Monday, January 24, 2011

UMNO DAN BN BEAUFORT SIAP SIAGA HADAPI PRU KE 13







LANCAR…Lajim diiringi oleh Timbalannya Isnin Naib Ketua Bahagian Datuk Kimjus dan Setiausaha Bahagian Haji Jusih Haji Sarin memotong riben pada pintu utama bilik mesyuarat sebagai simbol pelancaran pejabat Umno Bahagian Beaufort yang baru di majlis tersebut


BEAUFORT: Umno dan Barisan Nasional (BN) bahagian ini kini dalam keadaan yang
“Siap Siaga” bagi menghadapi pilihanraya Umum (PRU) ke 13 dan sedia mempertahankan kerusi di kawasan tersebut kekal menjadi milik BN.

Ketuanya yang juga Pengerusi BN Parlimen Beaufort Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin berkata, meskipun belum ditentukan bila tarikh sebenarnya PRU 13 kali ini, namun tidak terlalu awal bagi Umno dan BN di kawasan tersebut menyatakan kesediaanya menghadapi PRU ke 13 kali ini.

“ Dalam keadaan apapun memang kita sentiasa bersedia dan dalam kita bersedia pun ianya tidak harus meletakkan kita dalam zon selesa atau sambil lewa dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab parti kepada ahli dan rakyat” katanya berucap melancarkan pembukaan Pejabat Perhubungan Umno bahagian Beaufort yang baru kini ditempatkan di sebuah bangunan yang dahulu di miliki oleh Beaufort Club

Hadir sama Timbalanya Isnin Haji Aliasnih,Naib Ketua Bahagian Datuk Kimjus Duim ,Setiausaha Bahagian Haji Jusih Haji Sarin Ketua Pergerakan Pemuda Mohd.Ishak Haji Ibrahim dan Ketua Puteri Saridah Datuk Mohd Dun.

Pejabat dua tingkat itu menempatkan pejabat Ketua Bahagian, Pentadbiran Pejabat Bahagian,Pejabat Pergerakan Wanita,Pemuda dan Puteri bahagian dimana selepas majlis pelancaran tersebut Lajim yang juga Ahli Majlis Tertinggi Umno terus mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa bahagian yang pertama kali tahun ini dan keesokanya Mesyuarat BN Parlimen Beaufort di bangunan baru ini

Menyentuh dengan persediaan parti Umno dan BN di kawasan tersebut utuk menghadapi piliharaya umum akan datang Lajim yang juga Ahli Parlimen Beaufort ini berkata, dari segi pendekatan kepada pengundi dan rakyat ianya telahpun dilaksanakan melalui beberapa siri program “Juara Rakyat” yang diadakan sebelum ini.

Katanya melalui program tersebut parti dan barisan kepimpinan bahagian lebih arkab untuk menyelami dan menangani masalah rakyat di peringkat akar umbi.

“ Dari segi kepesatan pembangunan, kita tidak menafikan rakyat dikawasan ini telah menikmati limpahan pembangunan terutamanya dalam penyediaan insfrastruktur kemudahan asas yang dibawa oleh kerajaan Barisan Nasional” katanya.

Sehubungan dengan itu katanya tidak ada sebab bagi rakyat di negeri ini khususnya di kawasan itu menolak BN pada pilihraya umum akan datang jika mereka mahu pembangunan dapat terus dijana untuk terus dinikmati oleh rakyat.

Dalam pada itu Lajim juga turut meminta jentera dan semua ahli parti BN agar terus melaksanakan
Tugas dan tanggungjawabnya dalam memberikan penjelasan terhadap dasar dan program pembangunan yang disediakan oleh kerajaan BN disamping berusaha menangani isu isu yang cuba diputar belitkan oleh pihak pembangkang.

“ Kita faham permainan parti pembangkang yang mempolitikan pelbagai isu disamping membuat pelbagai provokasi samaada melalui gerakan mereka ataupun melalui media cetak dan elektronik khusunya Blog dan Halaman Sosial (FB) yang semakin popular ketika ini” katanya.

Selaras dengan kepesatan kemajuan teknologi maklumat masa kini, Lajim mahu selain usaha turun padang dilakukan oleh pemimpin Umno dan BN mereka juga perlu bersedia memanafaatkan kemajuan ICT bagi menyalurkan maklumat disamping menangis dakwah parti pembangkang.jaw

Sunday, January 23, 2011

PERTAHANKAN KEHARMONIAN KAUM DI NEGERI INI






POTONG KEK…Lajim bersama Isteri Datin Seri Panglima Hajah Normilah Siong bersama jemputan lain memotong kek sebagai simbol pelancaran majlis tersebut

KUALA PENYU :Kerajaan memandang serius tindakan mana-mana pihak yang cuba menggunakan isu-isu sensitif bertujuan memecahbelahkan perpaduan masyarakat majmuk di negara ini.

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin berkata, kerajaan tidak akan berkompromi dan tindakan tegas akan dikenakan kepada mana mana pihak atau individu yang cuba menimbulkan sentiment perkauman sehingga boleh menjejaskan hubungan harmoni di kalangan rakyat yang terdiri dari pelbagai kaum dan agama di Negara ini.

Menurut beliau (Lajim) kerajaan sentiasa berusaha memastikan setiap kaum mempunyai kebebasan dalam mengekalkan kebudayaan, pendidikan, cara hidup dan amalan beragama.

“ Rakyat perlu mengekalkan cara hidup bertoleransi dan saling menghormati walaupun berbeza kepercayaan serta budaya bagi memastikan keharmonian yang dikecapi selama ini tidak terjejas” katanya ketika berucap merasmikan majlis rumah terbuka Satu Malaysia sempena Sambutan Perayaan Krismas 2010 dan Tahun Baharu 2011 di Dewan St Peter Bundu dekat sini baru-baru ini.

Hadir Sama Wakil Rakyat Kuala Penyu John Teo Mau Sing, Persiden Pesatuan Dusun Sabah Bersatu (USDA) Pengerusi KDCA Kuala Penyu Sebastian Dirih Anjim,Pengerusi Penganjur Datuk Kimjus Duim dan Pengerusi Lembaga Kebudayaan Sabah Datuk Wences Anggang.
Lajim berkata sikap toleransi amat dituntut terutama bagi masyarakat berbilang kaum kerana ia menjadi ramuan menyatupadukan rakyat.

Katanya, Lajim walaupun sebelum ini rakyat telah menunjukkan persefahaman dan kematangan yang membolehkan wujudnya keamanan serta kestabilan tetapi jika isu sensitif terus dibangkitkan, ia boleh memercikkan api perkauman dan mencetuskan rusuhan kaum.

“Kini ada pihak tertentu sengaja menggunakan isu-isu sensitif yang berkaitan agama dan budaya secara berterusan bagi membangkitkan perasan kebencian antara kaum supaya rakyat bertelagah dan akhirnya menyemarakkan semangat perkauman,” katanya
Menurut Lajim yang juga Ahli Parlimen Beaufort,Keunikan hidup rakyat berbilang kaum yang mengamalkan kebebasan dan kepercayaan agama masing-masing menjadi begitu unik kerana ia tidak terdapat di negara lain.

“Ini adalah satu kejayaan luar biasa dan perlu dipertahankan kerana kalau kita membiarkan isu-isu sensitif dimainkan, akhirnya keharmonian dan keamanan yang kita kecapi hari ini mungkin tidak akan wujud lagi selepas ini” katanya

Sehubungan dengan itu, beliau mengajak rakyat agar mempertahankannya supaya ia tidak diroboh oleh anasir tidak bertanggungjawab yang ingin melihat negara ini hancur.
Tambahnya, apa jua isu sensitif perlu diselesaikan secara muafakat dan bertoleransi supaya tidak menyinggung perasaan mana-mana pihak

Pada majlis itu, beliau turut mengumumkan peruntukan 105 ribu ringgit bagi mempertingkatkan kemudahan asa di kawasan itu antaranya bagi membiayai pembinaan kantin baru, pengubahsuaian rumah paderi dan peralatan sistem siaraya dewan tersebut.jbw

Umat Islam perlu transformasi diri makmurkan masjid






RESMI…Lajim diringi oleh Abdul Rahim, Isnin dan pemimpin masyarakat setempat menarik tirai flug sebagai simbol perasmian masjid tersebut

KUALA PENYU : Umat Islam khususnya ahli jawatankuasa (AJK) masjid perlu mentransformasikan diri masing-masing ke arah menjadi saf paling hadapan dalam usaha memakmurkan masjid.

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin berkata, peranan itu perlu dilakukan sesuai dengan peranaan institusi masjid bukan sahaja sebagai rumah ibadah untuk meningkatkan syiar agama Islam namun menjadi wadah bagi masyarakat Islam merapatkan hubungan silaturhaim juga sebagai pusat pembinaan ilmu

‘‘Saya percaya jika peranan masjid dapat dipelbagaikan dengan barisan kepimpinan masjid yang mampu mentadbir urus peranan serta tanggungjawabnya dengan lebih berkesan dan efisin ianya akan mampu mencipta satu masyarakat yang mirip masjid”

‘‘Langkah itu nanti akan mewujudkan hubungan dua hala, yang memudahkan proses pelaksanaan pentadbiran masjid di samping menjadikan umat Islam sebagai kelompok besar untuk memperkasakan umat Islam,” katanya ketika berucap pada majlis perasmian Masjid Al Ikhwan Kampung Kekapor dekat sini pagi kemarin.

Hadir sama Penolong Pegawai Daerah Kuala Penyu Abdul Rahim Yakub, Setiausaha Politik Kementerian Pembangunan Insfrasturktur Isnin Haji Aliasnih dan Pegawai Takbir Jabatan Hal Eh Wal Agama Islam Pedalaman Abidin Ali Hassan

Menurut Lajim yang juga Ahli Parlimen Beaufort sekiranya pendekatan ini mampu direalisasikan, ianya akan menjadi daya tarikan kepada umat Islam khususnya genersi muda untuk berjemaah di masjid

Katanya, peranan masjid sebagai pusat komuniti hendaklah didakap dengan pengertian yang meluas agar pelaksanaannya lebih segar.

Dalam perkembangan yang sama Lajim juga meminta Umat Islam agar meletakkan institusi masjid sebagai flaffrom dalam memperkasakan penyatuan ummah dimana ianya juga hendaklah dijadikan sebagai perkara wajib

‘‘Setiap pihak haruslah mengutamakan sifat ukhuwah dengan menitikberatkan soal penyatuan ummah janganlah kerana didorong oleh kerakusan nafsu dalam menegakkan fahaman dan ideologi, masing-masing merelakan persengketaan antara sesame Umat Islam berlaku,’’ ujar Lajim yang juga Pengerusi Perhubungan Sukarelawan PERKIM Sabah .jbw

Thursday, January 20, 2011

USAHA BERSEPADU MEMANTAPKAN MUTU PENDIDIKAN






1 MALAYSIA..Lajim bersama isteri Datin Seri Normilaj Siong(tengah) menunjukkan isyarat 1 Malaysia bersama-sama pelajar yang menerima anugreh di majlis tersebut

BEAUFORT :Usaha memantapkan bidang pendidikan di kalangan pelajar di negeri ini perlu sokongan semua pihak dan agar seiring dengan Program Transformasi Kerajaan (PTK) dalam melahirkan modal insan yang dapat menyesuaikan diri dengan keperluan pasaran global.

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin berkata, menerusi usaha bersepadu ini, transformasi dalam pendidikan akan dapat dilaksanakan bagi membantu usaha kerajaan melahirkan modal insan berkualiti yang dapat menjayakan Wawasan 2020

Menurutnya, transformasi itu bukan sahaja mengajak warga pendidik mengubah dan menukarkan sistem atau cara berfikir dan sikap bekerja namun ianya melibatkan kesungguhan pelajar ,disamping sokongan ibu bapa serta masyarakat di sekitarnya

“ Jika sebelum ini kita bersikap reaktif kepada bidang ini, namun dalam menjayakan proses transformsi kerajaaan kita perlu bersikap yang proaktif” katanya ketika berucap merasmikan Majlis Meraikan Pelajar Cemerlang PMR dan UPSR 2010 bagi peringkat Parlimen Beaufort anjuran Biro Pendidikan Umno dan Pergerakan Pemuda Umno bahagian Beaufort di sini kemarin.

Hadir sama Timbalan Ketua Umno Bahagian yang juga Pengerusi Biro Isnin Haji Aliasnih,Naib Ketua Umno Bahagian Datuk Kimjus Duim .Ketua Pergerakan Pemuda Mohd.Ishak Haji Ibrahim dan Pegawai Pelajaran Bahagian Beaufort.

Menurut Lajim yang jug Ketua Umno bahagian Beaufort Kemajuan sesebuah negara tidak hanya bergantung kepada kekayaan sumber aslinya semata-mata kerana sebaliknya kejayaan sesebuah bangsa dan negara perlu didukung oleh rakyatnya yang mempunyai kecemerlangan dalam bidang pendidikan.

Katanya, pembangunan modal insan di negeri ini juga harus memfokus kepada keperluan pembangunan ekonomi selain pembangunan rohani dan fizikal.

“ Matalamat negara untuk menjadi sebuah Negara maju memerlukan tenaga atau modal insan yang berpengetahuan dan berkemahiran dalam pelbagai bidang untuk memenuhi aspirasi rakyat, negeri dan Negara” katanya

Sehubungan dengan itu menurut beliau para pelajar dan warga pendidik serta ibubapa harus bersama-sama berganding bahu untuk memastikan mereka tidak ketinggalan dalam apa jua bidang yang diceburi.

''Justeru, peranan guru dan keluarga sangat penting dalam merealisasikan hasrat negara kita melahirkan modal insan yang cemerlang dan bermartabat," tambah Lajim

Sementara itu, seramai 25 orang menerima Anugerah pelajar cemerlang yang menduduki peperiksaan PMR dari SMK Kota Klias, SMK Beaufort ,SMK Beuafort II,Sm St Paul dan SMK Kayul Kuala Penyu menerima anugreh masing-masing, sementera seramai 18 orang Pelajar cemerlang dalam peperiksaan UPSR tahun lepas dari SK st Paul,SK Takuli, SK Klias Baru, Sk Lajau,Sk Mempagar, Sk Mansud, SK Menumpang dan SRJK Kung Ming juga menerima anugreh berupa sijil dan wang tunai . oleh jbw

Anggota Perkhidmatan Awam Perlu fleksibel dalam pemikiran dan tindakan bagi memastikan matlamat program transfoarmasi kerajaan (GTP) tercapai





MESRA…Lajim bersalaman dengan anggota perkhidmatan awam yang hadir pada majlis perjumpaan tersebut

BEAUFORT: Landskap pembangunan negara yang kini berada dalam era pecut untuk memastikan matalamat Visi 2020 iaitu Malaysia sebagai negara Maju menuntut komitmen penjawat awam agar lebih fleksibel dalam pemikiran dan tindakan bagi memastikan matlamat program transfoarmasi kerajaan (GTP) tercapai

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin berkata, penjawat awam perlu berupaya melakukan tugas di luar kebiasaan dan mengamalkan keterbukaan minda dalam menjamin kecemerlangan perkhidmatan awam serta kesejahteraan rakyat.

Sementara itu, ujar beliau, pemikiran dan cara bekerja anggota perkhidmatan awam juga perlu berubah supaya segala perancangan dan objektif jabatan dapat direalisasikan.

“ Serentak dengan cabaran dan misi yang ingin dicapai ini Lajim menyarankan agar setiap jabatan dan agensi kerajaan dapat menyediakan “ Bank Idea” yang boleh mengumpukan idea idea baru yang kreatif dan inovatif untuk dikongsi bersama dan dilaksanakan dalam memacu proses pembangunan” katanya ketika berucap di majlis perjumpaan bersama anggota perkhidmatan awam di dewan masyarakat Pa Musa Beaufort kemarin.

Hampir 200 orang anggota perkhidmatan awam dari pelbagai jabatan dan agensi kerajaan hadir pada majlis tersebut dan antara yang turut hadir Pegawai Daerah Beaufort Wong Foo Then, Setiausaha Politik Kementerian Pembangunan Insfrastruktur Isnin Haji Aliasnih dan Naib Ketua Umno bahagian Datuk Kimjus Duim.

Menurut Lajim yang juga Ahli Parlimen Beaufort proses yang bermula dengan idea bernas mesti disusuli perancangan cemerlang dan pelaksanaan tanpa cacat cela, sekali gus mampu memastikan mutu perkhidmatan terbaik kepada masyarakat.

''Dalam era globalisasi sekarang, perkhidmatan awam tidak terkecuali daripada melakukan transformasi selaras dengan tuntutan dalam menjayakan aspirasi kerajaan dan tidak lagi melaksanakan tugas rutin kepada konsep kepuasan pelanggan semata-mata.

''Justeru, penjawat awam perlu sentiasa bertenaga serta mudah berubah dalam menangani cabaran masa kini dan akan datang dengan memiliki keupayaan berfikiran di luar kotak, mampu menjangka dan mengatasi cabaran yang dihadapi," katanya.

Katanya, penjawat awam perlu lebih responsif terhadap aspirasi kerajaan dengan menggalas amanah dan tanggungjawab sebaiknya bagi mencapai misi dan agenda pembangunan negeri tercapai dengan jayanya.

Tambahnya, transformasi ke arah menjadikan masyarakat maju bukan sahaja diasaskan kepada kemajuan ekonomi dan teknologi semata-mata bahkan mencakupi kemajuan dalam pembangunan sosial, budaya, intelek dan rohani supaya seluruh rakyat dapat merasai nikmat pembangunan yang dilaksanakan

Wednesday, January 19, 2011

KERAJAAN KOMITED CAPAI SASARAN SIFAR SETINGGAN MENJELANG 2020 LAJIM






Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin semasa melakukan lawatan kerja selama 4 hari meninjau masalah dan kemajuan Projek Perumahan Rakyat (PPR) di kawasan Pantai Timur Sabah baru baru ini


Kerajaan komited dalam usahanya mencapai Sasaran “Sifar Setinggan” menjelang 2020 dengan mempergiatkan pembinaan Projek Perumahan Rakyat (PPR) di seluruh negeri.

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin berkata, kerajaan kini berada di landasan betul bagi mencapai sasaran tersebut termasuk di Sabah dimana sehingga kini sebanyak 18,700 unit dari 20,000 unit kouta rumah PPR untuk negeri ini, kini dalam ketegori samaada sudah diduduki,sudah siap atau masih dalam pembinaan.

Katanya, baki 1,300 unit lagi akan diperuntukan kepada daerah Putatan belum dilaksanakan kerana kerajaan belum menemui tapak yang sesuai untuk membina rumah PPR itu seperti kawasan yang lengkap dengan prasarana dan kemudahan asas.

Komitmen Lajim selaku orang nombor dua di Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan berasal dari Sabah bagi mempastikan sasaran “Sifar Setinggan” menjelang 2020 khususnya di negeri ini terbukti dengan kesanggupan beliau meradah perjalanan darat menaiki pacuan empat roda dalam perjalanan beratur-ratus kilometer bermula dari Sandakan Beluran,Kinabatangan,Lahad Datu, Kunak, Semporna dan Tawau dalam program turun padangnya bagi memantau sendiri masalah serta kemajuan perlaksanaan projek PPR khususnya di kawasan Pantai Timur

“ Setakat ini saya berpuas hati dengan perlaksanaanya walaupun ada projek PPR yang diketgorikan bermasalah “ sakit” namun saya diberikan jaminan oleh semua pemaju terbabit yang menyatakan kesediaan untuk menyiapkan projek masing-masing” katanya semasa ditemui di akhir lawatannya di Tawau baru baru ini

Semasa lawatan kerja selama 4 hari Ke Pantai Timur Sabah ini Lajim turut diringi oleh Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Ghulam Haidar Khan Bahadar ,Pengarah Jabatan Perumahan Negara Wan Hussin Wan Hassan dan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah Khairuddin Deraman

Menurut Lajim yang juga Ahli Parlimen Beaufort kesediaan pemaju untuk menyiapkan projek melalui pemberian tempoh lanjutan adalah lebih baik berbanding menamatkan kontrak mereka bagi mengelak kerajaan mengeluarkan tander baru.

“ Inipun satu dari cara kita supaya tidak berlaku pertambahan kos. Apabila berlaku penamatan kontrak dan tawaran tander dibuat semula maka kos akan bertambah .Jadi kita mahu berunding dengan kontraktor asal supaya mereka menyiapkan projek walaupun berlaku sedikit kelewatan” katanya.

Dalam perkembangan yang sama Lajim juga meminta pihak PBT yang berkaitan agar menyegerakan proses mengisi rumah rumah PPR yang sudah siap dan telahpun diserahkan kepada kerajaan Negeri dimana menurut beliau semasa lawatan ini beliau mendapati masih terdapat rumah rumah PPR yang masih belum diisi sepenuhnya



“ Kita serahkan tanggungunjawab ini kepada pihak PBT masing-masing dimana kita menerima maklum balas positif dari rakyat mengenai dengan perlaksanaan projek PPR ini, yang sudah tentu dapat membantu golongan yang berpendapatan rendah bagi menduduki rumah yang lebih selesa dengan kadar sewaan yang mampu mereka bayar setiap bulan” katanya.



Menurut Lajim lagi Lajim pada masa akan datang pembinaan PPR akan menggunakan polisi siap beli bagi menyediakan eksis lebih luas kepada golongan berpendapatan rendah memiliki rumah sendiri.

Katanya, polisi ini akan membabitkan unit PPR yang dibina dalam RMK-10

PBT SABAH ANTARA YANG TERBANYAK MENERIMA PERUNTUKAN DARI KPKT LAJIM






Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin bersama Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan Datuk Ghulam Haidar Khan, Ahli Parlimen Silam Haji Salleh Kalbi dan pengarah JPN Wan Hussin Wan Hassan semasa melawat projek PPR Kunak yang masih dalam proses pembinaan

KUNAK: Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di negeri ini merupakan penerima peruntukan terbanyak berbanding negeri-negeri lain daripada kerajaan persekutuan menerusi Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan setiap tahun bagi melaksanakan pelbagai projek pembangunan di kawasan masing-masing.


Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin berkata, walaupun PBT di bawah bidang kuasa kerajaan negeri,namun kerajaan persekutuan tetap menyediakan peruntukan membantu kerajaan negeri bagi memastikan PBT dapat melaksanakan program pembangunan yang memberikan manfaat kepada rakyat.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada perjumpaan dan taklimat pembangunan Majlis Daerah Kunak sempena lawatan kerjanya ke daerah itu baru baru ini.

Hadir sama Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Ghulam haidar Khan, Ahli Parlimen Silam Haji Salleh Kalbi dan Pegawai Daerah Kunak Susilo Sumarto

Menurut Lajim yang juga Ahli Parlimen Beaufort , setiap tahun kementerian perumahan dan kerajaan tempatan memperuntukkan 35-juta ringgit untuk PBT di Sabah.dan pada tahun lalu sahaja, kerajaan persekutuan telah memperuntukkan 50-juta ringgit.

Lajim berkata, peruntukan ini diberikan memandangkan masih banyak projek pembangunan perlu disediakan khususnya melibatkan kemudahan infrastruktur asas seperti jalan raya, air dan elektrik serta lain lain kemudahan yang diperlukan di beberapa PBT di negeri ini

Tambahnya, ia juga merupakan komitmen kerajaan Persekutuan bagi memastikan rakyat Sabah membangun seiring dengan negeri-negeri lain di Semenanjung.

Datuk Haji Lajm berkata, keutamaan pembangunan daerah Kunak haruslah memberi impak yang besar kepada rakyat seperti penyediaan jalan raya, gerai-gerai, kawasan perniagaan dan kemudahan asas yang lain.

Terdahulu dari itu Lajim bersama rombongan juga turut melakukan lawatan ke tapak projek Perumahan Rakyat (PPR) Kunak yang diketegorikan “Sakit” perlaksanaanya dan berharap pemaju komited untuk menyiapkannya.

Katanya, kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan member peluang kedua bagi kontraktor menyiapkan projek mereka berdasarkan kepada alas an munasabah seperti factor cuaca,dan masalah bekalan bahan binaan.

“ Jika peluang kedua yang kita berikan ini pemaju gagal juga menyiapkan projek mereka, kementerian akan mengambil tindakan susulan termasuklah menamatkan kontrak mereka” tegas Lajim

Tambah Lajim lagi kontraktor terbabit perlu menyiapkan projek tersebut dalam tempoh tambahan yang ditetapkan kerana dasar kerajaan sekarang tiada tambahan kos bagi sesuatu projek.

ANGGOTA BOMBA DIMINTA PERTINGKATKAN ILMU DAN KEMAHIRAN






Lajim (tengah) bersama Ghulam dan Khairuddin merakamkan gambar kenangan bersama anggota Bomba dan Penyelamat Tawau yang hadir ke majlis tersebut

TAWAU: Anggota Bomba dan Penyelamat perlu sentiasa meningkatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran dalam bidang kebombaan bagi memastikan mereka berupaya memberi perkhidmatan terbaik dan efisin kepada rakyat.

Timbalan Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin berkata, tunutuan ini selaras dengan peredaran masa yang memerlukan anggota bomba dan penyelamat sentiasa bersedia termasuk menguasai teknologi terkini khususnya dalam kerjaya kebombaan

Beliau berkata demikian ketika berucap di majlis Makan Malam bersama Anggota Bomba daerah Tawau di salah sebuah hotel di sini baru baru ini.

Menurut Lajim angota Bomba perlu menguasai ilmu pengetuhan serta , kepakaran mereka kerana setiap masa Jabatan tersebut akan menerima peralatan canggih, sehubungan dengan itu katanya anggota Bomba perlu menjalani latihan bagi nenoastikan mereka mempunyai kepakaran, menguasai teknologi baru dan terkini terutamanya yang melibatkan pengunaan jentera yang digunakan untuk menjalankan operasi menyelamat

”Berbanding tahun 1970-an, tanggungjawab anggota bomba dan penyelamat kini bukan sahaja tertumpu kepada tugas-tugas memadam kebakaran malah terlibat secara langsung dalam kerja-kerja menyelamat bersama pasukan keselamatan lain samada di darat mahupun di laut” katanya

Tambah Lajim yang juga Ahli Parlimen Beaufort, kerajaan menerusi Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan sentiasa berusaha meningkatkan keupayaan Jabatan bomba dan penyelamat agar dapat memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat.

Katanya, apabila negara mencapai status negara maju menjelang tahun 2020, keupayaan dan kepakaran anggota bomba dan penyelamat negara ini perlu setanding dengan negara-negara maju.

Turut hadir pada majlis ini, Pembantu Menteri Kerajaan tempatan dan Perumahan negeri, Datuk Haji Ghulam Haidar Khan Bahadar dan pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat sabah, Khirudin Drahman. dan Pegawai Penguasa Jabatan Bomba dan Penyelamat Tawau oleh: JBW

JANGAN JADIKAN EDIOLOGI POLITIK PENGHALANG PERPADUAN





Lajim ketika menyerahkan kad ucapan Tahun Baru Cina ,Angpow dan Limau Mindren kepada salah seorang peniaga sempana majlis tersebut

MENUMBOK: Perbezaan ideologi politik tidak harus menjadi penghalang kepada usaha mengukuhkan semangat perpaduan rakyat pelbagai kaum yang sedia terjalin selama ini.

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin berkata, walau apapun pegangan ideologi politik seseorang itu, matlamat yang ingin dicapai adalah keamanan dan pembangunan negara yang berterusan.

“ Walapun Ideologi politik berbeza namun usaha untuk memelihara perpaduan,hormat menghormati antara kaum di Negara ini perlu kita pertahankan sebagai eleman penting dalam membena keamanan dan kesejahteraan meskipun rakyat di Negara ini terdiri dari pelbagai kaum dan agama” katanya semasa ditemui media selepas selepas mengagih-agihkan limau mandarin dan angpow sempena sambutan Tahun Baharu Cina yang akan disambut tidak lama lagi kepada masyarakat Tionghwa di Pekan Menumbok kemarin .

Turut hadir pada lawatan itu, bekas wakil rakyat Bebas Kuala Penyu, Datuk John Ghani, penolong pegawai Daerah Menumbok Awang Damit Abdul Razak Pengerusi Mayang Parlimen Beaufort Johair Matllani serta pemimpin masyarakat tempatan

Menurut Lajim yang juga Ahli Parlimen Beaufort Politik satu benda yang berbeza namun soal perpaduan itu penting kerana apapun amalan politik rakyat di Negara ini matlamat menuju ke arah keamanan merupakan perakara pokok untuk membangunkan negara


Tambah Ahli Majlis Tertinggi Umno ini, konsep 1Malaysia yang diperkenalkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dapat diperkukuhkan lagi perpaduan rakyat.

Katanya, dengan adanya konsep 1Malaysia, perpaduan rakyat berbilang kaum di negara ini dapat disepadukan seterusnya menjamin kestabilan dan pembangunan yang berterusan.

Sehubungan dengan itu beliau turut mengajak rakyat agar menjadikan apa jua sambutan perayaan yang dirayahkan di Negara ini, sebagai wadah untuk menjalin hubungan harmoni melalui konsep perkongsian perayaan .

Pada majlis tersebut Lajim turut menyampaikan kad kad ucapan tahun baru cina ,limau mandarin, dan angpow kepada masyarakat tiong hwa disekitar pekan Menumbok disamping turut mengadakan tinjuan mesra kepada golongan peniaga di Temu Pekan Menumbok .OLEH JBW

PBT DISARANKAN AGAR SELARASKAN HARGA SEWAAN RUMAH PROJEK PPR DI SABAH




Lajim bersama Ghulam dan Wan Hussin mendengar taklimat dari pemaju semasa melawat projek PPR Taman Semarak Tawau yang kini siap sepenuhnya dan bakal diserahkan kepada Kerajaan Negeri Sabah

TAWAU: Pihak berkuasa Tempatan (PBT) di negeri ini disaran agar mengkaji serta menyelaras kadar harga sewaan rumah di bawah Program Perumahan Rakyat (PPR) yang tidak selaras disesetangah PPR di beberapa buah daerah di negeri ini.

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin berkata, di sesetengah tempat rumah PPR khususnya disekitar Kota Kinabalu kadar sewaan yang dkenakan kepada penyewa ialah RM150.00 sebulan manakala di PPR yang lain pula RM 139.00 sebulan.


Malah katanya, terdapat kes PPR disewakan mengikut kedudukan tingkat rumah dimana ditingkat yang rendah ianya disewakan dengan kadar yang lebih tinggi berbanding dengan tingkat atas yang kadar sewaanya lebih rendah dari tingkat bawah.

“ Matalamat kerajaan menyediakan PPR kepada rakyat adalah membantu menyediakan rumah yang lebih selesa kepada rakyat yang memerlukannya dengan kadar sewa yang sesuai dan mampu mereka bayar sebulan, justeru jika kita menyewakan pada kadar yang tinggi dan tidak selaras sudah tentu ianya akan membebankan mereka” katanya semasa ditemui media selepas melakukan lawatan ke projek PPR Semarak dekat sini kemarin.

Mengringi lawatan beliau Pembantu Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sabah Datuk Ghulam Haidar Khan ,Pengarah Jabatan Perumahan Negara Wan Hussin Wan Hassan serta pegawai pegawai kanan dari Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan Majlis Perbandaran Tawau.

Menurut Lajim PPR Semarak yang sudah siap pembinaannya hanya menunggu masa untuk diserahkan kepada kerajaan negeri dan beliau berharap pihak majlis Perbandaran Tawau telah pun mengenal pesti pemohon yang benar benar layak dan memenuhi syarat diberikan keutamaan untuk menyewa di PPR tersebut.

Dalam perkembangan lain Lajim yang juga Ahli Parlimen Beaufort berkata, pihak kementerian beliau akan berbincang dengan Jabatan Perumahan Negara agar setiap PPR yang dibangunkan turut disediakan kemudahan belakan api elekterik dan air termasuklah pemasangan kelengkapan dan penyambungan bekalan ke dalam rumah

Katanya jika sebelelum ini rumah yang disediakan hanya menyediakan punca (point) bekalan api elektrik dimana penyewa sendiri yang menyediakan kelengkapan seperti kipas angin, lampau termasuk pemasangan meter air dan juga api eleketrik namun pada masa akan datang perkara ini akan terus disediakan oleh pihak pemaju.

“ Ini juga turu meringankan beban mereka yang menyewa PPR dimana keperluan untuk menyediakan perlatan ini boleh mencecah hingga ke RM1,000, bagaimanapun pada masa akan datang kita akan kaji mengikut makanisme tertentu agar ianya tidak melibatkan kos yang tinggi kepada pemaju dan tidak membebankan kepada penyewa” katanya.

PEMAJU ASAL PROJEK PPR “ SAKIT” DI SABAH DIBERI PELUANG SIAPKAN PROJEK




Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Panglima Haji Lajim Ukin diringi oleh Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Ghulam haidar Khan dan Pengarah JPN Wan Hussin Wan Hassan semasa melakukan lawatan ke tapak Projek PPR Semporna

TAWAU: Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan sedia member peluang kepada pemaju atau kontraktor asal Projek Perumahan Rakyat (PPR) yang diketegorikan “ sakit” di Sabah untuk menyiapkan projek masing-masing .

Timbalan Menterinya Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin berkata, peluang tersebut akan diberikan sekiranya pemaju atau kontraktor berkenaan mempunyai alas an munasabah seperti factor cuaca dan masalah bekalan bahan sehingga projek kendalian mereka gagal disiapkan mengikut jadual.

“ Kerajaan sedia berbincang dengan pemaju berkenaan…kalau kontraktor asal bersedia untuk menyiapkan ,kita beri peluang..” katanya kepada pemberita selepas melawat PPR Taman Semarak melibatkan 500 unit rumah baru baru ini.

PPR Taman Semarak yang sudah siap pembinaannya hanya menunggu masa untuk diserahkan kepada kerajaan negeri Sabah.

Menurut Lajim yang juga Ahli Parlimen Beaufort , berdasarkan lawatannya ke tapak-tapak projek PPR yang dianggap bermasalah dan “sakit” di kawasan pantai Timur Sabah sepert di Beluran,Sandakan,Kinabatangan,Lahad Datu , Kunak,Semporna dan Tawau semua pemaju terbabit menyatakan kesediaan untuk menyiapkan projek masing-masing .

Katanya, kesediaan pemaju untuk menyiapkan projek melalui pemberian tempoh lanjutan adalah lebih baik berbanding menamatkan kontrak mereka bagi mengelak kerajaan mengeluarkan tander baru.

“ Inipun satu dari cara kita supaya tidak berlaku pertambahan kos. Apabila berlaku penamapatan kontrak dan tawaran tander dibuat semula maka kos akan bertambah .Jadi kita mahu berunding dengan kontraktor asal supaya mereka menyiapkan projek walaupun berlaku sedikit kelewatan” katanya.

Mengenai unjuran kerajaan untuk mencapai sasaran “sifar Setinggan” menjelang 2020 ,Lajim berkata, kerajaan berada dilandasan yang betul untuk mencapai sasaran itu.

“ Dalam kontek Sabah, katanya sebanyak 18,700 unit daripada 20,000 unit kuota rumah PPR untuk negeri berkenaan kini dalam ketegori sama ada sudah diduduki ,sudah siap atau masih dalam pembinaan.

Katanya, baki 1,300 unit lagi akan diperuntukan kepada daerah Putatan belum dilaksanakan kerana kerajaan belum menemui tapak yang sesuai untuk membina rumah PPR itu seperti kawasan yang lengkap dengan prasarana dan kemudahan asas.

SEMUA PBT DIMINTA MANAFAATKAN PERUNTUKAN YANG DISEDIAKAN UNTUK KEPENTINGAN RAKYAT






Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin ketika menyampaikan amanat pada majlis perjumpaan tersebut. Turut Kelihatan Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan Datuk Ghulam Haidar Khan dan Ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Bung Mokthar Radin

KINABATANGAN : Pihak berkuasa tempatan (PBT) di sabah diminta untuk menguruskan sebaik mungkin peruntukan yang diberikan oleh kerajaan terutama peruntukan bagi pelaksanaan projek pembangunan di kawasan masing-masing.

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Panglima Haji Lajim Ukin berkata, ini penting bagi memastikan peruntukan yang disalurkan kerajaan dimanfaatkan sepenuhnya agar program pembangunan yang dilaksanakan pbt berjalan lancar.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perjumpaan dan taklimat majlis daerah kinabatangan di kinabatangan.

Katanya, rakyat dapat manfaat daripada pelaksanaan projek pembangunan yang dilaksanakan dengan baik.

Tambahnya, kementeriannya sedia mempertimbangkan peruntukan tambahan kepada pbt bagi melaksanakan projek yang mereka mendesak dan diperlukan rakyat.

Lajim yang juga Ahli Parlimen Beaufort berkata, kerajaan di bawah kepimpinan barisan nasional merupakan kerajaan yang prihatin terhadap rakyat.

Ini terbukti sabah merupakan antara negeri yang menerima peruntukan kewangan yang banyak daripada kerajaan persekutuan bagi memastikan negeri ini terus membangun seiring dengan negeri2 lain di negara ini.

Tambahnya, ini juga selaras dengan gagasan 1 Malaysia rakyat didahulukan pencapaian diutamakan.

Turut hadir pada majlis itu, Ahli Parlimen kinabatangan, Datuk Bung Moktar Radin.

KONTRAKTOR DIBERI MASA SEHINGGA JUN INI SIAPKAN BALAI BOMBA KINABATANGAN-LAJIM







Lajim bersama Ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Bung Mokthar Radin diberikan penerangan oleh Pengarah Bomba dan Penyelamat Sabah Khairuddin Deraman semasa melawat Balai Bomba dan Penyelamat Kinabatangan yang kini dalam proses penyiapan

KINABATANGAN : Pihak kontraktor yang membina Balai Bomba dan Penyelamat di sini diberi masa sehingga Jun ini untuk menyudahkan projek yang sepatutnya siap Disember tahun lepas.
Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin berkata, projek ini sudah siap sebanyak 86 peratus dan kontraktor member jaminan akan menyudahkanya mengikut masa lanjutan yang diberikan.
Beliau berkata kontraktor berkenaan juga sudah menjelaskan bahawa kelewatan itu disebabkan oleh pertukaran status tanah dan masalah mengangkut bahan binaan dari Sandakan.
“ Mereka member jaminan akan menyiapkan projek itu mengikut masa lanjutan yang diberikan dan kita mahu mereka melaksanakan tanggungjawab itu” katanya kepada pemberita ketika melawat tapak pembinaan Balai Bomba dan Penyelamat itu baru baru ini.
Lajim berkata kewujudan Balai Bomba dan Penyelamat merupakan satu keperluan di daerah ini yang pesat membangun dan semakin bertambah penduduknya.
Beliau berkata ketika ini sekiranya berlaku kebakaran dan bencana alam terutamanya banjir di daerah ini mereka terpaksa bergantung kepada Balai Bomba dan Penyelamat di Sandakan yang terletak kira-kira 100 kilometer dari sini.
Katanya, pembinaan Balai Bomba dan Penyelamat itu akan menyakinkan rakyat dan membuktikan kerajaan Barian Nasional sememangnya prihatin dengan masalah mereka .