Friday, February 19, 2010

KEPIMPINAN DSP HAJI LAJIM HAJI UKIN DISEBALIK PENGERTIAN UMNO JUARA RAKYAT





JUARA RAKYAT…Lajim ketika dijulang oleh para penyokongnya yang memberikan sokongan padu terhadap kepimpinan yang ikhlas dan berwawasan beliau sebagai Pemimpin di kawasan Parlimen Beaufort


Program 'UMNO Juara Rakyat' yang akan dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Bukit Sentosa Hulu Selangor pada 9 Januari lepas merupakan , program terbesar parti yang bakal membawa transformasi besar kepada UMNO dalam meneruskan tradisi sebagai parti yang benar-benar menjuarai kehidupan rakyat.
Menurut Perdana Menteri, agenda utama di bawah program yang akan digerakkan ke seluruh negara itu adalah untuk menunjukkan kepada rakyat bahawa UMNO dan Barisan Nasional (BN) adalah parti yang selama ini menjuarai hasrat mereka.
program itu membawa maksud parti itu menjuarai kehidupan rakyat, menjuarai pembelaan rakyat, menjadi johan membangunkan rakyat dan sentiasa di barisan hadapan membela dan menyelesaikan masalah rakyat.

Dalam kontek Umno Sabah agenda ini sebenarnya telah pun diamalkan dan menjadi budaya di kalangan pemimpin Umno dan Barisan Nasional di negeri ini melalui konsep turun padang mendekati dan meninjau masalah rakyat samaada melalui program resmi kerajaan,parti atau peribadi .

Sehubungan dengan program Umno Juara Rakyat ini makanisme yang dilaksanakan tidak jauh berbeza dari peranan dan tanggungjawab yang telah dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Umno dan BN di Sabah cuma bezanya nama program dan perlaksanaannya yang lebih memperincikan pengisian program yang dijalankan

Hari ini Umno bahagian Beaufort akan melancarkan Program Umno Juara Rakyat peringkat Parlimen Beaufort yang diketuai oleh Ketua Bahagiannya Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin yang telah memimpin bahagian ini sejak tahun 1995 sehingga kini iaitu selama 15 tahun yang dilihat telah berjayakan merealisasikan Umno itu sebagai Juara Rakyat melalui kepimpinan dan dedikasinya membangunkan kawasan ini Bukan sahaja pembangunan insfrastruktur dberikan perhatian malah rakyat dapat melihat aspek pembangunan dari segi pendidikan, ekonomi, agama dan sosialnya diberikan tumpuan dimana kesan serta manafaatnya turut dirasai oleh ahli-ahli parti khususnya rakyat di kawasan Parlimen Beaufort untuk terus membangun seiring dengan lain-lain kawasan Parlimen di Negara ini .

Kesibukannya sebagai anggota Kabinet Persekutuan dan menjawat jawatan sebagai Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan tidak menjadi halangan kepada beliau melaksanakan tanggungjawabnya sebagai Ketua Umno bahagian dan juga Ahli Parlimen Beaufort .Turun padang menemui rakyat dalam program program resmi kerajaan, parti dan juga lawatan peribadi beliau mengisi diari bulanan beliau untuk bersama di kawasan yang diwakili, ini termasuklah menghadiri majlis majlis kenduri,kematian, dan melawat rakyat yang ditimpa musibah dan sebagainya.

Pengertian Umno sebagai Juara Rakyat dalam misi pembelaan rakyat,johan membangunkan rakyat dan sentiasa di barisan hadapan membela dan menyelasaikan masalah rakyat telah lama diamalkan oleh beliau sejak beliau menjadi Wakil Rakyat di kawasan Dewan Undangan Negeri Klias sehinggalah kini beliau bertukar ke kawasan Parlimen sekali gus menjadi Ketua Umno bahagian Beaufort.

Ahli Majlis Tertinggi Umno ini semasa ditemui berkata iltizam politik sahaja tidak mencukupi tetapi pelaksanaan dasar-dasar di samping peranan oleh pemimpin di semua peringkat akan lebih menjadikan segala perancangan yang ada dinikmati oleh rakyat secara menyeluruh
“"Dengan adanya Program UMNO Juara Rakyat, ia akan melengkap dan memenuhi kehendak rakyat," katanya.
Beliau menambah parti mengambil tema itu kerana yang juarai kehidupan rakyat selama ini adalah UMNO dan BN.

“ Kita yang bela rakyat, kita yang bangunkan negara dan jadikan rakyat sebagai keutamaan melalui tradisi membela rakyat” tambah Lajim

Menurut Lajim walaupun pakatan pembangkang datang sebagai satu jenama untuk pembangkang tetapi rakyat tidak tahu apa yang boleh mereka lakukan untuk membantu membangunkan Negara dan menjaga kepentingan rakyat agar terus maju aman dan makmur

Sehubungan dengan itu Lajim berharap rakyat akan terus memberikan sokongan kepada kerajaan BN dengan menjadi program Umno Juara Rakyat ini bukan sahaja sebagai kayu pengukur kepada sumbangan parti dan kerajaan kepada pembangunan dan kesejahteraan Negara namun menjadikanya sebagai landasan untuk memerkukuhkan hubungan perpaduan selaras dengan konsep 1 Malaysia.

No comments:

Post a Comment