Wednesday, February 3, 2010

KEPIMPINAN MAIN PERANAN UNTUK BANGUNANKAN SEBUAH ORGANISASI JAMIL KHIR






ALBUM KENANGAN…. Jamil Khir bersama Lajim dan sebahagian dari ahli jawatankuasa Umno bahagian Beaufort merakamkan gambar kenangan bersama selepas majlis tersebut

BEAUFORT : Kepimpinan memainkan peranan amat penting untuk membangunkan sesebuah organsiasi kata, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Senator Mejar General (B) Datuk Jamil Khir Baharom

Katanya,Kepimpinan akan menentukan nasib pengikut dan rakyat akan terus terbela dan terpelihara dalam memenuhi aspirasi serta keperluan rakyat setempat dan ini sudah tentu akan memberikan impak terhadap kekuatan parti.

Jamil Khir yang juga Ahli Majlis tertinggi Umno berkata demikian ketika menyampaikan amanat pada sesi perjumpaan bersama Umno bahagian Beaufort di Bilik Mesyuarat Majlis daerah Beaufort petang kemarin,dimana beliau sendiri merupakan pemimpin yang telah diamanahkan untuk memantau Umno bahagian ini.

Hadir sama di majlis tersebut Ketua Umno bahagian Beaufort Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin, Timbalannya Isnin Haji Aliasnih,Naib Ketua Bahagian Datuk Kimjus Duim Setiausaha Umno Bahagian Haji Jusih Haji Sarin,Naib Ketua Pemuda Azman Datuk Lajim dan Ketua Pergerakan Puteri Saridah Datuk Mohd.Dun.

Sambil memuji kepimpinan Lajim sebagai pemimpin yang berjaya memperkukuhkan kekuatan Umno khusnya di bahagian ini, Jamil Khir berkata, krisma kepimpinan serta wujudnya budaya berkerja berpasukan menjadi teras kepada kekuatan parti untuk menghadapi cabaran akan datang.

“ Kepimpinan yang baik dan berkesan ini perlu mendapat sokongan secara beterusan bukan sahaja di kalangan kepimpinan bahagian malah ahli di peringkat akar umbi perlu memainkan peranan untuk sama-sama memelihara kekuatan parti” katanya

Terdahulu ketika berucap di majlis yang sama Lajim yang juga Ahli Majlis Tertinggi Umno berkata, Umno bahagian itu akan terus mempertingkatkan usaha untuk memperkasakan kekuatan parti selaras dengan Gagasan 1 Malaysia yang dicetuskan oleh Presiden parti Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak “ Rakyat didahulukan Pencapaian diutamakan” agar simbol parti sebagai juara kepada rakyat akan memberikan manafaat sebenarnya dari aspek pembangunan dan kesejahteraan rakyat direalisasikan.

“ Disamping usaha memantapkan perpaduan dalam parti, Umno bahagian ini juga akan terus melaksanakan kempen penambahan keahlian terutamanya mendekati golongan muda untuk berjuang bersama dalam Umno, parti keramat yang berjasa kepada Negara” katanya

Menurut Lajim lagi Umno bahagian itu tidak akan menghadapi masalah untuk mempertahankan kejayaan Barisan Nasional menguasai kawasan tersebut pada pilihanraya akan datang, namun keadaan itu tidak seharusnya meletakkan pemimpin parti berada dalam keadaan zon selesa sebalik sentiasa berusaha mendampingi rakyat di peringkat akar umbi tanpa mengira musim.

No comments:

Post a Comment