Saturday, July 24, 2010

Pelbagai Pertandingan Kebudayaan Warnai Sambutan Adau Janang Gayuh Ke 7


Haji Roslan Muharam Naib Presiden merangkap Pengerusi Biro Kebudayaan (PBBS)

BEAUFORT: Pelbagai acara pertandingan kebudayaan akan diadakan sempana sambutan Adau
Janang Gayuh yang ke 7 tahun ini bertempat di Dewan Muhibah dan Padang Sekolah Kebangsaan kampung Lupak bermula dari 30 hingga 31 Julai ini.

Naib Presiden Persatuan Bisaya Bersatu (PBBS) Sabah Haji Roslan Muharam berkata, antara pertandingan yang akan diadakan pada malam 30 Julai bertempat di dewan Muhibah Kampung Lupak termasuklah pertandingan nyanyian dalam bahasa Bisaya, pertandingan nyanyian Bintang Adau Janang Gayuh dan juga pertandingan ratu fesyen kanak-kanak ratu fesyen Dang Insum.

“ Ini merupakan sebahagian dari pertandingan kebudayaan yang akan diadakan pada sebelah malam yang akan memeriahkan lagi sambutan Adau Janang Gayuh tahun ini” katanya ketika ditemui di sini pagi kemarin.

Menurut Haji Roslan yang juga Pengerusi Biro Kebudayaan (PBBS) pada 31 Julai iaitu kemuncak pada sambutan Adau Janang Gayuh tahun ini pelbagai pertandingan kebudayaan juga turut diadakan antaranya pertandingan pukulan kulintangan irama moden terbuka untuk lelaki sahaja sementara pertandingan pukulan kulintangan Irama Asli terbuka untuk wanita dan lelaki.

Roslan menambah selain pertandingan tersebut di atas turut juga diadakan pertandingan kompang dan yang lebih menariknya ialah pertandingan lumba kerbau dimana kesemua acara ini akan diadakan di padang sekolah kebangsaaan Lupak.

Sehubungan dengan itu Roslan berharap orang ramai khususnya masyarakat Bisaya di negeri ini, akan datang beramai-ramai untuk memariahkan sambutan Adau Janang tahun ini dimana majlis perasmiannya akan disempurnakan oleh Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Jospeh Pairin Kitingan dan turut dihadiri oleh Presiden (PBBS) Janang Gayuh Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin dan Datin Seri Panglima Hajah Normilah Siong.

Dalam perkembangan yang sama juga Haji Roslan berkata bagi mana-mana kumpulan atau individu yang ingin menyertai pertandingan kebudayaan yang dianjurkan sempana sambutan Adau Janang Gayuh tahun ini mereka boleh menghubungi ibu pejabat (PBBS( di Beaufort bagi mendapatkan keterangan lanjut pertandingan atau menghubungi Setiausaha Agung (PBBS) Awang Anak Haji Sani di talian 019-5324646 atau beliau sendiri di talian 013-8656022

No comments:

Post a Comment