Sunday, November 29, 2009

AHLI PARLIMEN BEAUFORT SAMPAIKAN SUMBANGAN KOMPANG


SERAH SUMBANGAN...Kelihatan Lajim bersama Ahli Jawatankuasa Umno bahagian ketika menyampaikan satu set kompang kepada kumpulan kompang dari kampung Pilajau yang diterima oleh pengerusinya Safari Haji Musa


">MERTABATKAN KESENIAN ISLAM...Bagi mertabatkan kesenian Islam khususnya seni kompang dan hadrah Ahli Parlimen Beaufort yang juga Timbalan Yang Dipertua (USIA) Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin telah memperuntukkan sebahagian daripada peruntukan Parlimennya bagi pembelian beberapa buah set kompang yang turut diagih-agihkan kepada beberapa buah kampung di kawasan Parlimen Beaufort yang mempunyai kumpulan kompang masing-masing. Menurut Lajim yang juga Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan tempatan pemberian peruntukan tersebut adalah untuk mertabatkan serta membudayakan kesenian kompang agar tidak pupus ditelan zaman,Menurutnya melalui aktiviti kesenian ini ianya dapat dimasyarakatkan khususnya kepada golongan muda agar mereka terus mencintai kesenian Islam khususnya seni kompang. Beliau turut berharap dengan bantuan tersebut kampulan kumpulang kompang yang sedia ada di kawasan ini dapat digerakkan khsusnya dalam melatih tenaga muda agar berminat dan fasih bermain kompang.

Kawasan Parlimen Beaufort contoh kejayaan RAS





SIMBOL PELANCARAN…Lajim bersama John,Mohd.Sidek serta jemputan lain turut menanam pokok sebagai simbol pelancaran karnival tersebut

BEAUFORT: Kawasan Parlimen Beaufort akan menjadi contoh kepada kejayaan Program Rakan Alam Sekitar (RAS) di Sabah dan semua pihak yang terlibat perlu komited dan serius untuk merealisasikan harapan tersebut
Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin bagaimanapun berkata, usaha itu memerlukan kerjasama daripada semua pihak bukan sahaja agensi kerajaan yang terlibat malah pembabitan penduduk kampung diperlukan menerusi penubuhan jawatankuasa bertindak di kawasan masing-masing
Menurutnya, menerusi kerjasama semua pihak itu, satu usaha kepada pemuliharaan alam sekitar di setiap kampung di kawasan Parlimen Beaufort akan dapat dilaksanakan dengan lebih bersepadu dan fokus.
''Sehubungan itu, saya memberi cabaran kepada penduduk di sini supaya menjadikan kawasan ini contoh kepada kejayaan program RAS di Sabah
''Walaupun secara realistik ia sukar dicapai, tetapi setidak-tidaknya kita berjaya membuat penambahbaikan kepada tahap kebersihan di kawasan ini menerusi sasaran yang telah kita tetapkan ini," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan pelancaran Karnival program Rakan Alam Sekitar (RAS) peringkat kawasan Parlimen Beaufort bertempat di Dewan Masyarakat Pa Musa dekat sini pagi kemarin.
Menurut Lajim yang juga Ahli Parlimen Beaufort program itu mampu menjadi platform untuk meningkatkan kesedaran masyarakat berhubung penjagaan alam sekitar dan seterusnya memulihkan khazanah alam daripada terus dimusnahkan.
Katanya,, pelaksanaan RAS juga secara tidak langsung dapat menanam tanggungjawab dalam diri masyarakat, khususnya menjaga keindahan alam sekitar daripada tercemar.
''Pelaksanaan RAS pastinya memberi peluang kepada masyarakat membantu agensi kerajaan bertanggungjawab dalam membanteras kegiatan memusnahkan alam,'' katanya
Hadir sama Wakil Rakyat Kuala Penyu John Teo Mau Sing , Pegawai Daerah Beaufort Mohd.Sidek Haji Jubar, Ketua Penolong Pengarah Jabatan Alam Sekitar Sabah Amirul Ariffin dan Ketua Pergerakan Pemuda umno Bahagian beaufort Mohd.Ishak Haji Ibrahim

Saturday, November 28, 2009

JUAL BELI PPR TIDAK ADA KAITAN DENGAN PILIHANRAYA-LAJIM UKIN




DIALOG...Lajim semasa diwawancara oleh pengantara program Dilog di TV 1 RTM baru baru ini.

KUALA LUMPUR: Penjualan Rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) tidak ada kena mengena dengan soal pilihanraya yang bakal menjelang tiba sebaliknya ia dilakukan atas pertimbangan kerajaan bahawa para penyewa rumah PPR wajar diberi peluang untuk mereka memiliki rumah sendiri dan tidak selama-lamanya kekal sebagai penyewa kata Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin.

Beliau berkata kerajaan telah meluluskan penjualan rumah PPR itu iaitu sejak tahun 2006 lagi,bagaimanapun ianya dapat direalisasikan pada tahun ini setelah pelbagai kajian dibuat bagi mempastikan pelaksanaannya berjalan lancar dan semua pihak mendapat manfaatnya.

Beliau berkata demikian ketika menjadi tetamu Program Dialog secara langsung di RTM 1 Angkasa Puri , baru-baru ini dengan membincangkan isu yang bertajuk "Rumah Sejahtera, Keluarga Bahagia"

Lajim yang juga Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO berkata program PPR ini merupakan satu program unik yang pernah dilaksanakan oleh kerajaan. Ia bersifat serampang dua mata iaitu bagi menggalakkan pertumbuhan ekonomi jalan penyelesaian masalah setinggan di bandar-bandar utama di seluruh negara.

"Selain daripada program ini juga kita lihat sebagai satu cara untuk kita menyediakan kemudahan perumahan kepada golongan berpendapatan rendah," katanya.

Menurut Lajim bagi tempuh RMK-10 dan RMK-9, kerajaan telah mensasarkan pembinaan sebanyak 105,000 unit rumah PPR di seluruh negara. Walau bagaimanapun oleh kerana kekangan pelbagai faktor seperti masalah tapak, kekurangan peruntukkan dan sebagainya lagi, sehingga alhir RMK-9 hanya 77,636 ribu unit rumah PPR diswa akan dapat disiapkan.

Menjawab satu soalan, Lajim berkata kerajaan tidak pernah mengamalkan diskriminasi terhadap negeri-negeri diperintah pembangkang berkaitan dengan perlaksanaan projek PPR ini.

"Perancangan sesuatu projek PPR ini dibuat dengan mengambil kira jumlah setinggan yang berdaftar di sesuatu kawasan dan jumlah pemohon yang berdaftar di bawah sistem pendaftaran terbuka. Berdasarkan kepada fakta tersebut, kita lihat bahawa agihan terrbesar PPR adalah di Kuala Lumpur, Kota Kinabalu dan Johor Bahru yang kita semua tahu ketiga-tiga negetri itu mempunyai penduduk setinggan yang besar, " katanya.

Friday, November 27, 2009

Hayati Falsafah Korban Untuk Kebaikan dan Kemajuan TYDP USIA




TAKBIR…Lajim turut menyertai masyarakat Islam setempat bertakbir sebelum sembahyang Sunat Hari raya Aidil Hadha di mulakan


MENUMBOK: Umat Islam tidak akan merasa kerugian sekiranya sanggup berkorban meninggalkan perkara -perkara negetif yang boleh merosakkan akidah serta nilai nilai kehidupan yang mencerminkan ajaran Islam yang sebenarnya.
Timbalan Yang Dipertua Pertubuhan Islam Seluruh Sabah Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin berkata untuk mencapai kejayaan abadi di dunia dan akhirat, kita perlu berkorban dengan mengetepikan kepentingan kebendaan yang bersifat sementara. dimana, semangat perjuangan mesti dibentuk dengan membina sifat ingin berjihad dan sedia berkorban.
“Di sebalik kedua-dua peristiwa ini iaitu peristiwa korban dengan ibadah haji, tersemat dan terakam beberapa ciri penting yang melambangkan syiar Islam sebagai satu agama yang tulus, membina dan ihsan.” Katanya ketika ditemui selepas mengerjakan sembahyang sunat hari raya aidil hadha bersama lebih dari 500 orang masyarakat Islam setempat di Masjid Nur Ikhsan Menumbok pagi kemarin.
Menurut Lajim yang juga Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan peristiwa korban keluarga Nabi Ibrahim a.s menggambarkan betapa pentingnya jiwa yang kuat serta semangat kental untuk menjadi pejuang kepada diri sendiri dan masyarakat perlu diterapkan dalam jiwa seorang muslim yang sejati.
Dalam perkembangan yang sama Ahli Parlimen Beaufort ini juga berkata, ibadah Korban juga membawa maksud menyeru umatnya supaya sentiasa mengutamakan perpaduan, mengelakkan perpecahan dan menjuarai keamanan agar nasib umat Islam sentiasa terbela dan martabat agama Islam terus terpelihara.
Menurut beliau lagi ,sebagai umat Islam kita berkewajipan memanifestasikan semangat ibadah korban ini dalam kehidupan bermasyarakat perlu dilaksanakan dalam jalinan ukhwah yang padu
“ Soal memajukan pendidikan, membangunkan ekonomi, membanteras keruntuhan akhlak dan menyekat gejala sosial adalah soal-soal kehidupan hari ini yang menjadi tanggungjawab kita bersama.”
“ Untuk mencapai huraian mutlak bagi permasalahan masyarakat Islam kita hari ini, kita perlu disedarkan tentang peranan kita yang sebenar selaku hamba Allah s.w.t dan sebagai anggota masyarakat. Usaha perlu dimulakan untuk menyedarkan manusia akan peri pentingnya sifat-sifat kemanusiaan dalam diri setiap individu melalui peristiwa korban ini” tambah Lajim
Di majlis tersebut selain memberikan sumbangan beberapa ekor Kerbau Lajim juga turut menyaksikan majlis penyembelihan kerbau untuk dikorbankan dan diagih-agihkan kepada masyarakat Islam setempat .

Thursday, November 26, 2009

LEBIH 100 JUTA DIBELANJAKAN UNTUK PROJEK PEMBANGUNAN DI PARLIMEN BEAUFORT




Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin (tengah) bersama pemimpin masyarakat setempat turut menyaksikan majlis penyembelihan kerbau untuk di korbankan dimajlis tersebut

MENUMBOK : Lebih 100-juta ringgit telah disalurkan bagi meningkatkan pembangunan prasarana di kawasan Parlimen Beaufort sepanjang Rancangan Malaysia Ke-Sembilan (RMK-9).

Ahli Parlimennya , Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin berkata, peruntukkan yang disalurkan itu menunjukkan komitmen kerajaan dalam memperkasa serta meningkatkan pembangunan infrastruktur di kawasan berkenaan.

Beliau menegaskan perkara ini ketika ditemui pemberita selepas berjemaah mengerjakan sembahyang sunat Hari Raya Aidil Adha bersama hampir 500 orang masyarakat islam setempat di Masjid Nur Ikhsan Menumbok pagi Kemarin

Hadir sama Timbalan Ketua Umno Bahagian Isnin Haji Aliasnih,Setiausaha Umno Bahagian Ustaz Jusih Haji sarin,Ketua Penerangan Umno bahagian Haji Samin Haji Ongki dan Pengerusi Masjid Nur Ikhsan Menumbok Haji wahid Kapal

Lajim yang juga Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan berkata antara projek yang telah dilaksanakan adalah kerja-kerja menaik taraf jalan raya sepanjang 52-kilometer dan pembinaan jambatan Sitompok di Kuala Penyu.

“ Bagi Projek pembinaan Jambatan Sitompok sebut harga telahpun dikeluarkan dan kini hanya menunggu keputusan dari Kementerian Kewangan bagi kontraktor yang terpilih untuk melaksanakan projek ini” katanya


Lajim menambah penduduk dalam daerah kecil Menumbok juga bakal menikmati bekalan air bersih sepenuhnya selewat-lewatnya penghujung tahun ini apabila projek loji yang menelan belanja RM30 juta di kawasan berkenaan siap dibina selewat-lewatnya penghujung tahun ini

Menurut Lajim dengan peruntukan yang begitu banyak disediakan oleh kerajaan Barisan Nasional ini membuktikan Gagasan 1 Malaysia Rakyat Didahulukan Pencapaian di Utamakan bukanlah retorik semata-mata namun kerajaan ikhlas dan komited melaksanakan agenda pembangunan untuk rakyat dalam mengisi keperluan pembangunan Negara untuk menjadi sebuah Negara Maju menjelang tahun 2020.

Lebih 10-ekor kerbau telah dikorbankan dan diagih-agihkan kepada masyarakat Islam di kawasan Menumbok. Dimana beliau (Lajim) sama sama turut menyaksikan majlis penyembelihan kerbau untuk dikorbankan

Wednesday, November 25, 2009

TIMBALAN MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN DATUK SERI PANGLIMA HAJI LAJIM HAJI UKIN AGIHKAN DAGING KORBAN DI MENUMBOK ESOK



Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin bersama Isteri Datin Seri Panglima Hajah Normilah Siong turut mengambil peluang mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha Kepada seluruh Umat Islam di negeri ini

MENUMBOK: Sempena dengan Sambutan Hari raya Aidil Hadha tahun ini ,Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin bersama masyarakat Islam akan mengerjakan sembahyang sunat Hari raya Aidil Hadha di Masjid Nur Ikhsan Menumbok hari ini

Menurut Ketua Daerah Mengundi Menumbok Haji Mohd .Fazlee Abdullah Lajim yang juga Timbalan Yang Dipertua Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) selepas berjemaah mengerjakan sembhaynag sunat Hari Raya Aidil Hadha akan sama-sama menyaksikan majlis penyembelihan kerbau untuk dikorbankan dan mengagihagihkan daging korban kepada masyarakat Islam setempat.

" Selain menghadiri kedua-dua majlis ini, beliau (Lajim ) juga akan berkunjung ke beberapa buah rumah bagi menghadiri majlis kenduri dan juga majlis perkahwinan yang diadakan di beberapa buah rumah di daerah ini selaras dengan konsep pemimpin turun padang bagi menemuai rakyat " katanya.

Sehubungan dengan itu Haji Fazlee meminta masyarakat Islam setempat agar dapat hadir bagi sama-sama berjemaah seterusnya memariahkan sambutan kali ini

Sementara itu Lajim yang juga Ahli Parlimen Beaufort bersama isteri Datin Seri Panglima Hajah Normilah Siong turut mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Hadha kepada seluruh umat Islam di negeri ini dan berharap ianya dapat disambut dengan penuh kesyukuran sesuai dengan pengertian ibadah korban yang sebenarnya yang perlu dilihat dari aspek kemasyarakatan dan kemanusiaan, pengorbanan juga dapat mewujudkan suasana harmoni, kerjasama dan kasih sayang sesama insan.

PEMIMPIN TERTINGGI USIA MINTA MASYARAKAT ISLAM HAYATI FALSAFAH IBADAH KORBAN



Dua pemimpin Utama (USIA) Tun Datuk Seri Panglima Haji Sakaran Dandai dan Timbalannya Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin mengajak Umat Islam menghayati Falsafah Ibadah Korban

KOTA KINABALU : Umat Islam di Negara ini disarankan agar melihat intipati pengertian ibadah korban dari perpesktif yang lebih luas bukan sekadar menyembelih binatang korban dan dagingnya disedekahkan kepada fakir miskin,


Yang Dipertua Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) TUN Datuk Seri Panglima Haji Sakaran Dandai berkata, dalam masyarakat Islam hari ini makna pengorbanan amat luas dan mendalam memandangkan terlalu banyak cabaran yang terpaksa mereka hadapi.

Katanya, peristiwa pengorbanan yang dilakukan oleh Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail a.s memberi makna besar kepada seluruh umat Islam dan ia memperlihatkan sifat ketakwaan dan ketaatan seorang hamba Allah yang sanggup melakukan apa sahaja demi menegakkan agama Islam walaupun terpaksa mengorbankan anak kesayangan sendiri.

``Berkorban bukan sahaja membawa erti tentang kesanggupan seseorang itu untuk menyerahkan harta atau apa-apa yang disayangi kerana menginsafi akan keperluan orang lain yang lebih memerlukan, tetapi lebih kepada kesanggupan seseorang untuk berbuat sesuatu untuk tujuan kebaikan,'' Katanya dalam peutusan beliau Sempena menyembut Hari Raya Aidil Hadha yang dikeluarkan oleh Unit Media (USIA) di sini petang kemarin



Menurut Sakaran dalam menjana pembangunan dan kemajuan hidup, kita sewajarnya menjadikan peristiwa korban itu sebagai inspirasi bagi memajukan kehidupan.

Sementara itu Timbalan Yang Dipertua (USIA) Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin ketika ditemui pula berkata, kesediaan seseorang itu berkorban, dapat membentuk peribadi mulia yang memahami erti keinsafan, bersyukur atas segala nikmat yang diterima dan bertimbang rasa kepada golongan yang kurang bernasib baik.



Sehubungan dengan itu beliau turut mengajak ahli-ahli (USIA) agar dapat menanamkan sikap sedia berkorban untuk memajukan lagi pertubuhan tersebut khususnya dalam mengembangkan syiar dakwahnya di negeri ini
.
Beliau yang juga Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan turut yakin, sekiranya ahli-ahli (USIA) termasuk masyarakat Islam keseluruahnnya jika bersedia melakukan pergorbanan pasti akan menjadi masyarakat yang kukuh, aman dan bahagia.

“ Dari aspek kemasyarakatan dan kemanusiaan, pengorbanan juga dapat mewujudkan suasana harmoni, kerjasama dan kasih sayang sesama insan.” katanya

Menurut beliau lagi peristiwa korban ini merupakan satu detik kejadian yang dapat ditanam oleh semua manusia dari semua peringkat usia dan latar belakang serta ilmu pengetahuan mereka.


`Dengan kata lain semangat berkorban adalah tuntutan paling besar sama ada dalam lingkungan keluarga, masyarakat mahupun, agama bangsa dan negara,'' ujarnya

Thursday, November 19, 2009

Kerajaan Aggresif Promosikan Teknologi Hijau Untuk Pelihara Alam Sekitar



Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin ...kerajaan akan terus mempromosikan secara aggresif penggunaan amalan teknologi hijau

KUALA LUMPUR, Kerajaan akan terus mempromosikan secara aggresif penggunaan amalan dan teknologi hijau seperti kaedah pengkomposan sisa pepejal dan kitar semula untuk memelihara alam sekitar.

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Lajim Ukin berkata ini kerana kaedah itu mampu mengurangkan sehingga 90 peratus jumlah sisa pepejal yang dihasilkan di dalam negara.

"Namun tanpa sokongan rakyat semua program ini tidak akan berjaya," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar "Teknologi Hijau Dalam Pengurusan Sisa: Pengetahuan dan Praktis Terkini" anjuran Persatuan Pengurusan Sisa Malaysia di sini pada Rabu.

Ketika ini, lebih 19,000 tan sisa pepejal dihasilkan setiap oleh rakyat negara ini dan jumlah itu dijangka meningkat kepada 30,000 tan sehari pada tahun 2020.

Beliau berkata penggunaan amalan dan teknologi hijau juga akan meningkatkan jangka hayat tapak pelupusan sisa pepejal kepada 10 kali ganda daripada jangka hayat asalnya dan dapat meminimakan masalah kekurangan tapak pelupusan sampah.

Lajim berkata 114 daripada 290 tapak pelupusan sisa pepejal di seluruh negara kini telah tamat tempoh hayatnya.

Beliau berkata untuk itu kerajaan dengan kerjasama pihak swasta akan terus menjalankan program kesedaran, seminar dan iklan bagi meningkatkan kesedaran rakyat mengenai "amalan hijau" seperti kitar semula dan menjimatkan penggunaan tenaga di pejabat dan rumah.

Ditanya mengenai kemajuan kempen kitar semula, Lajim berkata kerajaan masih optimis untuk mencapai sasaran 22 peratus kitar semula menjelang 2020 walaupun kadar kitar semula sekarang hanya sekitar lima peratus.

Seramai 13 pembentang kertas kerja dari dalam dan luar negara terlibat dalam seminar dua hari itu bagi membincangkan kaedah terkini teknologi hijau dalam menguruskan sisa pepejal secara efektif.

Cadangan Menteri Kanan Beri Ruang Tun Dr Mahathir Suarakan Pandangan Di Kabinet



KUALA LUMPUR, Cadangan pelantikan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai menteri kanan akan memberi ruang kepada bekas Perdana Menteri itu untuk menyuarakan pandangan terus kepada Kabinet.

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Lajim Ukin berkata dengan itu Dr Mahathir tidak lagi perlu mengkritik kerajaan sekiranya beliau mempunyai pandangan tentang sesuatu perkara.

"Saya percaya rakyat akan sokong cadangan ini kecuali pembangkang," katanya kepada pemberita di sini Rabu.

Terpulang kepada Perdana Menteri untuk mempertimbangkan cadangan itu, kata Lajim, yang mengulas cadangan Pengerusi RISDA Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik agar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melantik Dr Mahathir sebagai menteri kanan dalam Kabinet.

Semalam pada majlis penyerahan buku di Wisma RISDA, Abdul Rahim berkata walaupun bersara, Dr Mahathir masih mempunyai pengaruh besar dan dijemput untuk memberikan pandangan di seminar antarabangsa terutama di negara dunia ketiga dan negara Islam.

Kini, Dr Mahathir yang mempunyai pengaruh besar kepada sebilangan rakyat di negara ini, kerap menyuarakan pandangannya melalui blognya di http://chedet.co.cc/chedetblog/, yang juga antara blog ahli politik tempatan yang popular.

Kerajaan Siapkan 12 Projek Perumahan Terbengkalai Sejak 1990





Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin bersama pegawai pegawai kanan dari Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan ketika mengadakan lawatan ke Projek PPR Telipok Ria

KUALA LUMPUR:
Kerajaan telah mengambil alih dan menyiapkan 12 daripada 148 projek perumahan terbengkalai di seluruh negara sejak 1990, Dewan Rakyat diberitahu Khamis.

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Lajim Ukin berkata sebanyak 49 projek daripada jumlah keseluruhan itu masih dalam proses pemulihan, manakala baki 87 projek lagi masih terbengkalai.

"Kita sedang dalam proses untuk mengenal pasti di mana projek-projek yang perlu kita pulih dan kementerian sedang berusaha untuk menyelamatkan projek-projek itu.

"Namun demikian peruntukan sebanyak RM200 juta oleh Kementerian Kewangan kepada kementerian ini untuk menyelesai dan memulihkan 87 projek terbengkalai itu sememangnya tidak mencukupi," katanya menjawab soalan Datuk Noraini Ahmad (BN-Parit Sulong) pada persidangan Dewan Rakyat di sini.

Noraini ingin tahu antara usaha dan langkah kerajaan mengambil alih projek perumahan terbengkalai yang membebankan ramai pembeli rumah.

Lajim berkata antara kriteria utama bagi kerajaan mengambil alih projek perumahan yang terbengkalai ialah projek berkenaan sudah hampir 90 hingga 95 peratus siap dan projek yang sudah lama terbengkalai iaitu 10 tahun atau lebih.

Sementara itu, beliau berkata sebanyak 6,706 unit atau 10 projek Program Perumahan Rakyat (PPR) telah disasarkan di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK9).

"Sehingga 30 Sep lepas kesemua projek itu masih lagi dipelbagai peringkat pelaksanaan," katanya.

Beliau berkata sebanyak 128,695 unit rumah pelbagai kategori pula telah disiapkan oleh pihak swasta pada tahun lepas, manakala 45,248 unit rumah lagi disiapkan pada suku kedua tahun ini.

Thursday, November 12, 2009

TUBUHAN JAWATANKUASA BAGI KENAL PESTI PROJEK PPR YANG MASIH KOSONG




BERBINCANG..Lajim bersama pegawai pegawai kanan dari Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan semasa menemui penyewa PPR di Taman Rugading Tuaran semasa lawatan tersebut

TUARAN; Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dengan kerjasama Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) akan menubuhkan satu jawatankuasa bertindak bagi menangani masalah Projek Perumahan Rakyat (PPR) yang belum di isi atau disewa di negeri ini.

Timbalan Menterinya Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin berkata, langkah ini perlu dilakukan segara bagi mengelakkan projek (PPR) yang dibina oleh kerajaan khusus untuk golongan berpendapatan rendah tidak terbiar begitu sahaja tanpa sebarang penghuni.

" Tindakan perlu dilakukan kenapa masalah ini berlaku, kerajaan memperuntukan sejumlah peruntukan yang agak tinggi bagi melaksanakan projek ini di setiap negeri dengan harapan ianya boleh membantu golongan sasaran memperolehi rumah kediaman yang lebih selesa d dengan kadar sewanya terrendah namun jika ianya dibiarkan kosong ianya merupakan satu pembaziran kepada kerajaan " katanya ketika ditemui media selepas melakukan lawatan ke dua buah kawasan PPR iaitu di Taman Telipok Ria dan juga Rugading dekat sini petang kemarin.

Menurutnya walaupun kes ini tidak begitu serius, namun terdapat beberapa buah rumah PPR yang siap dibina masih belum berpenghuni samaada berpunca dari masalah pemohonnnya belum menduduki atau tiada permohonan yang diterima

" Masalah ini perlu diteliti, kerana kita tidak mahu berlakunya pembaziran .kerajaan komited menyediakan kemudahan tempat tinggal yang lebih baik kepada golongan sasaran terutama setinggan bumiputera di kawasan bandar " katanya

Lajim menambah kerajaan dalam Rancangan Malaysia Ke 10 akan meneruskan projek PPR dibeberapa buah negeri yang memerlukannya, bagaimanapun jika ianya tidak mendapat sambutan yang menggalakkan dari rakyat ianya akan menjadi kerugian kepada kerajaan yang amat prihatin dengan isu perumahan yang dihadapi oleh rakyat

" Masalah ini perlu diteliti atas beberapa faktor antara kesesuaian tapak serta kemudahan asas yang disediakan di kawasan PPR yang dibangunkan, bagaimanapun kita melihat kemudahan asas yang ada seperti dewan, surau dan kawasan riadah turut kita bangunkan disetiap PPR yang kita laksanakan d " katanya.

Beliau berkata jika terdapat pemohon yang sudah diluluskan memperolehi PPR ini, namun enggan mendudukinya pihak PBT juga perlu bertindak tegas untuk menarik balik kelulusan yang ada dan menyerahkan pula kepada pemohon lain yang difirikan layak untuk memperolehi projek PPR ini

Mengulas wujudnya Pendatang Tanpa Izin (PATI) yang turut memperolehi projek PPR ini, Lajim berkata ianya tidak wujud kerana pihak berkaitan khususnya (PBT) di kawasan masing-masing akan menyemak data data peribadi pemohon sebelum ianya diluluskan dan ini turut disokongan oleh pemimpin masyarakat setempat.

" Jika ini berlaku ianya berpunca dari pemilik asal (bumiputera) yang telah menyewakan rumah mereka kepada (PATI) dan pihak berkuasa PBT perlu mengambil tindakan tegas ini termasuklah menarik balik kelulusan rumah PPR yang telah diberikan kepada pemilik asal" katanya

Monday, November 9, 2009

Salleh Tidak Tanding Timbalan Presiden USIA


KOTA KINABALU, 9 Nov (Bernama) -- Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Sabah Datuk Seri Salleh Said Keruak ( gambar ) berkata beliau tidak akan bertanding jawatan Timbalan Presiden Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) pada mesyuarat agung tahunannya dari Jumaat hingga Ahad ini.

"Saya membuat keputusan ini kerana ingin memberi tumpuan terhadap tanggungjawab diamanahkan untuk membantu Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman memperkukuhkan Umno di Sabah," katanya dalam satu kenyataan di sini.

USIA kini diterajui bekas Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Sakaran Dandai.

Salleh, yang juga bekas Ketua Menteri, mengucapkan terima kasih kepada bahagian-bahagian USIA yang mencadangkan namanya untuk bertanding jawatan itu.

"Walaupun tidak bertanding, saya boleh terus membantu dan menyokong pertubuhan ini," katanya.

Saturday, November 7, 2009

USIA Tumpu Aktiviti Komersial Untuk Biayai Program Dakwah






Timbalan Yang Dipertua (USIA) Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin semasa menyampaikan amanat di majlis tersebut

SANDAKAN, -- Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) akan menumpukan perhatiannya kepada aktiviti komersial yang mampu memberi sumber kewangan bagi membiayai aktiviti dakwahnya di negeri itu.

Timbalan Yang Dipertuanya Datuk Lajim Ukin berkata peranan USIA untuk menyebarkan dakwah Islam di Sabah menjadi keutamaan kepada pertubuhan itu tetapi penglibatan dalam aktiviti komersial diperlukan untuk mendapatkan dana bagi membiayai pelbagai kegiatan dakwah tanpa bergantung sepenuhnya kepada kerajaan.

Katanya antara aktiviti komersial itu cadangan untuk membangunkan tanah milik pertubuhan itu di beberapa tempat di sini, Kundasang dan Kota Kinabalu.

"Ativiti dakwah yang dilaksanakan oleh USIA semakin berkembang dan ini memerlukan kita melebarkan aktiviti dalam pelaburan berpotensi," katanya kepada pemberita pada majlis taklimat mengenai isu-isu semasa di sini Jumaat.

Lajim berkata USIA bercadang juga untuk mendirikan sebuah kolej Islam di Kota Kinabalu bagi memberi pendidikan kepada masyarakat Islam di Sabah.

Lajim, yang juga Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, berkata USIA juga merancang untuk melibatkan diri dalam perladangan dan merancang untuk menanam kayu jati di Beluran di tanah seluas 4,000 hektar milik pertubuhan itu.

Terdahulu dalam ucapannya beliau meminta 16,000 ahli USIA supaya menjadikan pertubuhan itu sebagai landasan untuk membantu kerajaan dan memfokuskan usaha untuk mengembangkan kegiatan dakwah di Sabah.

Tuesday, November 3, 2009

LAJIM MAHU MASYARAKAT LUAR BANDAR TEKUN BERUSAHA UNTUK MENGUBAH LANDSKAP KEHIDUPAN




RINGANKAN BEBAN…Lajim diirngi oleh Azril,Isnin,Rbert dan Kimjus menyerahkan bantuan bakul makanan kepada salah seorang penerima di majlis tersebut

BEAUFORT: Masyarakat di luar Bandar perlu berusaha dan berkerja lebih keras meningkatkan produktiviti dalam menjana taraf siso ekonomi mereka seharian.

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin berkata, mereka (rakyat) tidak seharusnya bergantung semata-mata kepada bantuan yang disediakan oleh kerajaan sebaliknya perlu lebih tekun berusaha bagi mengubah landskap kehidupan mereka agar mereka dapat keluar dari garis kemiskinan.

“ Kerajaan memang prihatin kepada rakyat yang diketegori miskin, namun bantuan yang diberikan tidak akan mampu mengubah sepenuhnya taraf kehidupan mereka sebaliknya mereka perlu lebih berusaha dan berkerja meneroka pelbagai bidang yang berpotensi untuk menjana taraf siso ekonomi mereka seharian” katanya ketika berucap menyampaikan bantuan Bakul Makanan Seimbang (PTMS) kepada 34 orang Isi Keluarga dari kawasan DUN Klias dan Lumadan di Pejabat Kemas Beaufort kemarin.

Hadir sama di majlis tersebut Pegawai Kemas Daerah Beaufort Azril Yazan,Timbalan Ketua Umno bahagian Isnin Haji Aliasnih,Naib Ketua Umno Bahagian Datuk Kimjus Duim dan Penolong Pegawai Daerah Beaufort Rbert Stidi.

Menurut Lajim yang juga Ahli Parlimen Beaufort selain bantuan yang disalurkan kepada golongan sasar ini, pelbagai kemudahan lain juga turut disediakan oleh kerajaan melalui pelbagai jabatan dan agensi kerajaan kepada rakyat yang memerlukan bantuan dan sokongan untuk meneroka pelbagai industry terutamanya, pertanian, industri Kecil dan sederhana,perikanan dan sebagainya.

“ Melalui jabatan serta agensi yang terlibat kemudahan pinjaman dan khidmat nasihat turut disediakan bagi membantu penduduk luar Bandar untuk berusaha dalam pelbagai bidang antaranya bidang pertanian dan (IKS)” tambah Lajim.

Dalam perkembangan berkaitan Ketua Umno bahagian Beaufort ini juga meminta pemimpin masyarakat di peringkat akar umbi agar tidak lepas tangan dalam membantu mereka yang diketegorasikan sebagai golongan yang memerlukan bantuan.

“ Kekerapan pemimpin tempatan turun padang bagi memantau, mengenal pesti dan membantu menjelaskan peluang peluang serta kemudahan yang disediakan oleh kerajaan amat diperlukan bagi membantu golongan ini ,ini kerana ada diantara mereka yang tidak tahu dan faham peluang yang disediakan oleh kerajaan” tambah Lajim.

PERJUANGAN UMNO PERLU DITERUSKAN


DIWAWANCARA…Lajim ketika bercakap kepada media selepas menyampaikan ceramahnya di majlis tersebut

MEMBAKUT:
Perjuangan Umno perlu diteruskan dan nikmat kemerdekaan yang dikecapi hari ini perlu terus diwariskan sebagai pusaka kepada generasi akan datang serta hasrat untuk melahirkan masyarakat Malaysia yang sentiasa menghargai semangat perjuangan dan pengorbanan pejuang-pejuang kemerdekaan dapat dicapai.
Ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Panglima Haji Lajim haji Ukin berkara ,Senario semasa, UMNO berhadapan dengan pelbagai cabaran bukan sahaja dalam parti dan dalam negara malah situasi global juga turut memberi impak kepada rakyat.
“ Dalam usaha untuk terus memperteguhkan survival bangsa, UMNO hari ini bukan hanya berdepan dengan cabaran bagi menangani pembangkang yang sentiasa sahaja mencari salah dan silap di samping pelbagai provokasi dan tohmahan dilemparkan sebaliknya, cabaran yang lebih besar lagi adalah berdepan dengan ahli-ahli dalam parti sendiri” katanya ketika ditemui selepas menyampaikan ceramah pada kurus kepimpinan Umno dari dua bahagian Kota Belud dan Tuaran di sini petang kemarin.
Menurut Lajim yang juga Ketua Umno bahagian Beaufort, apa yang perlu difahami, oleh ahli parti Umno bukan sahaja berpolitik, Umno uga perlu menerajui reformasi budaya dalam mempertahankan diri kita ledakan maklumat dan kemewahan di samping krisis lain.
Sehubungan dengan itu Katanya, kematangan percaturan politik dalam Umno dan kebolehan pemimpin-pemimpinnya dalam melaksanakan tanggungjawab yang digalas mampu untuk menyatukan masyarakat menerusi dasar-dasar yang adil dan saksama.
“ Ini bukan sahaja perlu dilakukan dan dijadikan budaya oleh pemimpin tertinggi parti malah pemimpin parti di peringkat akar umbi perlu turut sama memainkan peranan bagi merayatkan parti agar sentiasa relevan dalam mengisi keperluan serta kehendak ahli dan rakyat di peringkat akar umbi” tambah Lajim
Lajim berkata Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak telah menggariskan landasan yang akan menjadi hala tuju rakyat dalam merialisasikan apa yang dinamakan gagasan 1Malaysia. Gagasan ini berteraskan nilai-nilai murni yang berpaksikan keadilan sosial, prinsip penerimaan, dan meraikan kemajmukan masyarakat berbilang kaum di negara ini.
“Apa jua yang akan dilakukan oleh parti dan Kerajaan maka rakyat menjadi keutamaan justeru dalam masa yang sama ia turut memerlukan pengorbanan dan kerjasama yang padu dari semua pemimpin parti dan masyarakat” jelas Lajim