian Insfrastruktur Isnin Haji Aliasnih

Perkasakan semangat patriotik







SEMANGAT PATRIOTIK..Lajim ketika menyerahkan jalur gemilang kepada Kamarlin yang menyertai konvoi jalur gemeling sempana kempen tersebut

BEAUFORT : Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin mahu rakyat negara ini terus diperkasakan dengan semangat patriotisme kerana tanpa semangat itu sesebuah bangsa akan hanyut tanpa pedoman.

Menurut Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan itu , rakyat yang tiada semangat itu akan menjadikan faktor kebendaan sebagai matlamat hidup sedangkan ia tidak akan menjadikannya bangsa yang mulia dan tinggi martabatnya
'' Semangat patriotiklah yang akan mengikat kita semua rakyat Malaysia dalam satu ikatan walaupun keturunan yang berbeza tetapi kerana negara kita Malaysia maka kita mempunyai satu matlamat, sebab itulah turut dicetuskan konsep 1 Malaysia agar rakyat terus memelihara perpaduan dengan memiliki semangat sayangkan negara '' katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis kempen kibar Jalur Gemilang Hari Kemerdekaan ke-52 Peringkat daerah Beaufort di padang pekan di sini pagi kemarin

Hadir sama ialah Wakil Rakyat Lumadan Kamarlin Haji Ombi,Pegawai daerah Beaufort Mohd.Sidek Haji Jubar, Setiausaha Politik Kementerian Insfrasktutur Isnin Haji Aliasnih dan Pegawai Perpaduan daerah Awang Anak Sani

Menurut Lajim yang juga Ahli Parlimen Beaufort banyak negara yang merdeka di dunia ini tetapi tidak mempunyai martabat kerana kemiskinan dan ketinggalan selain menghadapi peperangan serta masalah lain.

Sehubungan dengan itu Lajim turut mengingatkan rakyat agar terus terus semangat patriotisme terhadap negara dengan menyamai nilai dan perangai baik, bekerja bersungguh-sungguh, menjaga keharmonian negara dan mematuhi undang-undang.

“ Kita tidak seharusnya terikut ikut dengan budaya yang boleh menjejaskan tahap keharmonian dan pepaduan kaum di Negara ini yang cuba dicetuskan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab hanya kerena memikirkan kepentingan peribadi mereka” tegas Lajim

Beliau berkata .nikmat kemerdekaan dapat dikecapi oleh rakyat selama ini kerana negara ditadbir dengan begitu baik dan berkesan dan ianya melalui proses perjuangan yang panjang penuh dengan cabaran oleh para pemimpin terdahulu yang menuntutu kemerdekaan dan membebaskan negara dari belenggu penjajahan.

“Sejarah pahit dan getirnya perjuangan membebaskan Negara dari kecamaman penjajahan masa lampau perlu kita renung kembali, justeru semangat patriotisme sedia ada iaitu cinta yang kental kepada negara dan semangat setia kepada Negara perlu ditanamkan dalam sanubari kita” katanya

Monday, August 17, 2009

TIMBALAN MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN DIJANGKA AKAN MERASMIKAN DAN MENYERAHKAN KUNCI PROJEK PPR DI JALAN NIPAH LAHAD DATU JUMAAT INI


SERAH....Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Panglima Haji Lajim Ukin dijangka akan merasmikan dan menyerahkan kunci projek PPR Jalan Nipah Lahad Datu jumaat ini

KOTA KINABALU: Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin dijangka akan melakukan majlis perasmian dan penyerahan kunci Projek Perumahan Rakyat (PPR) di batu 4 1/2 Jalan Nipah Lahad Datu jumaat ini

Projek yang dibena di atas tanah pada keluasan 6.88 hekter itu menelan belanja 45,300,000.00 mula dibena pada 15 Mac 2006 dan siap sepenuhnya pada bulan 24 Febuari tahun ini yang merangkumi 700 unit rumah iaitu sebanyak 8 buah Blok yang disempurnakan pembinaan oleh Syrikat Komtroson Maju Sdn Bhd

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Pegawai Media Pejabat Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan di sini ,projek ini merupakan sebahagian dari Agenda sosial kerajaan bagi menjamin kesejahteraan rakyat ke arah mengwujudkan masyarakat maju selaras dengan matlamat kerajaan bagi mencapai status sebuah negara maju menjelang tahun 2020.

Menurut kenyataan itu lagi Projek PPR Batu 4½, Jalan Tengah Nipah, Lahad Datu adalah merupakan contoh bagi membuktikan komitmen Kerajaan Barisan Nasional terhadap golongan rakyat berpendapatan rendah di negari Sabah dimana PPR ini merupakan salah satu daripada program perumahan yang dibangunkan oleh Kerajaan yang bertujuan untuk membuat penempatan semula golongan setinggan serta bagi penyediaan kemudahan perumahan kepada golongan berpendapatan rendah termasuk golongan miskin.
Kenyataan itu menambah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) melalui Jabatan Perumahan Negara (JPN) telah dipertanggungjawabkan sebagai agensi pelaksana dalam program ini.dimana pembinaannya adalah dijalankan di atas tapak-tapak tanah yang sesuai dan strategik yang disediakan oleh Kerajaan Negeri
“Pelaksanaan program ini dilakukan secara fast-track dengan membenarkan beberapa kelonggaran peraturan bagi tujuan mempercepatkan pelaksanaan projek dan kosnya adalah ditanggung sepenuhnya oleh Kerajaan Persekutuan.” Tambah kenyataan tersebut
Kenyataan itu juga menyebut Kerajaan telah merancang dan melaksanakan sejumlah 74,048 unit di seluruh negara dan sehingga kini telah siap sebanyak 52,240 unit. Manakala bakinya masih dalam peringkat pelaksanaan dan dijangka dapat disiapkan secara berperingkat-peringkat sehingga 2010.

YAYASAN SABAH ZON PEDALAMAN SELATAN MAIN PERANAN JANA KEMAJUAN PENDIDIKAN DI KAWASAN PARLIMEN BEAUFORT






SERAH REPELIKA CEK…Kelihatan Lajim menerima repelika cek dari Zulkhairi dalam satu majlis penyampaian Biasiswa kepada para pelajar di kawasan Parlimen Beaufort baru baru ini

BEAUFORT: Yayasan Sabah khususnya Yayasan Sabah Zon Pedalaman Selatan (YSZPS) turut memainkan peranan yang cukup penting bagi menjana kemajuan pendiidikan khususnya di Kawasan Parlimen Beaufort.

Manifestasinya ,tidak hanya dizahirkan dengan pemberian sumbangan biasiswa yang saban tahun diberikan kepada pelajar yang layak di kawasan ini, namun usaha untuk menjana kemajuan pendidikan telah dipelbagai melalui pelbagai program dan makanisme antaranya Seminar Pendidikan,Kem Mitovasi Pelajar ,Seminar Kecermalangan Ibubapa disamping beberapa bantuan pendidikan yang disalurkan kepada pelajar yang layak dengan harapan mutu dan pencapaian akademik pelajar dapat dipertingkatkan setiap masa.

Usaha ini sudah pesti seiringan dengan komitmen kerajaan yang bersungguh-sungguh melakukan transformasi pendidikan secara besar-besaran yang memerlukan sokongan semua pihak termasuk sektor swasta di Negara ini.

Tahun ini sahaja bagi kawasan Zon Pedalaman Bawah termasuk kawasan Parlimen Beaufort Yayasan Sabah telah memperuntukan sejumlah RM 53,285.00 bantuan Biasiswa Harian dan Asrama kepada 192 orang pelajar dari lima buah daerah iaitu Beaufort,Membakut,Sipitang,Kuala Penyu dan Menumbok yang masing masing menerima biasiswa harian antara RM 120 ke 360 mengikut ketegori tingkatan pelajar bagi pelajar yang layak menerima biasiswa masing masing

Ketua Pegawai Pentadbir (YSZPS) Zulkhairi Haji Ismail ketika ditemui berkata komitmen YSZPS membantu menjana kemajuan sektor pendidikan di negeri ini, tidak hanya dilihat dari sudut bantuan biasiswa, namun pelabagi pendekatan melalui program yang berkesan perlu dilakukan bagi membantu usaha kerajaan memperkasakan mutu dan pencapaian pendidikan khususnya di negeri ini.

“ Pemberian Biasiswa hanya sebahagian daripada tanggungjawab sosial Yayasan Sabah bagi membantu meringankan beban keluarga pelajar menghadapi keperluan kewangan untuk pendidikan anak-anak mereka, namun dari segi meningkatkan kecermalangan akademik lain kita turut memberikan penekanan kepada beberapa program yang boleh menjadi nilai tambah untuk meningkatkan tahap kecermalangan akademik pelajar” katanya.

“ Setiap tahun kita telah merangka dan melaksanakan aktiviti dengan pelbagai program antara kem Mitovasi, seminar kecermalangan pendidikan dan sebagainya dengan harapan ianya akan menjadi nilai tambah kepada usaha usaha yang dilakukan oleh pejabat pelajaran dan pihak sekolah untuk memperkasakan pencapaian akademik pelajar” Tambah Zulkhairi.

Menurut Zulkhairi sektor swasta perlu menunjukkan komitmen mereka membantu memartabatkan sektor pendidikan di negara ini dan memadamkan persepsi rakyat kononnya sektor swasta hanya berminat dalam projek-projek mewah dan menguntungkan

“ Sektor swasta perlu membuktikan kesediaan untuk melabur dalam sektor pendidikan yang sebenarnya merupakan agenda paling penting untuk menentukan hidup atau mati rakyat di sesebuah Negara: katanya

Sambil mengakui keberkesanan setiap program yang dianjurkan oleh (YSZPS) mendapat sokongan serta kerjasama dari pelbagai pihak khususnya pejabat pelajaran,pemimpin masyarakat tempatan, dan beberapa jabatan serta agensi kerajaan yang lain Zulkhairi berkata, jalinan kerjasama serta semangat berkerja berpasukan turut mendorong dan membantu (YSZPS) melaksanakan setiap program yang dianjurkan untuk mencapai matlamat sebagaimana yang diharap-harapkan .

Ahli Palimen Beaufort yang juga Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin ketika ditemui semasa merasmikan salah program yang dianjurkan oleh (YSZPS) di Beaufort baru baru ini berkata, sumbangan sektor swasta khususnya Yayasan Sabah dalam bidang pendidikan mampu memperkasakan mutu pendidikan Negara dalam usaha kerajaan melahirkan modal insan kelas pertama di negara ini.

Katanya, banyak pelajar yang berjaya melanjutkan pelajaran ke IPT perlu bersaing untuk mendapatkan pembiayaan.

"Berikutan peruntukan yang terhad maka di sinilah peranan syarikat swasta memberi khidmat sosial dan berganding bahu dengan kerajaan memastikan kecemerlangan pendidikan Negara dapat terus dijana “ katanya

Thursday, August 13, 2009

SEMANGAT BARU




Assalamulaikum, Warahamtullahi Wabarakatuh dan Salam Sajehtera.

Kedatangan Bulan Ogos ini cukup memberikan pengertiannya sendiri dan tidak kurang ianya juga turut mengajak kita menghadapi pelbagai cabaran masa kini dan akan datang. Semasa cacatan ini ditulis sudah 2 minggu kita berada dalam Bulan Ogos, bulan yang amat bermakna bagi rakyat Malaysia secara keseluruhanya malah sebagai rakyat Malaysia kita sedia maklum bermula awal bulan Ogos kita berada diambang bulan kemerdekaan sebelum kekemuncaknya pada 31 Ogos dimana pada tahun ini kita akan merayahkan sambutan ulang tahun kemerdekaan negera kita yang ke 52 tahun .Sesungguhnya sebagai sebuah negara yang telah bebas dan merdeka dari ancaman penjajah sebagai rakyat Malaysia kita perlu bersyukur atas nikmat kemajuan,kestabilan dan kemakmuran Negara yang telah kita kecapi sejak sekian lama di bumi kita Malaysia yang tercinta ini. Semua pihak yang mengakui Malaysia ini adalah tanah airnya yang tercinta perlu memperkukuhkan iltizam dan semangat ptariotik yang tinggi untuk sama-sama memajukan dan memakmurkan negara ini melalui semangat 1 Malaysia.

Umno bahagian Beaufort semasa persidangannya awal bulan ini dari apa yang saya perhatian cukup prihatin dengan semangat 1 Malaysia apabila setiap beg perwakilan telah diisi dengan 2 set bendera iaitu Bendera Malaysia dan Bendera Sabah, marilah kita manafaatkan pemberian yang diilhamkan oleh Ketua Umno Bahagian Beaufort yang juga Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin itu sebagai satu suntikan semangat untuk kita merayahkan sambutan kemerdekaan Negara kita pada tahun ini dengan mengemberkan jalur gemilang yang diberikan di rumah kita masing-masing bagi mengambarkan semangat patriotik kita pada negara Malaysia yang tercinta ini.

Pada bulan ini juga dalam minggu hadapan Umat Islam di seluruh dunia akan menyambut kedatangan bulan Ramadan bulan dimana Umat Islam yang mencukupi syarat diwajibkan berpuasa. Marilah kita sambut kedatangan awal Ramadan ini dengan penuh keinsafan dan ketakwaaan kepada Allah SWT dengan memperbanyakkan amal ibadat sepanjang bulan Ramadan ini dan bersedia menghadapi cabaran sepanjang kita mengerjakan ibadah puasa.

Bulan Ogos ini juga kita berhadapan dengan penularan Penyakit H1N1 disamping kita berdoa ke hadrat Allah SWT agar negara kita bebas dari ancaman penyakit ini, langkah berjaga-jaga bagi menangani penyakit ini perlu diberikan perhatian terutamanya dalam aspek kebersihan diri dan persekitaran.

Akhiranya sidang pengarang MP BEAUFORT Mengucapkan selamat menyambut Hari Kemerdekaan dan Bulan Ramadan semoga hidup kita terus diberkati oleh Allah SWT

Mpbeaufort.blogspot.com

Tuesday, August 11, 2009

YSZPS JAYA PROGRAM, KHIDMAT MASYARAKAT 1 MALAYSIA DI KAMPUNG TEMPORONG KUALA PENYU






Zulkhairi Ismail menyerahkan struktur plak Sejarah Kg Tempurong kepada Pengerusi
GDW Kg. Tempurong, Awang Bongsu Haji Dollah.


KUALA PENYU: Seramai 50 orang warga Kumpulan Yayasan Sabah dari pelbagai Bahagian dan Jabatan telah menyertai Program Khidmat Masyarakat 1 Malaysia anjuran Pejabat Kumpulan Yayasan Sabah, Zon Pedalaman Selatan (YSZPS) bertempat di Kampung Tempurong, Kuala Penyu selama 3 hari 2 malam. Program kemasyarakatan yang diketuai oleh Ketua Pentadbir YSZPS, Zulkhairi Haji Ismail itu turut melibatkan masyarakat dari Kampung Seliku, Kampung Kaukung dan Kampung Tempurong sendiri.

Menurut Zulkhairi Haji Ismail, Kampung Tempurong dipilih sebagai lokasi kedua selepas Kampung Long Pasia, Sipitang dalam siri Jelajah Kampung dalam Zon Pedalaman Selatan. "Program Khidmat Masyarakat 1 Malaysia ini disasarkan kepada masyarakat luarbandar di mana infrastruktur setempat berada ditahap paling asas serta memerlukan pendedahan kepada isu-isu terkini terutamanya yang menyentuh pendidikan, kekeluargaan, kesihatan, alam sekitar dan isu-isu semasa yang lain. Program seumpamanya diyakini dapat menerapkan konsep 1 Malaysia secara terus di samping menyumbang kepada pembangunan minda serta memupuk kerjasama baik inter-agensi di Sabah. Ini terbukti dengan penyertaan langsung daripada Jabatan Kesihatan, Pejabat Pelajaran Daerah, Sekolah, Perpustakaan, Jheains, RELA dan NGO dalam beberapa slot sepanjang program itu dilaksana. Di samping itu disebabkan Kampung Tempurong berpotensi menjadi lokasi homestay, melalui aktiviti keluarga angkat dijangka dapat merangsang keupayaan sekelompok keluarga untuk menjadikan homestay sebagai punca pendapatan baharu", tambah Zulkhairi.

Antara Bahagian dan Jabatan dari Kumpulan Yayasan Sabah sendiri yang terlibat termasuklah Bahagian Sumber Manusia dan Perkhidmatan Korporat, Bahagian Komunikasi Korporat, Kolej Yayasan Sabah, Bahagian Konservasi dan Alam Sekitar, Pejabat YS Zon Pantai Barat Selatan, Bahagian Perkapalan, Persatuan Pekerja Wanita YS, Pancaragam Cakerawala dan warga YSZPS sendiri sebagai tonggak program.

Sepanjang tempoh tersebut beberapa aktiviti dilaksanakan antaranya Seminar Keibubapaan, Klinik UPSR, Taklimat Kesihatan, Bengkel Homestay, ceramah agama, sukan Rakyat, sukaneka, acara kanak-kanak, gotong-royong, persembahan senibudaya, pertandingan karaoke, senamrobik, tayangan wayang gambar, temuduga terbuka Kolej Yayasan Sabah, bengkel pencinta alam, keluarga angkat, kenduri sekampung, penyerahahan sumbangan beg sekolah, anugerah murid cemerlang dan ziarah warga tua.

Sementara itu semasa berucap merasmikan acara gotong royong, Wakil Rakyat Kuala Penyu, John Teo memuji usaha Kumpulan Yayasan Sabah dalam usaha memasyarakatkan konsep 1 Malaysia secara amat efisyen yang dipenuhi dengan pelbagai pengisian aktiviti yang bersifat nilai tambah khusus untuk rakyat Malaysia di Sabah. "Program perkampungan seumpama ini perlu diperhebatkan bukan sahaja bertumpu di sesebuah daerah malah ke seluruh pelusuk negeri Sabah kerana di luar sana terdapat ratusan ribu masyarakat pedalaman yang masih terkebelakang dalam arus pembangunan dan perkembangan maklumat semasa", gesa John Teo.

Manakala Pengerusi Gerakan Daya Wawasan Kampung Tempurong, Awang Bongsu Haji Dollah turut merakamkan rasa bangga dan terimakasih kepada Kumpulan Yayasan Sabah kerana memilih kampung mereka sebagai lokasi program. "Program perkampungan ini merupakan julung kali dan pertama kali diadakan seumpamanya oleh sebuah agensi utama kerajaan dengan pasukan yang ramai dengan melaksana pelbagai aktiviti yang amat baik dan berguna untuk membangunkan masyarakat kampung kami dan kejiranan berdekatan. Ini menandakan bahawa kerajaan khususnya Kerajaan Negeri Sabah tidak pernah meminggirkan kami daripada arus kemajuan. Pembinaan jalan masuk ke kampung-kampung sekitar sini membuktikan janji Barisan Nasional terlaksana jua", ujar Awang Bongsu.

Sempena program itu juga, Ahli Parlimen Beaufort, DSP Haji Lajim Ukin turut menyumbang sejumlah peruntukan untuk membaiki astaka sedia ada semata-mata untuk memastikan perlaksanaan program berjalan dengan sempurna. Beliau yang juga Timbalan Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan menyatakan sokongan penuh ke atas setiap program yang membawa manfaat langsung kepadsa rakyat.

Dua orang warga tua telah menerima ziarah daripada Persatuan Pekerja Wanita Kumpulan Yayasan Sabah yang diketuai oleh Pengerusinya Hajjah Rosmawati Haji Lasuki yang turut menyampaikan bantuan berupa barangan keperluan dapur dan selimut kepada Sairah Amat, 92 tahun di Kampung Tempurong dan Umbi Edim 78 tahun di Kampung Kaukang. Rosmawati dipetik sebagai berkata bahawa program jelajah kampung dan daerah ini merupakan 'benchmark' kepada komitmen Kumpulan Yayasan Sabah dalam usaha menokoktambah usaha kerajaan negeri untuk membangunkan rakyat Malaysia di Sabah khususnya mereka yang berada di luarbandar tanpa mengira peringkat umur, kaum dan agama. "Adalah menjadi obligasi sosial berterusan oleh Kumpulan Yayasan Sabah melalui pelbagai program bercorak pembangunan sosiobudaya, sosioekonomi dan sosiopendidikan yang dilaksana di pelbagai peringkat dan secara tidak langsung ia mendedahkan semua warga YS akan peripentingnya keseimbangan modal insan dari segi keperibadian dan perlaksanaan tanggungjawab serta penyampaian perkhidmatan" tegas beliau.

Antara penceramah yang terlibat dalam program itu ialah Kaunselor Osman Sidek dari Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Penyu; Pakar Motivasi Tempatan, Jailani Haji Idris; Koordinator Program Homestay ZPBS, Linda Anthony; Pengurus Kelab Pencinta Alam Sabah, Jimmy Omar; Pegawai Kesihatan Daerah Kuala Penyu, Bahrin Matzin; Pegawai Pemasaran Kolej YS, Rasly Suhaibul; Pegawai Tadbir Kanan YSZPS, Haji Gulam Hassan Hapil dan Pegawai Operasi YS Kuala Penyu, Ganilin Haji Hasim.

Sepanjang program itu, seramai 90 orang murid Sk Tempurong termasuk prasekolah dan tadika menerima sumbangan beg sekolah dan seorang murid cemerlang menerima hadiah berupa sebuah basikal dan sijil penghargaan daripada Ketua Pentadbir YSZPS. Di samping itu acara pertandingan mewarna menarik penyertaan 50 murid tahap satu dan tadika.

Dalam program gotong-royong, pihak YSZPS menyumbang pembinaan sebuah plak tanda dwibahasa asal-usul Kampung Tempurong dan sebuah mesin pemotong rumput kepada JK GDW.

Manakala Jabatan Kesihatan Daerah Kuala Penyu turut menyampaikan taklimat penjagaan kesihatan khususnya berkenaan dengan wabak Influenza A H1N1 dan cara-cara pengawalannya.