Monday, February 15, 2010
PROGRAM UMNO JUARA RAKYAT MEDAN SALURKAN MAKLUMAT KEPADA RAKYAT
TENAGA PENGERAK….Lajim (tengah) mengabadikan gambar kenangan bersama Ahli Jawatankuasa Pelaksana Umno Juara Rakyat Peringkat Parlimen Beaufort selepas mesyuarat tersebut
KOTA KINABALU: Program Juara Rakyat yang diperkenalkan oleh Umno akan menjadi wadah bagi parti menyampaikan maklumat berhubung dengan dasar serta program yang telah dan akan dilaksanakan oleh parti dan kerajaan untuk makluman rakyat di peringkat akar umbi.
Ahli Majlis tertinggi Umno Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin berkata, program itu akan merangkumi bidang ekonomi, sosial, pendidikan, belia dan sebagainya supaya Umno dilihat lebih semarak dan bertenaga
“Program ini, merupakan satu program transformasi Umno untuk mendekati masyarakat hingga ke peringkat akar umbi,” katanya ketika ditemui media selepas mempengerusikan mesyuarat terakhir jawatankuasa pelaksana Program Umno Juara Rakyat Paringkat Parlimen Beaufort di sini pagi kemarin.
Hadir sama di Majlis tersebut Timbalan Ketua Umno Bahagian Beaufort Isnin Haji Aliasnih,Naib Ketua Bahagian Datuk Kimjus Duim,Setiausaha Umno Bahagian Haji Jusih Haji Sarin, Ketua Penerangan Umno Bahagian yang juga pengerusi penganjur Program Umno Juara Rakyat Haji Samin Haji Ongki,Bendahari Umno bahagian Mohd.Zahari Mohd.Zinin dan Ketua Pergerakan Puteri Saridah Datuk Mohd.Dun.
Program Umno Juara Rakyat Peringkat Parlimen Beaufort akan diadakan pada ahad ini bertempat di Padang Pekan Beaufort yang bertemakan Pendidikan dan kebajikan dan dijangka akan dilancarkan oleh, Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Dato Seri Utama Dr. Rais Yatim
Menurut Lajim yang juga Ketua Umno bahagian Beaufort ,program Umno Juara Rakyat juga akan dijadikan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) Umno khususnya di bahagian itu bagi membolehkan rakyat menilai prestasi parti itu dalam memajukan pembangunan dan ekonomi negeri khususnya rakyat ini .
Katanya, melalui program itu rakyat boleh menyaksikan kemajuan dalam pembangunan dan ekonomi sejak kerajaan Barisan Nasional mengambil alih pemerintahan kerajaan negeri
Beliau menambah dengan adanya program seumpama ini,UMNO dapat mengaktifkan jentera parti supaya lebih dekat dengan rakyat dan seterusnya memenuhi peranan UMNO dan BN sebagai pendokong cita-cita rakyat.
“Kita mahu pemimpin Umno dan Barisan Nasional peka kepada permasalahan rakyat dan sanggup mengambil tindakan menyelesaikan masalah mereka” katanya
Sempena dengan pelancaran Program Umno Juara Rakyat Peringkat Parlimen Beaufort kali ini pelbagai acara telah siap disusun antaranya penyampaian anugreh Pelajar cemerlang kepada pelajar cemerlang dalam peperiksaan UPSR dan PMR, penyampaian sumbangan kepada golongan kurang berkemampuan, penyerahan kunci rumah kepada para penerima bantuan rumah melalui program PPRT,persembahan kebudayaan yang melambangkan konsep 1 malaysia, juga penyertaan sebanyak 30 gerai pemeran dari pelbagai jabatan dan agensi kerajaan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment