Wednesday, January 19, 2011

PEMAJU ASAL PROJEK PPR “ SAKIT” DI SABAH DIBERI PELUANG SIAPKAN PROJEK




Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Panglima Haji Lajim Ukin diringi oleh Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Ghulam haidar Khan dan Pengarah JPN Wan Hussin Wan Hassan semasa melakukan lawatan ke tapak Projek PPR Semporna

TAWAU: Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan sedia member peluang kepada pemaju atau kontraktor asal Projek Perumahan Rakyat (PPR) yang diketegorikan “ sakit” di Sabah untuk menyiapkan projek masing-masing .

Timbalan Menterinya Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin berkata, peluang tersebut akan diberikan sekiranya pemaju atau kontraktor berkenaan mempunyai alas an munasabah seperti factor cuaca dan masalah bekalan bahan sehingga projek kendalian mereka gagal disiapkan mengikut jadual.

“ Kerajaan sedia berbincang dengan pemaju berkenaan…kalau kontraktor asal bersedia untuk menyiapkan ,kita beri peluang..” katanya kepada pemberita selepas melawat PPR Taman Semarak melibatkan 500 unit rumah baru baru ini.

PPR Taman Semarak yang sudah siap pembinaannya hanya menunggu masa untuk diserahkan kepada kerajaan negeri Sabah.

Menurut Lajim yang juga Ahli Parlimen Beaufort , berdasarkan lawatannya ke tapak-tapak projek PPR yang dianggap bermasalah dan “sakit” di kawasan pantai Timur Sabah sepert di Beluran,Sandakan,Kinabatangan,Lahad Datu , Kunak,Semporna dan Tawau semua pemaju terbabit menyatakan kesediaan untuk menyiapkan projek masing-masing .

Katanya, kesediaan pemaju untuk menyiapkan projek melalui pemberian tempoh lanjutan adalah lebih baik berbanding menamatkan kontrak mereka bagi mengelak kerajaan mengeluarkan tander baru.

“ Inipun satu dari cara kita supaya tidak berlaku pertambahan kos. Apabila berlaku penamapatan kontrak dan tawaran tander dibuat semula maka kos akan bertambah .Jadi kita mahu berunding dengan kontraktor asal supaya mereka menyiapkan projek walaupun berlaku sedikit kelewatan” katanya.

Mengenai unjuran kerajaan untuk mencapai sasaran “sifar Setinggan” menjelang 2020 ,Lajim berkata, kerajaan berada dilandasan yang betul untuk mencapai sasaran itu.

“ Dalam kontek Sabah, katanya sebanyak 18,700 unit daripada 20,000 unit kuota rumah PPR untuk negeri berkenaan kini dalam ketegori sama ada sudah diduduki ,sudah siap atau masih dalam pembinaan.

Katanya, baki 1,300 unit lagi akan diperuntukan kepada daerah Putatan belum dilaksanakan kerana kerajaan belum menemui tapak yang sesuai untuk membina rumah PPR itu seperti kawasan yang lengkap dengan prasarana dan kemudahan asas.

No comments:

Post a Comment