Sunday, July 25, 2010

Bomba Pulau Pinang selamatkan RM22 juta harta benda



BUTTERWORTH: Bomba negeri ini berjaya menyelamatkan harta benda bernilai hampir RM22 juta dalam kejadian kebakaran dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini.

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Lajim Ukin berkata, ia adalah satu kejayaan besar berbanding jumlah kerugian yang dicatat sepanjang tempoh tersebut sebanyak RM400,000.

Sehubungan itu, beliau melahirkan rasa bangga dengan kejayaan yang dicapai itu dan berharap kecemerlangan tersebut diteruskan.

Menurutnya, dengan tambahan sebuah lagi balai bomba baru di Balik Pulau, beliau mengharapkan operasi menyelamat dapat dijalankan dengan lebih berkesan.

"Balai bomba dan penyelamat di Balik Pulau telah diserahkan kepada bomba negeri pada 19 Julai lalu dan kini sedang dalam proses membawa masuk kelengkapan.

"Namun begitu, balai bomba lama masih boleh digunakan sekiranya berlaku kecemasan di kawasan tersebut,'' katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke ibu pejabat Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri di sini semalam.

Pada masa ini, Pulau Pinang memiliki 17 balai bomba termasuk sebuah unit udara di Kepala Batas dengan kekuatan 731 pegawai dan anggota.

Lajim memuji pasukan bomba sukarela di negeri ini yang disifatkan begitu aktif membantu bomba sekiranya berlaku sebarang kecemasan.

"Difahamkan terdapat 21 pasukan bomba sukarela di seluruh negeri dan mereka dibekalkan dengan pakaian kalis api serta jentera pemadam yang lengkap.

"Pihak bomba sentiasa membantu mereka dari segi kelengkapan serta latihan bagi memantapkan lagi operasi," ujarnya.

Pada majlis itu juga, Lajim turut menyampaikan sumbangan kepada Zaharah Abu Bakar iaitu balu Pegawai Bomba, Rosdi Sulaiman yang meninggal dunia baru-baru ini.

Saturday, July 24, 2010

Pelbagai Pertandingan Kebudayaan Warnai Sambutan Adau Janang Gayuh Ke 7


Haji Roslan Muharam Naib Presiden merangkap Pengerusi Biro Kebudayaan (PBBS)

BEAUFORT: Pelbagai acara pertandingan kebudayaan akan diadakan sempana sambutan Adau
Janang Gayuh yang ke 7 tahun ini bertempat di Dewan Muhibah dan Padang Sekolah Kebangsaan kampung Lupak bermula dari 30 hingga 31 Julai ini.

Naib Presiden Persatuan Bisaya Bersatu (PBBS) Sabah Haji Roslan Muharam berkata, antara pertandingan yang akan diadakan pada malam 30 Julai bertempat di dewan Muhibah Kampung Lupak termasuklah pertandingan nyanyian dalam bahasa Bisaya, pertandingan nyanyian Bintang Adau Janang Gayuh dan juga pertandingan ratu fesyen kanak-kanak ratu fesyen Dang Insum.

“ Ini merupakan sebahagian dari pertandingan kebudayaan yang akan diadakan pada sebelah malam yang akan memeriahkan lagi sambutan Adau Janang Gayuh tahun ini” katanya ketika ditemui di sini pagi kemarin.

Menurut Haji Roslan yang juga Pengerusi Biro Kebudayaan (PBBS) pada 31 Julai iaitu kemuncak pada sambutan Adau Janang Gayuh tahun ini pelbagai pertandingan kebudayaan juga turut diadakan antaranya pertandingan pukulan kulintangan irama moden terbuka untuk lelaki sahaja sementara pertandingan pukulan kulintangan Irama Asli terbuka untuk wanita dan lelaki.

Roslan menambah selain pertandingan tersebut di atas turut juga diadakan pertandingan kompang dan yang lebih menariknya ialah pertandingan lumba kerbau dimana kesemua acara ini akan diadakan di padang sekolah kebangsaaan Lupak.

Sehubungan dengan itu Roslan berharap orang ramai khususnya masyarakat Bisaya di negeri ini, akan datang beramai-ramai untuk memariahkan sambutan Adau Janang tahun ini dimana majlis perasmiannya akan disempurnakan oleh Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Jospeh Pairin Kitingan dan turut dihadiri oleh Presiden (PBBS) Janang Gayuh Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin dan Datin Seri Panglima Hajah Normilah Siong.

Dalam perkembangan yang sama juga Haji Roslan berkata bagi mana-mana kumpulan atau individu yang ingin menyertai pertandingan kebudayaan yang dianjurkan sempana sambutan Adau Janang Gayuh tahun ini mereka boleh menghubungi ibu pejabat (PBBS( di Beaufort bagi mendapatkan keterangan lanjut pertandingan atau menghubungi Setiausaha Agung (PBBS) Awang Anak Haji Sani di talian 019-5324646 atau beliau sendiri di talian 013-8656022

Tuesday, July 20, 2010

Jangan Berkira dalam soal pendidikan anak






JANA KEMAJUAN PENDIDIKAN….Mohd.Ishak bersama Naib Ketua Pemuda Mohd.Azman ketika menyerahkan beg dan peralatan sekolah kepada salah seorang pelajar sempana majlis tersebut


BEAUFORT :Ibu bapa diingatkan agar tidak terlau berkira sangat dalam soal perbelanjaan untuk pendidikan anak-anak jika mahu masa depan mereka terjamin.
Ketua Pergerakan Pemuda Umno bahagian Beaufort Mohd.Ishak Haji Ibrahim berkata, walaupun kesan pelaburan dalam pendidikan mengambil masa yang panjang tetapi ia mampu memberikan pulangan dan kepuasan yang tidak boleh dinilai dengan wang ringgit disamping mampu merubah masa depan anak-anak keluarga dan masyarakat keseluruhan
''Jika bayaran ansuran kereta dan kelengkapan rumah kita mampu membayarnya setiap bulan, kenapa kita berkira sangat dan kedekut untuk melabur dalam pendidikan anak-anak.
''Kita jangan hanya memikirkan kepentingan sendiri sebaliknya perlu memikirkan masa depan anak-anak kerana hanya ilmu serta kemahiran akan menjamin dan mengubah masa depan mereka," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis penyampaian bantuan peralatan sekolah kepada pelajar sekolah agama kampung Laba dekat sini petang kemarin
Hadir sama Naib Ketua Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Beaufort Mohd.Azman Datuk Seri Panglima Haji Lajim,Pengerusi PIBG SAN Laba Anak bin Ghani dan Guru Besar SAN Laba. Aminah hj Suntrak. Murid
Dimajlis tersebut seramai 37 orang pelajar di sekolah tersebut menerima bantuan berupa beg,peralatan sekolah dan juga buku buku rujukan yang disumbangkan oleh pergerakan Pemuda Umno bahagian Beaufort
Menurut Mohd Ishak yang juga Ketua Pergerakan Pemuda Barisan Nasional Beaufort , kerajaan telah memperuntukkan sejumlah besar peruntukan di negeri ini meliputi biasiswa kepada pelajar sekolah rendah, menengah ,buku buku teks, pakaian dan tidak terkecuali bantuan kewangan berupa Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin bagi membantu pelajar pelajar yang kurang berkemampuan
“Seharusnya bantuan dan kemudahan kondusif yang disediakan oleh kerajaan ini dimanafaatkan sepenuhnya oleh ibu bapa dan pelajar untuk mereka mencapai keputusan yang cemerlang dalam bidang akademik mereka” katanya
Dalam perkembangan yang sama Mohd.Ishak juga berkata tanggungjawab untuk memperkasakan mutu pendidikan di negeri ini bukan semata-mata menjadi tanggungjawab kerajaan, sekolah dan guru guru sahaja sebaliknya semua pihak ibubapa, sektor korprat,swasta dan badan badan NGO perlu memberikan sokongan dan kerjasama untuk menjayakan agenda menjana kemajuan pendidikan antara prasyarat untuk melahirkan model insan cemerlang yang memberikan impak yang besar terhadap pembangunan dan kemajuan Negara pada masa akan datang.
Sehububungan dengan itu katanya, Pergerakan Pemuda Umno bahagian Beaufort terpanggil untuk melaksanakan program tersebut sebagai satu tanggungjawab sosial untuk membantu membangunkan mutu pendidikan khususnya di kawasan tersebut agar berdaya maju dan sentiasa cemerlang.jaw

Wednesday, July 14, 2010

Semua PBT di negeri ini Disaran Wujudkan Penarafan bintang (Star Raiting ) ukur prestasi pengurusan





ALBUM KENANGAN…Lajim (tengah) turut merakamkan gambar kenangan bersama pegawai dan Ahli Majlis Daerah Ranau selepas perjumpaan tersebut


RANAU: Semua Pihak Berkuasa Tempatan di negeri ini disarankan agar mengwujudkan Penarafan Bintang (Star Raiting ) masing masing bagi menentukan tahap amalam sistem pengurusan dan penyampaian setiap PBT dilaksanakan dengan lebih baik dan berkesan
Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin berkata sistem itu akan menjadi petunjuk pencapaian sesebuah agensi serta mewujudkan persaingan yang sihat antara agensi dalam usaha meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan sedia ada.
``Sistem ini pernah dilaksanakan pada tahun 1980-an yang mana prestasi agensi-agensi kerajaan digredkan mengikut tahap pencapaian masing-masing” jelas Beliau
Beliau berkata demikian ketika berucap dimajlis perjumpaan bersama pegawai dan anggota Majlis Daerah Ranau di Bilik Mesyuarat Majlis Daerah Ranau petang kemarin
Hadir sama Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Ghulam Haidar Khan,Yang Dipertua (MUIS) Datuk Syed Abbas Syed Ali Setiausaha Politik Kementerian Kebudayaan ,Pelancongan dan Alam Sekitar Datuk Amisah Yassin dan, ,Pegawai Daerah Ranau Haji Faimin Kamin
Beliau menegaskan, budaya kerja berasaskan prestasi dan pengurusan terbaik perlu sentiasa diterapkan dalam perkhidmatan awam untuk meningkatkan kecemerlangan penyampaian perkhidmatan kepada pelanggan dan pihak-pihak yang mempunyai kepentingan
“ Mahu tidak mahu setiap PBT di negeri ini perlu mengwujudkan Penarafan Bintang pada setiap PBT Masing-masing dimana `kriteria star rating ini akan mengambil kira pelbagai aspek sistem pengurusan terbaik yang boleh memberi jaminan kualiti terhadap perkhidmatan yang diberikan” katanya.
Tambah Lajim kementerian beliau sedia untuk membantu mana-mana PBT di negeri ini yang ingin mengwujudkan sistem Penarafan Bintang dimana setakat ini hanya 6 PBT di negeri ini telah melaksanakan sistem tersebut
Dalam perkembangan lain Lajim yang juga Ahli Parlimen Beaufort berkata, kementerian beliau telah meluluskan beberapa peruntukaan kepada Majlis Daerah Ranau antaranya ialah peruntukan untuk melaksanakan projek menaik taraf landskap di daerah itu dimana tahun ini kementerian beliau telah meluluskan sebanyak RM500,000.00 untuk tujuan tersebut..
“ Saya berharap melalui peruntukan ini kerja-kerja menaik taraf landskap di daerah ini dapat dilaksanakan sesuai dengan lokasinya yang menjadi tumpuan pelancongan untuk melawat ke daerah ini” katanya.

Tuesday, July 13, 2010

MENINJAU TAPAK SAMBUTAN ADAU JANANG GAYUH KE 7






BINCANG...Lajim ketika mengadakan perbincangan dengan Kamarlin,Jawarin dan Abd.Sanun semasa melawat tapak dimana berlangsung sambutan Adau Janang Gayuh tahun ini


PERSEDIAAN... Sambutan Adau Janang Gayuh (Hari Kebesaran sukukaum Bisaya) kali yang ke 7 tahun ini akan diadakan pada 31 Julai depan dimana Padang Sk Lupak dan Dewan Muhbiah Kampung Lupak dipilih sebagai Tapak dan juga tuan rumah bagi sambutan kali ini. Berbagai acara akan diadakan sempana sambutan kali ini antaranya ialah acara kebudayaan, pertandingan ratu fesyen Kanak-Kanak Dang Ensum,pemeran kraftangan ,makanan ,pemberian anugreh Adau Janang Gayuh dan sebagainya. Presiden Persatuan Bisaya Bersatu Sabah Janang Gayuh Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin berkata, sambutan ini selain merupakan sambutan kebesaran bagi masyarakat Bisaya di negeri ini ianya juga akan menjadi flatfrom bagi masyarakat tersebut mengekalkan memontum perpaduan selaras dengan Gagasan 1 Malaysia disamping menunjulkan prodak prodak pelancungan,budaya dan adat resam masyarakat Bisaya kepada masyarakat umum dimana dijangka perayaan ini akan dimasukkan dalam kelinder pelancungan Sabah bermula tahun depan. Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Jospeh Pairin Kitingan dijangka akan merasmikan sambutan tahun ini. Serentak dengan persediaan sambutan itu baru-baru ini selepas mengadakan mesyuarat jawatankuasa pelaksana yang dipengerusikan oleh Lajim yang juga Timbalan Menteri Perumahan dan kerajaan Tempatan di dewan muhibah Kampung Lupak,beliau yang diiringi oleh Timbalan Presiden (PBBS) yang juga Pengerusi Penganjur Sambutan Kamarlin Haji Ombi,Penolong bendahari Jawarin Nasar dan Penolong Ketua Penerangan Abd.Sanon telah melakukan lawatan ke tapak perhimpunan sambutan itu di padang SK lupak dimana semuanya acara sambutan dan perasmian akan diadakan di sini.

NEGARA PERLUKAN KAUM BELIA YANG KREATIF BERINOVASI DAN BERDAYA SAING






TAHNIAH…Lajim diringi oleh Kimjus dan Asmawi ketika menyampaikan hadiah kepada salah seorang pemenang dalam aktiviti sukan yang diadakan sempana program tersebut

BEAUFORT : Belia berinovasi, kreatif, berdaya saing dan bertenaga menjadi tuntutan masa kini terhadap kualiti diri yang mesti dimiliki oleh setiap mereka. jika tidak, mereka pasti ketinggalan dalam mengharungi arus kemajuan.perdana Negara.

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Panglima Haji Lajim haji Ukin berkata, kaum belia perlu memiliki sifat-sifat bukan sahaja untuk kemajuan diri sendiri namun menjadi agen bagi mengerakkan kemajuan Negara pada masa akan datang

“Potensi belia perlu digilap menerusi pendidikan, latihan dan kemahiran dimana kaum beliau perlu menggunakan peluang dam ruang yang disediakan oleh kerajaan” katanya ketika berucap merasmikan penutupan program Sukaneka anjuran Belia Kampung Menanjung bersama Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Menanjung di Balai Raya Kampung tersebut baru baru ini.

Hadir sama Naib Ketua Umno Bahagian Beaufort Datuk Kimjus Duim,Pengerui JKKK Kampung Menanjung Norsaindah Kastamuni, dan Pengerusi Belia Kampung Menanjung Asmawi Sidi

Dalam perkembangan lain Lajim yang juga Ahli Parlimen Beaufort meminta kaum belia khususnya di kampong tersebut agar tidak terlalu memilih bidang pekerjaaan.

Menurut beliau, jika belia tidak dapat mencari pekerjaan untuk ‘makan gaji’, itu bukan penamat buat hidupnya kerana banyak peluang dalam pelbagai sektor boleh diteroka seperti pertanian, penternakan, industri, kemahiran bengkel dan lain-lain

“Begitu juga, jika beliau mahu menggilap kemahiran dalam bidang teknikal atau vokasional, kerajaan melalaui jabatan dan agensi berkaitan termasuk sektor swasta berkaitan turut menyediakan latihan yang boleh dimanafaatkan oleh kaum belia “ujurnya.

Mengulas program tersebut Ketua Umno bahagian Beaufort ini juga mengalu-alukan penganjuran program tersebut dan menurut beliau sebagai pemimpin di kawasan tersebut beliau akan memberikan sokongan padu terhadap apa juga akviti yang dianjurkan oleh kaum belia di kawasan tersebut.

Serentak dengan itu beliau juga turut mengumukkan kelulusan sebanyak RM200,000.00 bagi membina sebuah dewan di kampong Menanjung yang bakal dibangunkan selewatlewatnya tahun depan dimana pembinaan dewan ini akan memberikan manafaat kepada masyarakat belia dan penduduk kampong untuk mengadakan aktiviti riadah dan sukan

Monday, July 12, 2010

PESTA RUMBIA PERLU DIBUAT SECARA BESAR BESARAN







Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin diiringi oleh Wakil Rakyat Kuala Penyu John Teo Mau Sing dan Pegawai Daerah Kuala Penyu selaku Pengerusi Penganjur Pesta Rumbia Edmond Teo menyentuh bebola sebagai simbol perasmian Pesta Rumbia ke 21

BEAUFORT : Kerajaan negeri Sabah bercadang menganjurkan Pesta Rumbia secara besar-besaran bermula tahun depan bagi memperkenalkan pesta tersebut ke peringkat nasional dan antarabangsa.
Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Lajim Ukin berkata, pada masa ini pihaknya sedang melakukan kajian terperinci bagi memeriahkan lagi acara tahunan itu.
"Selain mempelbagaikan aktiviti kita juga akan menggiatkan usaha promosi termasuk melalui Lembaga Pelancongan Sabah.
"Pesta Rumbia secara besar-besaran ini merupakan sebahagian usaha untuk memajukan perniagaan penduduk setempat sekali gus meningkatkan pendapatan penduduk Kuala Penyu," katanya.
Beliau berkata demikian pada majlis perasmian Pesta Rumbia kali ke-21 di Kuala Penyu di sini semalam.
Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Penyu, John Teo Mau Sing; Pegawai Daerah Kuala Penyu, Edmund Teo dan Pengerusi Kebudayaan Negeri Sabah, Datuk Wences Anggang.
Lebih 3,000 pengunjung hadir mengunjungi pesta yang diadakan selama dua hari bermula Sabtu lalu.
Pesta Rumbia ialah acara memperkenalkan pembuatan makanan, promosi kraf tangan dan permainan di Kuala Penyu, antara kawasan pengeluaran utama rumbia di Sabah.
Lajim yang juga Ahli Parlimen Beaufort berkata, penganjuran pesta tersebut secara besar-besaran adalah penting dalam usaha meningkatkan taraf sosioekonomi penduduk di daerah itu.
Katanya, ia juga perlu bagi memperkenalkan daerah itu sebagai sebuah destinasi pelancongan menarik yang terdapat di negeri ini.
"Penduduk juga berpeluang mempromosikan hasil produk tempatan menerusi pesta itu khususnya produk berasaskan rumbia yang merupakan hasil pertanian sinonim dengan daerah ini.
"Jadi saya menyeru semua penduduk daerah ini mengambil kesempatan daripada acara pelancongan seperti pesta ini untuk meningkatkan taraf hidup masing-masing," katanya.
Sementara itu, katanya, pada masa ini pihaknya turut meneliti acara sukan bertaraf antarabangsa yang boleh dianjurkan di daerah tersebut pada masa akan datang.
"Saya melihat acara sukan laut amat sesuai diadakan di Kuala Penyu di sini yang terletak di persisiran laut yang amat cantik dan menarik," ujarnya.

Pemimpin dan ahli Umno perlu bersatu,







Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin diiringi oleh Ketua Umno bahagian Keningau Datuk Haji Sairin Karno bersalaman dengan ahli jawatankuasa Umno bahagian Keningau sejurus tiba untuk merasmikan persidangan tersebut

KENINGAU: Pemimpin dan ahli Umno di peringkat bahagian perlu bersatu dan elakkan percakaran sesama sendiri bagi meneruskan perjuangan parti itu sebagai tunjang Kerajaan Barisan Nasional (BN).
Ahli Majlis Tertinggi Umno Malaysia, Datuk Lajim Haji Ukin, berkata percakaran sesama sendiri dalam parti boleh menghancur dan melemahkan perjuangan Umno dan BN.
Justeru itu katanya, elakkan percakaran yang boleh memecahbelahkan pemimpin-pemimpin dan ahli-ahli Umno keseluruhannya.
Lajim yang juga Timbalan Menteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan Malaysia berkata, rentetan sejarah politik Sabah di masa yang lalu telah membuktikan kerajaan-kerajaan yang terdahulu seperti Usno, Berjaya kehilangan kuasa disebabkan perpecahan pemimpin dan ahli-ahlinya.
“Tidak mustahil bagi BN yang ditunjangi oleh Umno akan menerima nasib yang sama jika pemimpin-pemimpin dan ahli-ahli tidak bersatu padu meneruskan perjuangan Umno,” kata semasa berucap merasmikan Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Keningau di Dewan Masyarakat di sini, kelmarin.
Beliau turut menyatakan kekalahan BN di beberapa buah negeri di Semenanjung juga ada kaitannya dengan percakaran dan perpecahan di kalangan ahli-ahli Umno dan BN itu sendiri.
Sebenarnya kata Lajim, Pakatan Rakyat (PR) yang menang di negeri-negeri berkenaan bukanlah kuat tetapi disebabkan berlakunya perpecahan dan sabotaj maka pembangkang mendapat kemenangan.
Ahli Majlis Tertinggi Umno itu berkata, masa ini adalah masa untuk bersatu dan untuk menarik perhatian ahli-ahli Umno agar benar-benar yakin dengan perjuangan Umno dan BN yang mereka harap-harapkan untuk membela nasib mereka yang masih memerlukan pembelaan.
Katanya, Program Juara Rakyat yang dilaung-laungkan pada ketika ini tidak akan bermakna jika pemimpin-pemimpin tidak dapat menyelami dan mendengar denyutan hati rakyat terutama di kawasan Pedalaman yang masih memerlukan pembangunan dalam pelbagai aspek.
Beliau berkata, pemimpin-pemimpin di peringkat bahagian perlu menyahut saranan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak, yang ingin supaya pemimpin-pemimpin turun padang dan berani berubah.
Katanya, pemimpin perlu berubah dan mengubah nasib rakyat sebelum rakyat atau ahli mengubah pemimpin dan kerajaan.
Lajim menegaskan bahawa sejarah politik di Sabah telah terbukti di mana kerajaan-kerajaan lalu jatuh apabila dihukum oleh rakyat yang tidak berpuas hati dengan pencapaian pemimpin.
Tambahnya, jika BN kehilangan kuasa, ramai pemimpin-pemimpin politik yang memegang jawatan lantikan politik seperti Ketua Daerah, Ketua Anak Negeri dan sebagainya turut kehilangan jawatan.
Oleh itu katanya, sebelum rakyat menghukum pemimpin dan kerajaan, pemimpin perlu bertindak menyelasaikan masalah yang dihadapi oleh rakyat di kawasan-kawasan terpencil.
Dalam masa yang sama Lajim mengingatkan ahli-ahli Umno supaya menggunakan saluran yang betul jika menegur ketua mereka.
“Jangan gunakan media dan kemudahan elektronik yang lain seperti internet dan facebook untuk menegur mahupun mengkritik pemimpin kerana tindakan sedemikian memberi ruang kepada pembangkang untuk memperbesar-besarkan isu berkenaan” jelas Lajim.
Katanya, gunakan mesyuarat untuk menegur jika terdapat kesilapan pemimpin supaya ia dapat diselesaikan secara keluarga.
Berucap sama di majlis itu, Ketua Umno Bahagian Keningau yang juga Pembantu Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Ahli Dewan Undangan Ngeeri (Adun) Liawan, Datuk Haji Sairin Haji Karno dan Timbalan Ketua Umno Bahagian Keningau, Haji Jasni Rahman.
Hadir sama Adun Bingkor, Justin Guka; Ketua Wanita Umno Keningau, Amelia Ajun; Ketua Pemuda Umno Keningau yang juga Ketua Pemudan Umno Sabah, Azman Haji Ruslan dan Ketua Puteri Umno Keningau, Junaidah Haji Sapli; Ketua Daerah Keningau, OKK Amir Datuk Arif dan OKK Majabin Dalinus serta pemimpin-pemimpin masyarakat di kawasan ini.

Saturday, July 10, 2010

IBU TUNGGAL TERKEJUT DENGAN KUNJUNGAN SEORANG TIMBALAN MENTERI







BANTU…..Lajim bersama Kimjus,Sebastian, Lokman dan Sanawi menukul paku sebagai simbol permulaan pembinaan rumah Iting semasa kunjungan tersebut


KUALA PENYU: “Sudah Jatuh Ditimpa Tangga: begitulah nasip yang diterima oleh seorang
Ibu tunggal Iting Kasai 60 di Kampung Batu 4 Bundu Kuala Penyu setelah kehilangan tempat tinggal kerana rumah kediamannya musnah dalam kebakaran beberapa tahun yang lalu suaminya pula meninggal dunia 3 tahun yang lepas.

Keperitan hidup terpaksa beliau tanggung bersama 7 orang anak setelah kehilangan tempat tinggal terpaksa tinggal dibalai raya yang berdekatan bagimanapun berkat usaha dan sokongan pemimpin Barisan Nasional tempatan dan sokongan Ahli Parlimen Beaufort Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin sebuah rumah tempat tinggal sementara dapat dibina untuk kediaman sementara keluarga ini.

“Barat mata memandang barat lagi bahu memikul begitulah hari hari yang dilalui oleh ibu tunggal ini namun beban serta kepayahannya meneruskan kehidupan bersama keluarga menemukan sinar apabila pada pagi jumaat lepas beliau tidak menduga akan dikunjungi oleh Lajim yang juga Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan tempatan bersama rombongan yang terdiri dari Ketua Bahagian PBS Kuala Penyu Sebastian Dirih Anjim ,Naib Ketua Umno bahagian Datuk Kimjus Duim, Naib Ketua Bahagian UPKO Bahagian Kuala Penyu Lokman Sunggim dan Pegawai Pembangunan Masyarakat Kuala Penyu Sanawi haji Sapar yang menghabiskan masa hampir sejam berkunjung ke rumah beliau di Kampung Batu 3 Bundu dekat sini.

Disamping meninjau keadaan keluarga ini Lajim juga turut menyampaikan bantuan peribadi kepada keluraga ini dan turut memaklumkan beliau adalah antara penerima yang akan diberikan keutamaan untuk menerima bantuan rumah di bawah program PPRT yang akan dilaksanakan dalam tempoh terdekat ini


“ Lawatan ini selain dari pengisian program Local Agenda 21, kita juga mempestikan keluarga ini dapat dibela melalui bantuan yang boleh kita salurkan terutamanya dalam menyediakan kemudahan tempat tinggal yang lebih baik dan selesa kepada keluarga ini” jelas Lajim semasa ditemui selepas lawatan ini.

Menurut Lajim keperluan bagi mempestikan rakyat untuk terus diberikan pembelaan adalah seiring dengan slogan kerajaan “ Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan” dimana konsep ini adalah teras perjuangan kerajaan BN yang sentiasa mendahulukan kepentingan rakyat agar mereka yang kurang berkemampuan tidak akan tercicir dari arus pembangunan perdana negara.

Malah katanya, agenda membasmi kemiskinan khususnya di kawasan Parlimen Beaufort sentiasa diletakkan dihadapan agar tidak ada rakyat yang ketinggalan atau tercicir untuk merasai makna kemajuan yang sebenarnya.

“ Saya berharap semua pemimpin masyarakat di peringkat akar umbi sentiasa peka dan proaktif terhadap persekitaran agar tidak ada rakyat yang terlepas pandang dari mendapat pembelaan dari kerajaan” katanya.

Katanya dengan adanya tindakan proaktif dan maklumat yang tepat dari pemimpin masyarakat tempatan berhubung dengan keperluan pembangunan di sesebuah kampung membolehkan pemimpin dan kerajaan mengambil langkah yang proaktif untuk mengatasi segala masalah dan kesulitan yang dihadapi oleh rakyat yang memerlukan pembelaan.

Sementara itu Iting semasa di temui turut melahirkan penghargaan dan terima kasih beliau khususnya kepada Lajim yang disifatkan sebagai pemimpin akar umbi yang berjiwa rakyat, beliau juga melahirkan ucapan terima kasih kepada pemimpin kompenan BN di daerah itu yang sentiasa peka dan prihatin terhadap masalah yang dihadapinya bersama keluarga.

Friday, July 9, 2010

KEMPEN TANPA BEG PLASTIK DIPERLUAS KE SELURUH PBT






LANCAR….Lajim diiringi oleh John,Edmond dan Sebastian menarik tali kain pembidai sebagai simbol perasmian program tersebut

KUALA PENYU: Kerajaan akan memperluaskan Kempen Tanpa Beg Plastik ke seluruh Kawasan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Negara ini bagi membendung masalah pencemaran yang semakin berleluasa.

Timbalan Menteri Perumahan dan kerajaan Tempatan Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin berkata, kempen ini bertujuan untuk menyedarkan masyarakat tentang kepentingan menjaga alam sekitar dari terus dicemari .

“ Bahan campuran kimia yang yang terdapat pada beg palstik boleh menjejaskan kesimbangan ekosistem dan memberi kesan buruk kepada bumi iaitu pemanasan global kerana itu orang ramai perlu diberikan kesedaran untuk sama-sama menjaga kebersihan alam sekitar” katanya ketika ditemui selepas merasmikan program Local Agenda 21 Majlis Daerah Kuala Penyu pagi kemarin.

Hadir sama Wakil Rakyat Kuala Penyu John Teo Mau Sing,Pegawai Daerah Kuala Penyu Edmond Teo,Pengerusi Penganjur Program Sebastian Dirih Anjim Naib Ketua Umno Bahagian Beaufort Datuk Kimjus Duim dan Pegawai Ekesuktif Majlis Daerah Kuala Penyu Haji Mohd. Fazlee Abdullah.

Menurut Lajim sisa pepejal yang dihasilkan penduduk Malaysia akan meningkat dari tahun ke tahun dengan jangkaan mencecah 30,000 tan sehari menjelang tahun 2010

Sehubungan dengan itu katanya, kerajaan komited melaksanakan program 3R iaitu mengurang,mengguna semula dan mengitar semula yang akan menjadi strategi utama bagi menangani jumlah sisa pepejal yang semakin bertambah di negara ini

"Kementerian akan terus komited untuk meneruskan program ini dengan menyediakan peruntukan tahunan bagi perolehan tong-tong kitar semula, mengadakan kempen-kempen kesedaran seperti kempen tanpa Beg Plastik dan pembinaan pusat-pusat kitar semula di kawasan Pihak Berkuasa Tempatan yang terlibat," katanya

Tambah beliau lagi bagi menyediakan kemudahan dan promosi program 3R ini kerajaan telah membelanjakan RM2.4 juta tahun 2006, RM3.3. Juta (2007) dan RM 1,5 juta pada tahun 2008

Terdahulu ketika berucap di majlis tersebut Lajim yang juga Ahli Parlimen Beaufort berkata program Local Agenda 21 bertujuan mewujudkan masyarakat bandaran yang sihat, harmoni, aktif dan berada dalam persekitaran yang sejahtera.

Katanya, program itu disasarkan kepada orang ramai agar dapat bersama-sama memacu pembangunan bersama PBT bagi melahirkan masyarakat yang kondusif dan sejahtera, dengan melibatkan , masyarakat tempatan untuk mengenalpasti dan mengkaji isu-isu pembangunan mampan, dan membentuk pelan tindakan untuk menangani isu-isu yang berkaitan

“Pendekatan asas program ini ialah pendekatan "bottom-up", atau dari akar umbi ke atas iaitu penduduk-penduduk tempatan sendiri akan terlibat dalam menentukan pelan tindakan bagi kawasan masing-masing” katanya

Sempana program Local Agenda 21 tersebut turut di lancarkan kempen “ Jom Ganyang Aedeas” yang dianjurkan oleh Jabatan Kesihatan Daerah Kuala Penyu

Thursday, July 8, 2010

PERAYAAN ADAU JANANG GAYUH BAKAL DISENARAIKAN DALAM KELINDER PELANCUNGAN SABAH






CAPAI SEPAKAT…Lajim bersama Timbalannya Kamarlin Naib Presiden Haji Roslan,Isnin dan Setiausaha Agung (PBBS) Awang Anak semas mesyuarat tersebut


BEAUFORT: Sambutan” Adau Janang Gayuh” hari kebesaran bagi suku kaum bisaya bakal dimasukkan dalam kelinder pelancungan negeri bermula tahun depan.

Bagaimanapun menurut Presiden Persatuan Bisaya Bersatu Sabah (PBBS) Janang Gayuh Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin sebelum ianya dapat dimasukkan dalam kelinder pelancungan tahunan sambutan Adau Janang Gayuh ianya perlu diperincikan bentuk pengisian program sepanjang sambutan berlangsung bagi memastikannya ianya mempunyai daya tarikan dan identiti bagi menarik lebih ramai kehadiran orang ramai terutamanya pelancong untuk menghadiri sambutan ini disamping inya boleh menyumbang kepada perkembangan sektor pelancungan di negeri ini.

“ Bermula sambutan kali ke 7 Adau Janang Gayuh tahun ini, kita telah meneliti dan memutuskan beberapa program yang diyakini boleh menjadi daya tarikan bagi orang ramai khususnya pelancong asing untuk hadir memariahkan sambutan pada kali ini” katanya ketika ditemui selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa pelaksana sambutan Adau janang Gayuh ke 7 di Bilik mesyuarat Majlis Daerah Beaufort baru baru ini.

Hadir sama Timbalan Presiden (PBBS) Kamarlin Haji Ombi, Naib-Naib Presiden (PBBS) Haji Roslan Muharam,Idris Ali ,Haji Asmat Japar Isnin Haji Aliasnih,Samin Haji Ongki dan Setiausaha Agung (PBBS) Awang Anak Haji Sani.

Mesyuarat tersebut juga telah mengambil ketatapan sambutan Adau Janang Gayuh akan diadakan pada setiap 1 Julai setiap tahun bermula tahun ini dan bagi sambutan kali ke 7 tahun ini kemuncak sambutan akan diadakan pada 31 Julai bertempat di Padang Sk Kampung Lupak Beaufort.

Menurut Lajim yang juga Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan pelbagai aktiviti akan diadakan sempana sambutan tahun ini antaranya majlis tahlil,persembahan kebudayaan,pesta makanan tradisional,sukan tradisional antaranya lumba kerbau, pertandingan ratu Dang Insum dan yang terbaru ialah aktivti berkayak (rafting) di sungai Padas.

“ Melalui program yang kita atur dan laksanakan pada sambutan Adau Janang gayuh tahun ini, kita berharap sambutannya akan bertambah meriah dari sambutan sebelumnya, dimana pelbagai aktiviti tambahan yang kita masukkan turut melibatkan penyertaan semua pihak termasuklah pengunjung dan pelancong asing yang hadir menyaksikan sambutan tahun ini” katanya.

Tambah Lajim lagi setiap program yang dilaksanakan bukan sahaja melibatkan penyertaan masyarakat Bisaya sendiri, malah pengunjung luar akan dilibatkan bersama bagi memberikan ruang dan kesempatan untuk mereka merasai keseronokan disamping menyelami adat dan budaya masyarakat Bisaya itu sendiri.

“ Ini sudah tentu akan mengwujudkan suasana yang harmoni dan penuh kemesraan bagi memperkukuhkan hubungan silatulrahim sesuai dengan gagasan 1 Malaysia “ tambah Lajim

PUSAT KHIDAMAT PERLIMEN BEAUFORT BANTU MANGSA ANGIN RIBUT




TURUN PADANG…Pegawai khas Ahli Parlimen Beaufort Jawarin Nasar yang diiringi oleh Yang Dipertua (PBTM) Bahagian Sabah Abd.Sanon Haji Sapri ketika meninjau ke tempat kejadian di Taman Wawasan Beaufort

BEAUFORT: Pusat Khidmat Parlimen Beaufort akan berusaha membantu mangsa-mangsa angin ribut yang sebahagian besarnya telah memusnahkan atap bumbung rumah mereka yang terlibat dalam kejadian anging kencang pada petang rabu lepas

Pegawai khas kepada Ahli Parlimen Beaufort Jawarin Nasar yang mewakili Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang juga Ahli Parlimen Beaufort Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin ketika ditemui semasa meninjau kawasan kejadian di Taman Wawasan dekat sini ,berkata, beliau telahpun memaklumkan perkara ini kepada Lajim yang kini berada di Kuala Lumpur bagi menghadiri persidangan Parlimen.

“ Kita akan senaraikan dan kenal pesti mangsa yang terlibat , dan bantuan sewajarnya dari Pusat Khidmat Parlimen Beaufort akan kita usahakan disamping kita juga akan memaklumkan kepada Jabatan Perkhidmatan Kebajikan agar bantuan juga dapat disalurkan kepada mereka” katanya ketika ditemui di sini pada petang rabu lepas.

Dalam kejadian pada petang rabu lepas sebanyak 16 buah rumah mengalami kerosakan teruk dalam kejadian angin kencang yang berlaku pada jam 3.40 petang

Sebanyak lapan buah rumah penduduk kampung Bukit Bendera terlibat dalam kejadian tersebut yang kebanyakannya mengalami kerosakan di bahagian bumbung dan atap rumah yang di terbangkan angin.

Menurut Pengerusi jawatankuasa kemajuan dan Keselamatan Kampung Bukit Bendera Rahman Karmo kejadian berlaku sekitar jam 3.40 ptang dan berakhir 30 minit kemudian yang disertai dengan hujan kuat serta petir.

Katanya, kebanyakan penduduk mengalami kerugian apabila sebahagian dari peralatan di rumah mereka seperti peralatan elektrik set TV sofa, dan sebagainya terkena air hujan bagaimanapun beliau turut bersyukur kerana tiada kemalangan jiwa berlaku semasa kejadian ini

Pada masa yang sama juga sebanyak 8 buah rumah Taman Wawasan turut mengalami kerosakan yang sama apabil bumbung dan atap rumah diterbangkan angin.

Menurut Jawarin yang mengambil masa hampir dua jam bagi meninjau sendiri ke tapak kejadian di Taman Wawasan apabila data data mangsa diterima bantuan sewajarnya akan diberikan kepada mereka yang terlibat melalui tabung kebajikan Pusat Khidmat Parlimen.

“ Saya berharap pemimpim masyarakat seperti Pengerusi JKKK dan Ketua Kampong juga turut melaporkan sekiranya kejadian ini berlaku di lain lain tempat di kawasan Parlimen Beaufort agar segala bentuk bantuan boleh diberikan kepada mangsa yang terlibat” tambah Jawarin.