Wednesday, November 25, 2009

PEMIMPIN TERTINGGI USIA MINTA MASYARAKAT ISLAM HAYATI FALSAFAH IBADAH KORBAN



Dua pemimpin Utama (USIA) Tun Datuk Seri Panglima Haji Sakaran Dandai dan Timbalannya Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin mengajak Umat Islam menghayati Falsafah Ibadah Korban

KOTA KINABALU : Umat Islam di Negara ini disarankan agar melihat intipati pengertian ibadah korban dari perpesktif yang lebih luas bukan sekadar menyembelih binatang korban dan dagingnya disedekahkan kepada fakir miskin,


Yang Dipertua Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) TUN Datuk Seri Panglima Haji Sakaran Dandai berkata, dalam masyarakat Islam hari ini makna pengorbanan amat luas dan mendalam memandangkan terlalu banyak cabaran yang terpaksa mereka hadapi.

Katanya, peristiwa pengorbanan yang dilakukan oleh Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail a.s memberi makna besar kepada seluruh umat Islam dan ia memperlihatkan sifat ketakwaan dan ketaatan seorang hamba Allah yang sanggup melakukan apa sahaja demi menegakkan agama Islam walaupun terpaksa mengorbankan anak kesayangan sendiri.

``Berkorban bukan sahaja membawa erti tentang kesanggupan seseorang itu untuk menyerahkan harta atau apa-apa yang disayangi kerana menginsafi akan keperluan orang lain yang lebih memerlukan, tetapi lebih kepada kesanggupan seseorang untuk berbuat sesuatu untuk tujuan kebaikan,'' Katanya dalam peutusan beliau Sempena menyembut Hari Raya Aidil Hadha yang dikeluarkan oleh Unit Media (USIA) di sini petang kemarin



Menurut Sakaran dalam menjana pembangunan dan kemajuan hidup, kita sewajarnya menjadikan peristiwa korban itu sebagai inspirasi bagi memajukan kehidupan.

Sementara itu Timbalan Yang Dipertua (USIA) Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin ketika ditemui pula berkata, kesediaan seseorang itu berkorban, dapat membentuk peribadi mulia yang memahami erti keinsafan, bersyukur atas segala nikmat yang diterima dan bertimbang rasa kepada golongan yang kurang bernasib baik.



Sehubungan dengan itu beliau turut mengajak ahli-ahli (USIA) agar dapat menanamkan sikap sedia berkorban untuk memajukan lagi pertubuhan tersebut khususnya dalam mengembangkan syiar dakwahnya di negeri ini
.
Beliau yang juga Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan turut yakin, sekiranya ahli-ahli (USIA) termasuk masyarakat Islam keseluruahnnya jika bersedia melakukan pergorbanan pasti akan menjadi masyarakat yang kukuh, aman dan bahagia.

“ Dari aspek kemasyarakatan dan kemanusiaan, pengorbanan juga dapat mewujudkan suasana harmoni, kerjasama dan kasih sayang sesama insan.” katanya

Menurut beliau lagi peristiwa korban ini merupakan satu detik kejadian yang dapat ditanam oleh semua manusia dari semua peringkat usia dan latar belakang serta ilmu pengetahuan mereka.


`Dengan kata lain semangat berkorban adalah tuntutan paling besar sama ada dalam lingkungan keluarga, masyarakat mahupun, agama bangsa dan negara,'' ujarnya

No comments:

Post a Comment