Tuesday, August 4, 2009

UBAH PERPEPSI NEGATIF TERHADAP SEKTOR PERTANIAN LAJIM






MESRA…Lajim diiringi oleh Pengerusi (PPK) Kuala Penyu Zahari bersalaman dengan ahli-ahli (PPK) sejurus tiba untuk merasmikan mesyuarat tersebut

KUALA PENYU: Perpepsi masyarakat yang mengaitkan sektor pertanian dengan kesusahan dan kemiskinan perlu dikikis sebaliknya mereka perlu melihat sektor ini sebagai bidang yang berdaya maju khususnya untuk meningkatkan taraf siso ekonomi mereka seharian.

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin berkata, kerajaan memberikan perhatian yang serius untuk memajukan sektor ini bukan sahaja sebagai agen pertumbuhan ekonomi negera namun sekali gus sebagai penyumbang kepada peningkatan taraf siso ekonomi rakyat khususnya di luar bandar.

“ Kini bidang pertanian tidak lagi terpinggir atau sebagai bidang yang merendahkan taraf kehidupan seseorang dimana sekiranya aktiviti pertanian ini dilaksanakan dalam suasana yang betul ,terancang dan berskala besar ianya pesti akan menghasilkan sumber pendapatan yang lumayan kepada pengusahanya” katanya ketika berucap merasmikan Mesyuarat Agung Pertubuhan Peladang Kawasan Kuala Penyu (PPK) kali ke 6 di dewan Balai Bomba Kuala Penyu dekat sini baru baru ini.

Hadir sama di majlis tersebut Pengerusi (PPK) Kuala Penyu Zahari Mohd.Zinin, Wakil Dari Pendaftar Pertubuhan Peladang Negeri Herdyiony Wirma,Naib Ketua Umno bahagian Datuk Kimjus Duim dan Ketua Pergerakan Puteri Umno Bahagian Beaufort Saridah Datuk Moh.Dun.

Menurut Lajim yang juga Ahli Parlimen Beaufort sektor pertanian boleh berkembang dan berdaya maju kerana output yang dihasilkan dalam aktviti pertanian merupakan bahan bahan makanan yang sentiasa diperlukan oleh manusia.

“ Saya berharap kewujudan (PPK) di daerah ini sedikit sebanyak dapat memberikan sedikit ransangan bagi ahli-ahli dan masyarakat di kawasan ini untuk melibatkan diri dalam sektor pertanian walaupun ia berskala kecil” tambah Lajim

Sementara itu Pengerusi (PPK) Kuala Penyu Zahari Mohd.Zinin berkata, pengwujudan (PPK) di kawasan itu turut memainkan peranan sebagai agen pengerak kepada penglibatan ahli-ahlinya dalam sektor pertanian.

Menurutnya setakat ini pelbagai usaha turut dilakukan oleh (PPK) bagi membantu ahli-ahlinya dalam bidang pertanian antaranya penternakan kambing, ikan dalam sangkar, disamping tanaman kontan yang lain.

“ Dari segi keahlian (PPK) Kuala Penyu juga menerima maklum balas yang positif dimana setakat ini hampir 1,000 orang telah menjadi ahli pertubuhan ini sejak ianya ditubuhkan sejak tahu 2004” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan Zahari yang juga Bendahari Umno bahagian Beaufort berkata, (PPK) Kuala Penyu kini telah memiliki bangunannya sendiri di kampong Kayul Kuala Penyu dan bakal digunakan sepenuhnya pada penghujung tahun ini sebagai pusat operasi dan pentadbiran (PPK) di daerah ini.

No comments:

Post a Comment