Friday, November 27, 2009

Hayati Falsafah Korban Untuk Kebaikan dan Kemajuan TYDP USIA




TAKBIR…Lajim turut menyertai masyarakat Islam setempat bertakbir sebelum sembahyang Sunat Hari raya Aidil Hadha di mulakan


MENUMBOK: Umat Islam tidak akan merasa kerugian sekiranya sanggup berkorban meninggalkan perkara -perkara negetif yang boleh merosakkan akidah serta nilai nilai kehidupan yang mencerminkan ajaran Islam yang sebenarnya.
Timbalan Yang Dipertua Pertubuhan Islam Seluruh Sabah Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin berkata untuk mencapai kejayaan abadi di dunia dan akhirat, kita perlu berkorban dengan mengetepikan kepentingan kebendaan yang bersifat sementara. dimana, semangat perjuangan mesti dibentuk dengan membina sifat ingin berjihad dan sedia berkorban.
“Di sebalik kedua-dua peristiwa ini iaitu peristiwa korban dengan ibadah haji, tersemat dan terakam beberapa ciri penting yang melambangkan syiar Islam sebagai satu agama yang tulus, membina dan ihsan.” Katanya ketika ditemui selepas mengerjakan sembahyang sunat hari raya aidil hadha bersama lebih dari 500 orang masyarakat Islam setempat di Masjid Nur Ikhsan Menumbok pagi kemarin.
Menurut Lajim yang juga Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan peristiwa korban keluarga Nabi Ibrahim a.s menggambarkan betapa pentingnya jiwa yang kuat serta semangat kental untuk menjadi pejuang kepada diri sendiri dan masyarakat perlu diterapkan dalam jiwa seorang muslim yang sejati.
Dalam perkembangan yang sama Ahli Parlimen Beaufort ini juga berkata, ibadah Korban juga membawa maksud menyeru umatnya supaya sentiasa mengutamakan perpaduan, mengelakkan perpecahan dan menjuarai keamanan agar nasib umat Islam sentiasa terbela dan martabat agama Islam terus terpelihara.
Menurut beliau lagi ,sebagai umat Islam kita berkewajipan memanifestasikan semangat ibadah korban ini dalam kehidupan bermasyarakat perlu dilaksanakan dalam jalinan ukhwah yang padu
“ Soal memajukan pendidikan, membangunkan ekonomi, membanteras keruntuhan akhlak dan menyekat gejala sosial adalah soal-soal kehidupan hari ini yang menjadi tanggungjawab kita bersama.”
“ Untuk mencapai huraian mutlak bagi permasalahan masyarakat Islam kita hari ini, kita perlu disedarkan tentang peranan kita yang sebenar selaku hamba Allah s.w.t dan sebagai anggota masyarakat. Usaha perlu dimulakan untuk menyedarkan manusia akan peri pentingnya sifat-sifat kemanusiaan dalam diri setiap individu melalui peristiwa korban ini” tambah Lajim
Di majlis tersebut selain memberikan sumbangan beberapa ekor Kerbau Lajim juga turut menyaksikan majlis penyembelihan kerbau untuk dikorbankan dan diagih-agihkan kepada masyarakat Islam setempat .

No comments:

Post a Comment