Thursday, January 20, 2011
USAHA BERSEPADU MEMANTAPKAN MUTU PENDIDIKAN
1 MALAYSIA..Lajim bersama isteri Datin Seri Normilaj Siong(tengah) menunjukkan isyarat 1 Malaysia bersama-sama pelajar yang menerima anugreh di majlis tersebut
BEAUFORT :Usaha memantapkan bidang pendidikan di kalangan pelajar di negeri ini perlu sokongan semua pihak dan agar seiring dengan Program Transformasi Kerajaan (PTK) dalam melahirkan modal insan yang dapat menyesuaikan diri dengan keperluan pasaran global.
Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin berkata, menerusi usaha bersepadu ini, transformasi dalam pendidikan akan dapat dilaksanakan bagi membantu usaha kerajaan melahirkan modal insan berkualiti yang dapat menjayakan Wawasan 2020
Menurutnya, transformasi itu bukan sahaja mengajak warga pendidik mengubah dan menukarkan sistem atau cara berfikir dan sikap bekerja namun ianya melibatkan kesungguhan pelajar ,disamping sokongan ibu bapa serta masyarakat di sekitarnya
“ Jika sebelum ini kita bersikap reaktif kepada bidang ini, namun dalam menjayakan proses transformsi kerajaaan kita perlu bersikap yang proaktif” katanya ketika berucap merasmikan Majlis Meraikan Pelajar Cemerlang PMR dan UPSR 2010 bagi peringkat Parlimen Beaufort anjuran Biro Pendidikan Umno dan Pergerakan Pemuda Umno bahagian Beaufort di sini kemarin.
Hadir sama Timbalan Ketua Umno Bahagian yang juga Pengerusi Biro Isnin Haji Aliasnih,Naib Ketua Umno Bahagian Datuk Kimjus Duim .Ketua Pergerakan Pemuda Mohd.Ishak Haji Ibrahim dan Pegawai Pelajaran Bahagian Beaufort.
Menurut Lajim yang jug Ketua Umno bahagian Beaufort Kemajuan sesebuah negara tidak hanya bergantung kepada kekayaan sumber aslinya semata-mata kerana sebaliknya kejayaan sesebuah bangsa dan negara perlu didukung oleh rakyatnya yang mempunyai kecemerlangan dalam bidang pendidikan.
Katanya, pembangunan modal insan di negeri ini juga harus memfokus kepada keperluan pembangunan ekonomi selain pembangunan rohani dan fizikal.
“ Matalamat negara untuk menjadi sebuah Negara maju memerlukan tenaga atau modal insan yang berpengetahuan dan berkemahiran dalam pelbagai bidang untuk memenuhi aspirasi rakyat, negeri dan Negara” katanya
Sehubungan dengan itu menurut beliau para pelajar dan warga pendidik serta ibubapa harus bersama-sama berganding bahu untuk memastikan mereka tidak ketinggalan dalam apa jua bidang yang diceburi.
''Justeru, peranan guru dan keluarga sangat penting dalam merealisasikan hasrat negara kita melahirkan modal insan yang cemerlang dan bermartabat," tambah Lajim
Sementara itu, seramai 25 orang menerima Anugerah pelajar cemerlang yang menduduki peperiksaan PMR dari SMK Kota Klias, SMK Beaufort ,SMK Beuafort II,Sm St Paul dan SMK Kayul Kuala Penyu menerima anugreh masing-masing, sementera seramai 18 orang Pelajar cemerlang dalam peperiksaan UPSR tahun lepas dari SK st Paul,SK Takuli, SK Klias Baru, Sk Lajau,Sk Mempagar, Sk Mansud, SK Menumpang dan SRJK Kung Ming juga menerima anugreh berupa sijil dan wang tunai . oleh jbw
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment