Tuesday, November 3, 2009
PERJUANGAN UMNO PERLU DITERUSKAN
DIWAWANCARA…Lajim ketika bercakap kepada media selepas menyampaikan ceramahnya di majlis tersebut
MEMBAKUT: Perjuangan Umno perlu diteruskan dan nikmat kemerdekaan yang dikecapi hari ini perlu terus diwariskan sebagai pusaka kepada generasi akan datang serta hasrat untuk melahirkan masyarakat Malaysia yang sentiasa menghargai semangat perjuangan dan pengorbanan pejuang-pejuang kemerdekaan dapat dicapai.
Ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Panglima Haji Lajim haji Ukin berkara ,Senario semasa, UMNO berhadapan dengan pelbagai cabaran bukan sahaja dalam parti dan dalam negara malah situasi global juga turut memberi impak kepada rakyat.
“ Dalam usaha untuk terus memperteguhkan survival bangsa, UMNO hari ini bukan hanya berdepan dengan cabaran bagi menangani pembangkang yang sentiasa sahaja mencari salah dan silap di samping pelbagai provokasi dan tohmahan dilemparkan sebaliknya, cabaran yang lebih besar lagi adalah berdepan dengan ahli-ahli dalam parti sendiri” katanya ketika ditemui selepas menyampaikan ceramah pada kurus kepimpinan Umno dari dua bahagian Kota Belud dan Tuaran di sini petang kemarin.
Menurut Lajim yang juga Ketua Umno bahagian Beaufort, apa yang perlu difahami, oleh ahli parti Umno bukan sahaja berpolitik, Umno uga perlu menerajui reformasi budaya dalam mempertahankan diri kita ledakan maklumat dan kemewahan di samping krisis lain.
Sehubungan dengan itu Katanya, kematangan percaturan politik dalam Umno dan kebolehan pemimpin-pemimpinnya dalam melaksanakan tanggungjawab yang digalas mampu untuk menyatukan masyarakat menerusi dasar-dasar yang adil dan saksama.
“ Ini bukan sahaja perlu dilakukan dan dijadikan budaya oleh pemimpin tertinggi parti malah pemimpin parti di peringkat akar umbi perlu turut sama memainkan peranan bagi merayatkan parti agar sentiasa relevan dalam mengisi keperluan serta kehendak ahli dan rakyat di peringkat akar umbi” tambah Lajim
Lajim berkata Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak telah menggariskan landasan yang akan menjadi hala tuju rakyat dalam merialisasikan apa yang dinamakan gagasan 1Malaysia. Gagasan ini berteraskan nilai-nilai murni yang berpaksikan keadilan sosial, prinsip penerimaan, dan meraikan kemajmukan masyarakat berbilang kaum di negara ini.
“Apa jua yang akan dilakukan oleh parti dan Kerajaan maka rakyat menjadi keutamaan justeru dalam masa yang sama ia turut memerlukan pengorbanan dan kerjasama yang padu dari semua pemimpin parti dan masyarakat” jelas Lajim
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment