Monday, February 8, 2010
PBBS LETAKKAN KPI BAGI MENCAPAI MATLAMATNYA
/> MANTAP…Lajim (tengah) bersama Timbalanya Kamarlin Haji Ombi merakamkan gambar kenangan bersama sebahagian dari Ahli Majlis Tertinggi (PBBS) Sesi 2010-2013 sebelum mesyuarat bermula
Kesungguhan Presiden Persatuan Bisaya Bersatu Sabah (PBBS) Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin meletakkan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) dalam saf kepimpinan baru persatuan ini bagi sesi 2010 -2013 sebagai salah satu kaedah bagi mengukur prestasi ahli majlis tertinggi (PBBS) dalam melaksanakan tugas serta tanggungjawab yang diamanahkan ,mencerminkan harapan dan cita-cita agar persatuan tersebut benar-benar dapat menyumbang sesuatu yang bermanafaat kepada ahli-ahlinya khususnya masyarakat Bisaya di negeri ini.
Gelaran “Janang Gayuh” (Pemimpin Utama) bagi masyarakat Bisaya ini berkata, bidang Keberhasilan Utama dan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) diperlukan sebagai asas utama perkhidmatan ahli majlis tertinggi (PBBS) bagi mewujudkan elemen kebertanggungjawaban yang serius di kalangan anggota majlis tertinggi persatuan tersebut
Beliau berkata ,ia juga bagi memastikan ahli dan masyarakat Bisaya mendapat gambaran lebih jelas mengenai hala tuju PBBS pada masa akan datang dalam mengangkat mertabat masyarakat Bisaya dari pelbagai aspek pembangunan samaada pendidikan,ekonomi,sosial dan agama yang perlu diperhebatkan bagi mencapai tahap kecermalangan seiring dengan keperluan pembangunan yang sentiasa berubah.
“Apabila kita dapat melakukan sesuatu yang terbaik untuk PBBS . ahli khususnya masyarakat Bisaya akan menyakini perjuangan kita bukan sahaja untuk hari ini tapi untuk masa depan anak-anak Bisaya yang bakal meneruskan perjuangan kita” katanya dalam mukadimahnya ketika mempengerusikan mesyuarat pertama ahli Majlis Tertinggi persatuan tersebut bagi sesi 2010-2013 di Bilik Mesyuarat Lembaga Urusan Tabung Haji Sembulan baru-baru ini.
Kesungguhan Lajim yang juga Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan ini selari dengan usia PBBS yang kini menjangkau 33 tahun di tubuhkan .yang perlu melakukan transformasi , dari segi pendekatan serta makanisme yang lebih baik dan berkesan bukan sahaja dalam aspek memelihara perpaduan namun dalam aspek pembangunan fizikal dan rohani diberikan perhatian sebagai asas utama meletakkan masyarakat Bisaya ke satu tahap yang bukan sahaja menjadi penyumbang kepada pembangunan negara namun turut menikmatinya bersama.
“ Sesaran KPI ini bukanlah satu penderaan tapi merupakan fokas yang perlu diberikan perhatian oleh pemimpin dan juga ahli persatuan ini agar perjuangan PBBS lebih relevan dengan keperluan semasa,Saya cukup yakin dengan gandingan muka lama dan muka baru dalam saf kepimpinan yang ada jika konsep berkerja berpasukan agenda ini mampu di laksanakan” katanya
Di majlis ini Lajim yang juga Ahli Parlimen Beaufort turut mengumumkan perlantikan jawatan jawatan penting dalam PBBS dimana Haji Asmat Japar, Haji Samin Haji Ongki dan Isnin Haji Aliasnih dilantik bagi mengisi tiga kekosongan untuk jawatan Naib Presiden yang dilantik.
Gandingan muka baru Awg.Anak Haji Sani dan Ali Hassan Sirin diberikan kepercayaan bagi mengisi jawatan Setiausaha Agung dan Penolonng Setiausaha Agung yang diharap menjadi penjana kepada sistem pengurusan pentadbiran yang lebih efektif
Penyandang jawatan Bendahari sebelum ini Osman Bansun dikekalkan untuk menjawat jawatan Bendahari Agung yang dibantu oleh seorang usahawan Jawarin Nasar sebagai Penolong Bendahari Agung.
Muka baru juga turut mengisi jawatan Ketua Penerangan iaitu Yunus Abd. Rajah yang dibantu penyandang lama Penolong Ketua Penerangan Abd,Sanon Haji Sapri.
Sembilan orang dilantik sebagai Ahli Majlis Tertinggi yang terdiri dari Sadih Haji Nasah yang bertindak juga sebagai penasihat Undang-Undang persatuan, Nadin Haji Salleh juga sebagai Pengerusi Tetap.Mohd.Said Othman, Aineh Abd.Rahman, Rahman Ali, Matlan Thaufeck,Abd.Ghaffar Haji Yassin, Sadim Haji Abdul dan Haji Jusih Haji Sarin yang diberikan kepercayaan mengetuai Biro Agama
Dari Barisan saf kepimpinan tersebut di atas, ahli khususnya masyarakat Bisaya meletakkan keyakinan tinggi dengan pengalaman dari pelbagai latar belakang yang berbeza, ahli politik, propesional,penjawat awam dan ahli perniagaan jika diadun sebaik mungkin sudah tentu ianya akan menyediakan satu resapi kejayaan yang diharap-harapkan bagi membantu Presiden mencapai hala tuju PBBS yang sebenarnya
Disamping memelihara institusi Janang Gayuh yang sentiasa berpaggang teguh kepada nilai permaufakatan ,memelihara budaya, adat resam dan Islam sebagai agamanya ,kita berharap melalui beberapa biro yang telah pun dibentuk ianya dapat digerakkan sepenuhnya sebagai sasaran utama pencapaian KPI sebagaimana yang diharapkan oleh Presiden PBBS ini
Sebagai contoh Biro Keahlian sudah tentu akan melakukan sesuatau perubahan bukan sahaja mengaktifkan cawangan-cawangan PBBS malah menambah bilangannya dan turut mengambil kira pengwujudan sistem data keahlian agar ianya lebih sistemetik jauh bebeza dengan amalan sebelum ini.
Dalam bidang pendidikan sebahagian dari barisan ahli majlis tertinggi yang berjawatan sebagai pendidik dan juga bekas pendidik sudah tentu akan memikirkan makanisme terbaik bagi mempestikan mutu serta pencapaian akademik anak-anak Bisaya sentiasa di pertingkatkan. Begitu juga dalam bidang ekonomi,budaya, belia ,penerangan dan biro biro yang lain akan membuat perancangan dan perlaksanaan bagaimana ekonomi masyarakat Bisaya boleh dipertingkatkan, budaya dan bahasa dapat dipertahankan manakala golongan belia Bisaya dapat dibentuk jatidirinya untuk diperkasakan bagi menghadapi cabaran global .
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment