Wednesday, January 19, 2011

PBT SABAH ANTARA YANG TERBANYAK MENERIMA PERUNTUKAN DARI KPKT LAJIM






Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin bersama Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan Datuk Ghulam Haidar Khan, Ahli Parlimen Silam Haji Salleh Kalbi dan pengarah JPN Wan Hussin Wan Hassan semasa melawat projek PPR Kunak yang masih dalam proses pembinaan

KUNAK: Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di negeri ini merupakan penerima peruntukan terbanyak berbanding negeri-negeri lain daripada kerajaan persekutuan menerusi Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan setiap tahun bagi melaksanakan pelbagai projek pembangunan di kawasan masing-masing.


Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin berkata, walaupun PBT di bawah bidang kuasa kerajaan negeri,namun kerajaan persekutuan tetap menyediakan peruntukan membantu kerajaan negeri bagi memastikan PBT dapat melaksanakan program pembangunan yang memberikan manfaat kepada rakyat.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada perjumpaan dan taklimat pembangunan Majlis Daerah Kunak sempena lawatan kerjanya ke daerah itu baru baru ini.

Hadir sama Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Ghulam haidar Khan, Ahli Parlimen Silam Haji Salleh Kalbi dan Pegawai Daerah Kunak Susilo Sumarto

Menurut Lajim yang juga Ahli Parlimen Beaufort , setiap tahun kementerian perumahan dan kerajaan tempatan memperuntukkan 35-juta ringgit untuk PBT di Sabah.dan pada tahun lalu sahaja, kerajaan persekutuan telah memperuntukkan 50-juta ringgit.

Lajim berkata, peruntukan ini diberikan memandangkan masih banyak projek pembangunan perlu disediakan khususnya melibatkan kemudahan infrastruktur asas seperti jalan raya, air dan elektrik serta lain lain kemudahan yang diperlukan di beberapa PBT di negeri ini

Tambahnya, ia juga merupakan komitmen kerajaan Persekutuan bagi memastikan rakyat Sabah membangun seiring dengan negeri-negeri lain di Semenanjung.

Datuk Haji Lajm berkata, keutamaan pembangunan daerah Kunak haruslah memberi impak yang besar kepada rakyat seperti penyediaan jalan raya, gerai-gerai, kawasan perniagaan dan kemudahan asas yang lain.

Terdahulu dari itu Lajim bersama rombongan juga turut melakukan lawatan ke tapak projek Perumahan Rakyat (PPR) Kunak yang diketegorikan “Sakit” perlaksanaanya dan berharap pemaju komited untuk menyiapkannya.

Katanya, kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan member peluang kedua bagi kontraktor menyiapkan projek mereka berdasarkan kepada alas an munasabah seperti factor cuaca,dan masalah bekalan bahan binaan.

“ Jika peluang kedua yang kita berikan ini pemaju gagal juga menyiapkan projek mereka, kementerian akan mengambil tindakan susulan termasuklah menamatkan kontrak mereka” tegas Lajim

Tambah Lajim lagi kontraktor terbabit perlu menyiapkan projek tersebut dalam tempoh tambahan yang ditetapkan kerana dasar kerajaan sekarang tiada tambahan kos bagi sesuatu projek.

No comments:

Post a Comment