Wednesday, February 24, 2010
LAPORAN BELIA SABAH TERKADAS DAN HIDUP MELARAT DI KUALA LUMPUR TIDAK TEPAT
AMBIL CATATAN...Kelihatan Jamawi semasa mengambil catatan dan Azman berbual dengan beberapa orang belia semasa pertemuan tersebut
KUALA LUMPUR: Dakwaan belia Sabah yang dilaporkan menganggur dan hidup merempat di Semenanjung tanpa sebarang pekerjaan tidaklah seburuk mana yang dilaporkan dalam media baru-baru ini.
Exco Pergerakan Pemuda Umno Malaysia Jawawi Jaafar berkata, Pergerakan Pemuda Umno Sabah yang diketuai oleh Ketuanya Azman Haji Roslan dan beliau telah sedndiri telah turun padang untuk melihat dan memantau sendiri secara lebih dekat masalah ini.
“Hasil dari pertemuan kita dengan beberapa orang belia yang sempat ditemui mereka bukanlah terkandas sebaliknya dengan pekerjaan yang tidak tetap mereka ini tidak mampu menyewa rumah ataupun bilik yang terlalu tinggi kadar sewanya di Kuala Lumpur berbanding dengan pendapatan yang mereka perolehi” katanya ketika ditemui selepas mengadakan pertemuan dengan beberapa orang belia di salah sebuah rumah kebajikan di sini pagi kemarin.
Menurut Jamawi yang juga Ketua Pergerakan Pemuda Umno Tenom ekoran daripada punca pendapatan yang tidak menentu dan gaji yang diperolehi agak rendah mereka (belia) ini sanggup menumpang untuk tidur di rumah ibadat dan kebajikan sebelah siang apabila mereka berehat dari bekerja
" Sebenarnya mereka mampu menyewa rumah atau bilik secara berkongsi, namun mereka sendiri memilih cara hidup seperti ini yang mereka anggap mereka biasa bagi mereka disamping menjimpatkan kos sara hidup yang tinggi di Kuala Lumpur" katanya
Menurut Jamawi beliau telah menasihatkan agar belia terlibat mengubah cara hidup dengan berkongsi bersama kawan-kawan untuk menyewa rumah atau bilik agar tidak berpelesirian selepas berkerja kerana ada pihak yang cuba mempolitikan keadaan ini sehingga turut menjejaskan imej belia Sabah dan juga kerajaan negeri.
Sementara itu Ketua Pergerakan Pemuda Umno Sabah Azman Roslan pula berkata, pergerakan tersebut bersedia menawarkan bantuan tiket penerabangan bagi belia yang ingin kembali dan bekerja di Sabahdimana menurut beliau peluang pekerjaan di negeri ini dalam pelbagai sektor cukup terbuka luas untuk belia Sabah menceburinya.
“ Kita juga bersedia membantu mendapatkan pekerjaan yang lebih terjamin bagi belia yang ingin bekerja di Kuala Lumpur dan ingin memastikan majikan mereka menyediakan kemudahan tempat tinggal (hostel) yang lebih baik dan sempurna kepada merek” katanya.
Dalam perkembangan yang sama Azman yang juga Ketua Pergerakan Pemuda Umno bahagian Keningau ini juga meminta belia Sabah yang bekerja di Kuala Lumpur dan sekitarnya dapat menubuhkan persatuan bagi membolehkan bantuan dapat disalurkan apabila diperlukan.
" Apabila mereka ada persatuan agak muda kita mengesan dan membantu mereka apabila timbul sebarang masalah, lagipun kita tidak mahu ada pihak yang mengambil kesempatan untuk mempolitikan keadaan ini sehingga menjejaskan imej semua pihak termasuk imej kerajaan negeri" tegas Azman
Sambil memberi jaminan langkah susulan akan dilakukan oleh Pergerakan Pemuda Umno Sabah untuk mengadakan pertemuan dengan belia-belia Sabah yang berkerja di Kuala Lumpur.
" Kita serius membantu mereka agar tidak ada pihak yang cuba memperbesar-besarkan isu ini sehingga memberikan gambaran yang boleh menjejaskan imej belia sabah"
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment