Thursday, February 25, 2010

HARAPAN BARU UNTUK PENDUDUK KAMPUNG KERUKAN




MELAWAT TAPAK….Lajim bersama Kimjus,Jusih serta penduduk kampong ketika meninjau tapak cadangan untuk bangunan SUI Kerukan.

KUALA PENYU
: Harapan ibubapa yang mempunyai anak-anak mereka yang belajar di sekolah Ugama Islam (SUI) di kampong Kerukan dekat sini untuk belajar di bangunan sendiri tidak lama lagi akan tercapai apabila bangunan sekolah tersebut kini menunggu kelulusan peruntukan dari kerajaan negeri untuk dilaksanakan

Ahli Parlimen Beaufort Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin berkata, beliau telah difahamkan kerajaan negeri melalui Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri (JHEINS) telahpun menyediakan peruntukan untuk melaksanakan projek membina satu blok (SUI) di kampong tersebut.

SUI Kampung Kerukan yang menampatkan lebih dari 100 orang pelajar kini terpaksa menumpang di bangunan SK Kampung Kerukan hampir setahun yang lalu dan mengambil masa belajar pada sesi sebelah petang apabila bangunan (SUI) yang ada sebelum ini terpaksa dirobohkan ekoran keadaan keselamatan bangunannya tidak mengizinkankan.

“ Saya berharap kelulusan untuk perlaksanaan projek ini akan dapat dipercepatkan bagi menampung keperluan pendidikan pelajar-pelajar (SUI) yang kini terpaksa menumpang di bangunan SK Kerukan untuk meneruskan sesi pembelajaran mereka” katanya semasa ditemui pemberita selepas melakukan lawatan ke tapak cadangan sekolah berkenaan dekat sini baru baru ini.

Mengiringi lawatan beliau,Naib Ketua Umno Bahagian Datuk Kimjus Duim ,Penyelia Sekolah Ugama bahagian Pendalaman Bawah Haji Jusih Haji Sarin,serta pemimpin masyarakat tempatan.

Menurut Lajim yang juga Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan kerajaan komited untuk memperkasakan mutu pendidikan Negara termasuklah dalam soal pendidikan agama justeru katanya tidak ada sebab bagi kerajaan tidak prihatinan terhadap keperluan pendidikan terutamanya di kampong tersebut.

“ Saya berharap ibubapa akan bersabar menunggu bangunan baru ini dilaksanakan dan jika ada keperluan untuk mempertingaktkan segala kemudahan di sekolah ini saya akan panjangkan perkara ini untuk perhatian kerajaan pusat memberikan bantuan yang sewajarnya” tambah Lajim

No comments:

Post a Comment