Tuesday, February 23, 2010

PROGRAM UMNO JUARA RAKYAT BUKAN SATU PEMBAZIRAN







Ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin bersalaman dengan pemimpin masyarakat tempatan sejurus tiba untuk melancarkan program UMNO Juara Rakyat Peringkat Bahagian Beaufort

BEAUFORT: Ahli Majlis Tertinggi Umno Malaysia Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin menolak tomahan parti pembangkang yang beranggapan penganjuran Program Umno Juara Rakyat sebagai satu pembaziran wang rakyat.

Sebaliknya beliau berkata program Umno Juara Rakyat merupakan makanisme terbaik yang dilakukan oleh Umno dan BN bagi merapatkan hubungan antara kerajaan dan pemimpin bersama rakyat di peringkat akar umbi bagi agar mereka secara langsung mengetahui program dan dasar kerajaan secara lebih dekat.

Katanya, program Umno Juara Rakyat bukanlah pentas berpolitik sebaliknya merupakan wadah untuk menemui rakyat dengan pendekatan yang lebih teratur dan berkesan melalui pelbagai pengisian program yang boleh memberikan manafaat kepada rakyat.

“ program-program ini yang disifatkan sebagai satu initiatif yang berterusan sepanjang tahun akan meliputi pelbagai jenis bidang seperti pendidikan, keagamaan, kerohanian, keusahawanan, ekonomi, sosial dan lain-lain lagi” katanya ketika berucap melancarkan Program Umno Juara Rakyat peringkat bahagian Beaufort di dewan masyarakat Pa Musa dekat sini baru baru ini.

Hadir sama Wakil Rakyat Klias Datuk Azizah Mohd.Dun,Wakil Rakyat Kuala Penyu John Teo Mau Sing Ketua-Ketua Kompenan parti Barisan Nasional,Pegawai Daerah Beaufort Wong Fu Ten Timbalan Ketua Umno bahagian Isnin Haji Aliasnih dan Pengerusi Penganjur Haji Samin Haji Ongki

Menurut Lajim yang juga Ketua Umno bahagian Beaufort pada setiap program Umno Juara Rakyat ianya melibatkan beberapa jabatan dan agensi kerajaan yang bersama turun padang mengadakan pemeran yang dapat memberikan peluang secara langsung kepada rakyat untuk mengetuhai secara dekat peranan serta tanggungjawab jabatan dan agensi kerajaan berkaitan khususnya untuk membantu rakyat dalam pelbagai bidang.

“ Umno dan Barisan Nasional telah dan akan terus melakukan sesuatu yang terbaik dan memberi manafaat kepada rakyat dalam ertikata pendekatannya tidaklah bermusim sebagaimana yang dilakukan oleh parti pembangkang hanya menemui rakyat semasa menghadapi pilihanraya sahaja” tegas Lajim

Beliau berkata program Umno Juara Rakyat juga boleh dijadikan Pentunjuk Prestasi Utama (KPI) parti khususnya di bahagian itu bagi membolehkan rakyat menilai prestasi parti dalam memajukan pembangunan dan ekenomi negeri dan rakyat

Lajim menambah program seperti ini juga adalah cara yang Umno dan Barisan Nasional membuktikan dasar dasar pembangunan ekonomi dan keusahawaan yang dibawa memberi kesan positiif kepada seluruh rakyat di Negara ini

“Apa yang kita pamerkan di sini adalah data dan fakta yang menunjukkan perkembangan dalam pembangunan dan ekonomi Negara” katanya

Sempana dengan Pelancaran Umno Juara Rakyat bahagian Beaufort kali ini pelbagai program turut diadakan antaranya penyampaian sumbangan kepada pelajar sekolah yang cemerlang,penyampaian sumbangan untuk golongan kurang upaya.ibu tunggal penyampaian sumbangan untuk Persatuan Ibubapa Guru disamping Pergerakan Puteri Umno Bahagaian beaufort melancarkan kempen penambahan keahlian dan daftar pemilih, pergerakan pemuda melancarkan rakan Cop sementera pergerakan Wanita turut melancarkan Skud Sayang yang kesemuanya dilancarkan oleh Lajim yang juga Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

No comments:

Post a Comment