Wednesday, February 3, 2010
PBBS BERI TUMPUAN KEPADA BIDANG PENDIDIKAN
LANCAR…Musa diiringi oleh Lajim ketika meletakkan tangan kepada bebola Kristal sebagai simbol pelancaran mesyuarat agung tahunan ke 19- PBBS.
BEAUFORT: Persatuan Bisaya Bersatu Sabah PBBS komited untuk memberikan tumpuan kepada pembangunan sektor pendidikan bagi mepestikan bilangan anak-anak Bisaya dalam bidang professional dapat ditingkatkan
Presidennya Janag Gayuh Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin berkata bagi menjamin kejayaan masyarakat Bisaya dalam semua bidang ianya perlu dibina melalui budaya ilmu bagi mempastkan mereka dapat bersaing dalam mengajar kemajuan dalam pembinaan bangsa yang berdaya maju dan cemerlang.
Sehubungan dengan itu Lajim berkata PBBS akan mengwujudkan skim galakan Profesional PBBS kepada warga Bisaya berupa hadiah galakan sebanyak RM5,000 bagi mana-mana anak Bisaya melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan dimana-mana di Institusi Pengajian Tinggi yang akan dimulakan tahun ini.
“Hadiah galakan dan bidang ini dipilih sebagai perintis sebelum kita memberi skim galakan kepada bidang propesional yang lain yang mencerminkan kesungguhan PBBS menjana kemajuan pendidikan untuk warga Bisaya” katanya ketika menyampaikan ucapan dasar Presiden di Mesyuarat Agung Tahunan Ke-19 peratuan itu di Dewan masyarakat Pa Musa dekat sini pada sabtu lepas.
Mesyuarat Agung tahunan itu dirasmikan oleh Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Haji Aman dimana dimajlis yang sama juga PBBS turut menganugrehkan gelaran Janang Gayuh Kehormat kepada Musa.
Dalalam perkembangan berkaitan Lajim yang juga Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan berkata PBBS juga meminta kerajaan agar dapat menubuhkan sebuah Pusat Tahfiz Al Quran di daerah Beaufort yang bukan sahaja dimanafaatkan oleh masyarakat Bisaya malah masyarakat Islam yang lain.
“ Jika sebelum ini kita dapat mencipta kegemilangan Qari dan Qariah dari masyarakat Bisaya dalam bidang pembacaan Al Quran sehingga mencipta nama di peringkat negeri,kebangsaan dan antarabangsa kegemilangan tersebut perlu dikembalikan dengan memberikan perhatian khusus termasuklah mewujudkan sebuah pusat Tahfiz Al Quran di kawasan ini” katanya.
Turut disentuh Lajim dalam ucapan Dasar Presidennya kali ini .ialah mencadangkan kepada kerajaan negeri agar dapat membina sebuah Pusat Kebudayaan Bisaya Sabah di daerah Beaufort dimana pembinaan pusat ini bukan sahaja menampatkan aktiviti budaya masyarakat Bisaya malah ianya dapat membantu kerajaan meningkatkan lagi sector pelancongan di negara ini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment