Thursday, November 26, 2009

LEBIH 100 JUTA DIBELANJAKAN UNTUK PROJEK PEMBANGUNAN DI PARLIMEN BEAUFORT




Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin (tengah) bersama pemimpin masyarakat setempat turut menyaksikan majlis penyembelihan kerbau untuk di korbankan dimajlis tersebut

MENUMBOK : Lebih 100-juta ringgit telah disalurkan bagi meningkatkan pembangunan prasarana di kawasan Parlimen Beaufort sepanjang Rancangan Malaysia Ke-Sembilan (RMK-9).

Ahli Parlimennya , Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin berkata, peruntukkan yang disalurkan itu menunjukkan komitmen kerajaan dalam memperkasa serta meningkatkan pembangunan infrastruktur di kawasan berkenaan.

Beliau menegaskan perkara ini ketika ditemui pemberita selepas berjemaah mengerjakan sembahyang sunat Hari Raya Aidil Adha bersama hampir 500 orang masyarakat islam setempat di Masjid Nur Ikhsan Menumbok pagi Kemarin

Hadir sama Timbalan Ketua Umno Bahagian Isnin Haji Aliasnih,Setiausaha Umno Bahagian Ustaz Jusih Haji sarin,Ketua Penerangan Umno bahagian Haji Samin Haji Ongki dan Pengerusi Masjid Nur Ikhsan Menumbok Haji wahid Kapal

Lajim yang juga Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan berkata antara projek yang telah dilaksanakan adalah kerja-kerja menaik taraf jalan raya sepanjang 52-kilometer dan pembinaan jambatan Sitompok di Kuala Penyu.

“ Bagi Projek pembinaan Jambatan Sitompok sebut harga telahpun dikeluarkan dan kini hanya menunggu keputusan dari Kementerian Kewangan bagi kontraktor yang terpilih untuk melaksanakan projek ini” katanya


Lajim menambah penduduk dalam daerah kecil Menumbok juga bakal menikmati bekalan air bersih sepenuhnya selewat-lewatnya penghujung tahun ini apabila projek loji yang menelan belanja RM30 juta di kawasan berkenaan siap dibina selewat-lewatnya penghujung tahun ini

Menurut Lajim dengan peruntukan yang begitu banyak disediakan oleh kerajaan Barisan Nasional ini membuktikan Gagasan 1 Malaysia Rakyat Didahulukan Pencapaian di Utamakan bukanlah retorik semata-mata namun kerajaan ikhlas dan komited melaksanakan agenda pembangunan untuk rakyat dalam mengisi keperluan pembangunan Negara untuk menjadi sebuah Negara Maju menjelang tahun 2020.

Lebih 10-ekor kerbau telah dikorbankan dan diagih-agihkan kepada masyarakat Islam di kawasan Menumbok. Dimana beliau (Lajim) sama sama turut menyaksikan majlis penyembelihan kerbau untuk dikorbankan

No comments:

Post a Comment