Sunday, February 7, 2010
JANGAN LEKA DENGAN JOLOKAN SEBAGAI SIMPANAN TETAP LAJIM
ALBUM KENANGAN…Lajim (tengah) turut merakakamkan gambar kenangan bersama pemimpin pemimpin Umno dari bahagian Keningau,Penasiangan dan Tenom selepas majlis tersebut
KENINGAU: Pemimpin dan anggota parti diingatkan agar tidak leka dengan jolokan Umno Sabah sebagai Simpanan Tetap (Fax Deposit)pada pilihanraya umum lepas sebaliknya mereka perlu berkerja bagi mempertahankan dan meningatkan jolokan tersebut agar memountum yang sediada dapat dipertahankan pada pilihraya akan datang.
Ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin berkata, jika simpanan Tetap ini dapat dipertahankan dan ditambah nilianya ianya akan menjadi kekuatan kepada Kerajaan Barisan Nasional untuk terus memerintah dan pelbagai agenda pembangunan dapat dimanafaatkan oleh rakyat di negeri ini.
“ Kita memerlukan sebuah kerajaan yang stabil dan berjuang untuk kepentingan rakyat, justeru kita perlu berkerja keras mendekati rakyat menambah bilangan keahlian dan juga menambah bilangan pengundi berdaftar dari masa ke semasa” katanya ketika berucap di Majlis Perjumpaan DAN Sarapan Pagi bersma tiga Bahagian Umno iaitu Keningau,Pensiangan dan Tenom di Hotel Juta Keningau dekat sini pada pagi sabtu lepas.
Hadir sama Ketua Umno bahagian Keningau Datuk Sairin Karno,Ketua Umno bahagian Tenom Datuk Rubin Balang,Ketua Pergerakan Pemuda Umno Keningau Azman Roslan, Timbalan Ketua Umno Pensiangan Ahuar Rasam dan Ketua Umno bahagian Silam Datu Datuk Nasrun Datu Mansur.
Menurut Lajim yang juga Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan rakyat khususnya ahli-ahli Parti akan terus memberikan sokongan kepada Umno dan barisan Nasional sekiranya pemimpin parti dapat melaksanakan tugas dan amanah yang diberikan dalam memenuhi aspirasi serta keperluan rakyat di peringkat akar umbi.
“ Ianya amat bergantung sejauh mana pemimpin dapat melaksanakan tugas serta amanah yang diberikan terutamanya mendekati rakyat dan ahli parti di peringkat akar umbi bagi melihat dan mengatasi masalah yang mereka hadapi” katanya.
Sehubungan dengan itu Lajim berkata Program Juara Rakyat yang diperkenalkan oleh parti tidak terlalu sukar dilakukan oleh pemimpin parti di negeri ini, kerana ianya telah menjadi amalan serta budaya pemimpin parti sebelum ini yang sentiasa turun padang untuk menemui ahli parti dan rakyat .
Di majlis tersebut juga Lajim yang juga Ahli Parlimen Beaufort meminta pemimpin dan ahli parti terus memberikan sokongan kuat kepada Presiden Parti Datuk Seri Mohd.Najib Tun Adul Razak dan juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Sabah Datuk Seri Musa Haji Aman
Katanya, jika ada tomahan dan fitnah yang dilontarkan oleh parti pembangkang pemimpin dan ahli Umno perlu kehadapan bagi menangkis segala tomahan yang dilontarkan.
“Janganlah pula kita sebagai pemimpin dan ahli parti turut mengiyakan segala tomahan ini, walhal kita telah melihat kesimbangan politik dan kemajuan yang dibawah oleh pemimpin berkenaan tidak boleh dinafikan dalam mencorak masa depan Negara dan negeri untuk terus maju dan membangun” katanya.Oleh
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment