Thursday, November 12, 2009
TUBUHAN JAWATANKUASA BAGI KENAL PESTI PROJEK PPR YANG MASIH KOSONG
BERBINCANG..Lajim bersama pegawai pegawai kanan dari Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan semasa menemui penyewa PPR di Taman Rugading Tuaran semasa lawatan tersebut
TUARAN; Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dengan kerjasama Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) akan menubuhkan satu jawatankuasa bertindak bagi menangani masalah Projek Perumahan Rakyat (PPR) yang belum di isi atau disewa di negeri ini.
Timbalan Menterinya Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin berkata, langkah ini perlu dilakukan segara bagi mengelakkan projek (PPR) yang dibina oleh kerajaan khusus untuk golongan berpendapatan rendah tidak terbiar begitu sahaja tanpa sebarang penghuni.
" Tindakan perlu dilakukan kenapa masalah ini berlaku, kerajaan memperuntukan sejumlah peruntukan yang agak tinggi bagi melaksanakan projek ini di setiap negeri dengan harapan ianya boleh membantu golongan sasaran memperolehi rumah kediaman yang lebih selesa d dengan kadar sewanya terrendah namun jika ianya dibiarkan kosong ianya merupakan satu pembaziran kepada kerajaan " katanya ketika ditemui media selepas melakukan lawatan ke dua buah kawasan PPR iaitu di Taman Telipok Ria dan juga Rugading dekat sini petang kemarin.
Menurutnya walaupun kes ini tidak begitu serius, namun terdapat beberapa buah rumah PPR yang siap dibina masih belum berpenghuni samaada berpunca dari masalah pemohonnnya belum menduduki atau tiada permohonan yang diterima
" Masalah ini perlu diteliti, kerana kita tidak mahu berlakunya pembaziran .kerajaan komited menyediakan kemudahan tempat tinggal yang lebih baik kepada golongan sasaran terutama setinggan bumiputera di kawasan bandar " katanya
Lajim menambah kerajaan dalam Rancangan Malaysia Ke 10 akan meneruskan projek PPR dibeberapa buah negeri yang memerlukannya, bagaimanapun jika ianya tidak mendapat sambutan yang menggalakkan dari rakyat ianya akan menjadi kerugian kepada kerajaan yang amat prihatin dengan isu perumahan yang dihadapi oleh rakyat
" Masalah ini perlu diteliti atas beberapa faktor antara kesesuaian tapak serta kemudahan asas yang disediakan di kawasan PPR yang dibangunkan, bagaimanapun kita melihat kemudahan asas yang ada seperti dewan, surau dan kawasan riadah turut kita bangunkan disetiap PPR yang kita laksanakan d " katanya.
Beliau berkata jika terdapat pemohon yang sudah diluluskan memperolehi PPR ini, namun enggan mendudukinya pihak PBT juga perlu bertindak tegas untuk menarik balik kelulusan yang ada dan menyerahkan pula kepada pemohon lain yang difirikan layak untuk memperolehi projek PPR ini
Mengulas wujudnya Pendatang Tanpa Izin (PATI) yang turut memperolehi projek PPR ini, Lajim berkata ianya tidak wujud kerana pihak berkaitan khususnya (PBT) di kawasan masing-masing akan menyemak data data peribadi pemohon sebelum ianya diluluskan dan ini turut disokongan oleh pemimpin masyarakat setempat.
" Jika ini berlaku ianya berpunca dari pemilik asal (bumiputera) yang telah menyewakan rumah mereka kepada (PATI) dan pihak berkuasa PBT perlu mengambil tindakan tegas ini termasuklah menarik balik kelulusan rumah PPR yang telah diberikan kepada pemilik asal" katanya
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment