Sunday, February 28, 2010

Batal Lesen Jika Peniaga Pajak, Sewa Tapak Kepada Warga Asing



Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin semasa bercakap kepada pemberita selepas mengadakan lawatan tersebut
KUANTAN:Peniaga dan penjaja tempatan yang didapati memajak atau menyewa tapak perniagaan kepada warga asing akan berhadapan tindakan dibatalkan lesen perniagaan mereka.

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Lajim Ukin berkata Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) telah diminta mengenalpasti peniaga terbabit sebelum mereka diberi amaran untuk menjalankan perniagaan itu sendiri.

"Kita bagi tempoh tiga hingga enam bulan, kalau mereka masih berdegil, kita akan batalkan lesen mereka dan serahkan kepada peniaga tempatan yang lain," katanya kepada pemberita selepas melakukan lawatan di pasar tani di sini, pada Ahad.

Beliau berkata berdasarkan laporan yang diperolehi pihaknya, kira-kira 70 peratus tapak perniagaan terutama di Jalan Masjid India dan Chow Kit di ibu negara dipajak atau disewakan kepada warga asing termasuk yang tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

Katanya situasi tersebut jika tidak dibendung akan menjadi lebih serius dan boleh menutup peluang peniaga tempatan yang lain.

"Lebih dua juta pekerja asing bekerja di Malaysia pada masa ini, kalau bidang (perniagaan) ini pun mereka ambil, maka masyarakat tempatan akan kerugian," katanya.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Mengenai Pekerja Asing dan Pekerja Asing Tanpa Izin (PATI) baru-baru ini meminta PBT mengambil tindakan tegas terhadap rakyat asing yang didapati menjalankan perniagaan.

Muhyiddin turut memberi amaran akan mengenakan tindakan terhadap peniaga tempatan yang memajak atau menyewa lesen perniagaan mereka kepada rakyat asing kerana tindakan itu akan menjejaskan sumber pendapatan peniaga tempatan lain.

Saturday, February 27, 2010

YDP DAN TYDP USIA HADIR KE MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT KEBANGSAAN




HADIR SAMA...Kelihatan Lajim (kiri) sekali Sakaran (tiga dari kiri) bersama kenamaan lain semasa menghadiri perhimpunan sambuatan Mailudur Rasul peringkat kebangsaan di Majis Putra,Putrajaya pagi pagi jumaat lepas



HADIR SAMA....Yang Dipertua Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) Tun Datuk Seri Panglima Haji Sakaran Dandai bersama Timbalannya Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin adalah antara pemimpin pertubuhan Islam yang turut hadir memeriahkan Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan 1431H/2010 yang bertemakan 'Memantap Ukhuwah, Memperkasa Ummah' di Masid Putra Putra Jaya pada jumaat lepas.

Sambutan tahun ini disambut meriah dengan penyertaan 106 kontinjen perarakan melibatkan 6,979 orang peserta.

Uniknya pada tahun ini, selepas perarakan berlangsung bermula di Istana Kehakiman hingga ke Dataran Putra, majlis diteruskan di Masjid Putra sebagai simbolik bagi mengingati perjuangan Nabi Muhammad SAW menyampaikan risalah kepada umat Islam.
Timbalan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah turut berkenan ke majlis tersebut.

Turut sama memeriahkan majlis ialah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan timbalan beliau, Tan Sri Muhyiddin Yassin ditemani isteri masing-masing

Thursday, February 25, 2010

PENYERTAAN SEMUA PIHAK DALAM PEMULIHARAAN ALAM SEKITAR DIALU-ALUKAN



BINCANG …Kelihatan Lajim berbincang sesuatu dengan Datuk Mohd. Suffina dan Jaafar semasa pertemuan tersebut


KUALA LUMPUR: Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan sentiasa mengalu-alukan mana mana pihak termasuklah badan suka rela (NGO) sector koprat dan swasta untuk menjalin kerjasama dengan kementerian berkenaan dalam usaha menjaga pemuliharaan alam sekitar

Timbalan Menterinya Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin berkata, kesedaran melalui kerjasama antara kerajaan dan lain-lain pihak amat dialu-alukan agar usaha untuk melestarikan pemuliharaan alam sekitar di Negara ini mencapai matlamatnya.

“ Kementerian saya sentiasa mengalu-alukan mana mana pihak termasuklah badan badan NGO untuk menjalinkan kerjasama dalam aspek pemuliharaan alam sekitar dimana tanggungjawabnya tidak semestinya hanya menjadi tanggungjawab kerajaan” katanya ketika ditemui selepas menerima kunjungan hormat (PISCA) Malaysia di pejabat beliau di Damansara Utama dekat sini baru baru ini

Kunjungan tersebut diketuai oleh Naib Yang Dipertuanya, Datuk Haji Mohd. Suffian Abdul Rahim dan Ahli Jawatankuasa Pusatnya, Jaafar Hamzah serta Hanif Haron.

Lajim yang juga Ahli Parlimen Beaufort berkata kementerian beliau akan memperluaskan program pemuliharaan alam sekitar bagi memastikan bandar raya di Negara ini ini sentiasa bersih, indah dan selamat.

Katanya, selain kawasan tumpuan ramai, program tersebut akan diadakan di kampung-kampung dan kawasan pinggir bandar.

Lajim berkata, kerjasama semua pihak amat diperlukan bagi menjayakan program pemuliharaan alam sekitar itu.

“ Tanpa penglibatan masyarakat termasuk badan badan NGO.program pemuliharaan itu tidak akan berjaya mencapai matlamatnya” katanya

Sehubungan itu beliau meminta supaya semua pihak supaya bertekad untuk bersama-sama menghulurkan sumbangan bagi menjayakan program pemuliharaan alam sekitar

Dalam pada itu, Lajim berkata, tindakan segelintir warga bandar raya ini yang tidak prihatin dalam soal kebersihan telah menjejaskan usaha menjadikan beberapa buah Bandar di Negara ini bebas sampah.

Katanya, sikap tidak bertanggungjawab itu perlu dihentikan kerana ia akan menjatuhkan imej Sabah sebagai salah satu destinasi pelancongan terkemuka di Malaysia.

HARAPAN BARU UNTUK PENDUDUK KAMPUNG KERUKAN




MELAWAT TAPAK….Lajim bersama Kimjus,Jusih serta penduduk kampong ketika meninjau tapak cadangan untuk bangunan SUI Kerukan.

KUALA PENYU
: Harapan ibubapa yang mempunyai anak-anak mereka yang belajar di sekolah Ugama Islam (SUI) di kampong Kerukan dekat sini untuk belajar di bangunan sendiri tidak lama lagi akan tercapai apabila bangunan sekolah tersebut kini menunggu kelulusan peruntukan dari kerajaan negeri untuk dilaksanakan

Ahli Parlimen Beaufort Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin berkata, beliau telah difahamkan kerajaan negeri melalui Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri (JHEINS) telahpun menyediakan peruntukan untuk melaksanakan projek membina satu blok (SUI) di kampong tersebut.

SUI Kampung Kerukan yang menampatkan lebih dari 100 orang pelajar kini terpaksa menumpang di bangunan SK Kampung Kerukan hampir setahun yang lalu dan mengambil masa belajar pada sesi sebelah petang apabila bangunan (SUI) yang ada sebelum ini terpaksa dirobohkan ekoran keadaan keselamatan bangunannya tidak mengizinkankan.

“ Saya berharap kelulusan untuk perlaksanaan projek ini akan dapat dipercepatkan bagi menampung keperluan pendidikan pelajar-pelajar (SUI) yang kini terpaksa menumpang di bangunan SK Kerukan untuk meneruskan sesi pembelajaran mereka” katanya semasa ditemui pemberita selepas melakukan lawatan ke tapak cadangan sekolah berkenaan dekat sini baru baru ini.

Mengiringi lawatan beliau,Naib Ketua Umno Bahagian Datuk Kimjus Duim ,Penyelia Sekolah Ugama bahagian Pendalaman Bawah Haji Jusih Haji Sarin,serta pemimpin masyarakat tempatan.

Menurut Lajim yang juga Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan kerajaan komited untuk memperkasakan mutu pendidikan Negara termasuklah dalam soal pendidikan agama justeru katanya tidak ada sebab bagi kerajaan tidak prihatinan terhadap keperluan pendidikan terutamanya di kampong tersebut.

“ Saya berharap ibubapa akan bersabar menunggu bangunan baru ini dilaksanakan dan jika ada keperluan untuk mempertingaktkan segala kemudahan di sekolah ini saya akan panjangkan perkara ini untuk perhatian kerajaan pusat memberikan bantuan yang sewajarnya” tambah Lajim

Wednesday, February 24, 2010

LAPORAN BELIA SABAH TERKADAS DAN HIDUP MELARAT DI KUALA LUMPUR TIDAK TEPAT





AMBIL CATATAN...Kelihatan Jamawi semasa mengambil catatan dan Azman berbual dengan beberapa orang belia semasa pertemuan tersebut



KUALA LUMPUR: Dakwaan belia Sabah yang dilaporkan menganggur dan hidup merempat di Semenanjung tanpa sebarang pekerjaan tidaklah seburuk mana yang dilaporkan dalam media baru-baru ini.

Exco Pergerakan Pemuda Umno Malaysia Jawawi Jaafar berkata, Pergerakan Pemuda Umno Sabah yang diketuai oleh Ketuanya Azman Haji Roslan dan beliau telah sedndiri telah turun padang untuk melihat dan memantau sendiri secara lebih dekat masalah ini.

“Hasil dari pertemuan kita dengan beberapa orang belia yang sempat ditemui mereka bukanlah terkandas sebaliknya dengan pekerjaan yang tidak tetap mereka ini tidak mampu menyewa rumah ataupun bilik yang terlalu tinggi kadar sewanya di Kuala Lumpur berbanding dengan pendapatan yang mereka perolehi” katanya ketika ditemui selepas mengadakan pertemuan dengan beberapa orang belia di salah sebuah rumah kebajikan di sini pagi kemarin.

Menurut Jamawi yang juga Ketua Pergerakan Pemuda Umno Tenom ekoran daripada punca pendapatan yang tidak menentu dan gaji yang diperolehi agak rendah mereka (belia) ini sanggup menumpang untuk tidur di rumah ibadat dan kebajikan sebelah siang apabila mereka berehat dari bekerja

" Sebenarnya mereka mampu menyewa rumah atau bilik secara berkongsi, namun mereka sendiri memilih cara hidup seperti ini yang mereka anggap mereka biasa bagi mereka disamping menjimpatkan kos sara hidup yang tinggi di Kuala Lumpur" katanya

Menurut Jamawi beliau telah menasihatkan agar belia terlibat mengubah cara hidup dengan berkongsi bersama kawan-kawan untuk menyewa rumah atau bilik agar tidak berpelesirian selepas berkerja kerana ada pihak yang cuba mempolitikan keadaan ini sehingga turut menjejaskan imej belia Sabah dan juga kerajaan negeri.

Sementara itu Ketua Pergerakan Pemuda Umno Sabah Azman Roslan pula berkata, pergerakan tersebut bersedia menawarkan bantuan tiket penerabangan bagi belia yang ingin kembali dan bekerja di Sabahdimana menurut beliau peluang pekerjaan di negeri ini dalam pelbagai sektor cukup terbuka luas untuk belia Sabah menceburinya.

“ Kita juga bersedia membantu mendapatkan pekerjaan yang lebih terjamin bagi belia yang ingin bekerja di Kuala Lumpur dan ingin memastikan majikan mereka menyediakan kemudahan tempat tinggal (hostel) yang lebih baik dan sempurna kepada merek” katanya.

Dalam perkembangan yang sama Azman yang juga Ketua Pergerakan Pemuda Umno bahagian Keningau ini juga meminta belia Sabah yang bekerja di Kuala Lumpur dan sekitarnya dapat menubuhkan persatuan bagi membolehkan bantuan dapat disalurkan apabila diperlukan.

" Apabila mereka ada persatuan agak muda kita mengesan dan membantu mereka apabila timbul sebarang masalah, lagipun kita tidak mahu ada pihak yang mengambil kesempatan untuk mempolitikan keadaan ini sehingga menjejaskan imej semua pihak termasuk imej kerajaan negeri" tegas Azman

Sambil memberi jaminan langkah susulan akan dilakukan oleh Pergerakan Pemuda Umno Sabah untuk mengadakan pertemuan dengan belia-belia Sabah yang berkerja di Kuala Lumpur.

" Kita serius membantu mereka agar tidak ada pihak yang cuba memperbesar-besarkan isu ini sehingga memberikan gambaran yang boleh menjejaskan imej belia sabah"

Tuesday, February 23, 2010

SISTEM PENGKALAN DATA PBBS DIWUJUDKAN






Janang Gayuh Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin yang diiringi oleh Naib Presiden (PBBS) Saridah Datuk Mohd.Dun ketika meninjau gerai PBBS semasa pelancaran Program Umno Juara Rakyat di Beaufort baru baru ini.

BEAUFORT: Dalam usaha Persatuan Bisaya Bersatu Sabah memperkemaskinikan data keahlianya, di seluruh negeri satu pengkalan data keahlian akan diwujudkan dalam tempoh terdekat ini .

Pengerusi Biro Keahlian (PBBS) Saridah Datuk Mohd.Dun berkata, bagi tujuan ini semua cawangan diminta untuk memperkemaskinikan daftar keahlian mereka masing-masing dan dikemukakan ke ibu pejabat (PBBS) untuk dikemaskinikan dalam sistem pengkalan data
" Langkah ini dilihat lebih pertikal dimana secara langsung pihak ibu pejabat mudah mengesan jumlah keahlian yang sebenarnya dan ahli pula mudah merujuk di cawangan mana ia menjadi ahli persatuan ini" katanya ketika ditemui selepas mengiringi Priseden (PBBS) Janang Gayuh Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin melawat kaunter pendaftaran keahlian semasa pelancaran Umno Juara Rakyat di Beaufort baru baru ini.

Menurut Saridah yang juga Naib Yang Dipertua (PBBS) sebagai langkah susulan pihak ibu pejabat akan menghantar borang-borang keahlian baru ke seluruh cawangan cawangan (PBBS) di negeri ini bagi tujuan untuk mengemaskinikan daftar keahlian yang sediaada.

" Bukan sahaja usaha memperkemaskinikan data keahlian di peringkat cawangan-cawangan kita laksanakan usaha untuk mengatifkan semula cawangan-cawangan yang tidak aktif sebelum ini termasuklah yang digantung pendaftarannya kerana gagal menghatar laporan tahunan akan kita lakukan " tambah Saridah

Menurut beliau usaha ini mungkin dilihat agak menyulitkan kepada cawangan-cawangan (PBBS) yang terpaksa mengemaskinikan data keahlian bagaimana pun menurut beliau ia perlu dilaksanakan agar data sistem keahlian (PBBS) lebih sistemetik

"Saya berharap semua cawangan-cawangan (PBBS) dapat memberikan sokongan serta kerjasama untuk melaksanakan program ini dimana ianya selaras dengan keperluan serta kemajuan teknologi maklumat yang memerlukan kita memperolehi maklumat yang cepat dan tepat" katanya

Dalam perkembangan berkaitan Saridah yang juga Ketua Pergerakan Puteri Umno bahagian Beaufort Persatuan Bisaya Bersatu Sabah juga sentiasa berusaha untuk melaksanakan kempen keahlian dari masa ke semasa agar lebih ramai masyarakat Bisaya di negeri ini mendaftar sebagai ahli persatuan.

" Sebagai contoh dalam program Umno Juara rakyat ini kita membuka kaunter pendaftaran ahli (PBBS) dan ianya mendapat maklum balas yang positif dari masyarakat bisaya" jelas Saridah

PROGRAM UMNO JUARA RAKYAT BUKAN SATU PEMBAZIRAN







Ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin bersalaman dengan pemimpin masyarakat tempatan sejurus tiba untuk melancarkan program UMNO Juara Rakyat Peringkat Bahagian Beaufort

BEAUFORT: Ahli Majlis Tertinggi Umno Malaysia Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin menolak tomahan parti pembangkang yang beranggapan penganjuran Program Umno Juara Rakyat sebagai satu pembaziran wang rakyat.

Sebaliknya beliau berkata program Umno Juara Rakyat merupakan makanisme terbaik yang dilakukan oleh Umno dan BN bagi merapatkan hubungan antara kerajaan dan pemimpin bersama rakyat di peringkat akar umbi bagi agar mereka secara langsung mengetahui program dan dasar kerajaan secara lebih dekat.

Katanya, program Umno Juara Rakyat bukanlah pentas berpolitik sebaliknya merupakan wadah untuk menemui rakyat dengan pendekatan yang lebih teratur dan berkesan melalui pelbagai pengisian program yang boleh memberikan manafaat kepada rakyat.

“ program-program ini yang disifatkan sebagai satu initiatif yang berterusan sepanjang tahun akan meliputi pelbagai jenis bidang seperti pendidikan, keagamaan, kerohanian, keusahawanan, ekonomi, sosial dan lain-lain lagi” katanya ketika berucap melancarkan Program Umno Juara Rakyat peringkat bahagian Beaufort di dewan masyarakat Pa Musa dekat sini baru baru ini.

Hadir sama Wakil Rakyat Klias Datuk Azizah Mohd.Dun,Wakil Rakyat Kuala Penyu John Teo Mau Sing Ketua-Ketua Kompenan parti Barisan Nasional,Pegawai Daerah Beaufort Wong Fu Ten Timbalan Ketua Umno bahagian Isnin Haji Aliasnih dan Pengerusi Penganjur Haji Samin Haji Ongki

Menurut Lajim yang juga Ketua Umno bahagian Beaufort pada setiap program Umno Juara Rakyat ianya melibatkan beberapa jabatan dan agensi kerajaan yang bersama turun padang mengadakan pemeran yang dapat memberikan peluang secara langsung kepada rakyat untuk mengetuhai secara dekat peranan serta tanggungjawab jabatan dan agensi kerajaan berkaitan khususnya untuk membantu rakyat dalam pelbagai bidang.

“ Umno dan Barisan Nasional telah dan akan terus melakukan sesuatu yang terbaik dan memberi manafaat kepada rakyat dalam ertikata pendekatannya tidaklah bermusim sebagaimana yang dilakukan oleh parti pembangkang hanya menemui rakyat semasa menghadapi pilihanraya sahaja” tegas Lajim

Beliau berkata program Umno Juara Rakyat juga boleh dijadikan Pentunjuk Prestasi Utama (KPI) parti khususnya di bahagian itu bagi membolehkan rakyat menilai prestasi parti dalam memajukan pembangunan dan ekenomi negeri dan rakyat

Lajim menambah program seperti ini juga adalah cara yang Umno dan Barisan Nasional membuktikan dasar dasar pembangunan ekonomi dan keusahawaan yang dibawa memberi kesan positiif kepada seluruh rakyat di Negara ini

“Apa yang kita pamerkan di sini adalah data dan fakta yang menunjukkan perkembangan dalam pembangunan dan ekonomi Negara” katanya

Sempana dengan Pelancaran Umno Juara Rakyat bahagian Beaufort kali ini pelbagai program turut diadakan antaranya penyampaian sumbangan kepada pelajar sekolah yang cemerlang,penyampaian sumbangan untuk golongan kurang upaya.ibu tunggal penyampaian sumbangan untuk Persatuan Ibubapa Guru disamping Pergerakan Puteri Umno Bahagaian beaufort melancarkan kempen penambahan keahlian dan daftar pemilih, pergerakan pemuda melancarkan rakan Cop sementera pergerakan Wanita turut melancarkan Skud Sayang yang kesemuanya dilancarkan oleh Lajim yang juga Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Saturday, February 20, 2010

KPKT PERUNTUKAN 13.2 JUTA UNTUK PROGRAM LOCAL AGENDA 21 TAHUN INI





SERTAI GOTONG ROYONG…Lajim bersama kepimpinan Umno bahagian dan masyarakat setempat menyertai projek gotong royong bagi membaiki rumah Awang Damit Haji Karim di Kampung Mempakul sempana program tersebut

MENUMBOK: Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan pada tahun ini telah memperuntukan sejumlah RM13.2 juta untuk melaksanakan program Local Agenda 21 di seluruh negeri

Timbalan Menterinya Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin berkata, dari jumlah tersebut sebanyak RM 187,000 diperuntukan bagi melaksanakan local Agenda 21 Pendidikan Awam dan RM 137,000 untuk Local Agenda 21 latihan yang mencerminkan kesungguhan kerajaan untuk membangunkan rakyat di Negara ini.

“ Setakat ini kita telah melaksanakan tiga program Local Agenda iaitu di dua daerah di Sarawak Daerah Mukah dan Lundu sementara Daerah Kecil Menumbok Sabah merupakan program Local Agenda 21 yang ketiga dilaksanakan oleh kementerian ini “ katanya ketika ditemui media selepas melancarkan Program Local Agenda 21 dan Hari Pemuda 1 Malaysia di padang Pekan dekat sini pagi kemarin.

Hadir sama Yang Rakyat Kawasan Kuala Penyu John Teo Mau Sing ,Pegawai Daerah Edmond Teo,Pegawai Eksuktif Majlis Daerah Kuala Penyu Haji Mohd.Fazlee Abdullah,Timbalan Ketua Umno Bahagian Beaufort Isnin Haji Ali Asnih dan Ketua Pergerakkan Pemuda Umno bahagian Beaufort Mohd.Ishak Haji Ibrahim

Menurut Lajim yang juga Ahli Parlimen Beaufort kementerian beliau akan terus melaksanakan program tersebut di beberapa buah daerah di negeri ini yang akan diekndalikan oleh pihak berkuasa tempatan di kawasan masing-masing.

Lajim menambah melalui program Local Agenda 21 rakyat setempat bukan sahaja dapat mengukur sejauh mana sistem penyampaian pihak berkuasa tempatan di kawasan masing-masing dapat dinilai sekali gus ianya akan menjadi medan bagi rakyat memberikan maklum balas dan mengemukakan sebarang aduan dan masalah kepada pihak PBT untuk diambil perhatian dan tindakan sewajarnya,

Menurut Lajim yang juga Ahli Parlimen Beaufort Melalui Local Agenda 21 juga, masyarakat tempatan boleh melibatkan diri untuk mengenalpasti dan mengkaji isu-isu pembangunan mampan, membentuk pelan tindakan untuk menangani isu-isu tersebut dan melaksanakan pelan tindakan

“Pendekatan asas program ini ialah pendekatan "bottom-up", atau dari akar umbi ke atas iaitu penduduk-penduduk tempatan sendiri akan terlibat dalam menentukan pelan tindakan bagi kawasan masing-masing” katanya

Beliau menambah Program ini juga akan menjadi pemangkin kepada pengwujudan semangat perpaduan dan muhibah antara eleman yang penting bagi rakyat untuk terus berkerjasama dan memberikan sokongan kepada kerajaan untuk menjayakan Gagasan 1 Malaysia

Di majlis tersebut Lajim turut menyampaikan sumbangan kepada golongan kurang upaya, sumbangan peralatan sukan kepada golongan belia, menyertai sukan rakyat, dan majlis gotong royong bagi membaiki rumah Awang Damit Haji Karim di kampong Mempakul Menumbok

Friday, February 19, 2010

KEPIMPINAN DSP HAJI LAJIM HAJI UKIN DISEBALIK PENGERTIAN UMNO JUARA RAKYAT





JUARA RAKYAT…Lajim ketika dijulang oleh para penyokongnya yang memberikan sokongan padu terhadap kepimpinan yang ikhlas dan berwawasan beliau sebagai Pemimpin di kawasan Parlimen Beaufort


Program 'UMNO Juara Rakyat' yang akan dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Bukit Sentosa Hulu Selangor pada 9 Januari lepas merupakan , program terbesar parti yang bakal membawa transformasi besar kepada UMNO dalam meneruskan tradisi sebagai parti yang benar-benar menjuarai kehidupan rakyat.
Menurut Perdana Menteri, agenda utama di bawah program yang akan digerakkan ke seluruh negara itu adalah untuk menunjukkan kepada rakyat bahawa UMNO dan Barisan Nasional (BN) adalah parti yang selama ini menjuarai hasrat mereka.
program itu membawa maksud parti itu menjuarai kehidupan rakyat, menjuarai pembelaan rakyat, menjadi johan membangunkan rakyat dan sentiasa di barisan hadapan membela dan menyelesaikan masalah rakyat.

Dalam kontek Umno Sabah agenda ini sebenarnya telah pun diamalkan dan menjadi budaya di kalangan pemimpin Umno dan Barisan Nasional di negeri ini melalui konsep turun padang mendekati dan meninjau masalah rakyat samaada melalui program resmi kerajaan,parti atau peribadi .

Sehubungan dengan program Umno Juara Rakyat ini makanisme yang dilaksanakan tidak jauh berbeza dari peranan dan tanggungjawab yang telah dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Umno dan BN di Sabah cuma bezanya nama program dan perlaksanaannya yang lebih memperincikan pengisian program yang dijalankan

Hari ini Umno bahagian Beaufort akan melancarkan Program Umno Juara Rakyat peringkat Parlimen Beaufort yang diketuai oleh Ketua Bahagiannya Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin yang telah memimpin bahagian ini sejak tahun 1995 sehingga kini iaitu selama 15 tahun yang dilihat telah berjayakan merealisasikan Umno itu sebagai Juara Rakyat melalui kepimpinan dan dedikasinya membangunkan kawasan ini Bukan sahaja pembangunan insfrastruktur dberikan perhatian malah rakyat dapat melihat aspek pembangunan dari segi pendidikan, ekonomi, agama dan sosialnya diberikan tumpuan dimana kesan serta manafaatnya turut dirasai oleh ahli-ahli parti khususnya rakyat di kawasan Parlimen Beaufort untuk terus membangun seiring dengan lain-lain kawasan Parlimen di Negara ini .

Kesibukannya sebagai anggota Kabinet Persekutuan dan menjawat jawatan sebagai Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan tidak menjadi halangan kepada beliau melaksanakan tanggungjawabnya sebagai Ketua Umno bahagian dan juga Ahli Parlimen Beaufort .Turun padang menemui rakyat dalam program program resmi kerajaan, parti dan juga lawatan peribadi beliau mengisi diari bulanan beliau untuk bersama di kawasan yang diwakili, ini termasuklah menghadiri majlis majlis kenduri,kematian, dan melawat rakyat yang ditimpa musibah dan sebagainya.

Pengertian Umno sebagai Juara Rakyat dalam misi pembelaan rakyat,johan membangunkan rakyat dan sentiasa di barisan hadapan membela dan menyelasaikan masalah rakyat telah lama diamalkan oleh beliau sejak beliau menjadi Wakil Rakyat di kawasan Dewan Undangan Negeri Klias sehinggalah kini beliau bertukar ke kawasan Parlimen sekali gus menjadi Ketua Umno bahagian Beaufort.

Ahli Majlis Tertinggi Umno ini semasa ditemui berkata iltizam politik sahaja tidak mencukupi tetapi pelaksanaan dasar-dasar di samping peranan oleh pemimpin di semua peringkat akan lebih menjadikan segala perancangan yang ada dinikmati oleh rakyat secara menyeluruh
“"Dengan adanya Program UMNO Juara Rakyat, ia akan melengkap dan memenuhi kehendak rakyat," katanya.
Beliau menambah parti mengambil tema itu kerana yang juarai kehidupan rakyat selama ini adalah UMNO dan BN.

“ Kita yang bela rakyat, kita yang bangunkan negara dan jadikan rakyat sebagai keutamaan melalui tradisi membela rakyat” tambah Lajim

Menurut Lajim walaupun pakatan pembangkang datang sebagai satu jenama untuk pembangkang tetapi rakyat tidak tahu apa yang boleh mereka lakukan untuk membantu membangunkan Negara dan menjaga kepentingan rakyat agar terus maju aman dan makmur

Sehubungan dengan itu Lajim berharap rakyat akan terus memberikan sokongan kepada kerajaan BN dengan menjadi program Umno Juara Rakyat ini bukan sahaja sebagai kayu pengukur kepada sumbangan parti dan kerajaan kepada pembangunan dan kesejahteraan Negara namun menjadikanya sebagai landasan untuk memerkukuhkan hubungan perpaduan selaras dengan konsep 1 Malaysia.

Thursday, February 18, 2010

PUTERI ANJUR KEMPEN KEAHLIAN,PEMUDA LANCAR RAKAN COP, WANITA LANCAR SKUD SAYANG PADA PROGRAM UMNO JUARA RAKYAT DI BEAUFORT






Saridah Mohd. Dun Pergerakan Puteri Buka Kaunter Pendaftaran Ahli dan Daftar Pemilih semasa Program Umno Juara Rakyat Peringkat Parlimen Beaufort Ahad ini

BEAUFORT: Sempana dengan pelancaran Umno Juara Rakyat peringkat Parlimen Beaufort di padang Pekan Beaufort ahad ini, Pergerakan Puteri Umno akan melancarkan kempen pendaftaran keahlian dan juga daftar pemilih di gerai pemeran pergerakan tersebut

Ketuanya Saridah Datuk Seri Panglima Mohd.Dun (gambar) berkata, kaunter khas ini dibuka bagi memberikan peluang kepada golongan muda untuk menyertai Umno khususnya pergerakan Puteri disamping memberikan kemudahan kepada golongan muda yang telah pun mencapai umur yang ditetapkan untuk mendaftar sebagai pengundi.

" Ini merupakan salah satu usaha pergerakan ini bagi mendekati dan memberikan kemudahan bagi golongan muda bukan sahaja mendaftar sebagai ahli parti namun kemudahan untuk mendaftar sebagai pengundi" katanya ketika ditemui di sini pagi kemarin.

Sementara itu Pergerakan Pemuda Umno bahagian Beaufort pula semasa pelancaran program ini juga turut melancarkan Rakan Cop sebagai satu usaha membantu pihak berkuasa khususnya Polis untuk menangani beberapa masalah sosial di kawasan tersebut.

Ketuanya Mohd.Ishak Haji Ibrahim berkata, pergerakan tersebut terpanggil untuk membantu pihak berkuasa Polis melalui rakan Cop untuk menangani beberapa masalah sosial yang membabitkan golongan belia khususnya di kawasan tersebut.

" Kita sedar tanggungjawab untuk menangani masalah sosial ini bukan semata-mata menjadi tanggungjawab pihak polis namun sebagai pemimpin dan anggota masyarakat pergerakan pemuda akan bersama membantu pihak berkuasa menanganinya" katanya

Malah menurut Mohd.Ishak pergerakan tersebut telah dan akan melaksanakan beberapa porgram untuk mendekati golongan muda ini termasuklah aktiviti riadah, sukan, seminar dengan menjadi golongan muda sebagai rakan sebaya yang perlu dibentuk jatidiri, moral dan akhlaknya.

Turut dilancarkan semasa majlis Pelancaran Umno Juara Rakyat peringkat Parlimen Beaufort kali ini ialah Skud Sayang Pergerakan Wanita Umno bahagian Beaufort.

Projek Sayang adalah jenama baru Wanita Umno serta Wanita BN untuk melaksanakan kerja kebajikan, kesukarelaan dan kema-syarakatan sebagai menepati hasrat Umno serta memenuhi keperluan rakyat di peringkat akar umbi.

Projek itu mengambil konsep yang mudah dan praktikal untuk merealisasikan ikatan kasih sayang dan kebajikan serta mengekalkan hubungan silaturahim bersama rakyat melalui pendekatan yang mesra, mudah dan pantas.

Melalui Projek Sayang, Wanita Umno mewujudkan Skuad Sayang dan Stor Sayang di setiap negeri sebagai langkah proaktif memberi perkhidmatan di waktu kecemasan dan lain-lain waktu kesusahan untuk rakyat yang memerlukan.

Monday, February 15, 2010

PROGRAM UMNO JUARA RAKYAT MEDAN SALURKAN MAKLUMAT KEPADA RAKYAT






TENAGA PENGERAK….Lajim (tengah) mengabadikan gambar kenangan bersama Ahli Jawatankuasa Pelaksana Umno Juara Rakyat Peringkat Parlimen Beaufort selepas mesyuarat tersebut

KOTA KINABALU: Program Juara Rakyat yang diperkenalkan oleh Umno akan menjadi wadah bagi parti menyampaikan maklumat berhubung dengan dasar serta program yang telah dan akan dilaksanakan oleh parti dan kerajaan untuk makluman rakyat di peringkat akar umbi.

Ahli Majlis tertinggi Umno Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin berkata, program itu akan merangkumi bidang ekonomi, sosial, pendidikan, belia dan sebagainya supaya Umno dilihat lebih semarak dan bertenaga

“Program ini, merupakan satu program transformasi Umno untuk mendekati masyarakat hingga ke peringkat akar umbi,” katanya ketika ditemui media selepas mempengerusikan mesyuarat terakhir jawatankuasa pelaksana Program Umno Juara Rakyat Paringkat Parlimen Beaufort di sini pagi kemarin.

Hadir sama di Majlis tersebut Timbalan Ketua Umno Bahagian Beaufort Isnin Haji Aliasnih,Naib Ketua Bahagian Datuk Kimjus Duim,Setiausaha Umno Bahagian Haji Jusih Haji Sarin, Ketua Penerangan Umno Bahagian yang juga pengerusi penganjur Program Umno Juara Rakyat Haji Samin Haji Ongki,Bendahari Umno bahagian Mohd.Zahari Mohd.Zinin dan Ketua Pergerakan Puteri Saridah Datuk Mohd.Dun.

Program Umno Juara Rakyat Peringkat Parlimen Beaufort akan diadakan pada ahad ini bertempat di Padang Pekan Beaufort yang bertemakan Pendidikan dan kebajikan dan dijangka akan dilancarkan oleh, Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Dato Seri Utama Dr. Rais Yatim

Menurut Lajim yang juga Ketua Umno bahagian Beaufort ,program Umno Juara Rakyat juga akan dijadikan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) Umno khususnya di bahagian itu bagi membolehkan rakyat menilai prestasi parti itu dalam memajukan pembangunan dan ekonomi negeri khususnya rakyat ini .

Katanya, melalui program itu rakyat boleh menyaksikan kemajuan dalam pembangunan dan ekonomi sejak kerajaan Barisan Nasional mengambil alih pemerintahan kerajaan negeri

Beliau menambah dengan adanya program seumpama ini,UMNO dapat mengaktifkan jentera parti supaya lebih dekat dengan rakyat dan seterusnya memenuhi peranan UMNO dan BN sebagai pendokong cita-cita rakyat.
“Kita mahu pemimpin Umno dan Barisan Nasional peka kepada permasalahan rakyat dan sanggup mengambil tindakan menyelesaikan masalah mereka” katanya
Sempena dengan pelancaran Program Umno Juara Rakyat Peringkat Parlimen Beaufort kali ini pelbagai acara telah siap disusun antaranya penyampaian anugreh Pelajar cemerlang kepada pelajar cemerlang dalam peperiksaan UPSR dan PMR, penyampaian sumbangan kepada golongan kurang berkemampuan, penyerahan kunci rumah kepada para penerima bantuan rumah melalui program PPRT,persembahan kebudayaan yang melambangkan konsep 1 malaysia, juga penyertaan sebanyak 30 gerai pemeran dari pelbagai jabatan dan agensi kerajaan

Thursday, February 11, 2010

JANGAN LAKUKAN PEMBAKARAN TERBUKA ELAK JERABU






KONG XI FA CUI…Lajim ketika menyampaikan kad ucapan tahun baru dan ang pau kepada salah seorang peniaga di majlis tersebut


BEAUFORT : Penduduk khususnya berhampiran Daerah Beaufort diminta tidak melakukan pembakaran terbuka bagi mengelakkan keadaan jerebu di daerah itu bertambah buruk.

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Haji Lajim Haji Ukin berkata, pembakaran terbuka bukan sahaja mengakibatkan pembebasan asap yang boleh menjejaskan kualiti udara malah merupakan suatu kesalahan dari segi undang-undang.

Katanya, arahan sudah dikeluarkan oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Alam Daerah untuk memantau keadaan jerebu dan pembakaran terbuka terutama melibatkan kawasan perladangan.

“ Saya dimaklumkan pihak Jawatankuasa Bencana Alam Daerah yang dipengerusikan oleh Pegawai Daerah telah pun mengeluarkan arahan ini kepada Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan Kampung dan Pemimpin masyarakat Tempatan untuk memantau keadaan ini” katanya ketika ditemui selepas menyampaikan kad ucapan tahun baru cina dan ang pau kepada para peniaga di sekitar pekan Beaufort pagi kemarin dan meneruskkan di daerah Kuala Penyu dan Menumbok pada sebelah petang.

Turut serta, Pengerusi Dewan Perniagaan Cina Beaufort, Datuk Seri Panglima Kifli Chong dan Pegawai Daerah Beaufort, Wong Foo Tin. Timbalan Ketua Umno bahagian beaufort Isnin Haji Aliasnih serta pemimpin masyarakat tempatan

Ketika diminta mengulas program tersebut Lajim yang juga Pengerusi Barisan nasional Beaufort berkata acara seumpama itu sudah menjadi tradisi setiap tahun sejak 25-tahun lalu beliau bergelar wakil rakyat di daerah itu.

“ Walaupun saya bukan berbangsa Tionghua, pemberian kad ucapan dan Ang Pau kepada masyarakat Cina jelas melambangkan semangat 1Malaysia yang telah lama wujud dalam kalangan rakyat Sabah” katanya

Sehubungan dengan itu Lajim berharap sambutan Tahun Baru Cina tahun ini akan menjadi wadah pemangkin terhadap usaha bagi memperkukuhkan lagi perpaduan dalam kontek 1 Malaysia melalui perkongsian perayaan yang mengambarkan hubungan harmoni dan perpaduan rakyat walaupun terdiri dari pelbagai kaum dan agama di Negara ini tetap kukuh.

USRAH MEMANTAPKAN JATIDIRI SAUDARA MUSLIM







SUMBANGAN..Lajim bersama Nasrun dan Abdullah turut menyampaikan sumbangan peribadi dan sumbangan (USIA) kepada salah seorang saudara Muslim sempana majlis tersebut

Usrah adalah salah satu aktiviti yang terpenting dalam gerakan organisasi Islam. Organisasi Islam yang mengamalkan konsep usrah akan dilihat mampu mentadbir manusia disekelilingnya dengan lebih terpimpin. Taaruf, tafahum dan takaful adalah konsep usrah yang sesuai diterapkan di dalam jiwa umat Islam khususnya kepada saudara baru.

Usrah yang membawa maksud keluarga, merupakan satu medan untuk ahlinya bersama-sama menjalani satu proses pembentukan yang dibina di atas semangat al-ukhuwwah al-Islamiyah. Proses pembentukan itu bermakna makna penekanan dan perbincangan dalam usrah mencakupi satu bidang yang luas dan menyeluruh.

Baru-baru ini bertempat di kampong Monsok kira kira 15 kilometer dari Pekan Tambunan telah berlangsung Program Usrah Saudara Muslim Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) yang diketuai oleh Timbalan Yang Dipertuanya Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin

Turut menyertai rombongan ini termasuklah Naib Yang Dipertuanya Datu Datuk Nasrun Datu Mansur,Setiausaha Agung Datuk Haji Abdullah Hussin, Bendahari Wanita (USIA) Pusat Datin Seri Panglima Hajah Normila Siong, Ketua (USIA) bahagian Tambunan Jumain Abdul Ghani dan Ketua (USIA) bahagian Keningau Haji Kaipin Rosmin

Program Usrah Saudara Muslim ini telah menghimpunkan hampir 100 orang saudara muslim dari kampong berkenaan dan sekitarnya diberikan kefahaman yang lebih baik kepada saudara muslim khususnya dalam urusan aqidah dan ibadah. Selain itu, program ini juga diadakan bagi mendedahkan kepada peserta berkaitan dengan jatidiri saudara muslim dalam menghadapi cabaran kehidupan selepas memeluk Islam

Lajim yang juga Pengerusi Jawatankuasa Keahlian dan Penyelaras bahagian-bahagian (USIA) semasa berucap di majlis tersebut berkata, melalui kunjungan tersebut diharapkan akan dapat mencetuskan motivasi kepada saudara Muslim untuk membina jatidiri saudara muslim cemerlang disamping mengeratkan hubungan silatulrahim dan juga sedikit menyelami masalah yang dihadapi oleh saudara Muslim khususnya di kawasan berkenaan.

Beliau menegaskan bahawa sekiranya seorang saudara muslim mahukan jatidirinya kukuh dan hebat maka empat perkara penting tidak boleh dianggap ringgan iaitu memelihara solat, puasa, zakat dan haji serta melakukan amal kebajikan ketika hidup di dunia

“ Saya beharap saudara Muslim kita tidak akan merasa terpinggir dan rasa rendah diri, sebaliknya beliau berkata (USIA) akan terus memainkan peranan meningkatkan kefahaman mereka tentang ajaran Islam melalui pelbagai program termasuklah membantu mereka dalam soal kebajikan” katanya.

Menurut beliau lagi saudara Muslim juga perlu berusaha menambah pengetuhan mereka dalam ajaran Islam melalui pembelajaran sepanjang hayat yang boleh diperolehi melalui pendidikan dari guru guru agama dan juga pembacaan.

Di majlis tersebut Lajim juga turut menyampaikan sumbangan peribadi dan sumbangan dari (USIA) kepada 20 orang saudara Muslim.