Monday, August 17, 2009

TIMBALAN MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN DIJANGKA AKAN MERASMIKAN DAN MENYERAHKAN KUNCI PROJEK PPR DI JALAN NIPAH LAHAD DATU JUMAAT INI


SERAH....Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Panglima Haji Lajim Ukin dijangka akan merasmikan dan menyerahkan kunci projek PPR Jalan Nipah Lahad Datu jumaat ini

KOTA KINABALU: Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin dijangka akan melakukan majlis perasmian dan penyerahan kunci Projek Perumahan Rakyat (PPR) di batu 4 1/2 Jalan Nipah Lahad Datu jumaat ini

Projek yang dibena di atas tanah pada keluasan 6.88 hekter itu menelan belanja 45,300,000.00 mula dibena pada 15 Mac 2006 dan siap sepenuhnya pada bulan 24 Febuari tahun ini yang merangkumi 700 unit rumah iaitu sebanyak 8 buah Blok yang disempurnakan pembinaan oleh Syrikat Komtroson Maju Sdn Bhd

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Pegawai Media Pejabat Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan di sini ,projek ini merupakan sebahagian dari Agenda sosial kerajaan bagi menjamin kesejahteraan rakyat ke arah mengwujudkan masyarakat maju selaras dengan matlamat kerajaan bagi mencapai status sebuah negara maju menjelang tahun 2020.

Menurut kenyataan itu lagi Projek PPR Batu 4½, Jalan Tengah Nipah, Lahad Datu adalah merupakan contoh bagi membuktikan komitmen Kerajaan Barisan Nasional terhadap golongan rakyat berpendapatan rendah di negari Sabah dimana PPR ini merupakan salah satu daripada program perumahan yang dibangunkan oleh Kerajaan yang bertujuan untuk membuat penempatan semula golongan setinggan serta bagi penyediaan kemudahan perumahan kepada golongan berpendapatan rendah termasuk golongan miskin.
Kenyataan itu menambah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) melalui Jabatan Perumahan Negara (JPN) telah dipertanggungjawabkan sebagai agensi pelaksana dalam program ini.dimana pembinaannya adalah dijalankan di atas tapak-tapak tanah yang sesuai dan strategik yang disediakan oleh Kerajaan Negeri
“Pelaksanaan program ini dilakukan secara fast-track dengan membenarkan beberapa kelonggaran peraturan bagi tujuan mempercepatkan pelaksanaan projek dan kosnya adalah ditanggung sepenuhnya oleh Kerajaan Persekutuan.” Tambah kenyataan tersebut
Kenyataan itu juga menyebut Kerajaan telah merancang dan melaksanakan sejumlah 74,048 unit di seluruh negara dan sehingga kini telah siap sebanyak 52,240 unit. Manakala bakinya masih dalam peringkat pelaksanaan dan dijangka dapat disiapkan secara berperingkat-peringkat sehingga 2010.

No comments:

Post a Comment