Saturday, November 28, 2009

JUAL BELI PPR TIDAK ADA KAITAN DENGAN PILIHANRAYA-LAJIM UKIN




DIALOG...Lajim semasa diwawancara oleh pengantara program Dilog di TV 1 RTM baru baru ini.

KUALA LUMPUR: Penjualan Rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) tidak ada kena mengena dengan soal pilihanraya yang bakal menjelang tiba sebaliknya ia dilakukan atas pertimbangan kerajaan bahawa para penyewa rumah PPR wajar diberi peluang untuk mereka memiliki rumah sendiri dan tidak selama-lamanya kekal sebagai penyewa kata Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin.

Beliau berkata kerajaan telah meluluskan penjualan rumah PPR itu iaitu sejak tahun 2006 lagi,bagaimanapun ianya dapat direalisasikan pada tahun ini setelah pelbagai kajian dibuat bagi mempastikan pelaksanaannya berjalan lancar dan semua pihak mendapat manfaatnya.

Beliau berkata demikian ketika menjadi tetamu Program Dialog secara langsung di RTM 1 Angkasa Puri , baru-baru ini dengan membincangkan isu yang bertajuk "Rumah Sejahtera, Keluarga Bahagia"

Lajim yang juga Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO berkata program PPR ini merupakan satu program unik yang pernah dilaksanakan oleh kerajaan. Ia bersifat serampang dua mata iaitu bagi menggalakkan pertumbuhan ekonomi jalan penyelesaian masalah setinggan di bandar-bandar utama di seluruh negara.

"Selain daripada program ini juga kita lihat sebagai satu cara untuk kita menyediakan kemudahan perumahan kepada golongan berpendapatan rendah," katanya.

Menurut Lajim bagi tempuh RMK-10 dan RMK-9, kerajaan telah mensasarkan pembinaan sebanyak 105,000 unit rumah PPR di seluruh negara. Walau bagaimanapun oleh kerana kekangan pelbagai faktor seperti masalah tapak, kekurangan peruntukkan dan sebagainya lagi, sehingga alhir RMK-9 hanya 77,636 ribu unit rumah PPR diswa akan dapat disiapkan.

Menjawab satu soalan, Lajim berkata kerajaan tidak pernah mengamalkan diskriminasi terhadap negeri-negeri diperintah pembangkang berkaitan dengan perlaksanaan projek PPR ini.

"Perancangan sesuatu projek PPR ini dibuat dengan mengambil kira jumlah setinggan yang berdaftar di sesuatu kawasan dan jumlah pemohon yang berdaftar di bawah sistem pendaftaran terbuka. Berdasarkan kepada fakta tersebut, kita lihat bahawa agihan terrbesar PPR adalah di Kuala Lumpur, Kota Kinabalu dan Johor Bahru yang kita semua tahu ketiga-tiga negetri itu mempunyai penduduk setinggan yang besar, " katanya.

No comments:

Post a Comment