Wednesday, January 19, 2011

KERAJAAN KOMITED CAPAI SASARAN SIFAR SETINGGAN MENJELANG 2020 LAJIM






Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin semasa melakukan lawatan kerja selama 4 hari meninjau masalah dan kemajuan Projek Perumahan Rakyat (PPR) di kawasan Pantai Timur Sabah baru baru ini


Kerajaan komited dalam usahanya mencapai Sasaran “Sifar Setinggan” menjelang 2020 dengan mempergiatkan pembinaan Projek Perumahan Rakyat (PPR) di seluruh negeri.

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin berkata, kerajaan kini berada di landasan betul bagi mencapai sasaran tersebut termasuk di Sabah dimana sehingga kini sebanyak 18,700 unit dari 20,000 unit kouta rumah PPR untuk negeri ini, kini dalam ketegori samaada sudah diduduki,sudah siap atau masih dalam pembinaan.

Katanya, baki 1,300 unit lagi akan diperuntukan kepada daerah Putatan belum dilaksanakan kerana kerajaan belum menemui tapak yang sesuai untuk membina rumah PPR itu seperti kawasan yang lengkap dengan prasarana dan kemudahan asas.

Komitmen Lajim selaku orang nombor dua di Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan berasal dari Sabah bagi mempastikan sasaran “Sifar Setinggan” menjelang 2020 khususnya di negeri ini terbukti dengan kesanggupan beliau meradah perjalanan darat menaiki pacuan empat roda dalam perjalanan beratur-ratus kilometer bermula dari Sandakan Beluran,Kinabatangan,Lahad Datu, Kunak, Semporna dan Tawau dalam program turun padangnya bagi memantau sendiri masalah serta kemajuan perlaksanaan projek PPR khususnya di kawasan Pantai Timur

“ Setakat ini saya berpuas hati dengan perlaksanaanya walaupun ada projek PPR yang diketgorikan bermasalah “ sakit” namun saya diberikan jaminan oleh semua pemaju terbabit yang menyatakan kesediaan untuk menyiapkan projek masing-masing” katanya semasa ditemui di akhir lawatannya di Tawau baru baru ini

Semasa lawatan kerja selama 4 hari Ke Pantai Timur Sabah ini Lajim turut diringi oleh Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Ghulam Haidar Khan Bahadar ,Pengarah Jabatan Perumahan Negara Wan Hussin Wan Hassan dan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah Khairuddin Deraman

Menurut Lajim yang juga Ahli Parlimen Beaufort kesediaan pemaju untuk menyiapkan projek melalui pemberian tempoh lanjutan adalah lebih baik berbanding menamatkan kontrak mereka bagi mengelak kerajaan mengeluarkan tander baru.

“ Inipun satu dari cara kita supaya tidak berlaku pertambahan kos. Apabila berlaku penamatan kontrak dan tawaran tander dibuat semula maka kos akan bertambah .Jadi kita mahu berunding dengan kontraktor asal supaya mereka menyiapkan projek walaupun berlaku sedikit kelewatan” katanya.

Dalam perkembangan yang sama Lajim juga meminta pihak PBT yang berkaitan agar menyegerakan proses mengisi rumah rumah PPR yang sudah siap dan telahpun diserahkan kepada kerajaan Negeri dimana menurut beliau semasa lawatan ini beliau mendapati masih terdapat rumah rumah PPR yang masih belum diisi sepenuhnya



“ Kita serahkan tanggungunjawab ini kepada pihak PBT masing-masing dimana kita menerima maklum balas positif dari rakyat mengenai dengan perlaksanaan projek PPR ini, yang sudah tentu dapat membantu golongan yang berpendapatan rendah bagi menduduki rumah yang lebih selesa dengan kadar sewaan yang mampu mereka bayar setiap bulan” katanya.



Menurut Lajim lagi Lajim pada masa akan datang pembinaan PPR akan menggunakan polisi siap beli bagi menyediakan eksis lebih luas kepada golongan berpendapatan rendah memiliki rumah sendiri.

Katanya, polisi ini akan membabitkan unit PPR yang dibina dalam RMK-10

No comments:

Post a Comment